Followers

Advert

Monday, 14 February 2011

Selamat Meraikan Maulidur Rasul


Petang ni pening pala..panas pala dan mata teringat dosa yang terlukis kerana aku hambaNya yg sentiasa diselubungi lemah dan hina. Membaca tentang kewafatan rasulullah di sini buat airmataku tumpah. Terasa sangat kerdil dan betapa semasa dihambat waktu terlalu banyak kelemahan berlaku.

Sedarkah kita, betapa terlalu banyak nikmat yg Allah kurniakan, tetapi tanda kesyukuran ini terlalu sedikit..begitu bimbang baginda nak meninggalkan kita kerana kecintaan baginda kepada umatnya namun sebagai hamba yg mengakui umat nabi Muhammad, apakah yg kita lakukan tanda kecintaan itu? terasa kerdil dan sangat tidak layak..

Semoga apa yg mama catatkan di sini mampu menjadi peringatan buat mama sendiri, anak2 yg kukasihi betapa singkatnya peluang yang kita ada.

Perbanyakkan selawat dan salam buat junjungan besar kita.

Perbanyakkan membaca al Quran berbanding bahan bacaan yg lain,

yang paling penting, tingkatkan amalan kebaikan dan istiqomah.

Mama dan anak2, serta semua sahabat blogger..sama2 kita perbaiki diri ya.

Selamat Meraikan Hari Kelahiran Kekasih Allah.

2 comments:

  1. selamat menyambut maulid. IM sedih sebab tak dpt join kengkawan buat operasi malam 14 Feb...

    ReplyDelete
  2. Salam IM, moga2 kita dapat menghayati akhlak dan mengamalkan ajaran al quran dan sunnah baginda..salam maulidurrasul

    ReplyDelete