Senyum sedekah yg paling mudah, seperti sabda Rasulullah senyum dalam ajaran Islam bernilai ibadah. Seulas senyuman yang diberikan kepada seseorang setara dengan nilai pahala bersedekah. Malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan oleh baginda Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah. “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, berbudi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.” Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai.
Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.
Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.
Sebenarnya ini luahan hati, harapan menggunung buat boss kat sekolah yg susaaah sangat nak chakap elok2 kat we all anak buah..manjang sergah2, manjang kasar2, kalo mood dia bagus maka akan tertawalah dia, jika sebaliknya..abislah, bertempiaran kami malas nak jumpa..
I yang baru 5 ari sekolah ni rasa terseksa beno sbb apa yg dipamerkan ini langsung tak sesuai ngn 'jiwa remaja' dennn..ngeh3..dalam gelak ada senduuu.
Terfikirkah dia impak perlakuannya kepada anak buah ini. Sedarkah dia bahawa dirinya adalah contoh teladan.
Dapat migrain I gara2 disergah semasa ke pejabat. I guna istilah sergah coz suaranya kasar, mungkin niatnya bertanya tapi nadanya sangat tidak sopan.."ni apa senyum2 ni..?" sergah dia sebaik I masuk ke pejabat nak jumpa kak Umi.
I yg terkasima dengan teguran boss rasa nak melauuuung baliiiik umaaah..uwaaa..
Rasa nyesal pun ada pamer senyum kat insan yg tak tahu nak menghargai fungsi senyuman. Chissss...
wachaaaa..
senyum juga boleh buat kita awet muda..
ReplyDeletetu ar IM, tp yg pastinya saat ini ati sy sedang kecheeewaaa coz ari2 melihat, mendengar kwn2 sekerja, malah sy pun sekali sama sekapal kene 'sergah', walau sy tau ada pendekatan dan chara yg lebih baik dan sopan spt yg rasulullah kita guna dalam phubungan baginda ngn owang di kelilingnya.
ReplyDelete