Semalam tido tak brapa nak lena. Makan tak berapa nak selera, teringat-ingat pertemuan kita. Haihhh apa nak jadi nih..Persahabatan di SKTJ mberi impak yg sgt besar buatku, di situ I kenal ragam dan belajar banyak perkara. Yg ada kat gambar tu adalah di antara kakak2 yg banyak mengajarku dunia pendidikan melalui pengalaman mereka. I ngn Ina kira yg paling muda dlm grup nih. Now masing2 terpisah ke sekolah lain2. Punyalah susah kami nak jumpa semula selepas 6 tahun berjauhan.
Cakap pasal tido, dalam pada gelak riang ria sebenarnya I simpan le sikit citer x bape bes yg bukan sapa2 tau kecuali Su ngn Ina. Tp sbb dah tulis kat sini nih maka pasni abis ar satu dunia tau. Acelly sekarang ni mengidap sakit pala yg tiada taranya yg hanya bertahan ngn actifast dan anti migrain. But xdalah serius I anggap coz sehari amik sekali bukannya sehari 3x. Cumanya compare ngn sebelum ni ia cukup buat I takut sebenarnya kot2 ada masalah kesihatan yg serius. Jumpa doktor already tp cam biasa doktor bilang migrain coz tido I mmg xda kualiti. Tido ni mmglah anugerah rehat kurniaan Allah. I dapat rasa Allah tarik sikit nikmat ni. I betul2 xtau mengapa tak dapat tido lena dan berkualiti. Mcm2 cara dah dibuat cam mandi air suam sblum tido, amik susu suam, ngaji dulu, solat dulu. Bila tido, after 2jam I tjaga, lepas 2 jam lagi tjaga lagi. Bangun pagi pala pening dah satu hal, sakit kat bahagian atas kepala buat rasa cam ada jin cokoh kat situ. So kalo leh tahan I btahan, kalo nak g jejalan memana ker I amik le ubat siap2.
Gangguan emosi atau perkara lain yg mungkin berlaku rasanya xda langsung. Sebab xda apa yg nak dirisau atau perlu dibimbangkan sangat. Berat badan mmg naik dah pun kebelakangan ni. Simptom apa sbnrnya yg I lalui nih. Yg ni baru le I jadi risau sikit. Sangat sedar Allah sedang menguji saat ini supaya I tidak leka sangat. Sedaya upaya I cuba mengawal perlakuan agar selari dengan tuntutan Allah terutama dalam soal ibadah. Bimbang ini adalah peringatan dari Allah dan bimbang jika xda peluang lagi. Setiap malam sebelum tido selalu kupanjatkan doa moga Allah beri lagi ruang utk I bangun solat esok.
Ada tak kengkawan lain pernah mengalami masalah susah tido ni ya.
huhuhu..
..sedang bersabar..
yelah.. jaga kesihatan sebelum TER...
ReplyDelete