Followers

Advert

Monday 12 July 2010

Catatan Semput Hari Pertama Lapor Diri

Tradada..alhamdulillah dapat bersiaran walau hanya dari anjung KPJ Kajang menemankan Zikri yang dah dua malam duk kat wad akibat pneumonia. Sian anak bujang mama, sian juga kat mama kerana ujian2 kecik yang dilalui kebelakangan ini.
Pertama kali bersiaran nak share pengalaman di hari pertama di bumi malaya tanah airku yg terchenta ini. Sampai mesia jam 7.30 malam, nampak owang jual durian kat tepi jalan..apa laaagi..kita beli durian dulu yekkk. Malam tu, kepanasan, xdapat tido, rasanya sbb durian dan jetlag. Haambikkk...around 6 pagi lepas subuh baru dapat lelapkan mata yg time tu jam UK adalah sekitar 11 mlm. Bangun jam 11 pagi maka melompatlah tringat kene pegi lapor diri. Bsiap lbh kurang, singgah dulu beli peti ais. Lepas jumaat baru la tcongok muka I kat bahagian sumber manusia utk lapor diri. Berikut adalah catatan sumbang yg mberi kesan di hati di hari pertama lapor diri :
Puan A : napa x datang waktu pagi, byk mende nak kene buat nih
Maaf la Puan coz saya baru sampai magrib semalam, letih sangat.
Puan A : Bagi boarding pass ngn pasport.
Slps setengah jam menunggu, Puan A hulur surat suh pegi kat BPI kat cyberjaya.
Katne ya bangunan BPI ni, leh bagi sy landmark ker..sbb sy xtau apa2.
Puan A : kat cyberjaya lah.
Maka ngn sedey nya memandulah my chenta ati meraban2 mencari berpandukan alamat kat letter head. Dah fening mcari maka berenti btanya kat pakcik drebar teksi. Upanya driver teksi tu mamat Indon pun xtahu kat mana letaknya bangunan BPI. (masa ni mula tertanya2, camana drebar teksi pun leh orang luar nihhh). Pencharian diteruskan ke balai polis. Finally dua org pegawai polis mengiringi I ke tempat yg dituju. Sebaik sampai, tunjuk surat..
Encik A : Maaf Puan ya, bukan unit kami yang buat penempatan, sepatutnya Puan dirujuk ke bahagian sekolah. Mulai 1 Julai ni bukan unit kami yg buat penempatan.
I bengaaaang..jam da kul 5 ptg masa tu..uwaaaa
Hari Isnin I pegi pula ke Putrajaya, ke bahagian sekolah. Pegawai btugas minta I pergi semula ke Bahagian Sumber Manusia, batalkan surat pertama dan minta surat baru untuk bahagian sekolah uruskan penempatan. Maka buatlah I spt yg diminta menjadi BOLA ke sana sini.
Puan kat bahagian manusia bagitau I yg mereka TIDAK TAHU jika bahagian sekolah yg buat penempatan. Hadoo..Dapat sekolah di negeri Selangor, I call ppd sama ada I terus ke sekolah. Arahan pegawai bertugas, I kene g jabatan utk amik surat. Selasa, I g jabatan, bila I sampai ..kerani tu kata surat dah hantar ke alamat I..uwaaa..but dapat ar satu copy salinan surat utk dibawa ke sekolah yg diarahkan.
Finally airmata ni gugur juga odw balik tu..ntah napa sebak sungguh ngn cara deme wat kija. Duit minyak toksah kira..bpusing2 dlm cyberjaya tu dah mcm org gila. Masa, letih travel yg lom ilang. Camni owang layan kita. Bukan suh layan cam raja, tp janganlah tendang2 kita cam bola, halakan kita pada unit yg salah, suh kita amik surat tp surat dah anto..penat dan buang masa kita. sob3..
Petang itu..pegilah I ke sekolah yg diarahkan. Ngn harapan nk mohon cuti tanpa rekod sehari dua coz beg pun kita lom bukak sumanya. Tp gb kata xleh..maka bersabarlah kita lagi..
Kene kuar g sekolah kul 6 10 pagi coz pjalanan nk g sekolah mkn masa dekat sejam. Kul 7.10 I mesti dah ada kat sekolah krn sesi psekolahan mula jam 7.20 pagi. So nampaknya untuk minggu2 awal ni I kene tabah ngn sesungguh2 tabah...(but dlm ati I benonya dah banjir 7 tempayan. hehehe..)
Sekarang ni apa I nak bagi nama blog ni ya..coz now I dah tak jadi chekgu coti..ada cadangan??? no idea lagi takat nehhh...

5 comments:

  1. Pertama sekali teman nak ucapkan selamat kembali bertugas kepada cikgu.
    Kedua, begitulah standard system pentadbiran kerajaan..jadi bola tu adalah perkara biasa sbb? yg pergi berurusan tu adalah ikan bilis..orang biasa2...kalau datok atau mak datok ke.. atau tokwan datok ke..ada perbezaan disini..
    sebenarnya kerajaan telah melakukan pelbagai pembaziran dalam perjalanan pengurusan pentadbiran ni..kerja yg boleh dibuat oleh beberapa orang/peringkat ..diberikan seperti carca merba..kacang putih..lastly kerja tak smart..
    yg indah cuma slogan..
    yg teruk sekali kadang2 sampai terpaksa berurusan dgn RM..kalau nak segera sattle...
    inilah realiti yg dihadapi...
    Bersabarlah cikgu..
    moga suatu hari keadaan akan berubah..
    Ketiga, teman mencadangkan agar dibei nama spt dibawah..cikgu pilih yg mana berkenan :
    * Cacatan Chekgu Khai
    * Titipan Chekgu Lagi
    * Chekgu khai Menulis
    * Chekgu Khai Menulis Lagi
    * Penaku Menari Lagi
    * Pena Chekgu Khai
    dll..
    selamat memilih yg mana patut dan berkenan dihati..

    ReplyDelete
  2. Salam Lan, mmg sedih kan pikir kajaan tlh mlakukan pbaziran besar2an. Pengalaman merantau ini yg mbuatkan sy terlalu sedih. kita masih ditakuk lama, macam syok pulak bila dapat tunjukkan kuasa sedang keje ntah hapa2.
    Nama blog I tukar dah pada catatan chekgu bizi utk smtara nih coz ini yg I rasa bila kembali. X dibenarkan cuti dan terus btugas tu dah cukup buat I rasa tertekan sebenarnya. Baby sitter Kiki xdapat lagi, anak x daftar sekolah , baju sekolah lom beli. Tensen bila antara kita xda timbang rasa..

    ReplyDelete
  3. Za, bila agaknya kita leh jupa..utk smtara nih nmpknya masa lom agi ada..sob3..

    ReplyDelete
  4. xpe kak...settle kan semua keje nnt bila da ok...kita jumpa n enjoy...hehehe...

    ReplyDelete