Followers

Advert

Friday 30 April 2010

Setahun Setengah

..ingat chanteek ar tu buat camtu..
pantang lens hala ke dia..mula la posing


pinjam helmet kakak tasya, pastu gado ngn kakak tasya lak..hadee

Pening kepala bukan kerana kepenatan menyediakan nasi lemak dan laksa meraikan ust Hasbi dan keluarga, Zatil, Ghani dan Ema, tetapi kerana 'terkasima' dengan kemahiran2 Zikri meraikan tetamu2nya..Fauzan dan Tasya. Selepas usai, I menung mengadap jendela, kemudian sembang2 ngn abang, napa Zikri kebelakangan ni lincahnya kemain lagi. I betul2 cam x cukup tenaga.
Dahlah garang, kuat merajuk. Zikri da pandai lempang tetamu 'zass' tepat kat pipi Fauzan yg umurnya 3 tahun. ngn Tasya..bagus punya serbu tiap kali nampak sampai terpaksa minta Ema lindungi princessnya itu. Dah tu, after seminit, buleh pula pimpin2 tangan ngn Fauzan naik tangga. Napa tetiba I rasa x cukup ilmu tentang perkembangan kanak2. I naik bingung ngn kemahiran fizikal dan kognitif Zikri yg tak padan ngn usianya. Walau belum pandai bcakap macam2 tetapi arahannya jelas dan dia mampu komunikasi dengan kami. Caranya..pimpin tangan dan tunjuk apa yang dia mahu. Kalo tak dipenuhi, siap tadah telinga..terus sujud guling kat situ jugak. Mula malam tadi, dia dah pandai melompat2 atas pillow ngn dua belah kaki, yg pcubaan melompat sebelum2 ni dia x bjaya angkat dua2 kaki.
I heran, kat mana dia belajar lempang2 ni. Mama ngn abah naik bingung, aritu dia x macam ni..sebab rasanya kat umah ni mana de orang kejenya lempang orang..uwaaaa..tensenla mama camni Zikri..Mama harap ia bersifat sementara, apa yg mampu setiap kali dia buat kami akan sebut no, cakap yg Zikri xbule pukul kawan, ia menyakitkan dan sebagainya. Sebab tahu Zikri faham arahan sebenarnya.


Tuesday 27 April 2010

Masih Tentang Bunga

..ni paling sukaa..ending fotoshoot nih abis maghrib, bulan da kuar..










Petang nih pegi lagi ke Aston Hall. Tinjau bunga2 lain pulak. Malam nih nak tengok ebay, nak intai lens makro pulak. Bukan salah kameraaa..ataupun lens, tetapi mmg I yg x abis bacha kitab, pahtu ada ati nak mgayakan ini kamera..hehe. apa pun, utk kenang2an, ini hasil petang tadi.

Monday 26 April 2010

Musim Bunga di Aston


Tulip merah




nak enter frame jugaak..







Aston Hall ni kat belakang umah jek. Petang semalam ngn Dina kami baring2 utk amik gambar2 kat sini.. Memang cantik pemandangan kat park ni. Rasa nak baring2 xmo balik umah. hehe, tapi xpatut la pulak kan. I betul2 sedang menikmati hari2 terakhir musim bunga di Aston. Ntah ada rezeki lagi tah kan idak sok2 kalo da balik utk jejakkan kaki kat sini. Datang bjalan buleh ar..utk tinggal lelama cam sekarang..neeehii..

Entri Emo..

Tetiba mama rasa rindu sangat pada bang Adib. Abang Adib mungkin x tahu, tido mama sering terjaga, kerana sangat merinduimu. Perpisahan ini sukar, melepaskanmu dalam usia yg terlalu muda, yg mmg mama tahu abang belum cukup bersedia, but mama pasrah. Mama tawakkal dan hanya menyerahkanmu pada Allah. Moga dirimu dan anak2 mama yg lain menjadi manusia yg sentiasa dalam peliharaan Allah. Kalaulah hati mama ini transparen, abang boleh lihat betapa ia penuh dengan seribu satu bebimbangan. Tapi mama x mampu nk luahkannya. Sebab tu mama selalu sebut, mama sentiasa mendoakanmu. Perkataan itu penuh dengan maksud.
Doa mama meliputi segalanya..
Mendoakan kesihatanmu sejahtera sentiasa
Mendoakanmu mampu menjaga ibadah dengan sempurna
Mendoakanmu tidak lupa membaca quran setiap hari
Mendoakanmu menjaga adab2 dan batas pergaulan antara mahram
Mendoakanmu menjaga makanan
Mendoakanmu mjaga lidah dan tingkahlaku
Mendoakanmu mampu menghadapi dugaan dan ujian Allah
Mendoakanmu agar istiqomah dalam ibadah
Mendoakanmu agar urusanmu Allah permudah
Mendoakanmu agar tidak leka dengan hiburan
Mendoakanmu agar berfikir dahulu dalam tindakan
Kerinduan dan kasih sayang mama kerana Allah, kerana sedar dirimu dan anak2 mama adalah amanahNya. Jika mama tegur bukan bermakna mama suka bising, tetapi ia adalah nasihat dari insan yg melahir dan membesarkan, yg dihatinya penuh dengan kasih sayang. Kita harus saling menjaga, kerana antara kita ada tanggungjawab. Mudah2an Allah pelihara dan kasihi kita di dunia hingga akhirat. Amin.

Friday 23 April 2010

Zikri Potong Rambut












Today bawak Zikri potong rambut kat Pakistan Barbers. Mama gelak dan memang stand by ngn kamera. Nak tengok gelagat Zikri, berani ker, nangis ker. Hasilnya..clap3..bangga ngn Zikri, tak takuut langsung. Ngn konfiden steady duduk dan rela dikejekan palanya. haha..
Mama sedang menikmati hari2 indah membesarkan kalian anak2 permata hatiku.

Tuesday 20 April 2010

Kene Susun Strategi

..Balik slps cuti ke Europe ni maknanya dah xda masa nk rehat2. Sepatutnya kene disiplin, tido kul 2 atau 3 pagi utk packing. Tapi taaak jugak, lepas isyak kul 10 mula la bagus penya plan tgk bantal. Kang nangis di sepuluh malam terakhir sebelum balik mesia..baru padan ngn muka I time tu. Apa nk jadi ngn I nih. Ni suma Zikri ar. (sian Zikri yg tidak bsalah..mentang2 dia lom pandai chakap..hahaha). Napa lah I rasa dihambat waktu betul..nanti I akan tima akibatnya jika TAK RETI2 NAK ATUR STRATEGI..insaf la weiiii..

Sunday 18 April 2010

Resepi Serunding Ikan




Resepi serunding ikan utk match kan dengan nasi dagang. Thks dan kredit jugak utk Kak Na coz bagi resepi ni. Ni hasil setelah I cuba, but kelapa tu over cook sikit..Awin yg buat. hehe..

Bahan2 :

400 gm kelapa kering yg digoreng tanpa minyak - bagi kaler brown, jgn over cook cam I penye nih.

1 labu bawang merah - lbh bwg merah lbh bagus kata kak Na

1 ulas bawang putih blend sekali ngn bawang merah. (I guna kenwood processor, that mean, blend xyah buh air. kalo rajin..tumbuk aje. I lain..sbb masak nk cepat suma main enjin aje..)

2 tin tuna flake, toskan (kalo kat mesia, kukus ikan tuna/sadin/kembung, asingkan tulang, tumbuk isi ikan, jgn blend sbb nnt bketul2 xchanteek)

1 sudu teh lada hitam, tumbuk kasar2

3 sudu gula, sikit garam, air limau nipis anggaran 1 sudu makan

Cara :

Satukan suma bahan, adjust gula garam, masak atas api sederhana hingga sebati elok, siap..


Petang di Cannon Hill Park, Birmingham


































































Petang ni mama bawa anak2 ke park kat Birm. Musim munga dah bermula, maka ceria bersama suhu yg nyaman ditemani matahari. Zikri yang paling hepi nmpknya selain Aiman dan Awin kerana dapat berlari2 di taman. Siankan..nak lari2 kat taman kene tunggu musim munga. musim sejuk terpaksa 'hibernate'..hehe. cam tikoos pulak ada hibernate2 neh.

Bawak bekal nasi dagang, cekodok udang, nescafe panas. Enjoyed ngn kawan setaman..Ema, Zatil dan Ghani. Pastu, jupa Hasbi, Iman, Hendun dan family. Indahnya hari2 terakhir mama di musim mungaaa..

Saturday 17 April 2010

Perginya Achik Spin

Terkejut, sedih, namun bersamanya adalah peringatan kepada kita yang hidup. Itu janji dan ketentuan Allah. Setiap kita telah tertulis qadak dan qadar, ajal maut, jodoh pertemuan urusan Allah.
Suka dengar suara arwah. Lagu2 dia ngn Nana, byk yg I suka. Terutamanya bila time majuk2 ngn abang. Lagu2 arwah ngn Nana kiranya cam banyak yg syahdu, nyejukkan ati yg paneh kunun2. Macam mimpi, tp realiti. Seraut wajah yg senang mata memandang, kembali kepada Maha Pencipta. Alfatihah, moga rohnya diletakkan dikalangan hambaNya yang beriman. Singkatnya hidup kita, hargai peluang dan ruang.

Friday 16 April 2010

Interlaken








































































































Yes..probably dis place mmg suka sangat. Ni tempat kami tinggal sepanjang berada kat Swiss. Pengalaman duduk dalam caravan. Mujur heater dalam caravan ni kira good, so 'Markonah' ini tidaklah 'menderita' sangat. Cuma suhu kat luar mmg sejuk kerana angin kuat. Kedudukannya kat tepi tasik, bawah kaki banjaran Alps. Pemandangan kat sini mmg cantik sangat2.
..kalo suhu ok rasanya mau I duduk sehari suntuk kat luar.