Followers

Advert

Wednesday 22 December 2010

Awiin, u dilarang sama sekali pakai camni..

Xleh pakai baju x tutup punggung, tudung x tutup dada.
Ada byk lagi pilihan yg menutupi aurat yg Awin leh pakai..plss..

yg ni pakai dlm umah jer..


.. ni ler pesen terkini yg langsung I x sangka melanda masyarakat Mesia


Tadi temankan Ina kuar g pekan Semenyih carik baju sekolah G'ah. Tergerak nak catat kat sini sebagai peringatan kat anak dara kesayangan mama. Sekarang mama masih ada, sok2 kalo ma dah xda, sampai bila2 u dilarang pakai camni bila kuar umah..

Tadi naik pitam mama tengok adik manis salesgirl pakai baju kat kedai yg pemiliknya bukan Islam. Dah cam xda pedoman..gambar yg ma tepek ni kategori yg mama larang..bukan arahan mama tetapi ia larangan Allah swt. So kakak kene faham. Kasihanilah mama dan abah yg menjagamu sejak dari dalam kandungan..so patuhilah etika pakaian dalam Islam yg langsung tidak menyusahkan. Kakak faham tak tentang aurat? Apa yg dimaksudkan aurat wanita? Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [ An-Nur (24):31].

Bukan susah pun kakak..tengok kat cermin sebelum kuar, jangan sesekali berpakaian tidak menutup aurat bila kuar umah..Pakai baju longgar2, labuh tutup punggung, tudung tutupi seluruh dada, suar jangan ketat, jangan menarik perhatian lelaki dengan over2 warna dan make up tebal2.
Jaga akhlak xmo gelak mengilai kalah puntianak..jaga pandangan mata dan pelihara budi bahasa. Mama dan abah sangat menyayangimu..

Tuesday 21 December 2010

Azam Tahun Baru kah ini..

Bulan ni dah Muharam 1432 Hijrah..maknanya tahun ni kalo panjang umur I dah masuk 4 series cam keta BMW..dah masuk era 40an. Takoooot, umur dah makin bertambah, amalan rasanya masih banyak yg lom sempurna. Acelly ni baru balik dari Tesco Semenyih. Terjumpa kak Marina classmate kat OUM aritu. Dia tgh wat master kat UKM, sem 2 dah katanya. Tetiba I rasa cam diseru2 untuk sambung belajar..

Soklannya..
mampu ker I ni nanti.
Kiki dah 2 tahun 7 bulan kalo I mendaftar Jun tahun depan. Leh ker g kelas petang ngn malam..sian pulak kat budak Kiki..

Soklan lain..
Aiman ngn Adib nye perbelanjaan kat unibesiti tu suma mama tanggung. Kalo mama belajo lagi, alamatnya mama dah kene bajet giler ar bab belanja..sian pulakkk kat mama xdapat menjaga 'mentenen' cam selalu..tp ini bule diatasi, cara yg bagus utk tidak membazir. Simpan duit utk yuran pengajian.

Soklan lain laagi..
Larat ker I nih nak wat essaimen cam dulu2..haihhh..

Soklan lain laaagiii..
..ada ker peluang I nak poya2 cam skrg nih..

Soklan seterusnya..
..dah2..xyah banyak tanya, muktamad, pahni isi borang utk apply master. xmo banyak tanya..sebab..KALO NAK SRIBU DAYA.

..ni bukan nak g kuliah ya..tp nak kuar g makan2 jap..

Berangan2 : Mama berjaya habiskan wat master, Adib ngn Aiman abis wat diploma. macam sweet jerk.

Haihhh..lom apa2 dah berangan, mohon pun belummmm. Adib ngn Aiman kene fight ngn mama dlm PNGK. Pun macam sweet jugak..

So, azam tahun baru I nih, nk gagahkan diri mencari ilmu menambahkan pengetahuan. Harap2 menjadi kenyataan..amiin..

Sunday 12 December 2010

Sakit ini ujian...


Semalam tido tak brapa nak lena. Makan tak berapa nak selera, teringat-ingat pertemuan kita. Haihhh apa nak jadi nih..Persahabatan di SKTJ mberi impak yg sgt besar buatku, di situ I kenal ragam dan belajar banyak perkara. Yg ada kat gambar tu adalah di antara kakak2 yg banyak mengajarku dunia pendidikan melalui pengalaman mereka. I ngn Ina kira yg paling muda dlm grup nih. Now masing2 terpisah ke sekolah lain2. Punyalah susah kami nak jumpa semula selepas 6 tahun berjauhan.
Cakap pasal tido, dalam pada gelak riang ria sebenarnya I simpan le sikit citer x bape bes yg bukan sapa2 tau kecuali Su ngn Ina. Tp sbb dah tulis kat sini nih maka pasni abis ar satu dunia tau. Acelly sekarang ni mengidap sakit pala yg tiada taranya yg hanya bertahan ngn actifast dan anti migrain. But xdalah serius I anggap coz sehari amik sekali bukannya sehari 3x. Cumanya compare ngn sebelum ni ia cukup buat I takut sebenarnya kot2 ada masalah kesihatan yg serius. Jumpa doktor already tp cam biasa doktor bilang migrain coz tido I mmg xda kualiti. Tido ni mmglah anugerah rehat kurniaan Allah. I dapat rasa Allah tarik sikit nikmat ni. I betul2 xtau mengapa tak dapat tido lena dan berkualiti. Mcm2 cara dah dibuat cam mandi air suam sblum tido, amik susu suam, ngaji dulu, solat dulu. Bila tido, after 2jam I tjaga, lepas 2 jam lagi tjaga lagi. Bangun pagi pala pening dah satu hal, sakit kat bahagian atas kepala buat rasa cam ada jin cokoh kat situ. So kalo leh tahan I btahan, kalo nak g jejalan memana ker I amik le ubat siap2.
Gangguan emosi atau perkara lain yg mungkin berlaku rasanya xda langsung. Sebab xda apa yg nak dirisau atau perlu dibimbangkan sangat. Berat badan mmg naik dah pun kebelakangan ni. Simptom apa sbnrnya yg I lalui nih. Yg ni baru le I jadi risau sikit. Sangat sedar Allah sedang menguji saat ini supaya I tidak leka sangat. Sedaya upaya I cuba mengawal perlakuan agar selari dengan tuntutan Allah terutama dalam soal ibadah. Bimbang ini adalah peringatan dari Allah dan bimbang jika xda peluang lagi. Setiap malam sebelum tido selalu kupanjatkan doa moga Allah beri lagi ruang utk I bangun solat esok.
Ada tak kengkawan lain pernah mengalami masalah susah tido ni ya.
huhuhu..
..sedang bersabar..