Followers

Advert

Friday, 29 July 2011

Ashraf Hafiz Aziz meninggal dunia

Innalillahiwainnailaihirooji'un..Speechlesssss ngn tajuk berita pagi ini. Bukan kerana tidak menerima takdir Ilahi dah sampai masanya untuk insan kerdil ini pergi mengadap yg Maha Pencipta, tetapi sedih kerana kematiannya akibat kemurungan selain serangan jantung. Kisah pemergian beliau leh dibaca kat sini.

Sedarkah masyarakat kita tentang akibat kata-kata. Apalah salahnya insan ini kita bantu, bimbing ke jalan yang diredhai jika langkahnya tersilap. Tetapi masyarakat kita suka menghina, mencaci, menjatuhkan hukuman sehingga kedua ibu dan bapanya turut tertekan. Siapakah kita untuk menjatuhkan hukuman? hebat benarkah kita hingga tiada jalan penyelesaian. Jika kita x mampu membimbing, mengapa kita harus menjadi sebahagian mereka yg membinasakan dengan melontarkan pelbagai nista? Betapa kita lupa bahawa al quran dan assunnah sebagai rujukan. Sesiapa yg silap Allah yang Maha Pengampun membukakan pintu taubatnya, tetapi mengapa kita yg lemah ini lebih dahulu menghukum?

Wallahu'a'lam..hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik bagi hambaNya sama ada baik atau buruk suatu kejadian. Al fatihah dan takziah buat keluarga arwah..

No comments:

Post a Comment