Followers

Advert

Friday, 28 October 2011

Andai kutahu..

Never break 4 things in life:
TRUST, PROMISE, RELATIONSHIP & HEART..
because they break without noise but with a lot of pain.

Saat ini hati I terluka. Menyesal? tidak.. Positif thinking. Allah sedang menurunkan rahmatnya buat insan kerdil ini. Setelah menjaga banyak perkara akhirnya hati ini juga yang terluka I pasrah. Sesungguhnya sangat tak sangka, tp kene terima. Sedang pantai berubah, apatah lagi hati manusia. I yg ada hari ini bukan I yg dulu. Dulu senang2 la org keliling nak pijak lenyek. Hari ini I berbeza. Kalo dulu berendam airmata, tp skrg airmata ini takkan kubuang utk insan yg suka menyakiti.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita berbakti yg mudah2an mampu menjadi amalan. Mempunyai hubungan yang baik dengan insan keliling bukankah juga bakti. Tetapi mengapa manusia memilih untuk menyakiti. Takpalah, pilihan di hati masing2. I takkan buang masa lagi untuk persahabatan yang menyakitkan ini.
Sebenarnya dah banyak signal diberi tetapi I yang tak pernah peduli. Manusia hari ini hidup dilingkungi nafsu hingga daki dunia penjadi pengukur. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit mula hatinya sakit. Hilang persahabatan angkara orang lain yg terlebih itu. Lupa agaknya tentang qada' dan qadar.
Kalau lupa meh sini I ingatkan, rezeki dan segala ketentuan yg ada pada kita telah Allah swt tentukan sejak dari azali lagi. Jika kita beriman kepada rukun iman yang keenam ini maka tidak akan ada sekelumit pun perasaan dengki dihati. Takdalah perasaan tengok orang lain senang hati mula gundah tak keruan. Tengok orang lain diberi perhatian ati mula menyampah, tengok baju orang lain mahal sikit pun sakit, tengok orang lain naik pangkat meluat, tengok orang lain ketawa gembira hati dia yang disayat2. Ini realiti kehidupan hari ini. I tak tahu mengapa ramai antara kita tak sedar bahawa jiwa mereka sakit akibat tak tahu bersyukur. Jauh dari al Quran agaknya kita hingga ditimpa penyakit hati yang begitu?
I menilai, memerhati dan menganalisis persahabatan kita tanpa disedari. Kesian. Hanya sepatah perkataan itu yang mampu kuungkapkan kerana hakikatnya dirimu tak pernah menghargai persahabatan yang kuhulurkan. So lebih baik angkat kaki dari terus disakiti. Semoga kawan2 yg lebih memahamimu akan lebih membahagiakanmu.

"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan dari kalangan mereka. harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka. [imam syafie]"
Sepotong ayat dari Imam Syafie ini menjadi salah satu prinsip diri mengapa I beria2 menjaga segalanya ini..Ya Allah lindungi aku dari mereka yang zalim, dari mereka yang tidak ikhlas apabila bersahabat, dari mereka yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain..amin ya robbal 'alamin.



Sangat rindu kat Emma..sahabat yg memahami suka duka ati ini suatu ketika dulu. Betul sangat apa yg pernah Emma katakan dulu dan hari ini I sedang diduga.. Semoga waktu akan menemukan kita kembali.

Thursday, 27 October 2011

Kuala Trengganu



















24 Okt 2011 melakar kenangan di bumi Darul Iman. Alhamdulillah takdir Allah dan kesihatan mengizinkan, maka terlakarlah kenangan bersama dua org my siste Hajar n kak Habshah serta sorang my bes fwen Eiza. Seawal 6 pagi dah tercongok kat LCCT, penyelah ramai umat dah mcm Puduraya jer lapangan terebang ini pepagi. Alhamdulillah landing ngn selamat around 7.50 pagi. Acara pertama ialah mencari nasi dagang terbaik di Pantai Batu Burok milik Kak Jah. Gerai no brapa I x ingat tetapi dis gerai mmg femes lahhh.. Penuh ngn pelanggan seantero pelusuk opis..I agak la sbb ramai yg pakai nametag masa mkn around 9 tuh..len kali korang kalo nak kuar jgn pakai nametag, mcm org monteng kija bmbg persepsi negatif kat kakitgn kajaan. (larik tajuk suda..)





















Satu set nasi dagang ni RM3 jer. Kakak I yg tamak tu memula dapat dia chakap..sikit nyerrr.. tp bila dah makan ayatnya lain pulak..ok la kan 3hingget..he3. Pas sarapan seterusnya buka gate Pasar Payang. Kat sini sampai dekat2 asar. Nampak sgt mmg kaki soping muka adik-bradik ni kannn..Kali ni memborong sutera crepe kerana senang gosok. Maklum wanita bizi yg xda bibik, seme keje umah wat sendrik..














































































Yang ni lebih murah dari rega KL..tengok jerrr..


Agenda seterusnya ialah menuju ke Kg Tok Beng..charik kepok lekor yg tersohor kat dinung! wat buah tangan utk adik2 lain yg x dapat sama2 g. Pahtu..ke ICT kat belakang epot. Maka berakhirlah lawatan ilmiah seharian di KT. (ilmiah lahh sangat..). Mendarat di LCCT around 10.10. Penatnya hanya Allah yg Maha Tahu tetapi seronok. Insyaallah sedang merancang trip bersama my siste nak ke Ho Chi Minh lak pasni. Senang g ngn adik bradik nih sbb we all x byk krenah, gitu2 n go..xdalah alasan suami x izin..anak xda sapa nak jaga..coz motto nak bjalan ni senang aje..nak seribu daya, xnak seribu dalih. Kumpul duit sikit2 tiap bulan sebab ni cara org2 yg tak bape nak kaya..he3..Mudah2an Allah swt kurniakan kesihatan yg baik. amin.


Cerita disebalik tabir napa Tganu mjadi pilihan adalah kerana batiknyer, nasik dagangnyer, keropok lekornyer, Ikan Celup Tepungnyer, dan kedai emasnyer..kuang3..lebih banyak pilihan dan cantik2.


okkee..sekian tima kasihhh

Sunday, 23 October 2011

Ngemas2 blog yg telah lama kutinggalkan..

Lamanya tak hapdet blog. Lama sgt2. Sibuk dengan mesyuarat, program sekolah, diduga dengan chickenpox akhirnya I melepetttt..angkat tangan surrender. Pengalaman kene chickenpox diusia 40 betul2 menguji. Zikir dan lafaz istigfar tak lekang dari bibir. Mudah2an Allah swt ampunkan dosa2ku. Keletihan, tak bertenaga langsung, ilang selera makan, demam kesejukan, muka bengkak, tekan sikit kuar nanah mcm dapat jerawat batu. Sangatlah seriau apabila mengadap chermin. Tak brani mkn kicap atau cuka bimbang parut xmo ilang. Betapalah wanita iniiii..echecheee
Finally syukur perlahan-lahan kesihatan semakin baik arini. Cuma bab letih2 ni yg lom ilang betul2. Terpaksa jadik doktor sendrik, telan vit c, amik iron, B complex, beria nak cepat sihat coz sok pagi I nak terebang g Tganu utk jalan2. Setelah sangat penat ngn kija..dan kija..dan kija
Maka esok adalah ari soping batik di dunia, makang kepok lekor, ikang chelop tepung, menchari nasik dagang dang sebagainyerrrr
Mudah2an Allah beri kesihatan yg baik, panjangkanlah umurku..amin

Chicken Pox dan segala yang berkaitan dengannya..

Maklumat berguna utk dikongsi pengalaman 'ngeri' dapat chikenpox dalam umur 40 tahun.

Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan

Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid). I cepat2 amik antiviral sebaik cacar kuar, Alhamdulillah cacar cepat kering.

Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

Rawatan di rumah

Sapu losyen calamine.
Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
Panadol untuk demam
Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Sumber :http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php