Followers

Advert

Sunday 27 February 2011

Hadooodoo, betapalah kan..

Hadooodoo, betapalah kan..apa yg nak I chakapkan nih supaya bagi emosi nih terkawal..Astaghfirullahal'azim.. Macham2 perkara berlaku today yang sememangnya menguji kesabaran. Cuma nak kongsi satu kisah untuk diteladani..aceli xdalah penting mana tetapi tetap perlu kita perbaiki.
Today g kenduri kahwin kawan abang. Macham biasa, tetamu saaangat ramai meraikan majlis. Sebaik sampai mmg meja penuh tetapi Alhamdulillah ada ruang utk abg, Kiki dan Awin. Sementara Awin dan abang amik makanan I bizi melayan Kiki yg x reti duduk diam. Tetiba ada tetamu lain tanpa bersalam atau bertanya atau senyum atau sapa..elok jer duduk kat kusi abang dan Awin. I cam biasa ler..cuba senyum2 ngn harapan ada respon dan bulehla nak bagitau yg kerusi tu ada orangnya. Tapi mem beso yg duduk tu x balas respon..macam x nampaaak jer kat kusi tu ada handbag I. Atau mungkin dia x pasan I duk chokoh kat situ. Pahtu mem beso elok jer panggil hubby, anak2 dia duk situ sekali. Bila tgk mem beso buat I macham x wujud maka I pun amik handbag dan alihkan kat kusi sebelah ngn harapan dia faham yg krusi tu ada owangnya. (sib bek akhirnya dia faham!). So selepas abg dan Awin sampai maka x cukuplah kusi utk kami duduk bersama dan I beralah charik meja lain. Soklannya I x kisah mem beso nak duk situ tapi alangkah manisnya jika dia sudi hulurkan senyuman dan bermanis mulut btanya agar ukhuwah silaturrahim dpt dijalinkan.
Cuaca yg panas ngn tetamu yg ramai dihangatkan lagi ngn PA sistem yg bunyiknya cam nak runtuh, terlalu kuat. Lebih sedih kami dihidangkan ngn sora penyanyi 'karo okke' yg sangat bikin ati panas sama panas ngn chuacha. I yg sedia hangat bertambah pening bila dgr suara sumbang yg lgsung x leh menyanyi. Apalah salahnya mereka diam dan biarkan kami makan ngn aman. Sungguh..kalo sahabat blogger dengar cemana bunyik nyanyian tu pun grenti u all akan sekepala dan sejiwa ngn I..
Sian tuan umah. Dia x bersalah pun..
pastu sebelum balik dapat bunga telur. Kiki sangat xcited dan minta dikupaskan telur. Sekali tepanjat I bila tengok telo tu diselimuti ijau2 taik ayammmm..uwaaaa...
napa cengginiii..
sian kat tuan umah kan..sepatutnya perkara2 cenggini x berlaku. napa telur x dibasuh sebelom direbus..
nampak macham sangat remeh tetapi sepatutnya kenangan manis terchipta masa kenduri..I pulak dapat 'kenangan taik ayam'. he3..
tu pasalla I sebut hadoooo..
Buat peringatan kat diri sendrik dan suma sahabat, kita rajin2 sikit ya kat umah kenduri. Jangan bagi malu kat tuan umah ngn sikap kita yg x alert ngn situasi..okkkeee

Saturday 19 February 2011

Napa suka yg susah2..sedang yg mudah ada? tak fahammmlahhh..

Sebenarnya apa yg I nak buat ni senang jer..tetapi akibat sikap boss yg lebih berminat kepada perkara yang susah-susah..akhirnya telah menyusahkan. Apa yg sebenarnya yg buat I membebel nih?
Esok xda kat sekolah seminggu. Mesyuarat lagi di KPM. So perlu tinggalkan kerja buat anak2 murid, xmolah seminggu ni deme x belajar langsung. then nak mudahkan cikgu relief yg masuk nanti sebab murid2 already ada aktiviti.
Yg buat I geram ialah, akibat bos suh copy rancangan tahunan dikecikkan, sebesar tapak tangan, dimasukkan dalam poket yg lawa2, buh dalam lesson note maka ini semua telah menyusahkan. Napa I sebut menyusahkan..?
Rancangan tahunan yg dikecikkan sebesar tapak tgn, cemana I nak bacha? tak nampak dah bijik mata nih sebab dah tua. Nak buat lembaran keje, nak refer tajuk pelajaran, nak wat lesson note, brapa kali nak tgk tulisan semut pun lebih besar daripada tulisan yg ada kat dokumen beso tapak tangan tu. Nak selesaikan masalah nih..Maka terpaksalah I print lain, yg saiz A4, untuk rujukan sendiri pula. Yg buh kat poket tu makanya hanya utk boss tengok. Marah laah I..ini namanya sangat membazir. Xda sapa nak bagi free photostat kechikkan dokumen tu. Yg print lain beso saiz A4 tu pun guna ink juga. Bukan print guna air. Napa kita suka pada perkara2 membazir nihh?..x pahamlah I..menchi3..
Harap2 pada segala boss yg kat luar sana, berfikirlah sechara praktikal. Jangan menyusahkan sebaliknya memudahkan kerana rasulullah telah menunjukkan teladan sebegitu. Cuba bacha kitab2 sirah nabawiyah bagaimana sikap baginda sebagai pengurus. I feninggg beetul kehendak2 yg x praktikal nih.

Thursday 17 February 2011

..Sakit Kepala..

"..tinggal kenangan, musim munga kat Birmingham.
Masa amik choti nih jarang pulak dapat sakit pala..."


Sakit pala pun nak citer kat blog ker..
Suka ati mama ar coz ini blog mama..haihhh.
Napa sakit pala?..
Aceli dah 2 ari menyumbang idea ciput di Bahagian Pembangunan Kurikulum. Buat instrumen pemantauan KSSR P.Islam dan B.Arab. Petang tadi dah buat pembentangan hasil kereja. Malangnya akibat pala dah jem hagaknya mikirkan soklan2 utk dptkan data yg selaras ngn objektif pemantauan, so bila semak part grup satu lagi, pala ni mula berdenyut2. Tepu!!

Tambahan pula odw balik menempuh jem kat Semenyih. Istighfar berulang2 kali. Cuaca pula panas sangat2..menambah power denyut pala nih. Mudah2an sakit ini mampu menghapus dosa keluh kesahku. Sempat berangan ..kenangan kat bumi permaisuri dulu..musim panas masih charik jaket! kat Mesia ni punya panas sekarang len macham rasanya, ekon kene pasang sama cam kat Birm pasang heater every time. Sediakan aje chap agong utk bayar bil tiap bulan.
Berbalik pada keje2 kat BPK. Sebenarnya seronok mencabar diri sendiri kekadang nih..chuma yg x seronoknya bila tergolek cham nihhh.
Akhirnya sbb nak prepare utk esok, mlm ni I telan ubat anti migrain. Xmo esok x sihat sbb masih byk keje yg lom selesai. Harap2nya bangun pagi esok I sihat dan dapat meneruskan bakti. mudah2an..

Monday 14 February 2011

Selamat Meraikan Maulidur Rasul


Petang ni pening pala..panas pala dan mata teringat dosa yang terlukis kerana aku hambaNya yg sentiasa diselubungi lemah dan hina. Membaca tentang kewafatan rasulullah di sini buat airmataku tumpah. Terasa sangat kerdil dan betapa semasa dihambat waktu terlalu banyak kelemahan berlaku.

Sedarkah kita, betapa terlalu banyak nikmat yg Allah kurniakan, tetapi tanda kesyukuran ini terlalu sedikit..begitu bimbang baginda nak meninggalkan kita kerana kecintaan baginda kepada umatnya namun sebagai hamba yg mengakui umat nabi Muhammad, apakah yg kita lakukan tanda kecintaan itu? terasa kerdil dan sangat tidak layak..

Semoga apa yg mama catatkan di sini mampu menjadi peringatan buat mama sendiri, anak2 yg kukasihi betapa singkatnya peluang yang kita ada.

Perbanyakkan selawat dan salam buat junjungan besar kita.

Perbanyakkan membaca al Quran berbanding bahan bacaan yg lain,

yang paling penting, tingkatkan amalan kebaikan dan istiqomah.

Mama dan anak2, serta semua sahabat blogger..sama2 kita perbaiki diri ya.

Selamat Meraikan Hari Kelahiran Kekasih Allah.

Friday 11 February 2011

Power of Smile

Senyum sedekah yg paling mudah, seperti sabda Rasulullah senyum dalam ajaran Islam bernilai ibadah. Seulas senyuman yang diberikan kepada seseorang setara dengan nilai pahala bersedekah. Malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan oleh baginda Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah. “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, berbudi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.” Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai.

Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.
Sebenarnya ini luahan hati, harapan menggunung buat boss kat sekolah yg susaaah sangat nak chakap elok2 kat we all anak buah..manjang sergah2, manjang kasar2, kalo mood dia bagus maka akan tertawalah dia, jika sebaliknya..abislah, bertempiaran kami malas nak jumpa..
I yang baru 5 ari sekolah ni rasa terseksa beno sbb apa yg dipamerkan ini langsung tak sesuai ngn 'jiwa remaja' dennn..ngeh3..dalam gelak ada senduuu.
Terfikirkah dia impak perlakuannya kepada anak buah ini. Sedarkah dia bahawa dirinya adalah contoh teladan.
Dapat migrain I gara2 disergah semasa ke pejabat. I guna istilah sergah coz suaranya kasar, mungkin niatnya bertanya tapi nadanya sangat tidak sopan.."ni apa senyum2 ni..?" sergah dia sebaik I masuk ke pejabat nak jumpa kak Umi.
I yg terkasima dengan teguran boss rasa nak melauuuung baliiiik umaaah..uwaaa..
Rasa nyesal pun ada pamer senyum kat insan yg tak tahu nak menghargai fungsi senyuman. Chissss...
wachaaaa..

Thursday 10 February 2011

Ari Terang Ari Mendung..arini ari ujannn..

Dedulu kechik2 masa sekolah kita ada satu sabjek yg I paling suka. Sabjek 'Berita', guna buku garis tiga yg merah biru tu..pahtu kena tulis berita yg lebih kurang camni "Hari ini hari Rabu, cuaca hari ini mendung. Petang semalam saya pergi ke pasar malam."..hehe..camtu ar lebih kurangnya. Pahtu kita kene lukis gambar pasar malam tu, ngn kunun2nya gambo I ngah beli air kelapa..
Suweet memory itu sabjekkk laaa..

today dah xda sabjek tu, dah lupus bersama waktu.

dan sabjek 'Berita' I today ialah..

Arini ari ujan..ujan dalam ati I..

Adib, Aiman and Awin..mehla pujuk ati mama ngn senyuman gelak tawa u all..coz

mama sedang berduka lara..

..apa yg I merapuuu nihh..sah2 stress ngn poses nyesuaikan diri kat tempat baru..

..fight..fight..harap2 cepatlah masa berlalu dan poses adaptasi ini dapat dilalui ngn baik.

..Sangat rindu meronda 'Harrods' dahuluuu...

..kini, dah xda arapan ronda2 camni setelah memegang semula jawatan hakiki

kechuali berpenchen..

'peaceee'

..ngeh3..

Wednesday 9 February 2011

Dimana kan kucharik gantiii..

Malam ini napa tah tetiba sangat rinduuu pada kak Marina, kwn di SKKR yg baru 3 ari kutinggalkan. Nak bagi msg tepon lak abis kedit magerib tadi. Nak call dia tapi sangat bimbang I xmampu menahan kesedihan. Mana leh sedih2..kene la tahan2 sikit. Mendoakan moga2 kaki kak Ina yg sakit cepat sembuh. Tingat pimpin kak Ina turun tangga..tingat suuuka nyibuuuuk kat prasekolah dia..tingat kak Ina yg tulus tegur kalo nampak apa2 yg x kene..
pejam...pejaaammm..pejam mata nih, pejam kuat2 tahan airmata dari gugur. Psahabatan ini kekal walau jarak sejengkal tapi nak jupa susaaah..nilah kondishheeen I skrg. Balik sekolah I dah tergolekkk..letihhh



Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma

Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama




Thursday 3 February 2011

Tudung..Ya Allah Lindungi dan Peliharalah hambaMu ini..

Tetiba hati dibuai sayu balik dari kampung. Sepanjang perjalanan menyaksikan beberapa penunggang motorsikal yg cumalah kanak2 kecik yg I tengok dalam lingkungan sekolah tahun 4 atau 5..tapi dah berani menunggang motorsikal. Berselisih dengan kereta peronda polis tapi malangnya I tengok xda pulak polis tu tahan bagi nasihat atau amaran, berlalu terus seolah2 x nampak apa2. Terdetik dalam hati, patutlah sesiapa pun boleh tunggang motorsikal kat kampung ni merempit petang2 depan umah mak tanpa rasa bersalah ngn bunyi enjin motor cam ekzos nak pecah, sebab xda penguatkuasaan undang2. Polis2 ni lebih berminat nak menyaman kat highway jer daripada proses mendidik memberi teguran atau amaran pada perkara yg nampak depan mata.
Ya Allah lindungi anak2ku, anak2 muridku..
Then, odw balik juga singgah ke Hentian Kajang beli tiket untuk Aiman balik ke Penang. Melihat pemandangan nona2 zaman sekarang berpakaian. Sebenarnya dah lama perkara ni terbuku dalam hati, malas sebenarnya nak catat kat sini, tapi sebab peringatan kat Awin, satu2nya anak dara kesayangan mama, maka mama gagahkan..sebab nanti kalo mama dah x ada, catatan ni merupakan peringatan2 mama kiranya Awin lalai.
Mama pening tengok orang sekarang pakai tudung. Dahla fesyen tudung ada mcm2..itu menunjukkan pkembangan yg bagus sebab orang yg lom terbuka hati tentu akhirnya akan tertarik memakainya dengan pilihan yg macam2 ni. Tetapi nampaknya lelama I rasa lemas sebab tudung dikenekan dengan segala yg ketat2. Bukan takat seluar baju atau kain yang ketat hingga yang dekat leher pun dipinkan kasi ketat2 hingga nampak bentuk leher. .. apa sebenarnya yg ingin kita tutupi.
Bukankah sehelai kain yang kita pakai itu sepatutnya menutupi dada. Kita jangan jadi wanita yg suka menunjuk2 apa yg kita miliki yg sepatutnya dipelihara. Macam makanan yg ditutupi tudung saji, lalat2 dilarang hinggap! Satu lagi, nak buat apa2 mesti dengan ilmu. Ma x mau ikut2an tanpa hala tujuan.
camtu juga tudung Awin dan tudung mama, harap mampu menghalang 'mata2 lalat' daripada hinggap.
Ya Allah, Lindungi kami hambaMu yg lemah ini..agar tidak mudah tergoda dengan ajakan syaitan yg direjam..amin

Tuesday 1 February 2011

Napa unipom sekolah mesti kaler puuutih? haihhh

I cuma leh membebel kat sini..coz kalo I jupa perdana menteri tentu dia suh I buat research, wat poposal, kumpul data, bla3..bla3..so ni cuma luahan insan marhaen bak kata Amalina kawan baik I luahan rasa 'tangan ajaib' yg menyayangi anak demi kesejahteraan mereka tapi yang anak2 ni selaluuuuu xmo dengo kata bila mama menegur kesilapan deme. Mula rasa dah beso dah xleh ditegur2. Mula budak2 ni buat muka cam muka xda rezeki. haihhshhh..bagus kan entri emo pagi ni..hadede
I lepas cuci baju sekolah Awin, baju putih n tudung putih. Sebab Awin tido x mangun agi n mama sporting coz mood bagus pagi ni. Walau zaman canggih manggih ni I tetap ajo Awin bahawa baju sekolah kene belajar sental sendrik sbb nak ajo dia ilmu kemahiran hidup. Ilmu basuh baju tak diajo kat sekolah. Nak ajo Awin dan anak2 lain bertanggungjawab terhadap amanah yg diberi. Tapi namanya pun Awin, dia ingat mama xtau yg dia churik2 champak kat washing machine. Sebagai mama yg sporting kekadang I xpa, kekadang siap ar Awin, I kutip balik baju2 sekolah dia, suh dia rendam buh Vanish (iklan sikit..jenama Vanish), buh sabun, suh sental, bilas, buh nila kasi berseri putihnya.
Yg buat I marah ni bukan apa..baju putih as unifom sekolah x ekonomi. Kat UK ( sooori ar sebab bukan x patriotik tp sebab dah tgk cemana negara orang), deme cuma tetapkan warna, iaitu wane kelabu utk jumper, tshirt kat dalam pakai ar wane putih, suar itam, kasut itam. Material x ditetapkan. So parent x terbeban ngn unifom. Wane putih ni ngn suhu Mesia khatulistiwa ujan paneh sepanjang taun maka habuk n peluuuh, peeehhhh. So mmg ler ari2 kene tukar baju. Kalo tak alamat mau muntah cikgu2 bila masuk kelas tp I as teacher selalu wat2 tak bape bau, atau leh jugak I sebut cam dah 'imune' ngn segala bau..ada sorang anak murid I tu suuuka sangattt buka kasuuut dalam kelas..hadodododo
Bila putiiih..selalu basuh, selalu rendam, selalu sabuuun, selalu sentaaal, selalu tuuuukaar baju baru..kasuuut baru sebab rabak kene sental, kene kapur yg kasut putih tu.
so soklannya : adakah ekonomi?
xleh ker tukar kaler biru ker..
kaler pink ker..
Tu yg Awin pandai nak nipu Ma g champak dlm washing machine dia kata penat nak sental. Jawapan xklusif mama..kalo xmo sental jangan lasak2 kat sekolah, jgn sibuk lap meja ngn lengan baju..tp ma paham, dia dah try kontrol tp dah keadaan kat mesia mmg gini kan nak wat gena..
ni agak2 kalo nak wat research tajuk baju sekolah agak2 ada tak lecturer yg sudi nak jadi supervisor? sapa sudi nak jd supervisor I hangkat tangannn..
uwaaaa

Apa agaknya hikmah yang menanti...Hijrahku utk kesekian kali

..di SK Sijangkang with my cousin kak Zaharah
Zaman guna disket beso..

Hati ini hanya Allah yg Maha Tahu. Apa hikmahnya hanya Dia Pengatur yang Maha Bijaksana. Dugaan ini kuterima, namun proses adaptasi ini perit sungguh kurasakan. Hijrah itu pengorbanan..hijrah itu perjuangan. Hijrah menjanjikan kebaikan kerana sirah junjungan telah membuktikan. Dan kali ini ku berhijrah lagi. Tak tahu cemana nak hurai pasaan ni bila En Mus call masa ngah nak bpoya2 ngn Ina nak makan nasi arab kat sek 5. Serta merta selera tertutup.. Acelly I tahu masa yg dijanjikan telah sampai, but nak lalui utk kesekian kalinya sangat perit. Terpaksa nak memulakan sesuatu setelah keserasian wujud di SKKR..hanya airmata yg mengiringi dalam hati, namun di bibir senyuman ini adalah pasti.

1. SMK Jugra

2. SK Sijangkang

3. SMK Teluk Kumbar

4. SK Sri Langat

5. SK Labohan Dagang

6. SK Jenjarom

7. SK Convent Greenlane

8. SK Permatang Pasir

9. SK Convent Kajang

10. SK Taman Jasmin

11. SK Bandar Rinching

12. SK Taman Rakan

13. SK Kg Rinching daaaannn finallyyyyy

14. SK Semenyih


I rasa bait2 senikata lagu ini adalah suara hatiku yg disampaikan oleh Maher Zain..sob3..
Insyaallah
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way