Followers

Advert

Sunday 31 January 2010

Memulakan Hari Yang Bahagia, baiki EQ..

Bahagia letaknya di hati kita, di hati insan yg rapat dgn kita, misalnya mak, abg, anak2, adik beradik dan sahabat2. Tujuannya mudah2an kita dapat bahagia yg sejahtera, yg diberkati Allah swt.
EQ mesti selaras dgn IQ. kalo bijak IQ tp emosi tak cerdik, maka jadilah kita manusia yg tidak tahu menghargai apa yg ada di hadapan, sekeliling dan yg sewaktu dengannya. Pembinaan IQ dan EQ yang sejahtera bermula dari dalam kandungan lagi. Persekitaran turut menyumbang kepada pembinaan EQ, spt ibu bapa, adik beradik, kwn2, masyarakat. sebab tu penting sgt mendidik dari awal, dan bagi I, proses belajar adalah setiap saat, semua yg blaku adalah pelajaran, jadikan contoh, teladan dan sempadan. Sebab tu I suka sgt ngn kata2 saidina Umar ni iaitu,Fikir itu pelita hati. Nabil lak kat tv suka kata..lu pikir la sendiri. Halamak..ada kaitan ke intro I nih ngn entri today? hentam jer la, hrp2 ada manfaat.

Bagaimana memulakan hari yang bahagia?
Setiap orang ada caranya. Yg ni cara I. Berdasarkan 'pelajaran' semasa di Convent Kajang, dgr motivasi yg BKG buat. I amik yg mampu dibuat. Sebab ukur baju kat badan sendiri.
Pernah tak bangun tido dengan rasa yg amat malas, tak bertenaga, boring. Mula rasa xmo g keje. hihi..kalo pompuan rasanya ini mslh biasa sbb kita sentiasa bermain dgn hormon. Part ni xmo ulas sbb nnt lari ke sains kedoktoran pulak. kang kalo salah x memasal kene saman. mati den..
Jika perasaan ini yg dtg bila kita chelik mata, maka berikut adalah pkara2 yg perlu dilakukan:
1. Tarik nafas dalam2, hembus pelan2, ucap shukor Alhamdulillah. Kerana Allah masih beri kita peluang dan ruang utk bnapas di muka buminya ini.
2. Mandi, guna sabun suchi yg mangi2, biar rasa fresh
3. Solat subuh ngn wudhuk yg sempurna, khusyuk dan bdoa.
4. Pakai baju yg paling 'lawa' dlm almari. Bkn utk menunjuk2 tp utk melindungi diri.
5. Amik sarapan pagi, ini sgt penting kerana bmbg bizi kita xdan mkn. walau hanya dgn segelas susu.
6. Kalo I, h/bag, kasut kene match ngn baju..hehe..yg nih anugerah dari dulu, kalo agak2 xda masa nk match, xyah bwk hbag. lbh selamat penampilan. maklum, nk ngadap murid thn 1, deme suka kalo chekgunya chanteek2. walau I xbape chanteek, huhu.
7. Memulakan pemanduan ke sekolah ngn doa naik kenderaan, spjg pjalanan, zikir dan bersyukurlah dgn lafaz Alhamdulillah. Kerana hakikatnya terlalu byk yg Allah telah kurniakan kpd kita.
8. Senyum dan uchap salam pada kwn2 yg kita jupa kek tmpt keje.
9. Mengajar dgn penuh semangat. Ingat, walau apa yg anak murid kita buat, kene hadapi ngn sabar dan tabah kerana mereka naif dan perlu dibimbing. Ni kdg tgelincir jugak kadang bila btl2 tahap gaban deme menguji, tak pandai xpa lagi, tp bila dahla xpandai, nakal lak tu..hadoo. dugaan.

Memulakan hari yg sejahtera dan bahagia sgt penting. Mudah2an bahagia akan kekal sepanjang hari.
Tapi..kalo semayang subuh pun xda khusyuknya,xda lafaz syukurnya, xda doanya, tu yg meroyan asik nak carik salah oranggg je idupnya sepanjang ari. Kalo dah ari2, nnt jadi minggu, pastu tahun, pastu seumur idup. pastu suma owang salah, pastu bla2.. Fikir itu pelita hati.

Meminjam kata2 semangat dari En Yaakob, kwn den kat PPD Klang tu.
"ibaratnya harimau mati tinggalkan belang, kita ni mati, nak disebut orang sebagaimana?
..yg bsungguh2 ke..
..yg rajin ke..
..yg baik ati ke..
..yg kaki monteng ke..
..yg suka bagi alasan ke..
..yg suka carik salah org ke..
then..yg apa2 aje.."

sbnrnya..I tgh nak buat psediaan mental nk abih cuti dah nihhh..hihi

Saturday 30 January 2010

Kek Pandan



Resepi ni dari K.Dilla my fwen kat skbr. mmg senang utk yg 'champion' bab kek nih likes me..ahaks! maklumlah, sejarahnya dari dulu cuma pandai wat kek coklat jer. but ngn resepi dr k.Dilla ni I leh ar wat perisa oren, pandan. kiranya naik sikit ar skill buat kek. hihi..

Bahan-bahannya :
1 cawan gula pasir (dikisar)
1 cawan marjerin/planta
5 biji telur ayam - saiz medium
2 cawan setengah tepung naik sendiri (tepung kek)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pandan and sikit pwarna ijau pandan

Cara membuatnya:
1. Putar gula dgn marjerin sehingga kembang.. (asalnya marjerin warna kuning.. bila dah kembang ia bertukar menjadi keputih-putihan).
2. Masukkan telur satu persatu sambil diputar. Jangan masuk sekaligus ya.
3. Masukkan esen vanilla, putar lagi.
4. Ayak tepung naik sendiri. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana/ perlahan. (Bila dah masuk tepung, tak boleh diputar laju).
5. Putar sehingga sebati.
6. Masukkan perisa pandan
7. Akhir sekali masukkan susu pekat manis dgn sedikit air suam,(resepi asal) but, I xbancuh, just buh kat mikrovawe, kacau2 dan masukkan ke dalam adunan tadi. (Air suam tu kalau boleh sedikit sahaja).
8. Ambil acuan kek, oleskan sedikit marjerin serta taburkan sedikit tepung. Pastikan tepung menutupi lantai acuan tersebut. Tujuannya untuk mengelakkan kek melekat pada acuan itu.
9. Masukkan bancuhan ke dalam acuan kek. Masukkan ke dalam oven.
10. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu sebelum dimasukkan adunan kek kita tadi.
11. Biarkan 45 min atau lebih. Untuk memastikan kek dah masak, ambil lidi cucukkan di tengah-tengah kek. Jika adunan tidak melekat pada lidi tu.. maknanya kek dah masak.
12. Kadang2 I kukus kek ni, semasa kukus, tutup loyang dgn aluminium foil, supaya air tak jatuh atas kek. masa mengukus sejam, dengan api yg sederhana besar sahaja.

p/s: Kalau nak buat kek perisa coklat/oren pun boleh, ikut adunan ni juga cuma tukarkan je ngn parutan kulit oren/serbuk coklat/koko. Bahan yang lain suma sama.

Friday 29 January 2010

2 guru ‘bergusti’

BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit. Sumber berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dendam ustazah berkenaan sejak setahun lalu selepas anaknya yang diajar guru terbabit dipukul dengan pembaris kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun katanya, tindakan guru itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ustazah itu sehingga membawa kepada pergaduhan. “Guru muda itu dikatakan dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum dia ditampar, dipukul dan bergelut dengan ustazah itu. “Insiden itu berlaku beberapa minit dan dipercayai turut disaksikan pelajar yang sedang melakukan aktiviti luar sebelum beberapa guru lain berjaya mententeramkannya,” katanya di sini, semalam. Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di sekolah berkenaan

..Terkejutlah kononnya memula I baca tajuk berita latest kat MyMetro ni, lepas tu, pikir pelan2. Maklum..pikir kan pelita hati. Tertarik ngn berita nih kerana I kan nk jadi chekgu semula lagi 5 bulan.

Kat mana keberkatan ilmu bila chekgu sendiri tak mampu mengamalkan adab dan sahsiah yang sepatutnya. I paham, sbg manusia biasa, kita bukan maksum, tetapi apalah salahnya belajar memperbaiki diri. buka mata dan minda. haiyoo..pasni panas ar tinga nih baca komen kat surat kabar. wartawan dah mmg keje deme carik brita. terima ajelah.Cumanya komen I, kuatnya ustaza tu larik, leh kejo chekgu tu sampai padang..

Thursday 28 January 2010

Morning Prayer UK style

Entri kali ni nak share tentang 'morning prayer'. Ia UK style. I anggap UK style coz kejadian ini blaku kat tempat keje yg managernya adalah ISS. Kang kalo sebut ISS bukan ada sapa tau. So buh ar UK, senang faham walau ketepatannya adalah kat South Birmingham City Collegue. hehe..
Pagi Rabu, manager baru ISS datang mlawat, maka bkumpullah para penoreh mendengar amanat pertamanya. Orangnya itam, sbb da memang mamat 'black', tinggi dan terserlah darjah karismanya bila bercakap. Para penoreh pula bule la I sebut 80% adalah bakal2 doktor phd, yg menoreh untuk menambah wang saku pegi haji, pusing europe, beli merce, dan hapa2lah yg korang suka nak buat ngn duit asil noreh tu. Senyappp je suma mdengar amanat pertama. Diringkaskan citer, berikut adalah apa yg disampaikan pada pagi tu, I translatekan dgn bahasa yg paling canggih di dunia ya..ni apa yg I pahamlah..
1 : Aku..tah sapa nama dia dah x hingat..bla2..manager baru kat sini.
2. Sok, 8hb, ada nazir nak lawat kampus nih. so korang buat keje betul2. Abuk masih ada kat bawah2 tu. keje korang lom capai standard yg aku nak.
3. Datang keje jgn nk semayang..korang, kalo nak semayang buat sebelum g keje atau buat bila balik, toksah semayang kek sini.
4. kalo nak kija, buat cara nak kija, kalo tak, berenti. ramei lagi owang yg nak bekerja.
sekian..tima kaseeeh..
Pastu, we all pun nonong ar g ke port utk amik stuff memasing. Cam biasa..ulasan kene buat bila sampai kat port. Pkara ptama kami gelak..pastu kedengaranlah ayat2 ni :
suara 1 :
..Mangkuk betul..semalam aku kantoi tgh semayang subuh, si pendek datang awal kul 6.30. tu yg dapat nih. (si pendek yg dimaksudkan adalah mamat omputih estet manager).
suara 2 :
Ala..manager dulu pun tah hapa2 camni jugak, sebulan je keje..tukar org len dah..
suara 3 :
korang semayang tmpt aku ar, slmt sikit sini.
suara 4 :
ala..kita semayang dulu, baru wat keje. xkan deme nk chek awal sgt.
I pun masuk kelas, memulakan operasi ngn t/jwb kpd Allah, bentang sejadah, semayang dulu. sebenarnya mmg rutin camtu, bimbang wuduk batal..azab nk amik semula winter2 nih. hehe. nak tayamum debu pun xda. Doa mohon Allah pelihara segalanya, bukan sahaja utkku, tp utk suma sahabat, kuarga, muslimin muslimat. Ya Allah, aku mencari redha dan keberkatanMu.
Sambil tolak abuk, aku teringat morning prayer zaman kat sekolah. Sampai buleh hafal apa yg disampaikan..hehe..ampon2. sbb diulang2 sejak awal tahun. Keduanya..bahasa yg mamat sengal ni guna, hamboi, menusuk kolbu.."kalo nk kija buat cara nk kija, kalo tak, berenti, ramai agi owang nak keje"..hambeeek..aduss. Yg kat dpnnya pulak senyappp mengadap. I rasa deme suma wat modal ler tu, sok balik mesia pakat jd boss belaka..agak2 deme guna tak ya ayat ni..hahaha
Yg ketiganya..kualiti/standard keje. Kampus ni kolej binaan. so bayangkan habuknya. tp could you imagine, kalo kat mesia, kolej ni dah leh dapat award I rasa sbb bersih. tp pd deme..abuk setitik pun xmo. kemain laagi..
keempat..bab solat. Manyak chantek mamat sengal tu punya arahan. dia ingat solat xyah pakai waktu. xpa, I maafkan dia sbb dia bukan paham pun..cumanya, nak sgt I sampaikan, kat mesia tu, dahla panas, wudhuk mmg xda masalah, solat xda sapa nk marah, tp susah sgt nak tgk musolla penuh. ari jumaat, Sogo tu penuh ngn mamat2 monteng jumaat. sedihnya aku..insaff..

Tuesday 26 January 2010

Penyejuk mata







Zikri Fahmi 1 tahun 3 bulan. Today just nak show wajah penyejuk mata yg da pandai posing. Tengok aksi2 Zikri dlm seminit ni dah mmg sah2 mengapa mama tak upaya nak menambah berat badan..

Sunday 24 January 2010

Ziarah







Petang semalam, aku dan abang meluangkan masa ziarah Kamal yg akan balik Mesia di Cranfield. Syahdunya tgk umah orang yang dah lapang krn barang2 dah hangkut masuk kontena. Giliranku lg 5bulan..huhu..Popia salut cili sebagai buah tgn. Terasa eratnya hubungan ini lbh2 lg berada di tempat org. Harap2nya jalinan ini kekal hingga akhir hayat. Syok tgk Kamal nye mitshubishi grandis, dan dikabarkan kepada aku kat mesia honda kaler hitam dah kuar utk Ana, sbg buah tgn dari UK. Alhamdulillah, tumpang gembira ngn rezeki kwn2.

Resepi Popia Bersalut Cili

kulit popia ready made

200gm udang basah, besihkan dan cincang
4ulas bwg putih, ketuk, cincang
1 labu bwg besar, potong
1 sudu besar sos tiram, garam secukup rasa.
-tumis ngn sikit minyak suma bahan di atas, then masukkan sayuran nih :
tauge, carot potong halus, sengkuang, kobis potong halus sumanya.
bahan cili utk salut
20tangkai cli kering, potong, rebus, blend.
6ulas bwg putih, blend sekali
2 keping asam gelugor
6 sudu besar gula
bijan yg disangai
kacang tanah tumbuk
tumis suma bahan sekali, kmdn masukkan bijan, masukkan popia yg siap goreng, gaul and ratakan.
susun dlm bekas, tabur ngn kacang tanah.
masa mnumis cili utk salut, jgn buh air, cukup air yg guna tuk blend cili, tumis sampai kering je. sbb jika buh air, popia goreng akan jadi lembik, dah x rangup lg.




Thursday 21 January 2010

Petaka menimpa

Kegembiraan yg hilang sekelip mata. Kul 9.00 mlm waktu mesia call mak abang. Alhamdulillah, kesihatan mak bertambah baik. Gelak ketawa menghiasi perbualan, tentang makku (besannya), Zikri, tentang Adib as 'main topic'. Walau mak abang sakit tetapi dia pula yg datang ke rumah besannya kerana menziarahi makku yg tgh demam. Tima kasih mak kerana tolong tengok2kan makku. Doa untuk keduanya moga kesihatan yg baik Allah kurniakan kepada kalian.
Letak telefon, menung, kerinduan yg tak hilang walau dah dgr kbr dan suara mak. Xleh layan kesedihan ni, buka pula FB. tgk gambar2 mak abang masa raya, mak aku, adik beradik, adib. Usik geng2 skbr kat status k.dila. tup2 ada pula petaka yg menyebabkan kegembiraanku hilang sekelip mata.
.. .. Mulai hari ni malas nak layan FB. kerana manusia tak pandai menghargai kemudahan yang ada. Mengocak kegembiraan dan kebahagiaan.

Wednesday 20 January 2010

Chicken grill with potato baked and coleslaw




Sebelum tido terpaksa merajinkan diri buh resepi ni, sbb da bberapa kali buat masih selak fail resepi, mslhnya pula, selalu miss place katne buh fail canggih tu. terpaksa mcarik2. so nk bagi smart..kita buh kat blog nih.

Coleslaw

1/2 kobis jenis yg keras - parut
1 carot - parut
1 bawang besar - cincang halus

gaul dan biarkan sementara siapkan dressing

200gm mayonis
4 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula
1 sudu besar cuka/air lemon
garam sikit

guna mixer, gaul dan perapkan selama satu mlm dlm fridge. Buh dlm bekas bertutup kedap.

chiken grill nye resepi sambung sok lik noreh..ngantukk

Tuesday 19 January 2010

Cikgu-cikgu...

Berada di bumi permaisuri ni, aku jadi pemikir..sian..pemikir syok sendri. Menoreh kat South Birmingham Campus, sebelum ni kat King Edward Kolej, buat aku selalu berfikir tentang tugas yang bakal kusandang bila balik mesia nanti. Cikgu-cikgu di sini dan cikgu seorang 'aku' spt langit ngn bumi.
Cikgu UK :

  • Guru matapelajaran duk dlm bilik darjah, murid yg beredar.
  • dalam kelas ada buku teks, komputer, printer, lcd, white board, pen, pensel warna and suma stationary free.
  • murid datang bwk fail and bekal.
  • kelas bersih, satu kelas sorang cleaner ( aku ler tuu..uwaa )
  • Belajar byk guna kaedah pembelajaran koperatif, kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu objektif b/sama rakan-rakan yg lain, sbb kaedah ini berupaya buat murid saling bergantung antara satu, b/sama secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Ganjaran akan diberi kpd individu & kumpulan dlm pelaksanaan kaedah ini. Individu dlm kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing. Tahap pembelajaran yg maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi untuk n mainkan peranan berbeza n bergilir-gilir. Yg ni mmg cikgu terangkan masa datang sekolah Awin time parent evening. (Parent evening ni cam pjumpaan ibu bapa ngn guru kelas utk tahu perkembangan dan pcapaian anak kita kat sekolah, sat2 ada parent evening kat sini). Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Sebab tu jarang tgk cikgu ckp sorang2 kat dpn n murid senyap dgr. Deme byk buat xtvt kump dan bentang. Awin masa darjah 4 dah buat pembentangan guna powerpoint.
  • Jumlah murid 25org, dgn sorg pembantu bagi guru kelas.
  • Balik umah anak xda keje umah, kalo ada pun jarang-jarang and kadang2.
  • Bahan pengajaran suma kebanyakannya dlm bentuk software, sbb aku belek suma yg ada dlm kelas deme..suma ada di situ, buat keje cpt2 dan aku leh belek suma modul hardcopy yg deme dah print
  • Kelas lapanggg je..xda lak bahan tampal2 kat dinding cam sekolah aku.

Cikgu 'aku' :

  • Kene beredar masuk kelas.
  • Bwk/buat BBM.
  • Buku teks budak kene bwk sampai kene bwk beg ada roda.
  • Murid 40-45 org, hadap sorang2 tanpa pbantu.
  • bahan bantu ngajo duk jauh, kalo xdan g amik sbb sblm tu da ada kelas lain maka masuk next kelas modal air liur je. sbb cikgu nk ajo 2 3 kelas lain dan lain mata pelajaran
  • byknye keje anak2..pagi sekolah, ptg sekolah, mlm tuisyen, keje umah lagi hingga ujung minggu.
  • besihkan kelas sblum ngajo. buat jadual kebersihan kalo kat tahun 1 tu alamat bongkok la cikgu nyapu sendrik.
  • dan bykkk lagi yg hanya guru yg tahu.

dan..spt yg dah kuagak..deme ni kalo suh ngajo kat tempatku..gerenti deme nangis guling2..cam aku ni, yg guling2 nangis dlm ati sbb kene keje tolak abuk besihkan kelas deme..uwaa.

Cumanya secara peribadi dari dulu I xsuka beratkan anak murid. (sbb mrk spt anak2ku juga). Kalo tak bawa buku teks, mmg tak kudenda..pegi je kelas sebelah and pinjam dr kwn sesapa yg bwk. Dan biasanya kalo nk guna je sehari sebelum tu pesan suh bwk buku teks, kalo tak xyah, buat berat anak murid je. Keje umah pun jarang bagi kecuali rasa perlu. agih masa & susun pnp btl2, insyaallah murid faham, xtvt siap dan murid dapat apa yg diajo. xyah hari2 keje umah sbb paham, mrk bukan robot. (aku kan mama juga selain cikgu). Cumanya aku selalu geram bila murid tak ngaji Quran kat umah. Yg ni mmg slalu buatku bengang..mana cukup ngaji kat sekolah seminggu sekali. Tensen!

'Yes love, tq luv'..ni ayat biasa bila kita done besihkan kelas deme.

p/s : arghhh..aku takut nk balik n g sekolah semulaa...

Monday 18 January 2010

Kimoterapi


Hari ini adalah hari pertama Su sahabat yang kukasihi menjalani kimoterapi. Pembacaan dan maklumat tentang rawatan kanser payudara ini penting bagiku kerana dua insan yg kukasihi, mak abang dan Su sedang berjuang melawan kanser ini. Semoga Su dan mak sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan oleh Allah swt. Malam tadi, selepas membaca msg Su yg memberitahu dia sedang bersiap untuk kimo, mataku sukar dilelapkan. tido2 ayam..betapa tiap saat aku tidak jemu mendoakanmu.Tahan sikit lagi ya Su..mudah2an awak sihat sejahtera selepas ini, dan kita akan bersama semula menjalani hari2 yang bahagia. amin.

Mengenai kemoterapi dan terapi radiasi bagi kanser payudara di Malaysia
Oleh: Dr Mohd Ibrahim Abdul Wahid, Pakar Onkologi Klinikal /Ahli Radioterapi

Apa itu Radioterapi?

Radioterapi adalah sejenis rawatan bagi tumor atau kanser menggunakan X-ray berkuasa tinggi untuk membunuh sel tersebut. Rawatan tersebut ditujukan khususnya kepada sel kanser. Tisu normal tidak terganggu atau sedikit sahaja kerana tisu ini dilindungi semasa rawatan. Radioterapi dijalankan setiap hari (kecuali hujung minggu) dalam sesuatu siri yang tetap iaitu antara 5 hingga 35 rawatan dalam tempoh 1 hingga 7 minggu. Kesan sampingan umum termasuk kelesuan dan kesan sampingan terperinci bergantung pada lokasi rawatan tersebut.

Apa itu Kemoterapi?

Kemoterapi adalah satu rawatan menggunakan ubat anti kanser yang biasanya di beri melalui suntikan (kadang kala melalui mulut). Ubat ini dapat menembusi sel kanser dan mengganggu pembahagian sel atau penumbuhannya. Rawatan ini membawa kesan kepada seluruh sistem. Kesan sampingan termasuk berasa mual, muntah, rambut gugur, kurang penghasilan sum-sum tulang. Kesan-kesan ini sementara dan boleh pulih. Kemoterapi ini dijalankan setiap minggu, setiap 2 minggu atau setiap 3 minggu bagi masa 4 hingga 6 bulan.

Adakah kemoterapi membunuh sel baik termasuk sel buruk dan akhirnya membawa kesan kepada pesakit?

Ini satu tanggapan salah. Semua ubat ada kesan sampingan yang direkod dengan baik dan dapat dikawal dengan ubat lain. Walau bagaimanapun ketakutan untuk menjalani kemoterapi serta enggan menerima rawatan ini boleh membawa padah kepada pesakit yang mempunyai ciri risiko tinggi. Kemajuan perubatan sering mewujudkan ubat baru yang lebih mujarab dan mempunyai kesan sampingan yang semakin kurang.

Apakah ciri risiko tinggi kanser payudara?

Beberapa ciri dalam sampel biopsi termasuk tumor yang saiznya melebihi 1.5 cm, sel kanser yang menyerang sel limfa atau vaskular, tumor gred tinggi, banyak nodus aksilari positif (ketiak) serta status estrogen negatif dianggap ciri risiko tinggi.

Mengapakah pesakit dengan kanser payu darah tahap awal memerlukan kemoterapi?

Keperluan memberi kemoterapi bergantung pada faktor risiko tinggi yang telah diperkatakan. Di Amerika Syarikat, penggunaan kemoterapi pada tahap awal kanser memang telah membaiki kadar sembuh pesakit serta mengurangkan risiko kanser tersebut timbul semula. Keputusan yang lebih baik dilihat dengan ubat terbaru dalam rejim rawatan terbaru. Setiap tahun kami melihat kesan yang semakin positif dalam terapi kanser payudara.

Terdapat pelbagai jenis kemoterapi. Bagaimana saya tahu yang mana terbaik?

Tugas pakar onkologi adalah untuk menasihati pesakit mengenai ubat yang paling sesuai berdasarkan ciri serta tahap kanser pada waktu itu. Ubat ini agak piawai, berdokumentasi lengkap dan biasanya digunakan di pusat-pusat serata dunia. Doktor akan hanya menggunakan rejim rawatan ubat yang telah terbukti. Pakar onkologi mesti tahu akan rawatan dan ubat terbaru yang wujud bagi pesakit demi memastikan si pesakit dapat dinasihati dengan baik.

Jika pakar onkologi berkata saya ada faktor risiko tinggi dan memerlukan kemoterapi -apa terjadi jika saya menolak cadangannya?

Kemungkinan kanser itu timbul semula meningkat. Sekiranya ini berlaku, rawatan mungkin terlambat. Terapi awal adalah untuk meningkatkan kadar sembuh dan kurangkan kemungkinan kanser timbul kembali.

Sumber :http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/Rawatan/RadTxRAH.htm

Friday 15 January 2010

Sakitnyer rindu ini


Kalo bule terebang..ma balik sat..
'ma, cal jap, penting'.
Aku yg pening2 lalat bangun tido terus buntang bijik mata baca msg Adib. Apa yg pntg sgt, mlm td sbelum tido kami da bsembang, xda apa yg penting kecuali xtvt dan kesihatannya. Berdebarnya..dan berdoa moga sumanya baik2 shj.
Rupanya, Adib hepi nenek dan maksunya ziarah dia kat kolej. Coz da 2minggu Adib xbalik bizi ngn program ujung minggu, lgpun dia xsihat btl2 lg. Nenek da rindu. Yg paling penting, Adib tanya, nenek nk bg RM400 tuk buku dan baju persatuan, nak amik ker.
"no..no..no..you can't". Adib tawa, 'da agak' dia kata. Cis! dah agak tp nak tanya jugak. 'nnt nenek kecik ati ma'. ok, amik rm100 je kalo camtu.
Bukan tak sudi nak terima pemberian nenek tp itu duit nenek..duit belanja mak tuk dia bersuka2 kut tringin nak beli apa2. Dan pagi ini, airmataku gugur lagi selepas bbual ngn mak dan Adib.
Mak yg lum sembuh btl lepas operation, tp sanggup ke Melaka kerana Adib.
..dan kerinduanku ini semakin mencengkam perasaan.
Terima kasih mak kerana menggantikan tempatku yang jauh ini membaja perasaan Adib dengan kasih sayang. Mudah2an Adib akan mengerti dan menghargai kasih yang diterimanya.
Syukur padaMu ya Allah kerana anakku itu mengerti bahawa dia tidak layak menerima duit nenek begitu sahaja kerana pesananku bahawa dia kena jaga nenek, gantikan tempat mama dan abah yg jauh ni.
...tu sebab Adib rasa penting tanya mama ..
Semoga Allah merahmatimu ibu mertuaku, suamiku dan anak2ku. Tunggu kepulanganku..

Thursday 14 January 2010

Mee Udang




Balik 'noreh', spt biasa, mencari idea menu arini. Dah 2 malam abang tido x lena gara2 nak meeting ngn supervisornya today. So dapat kubayangkan, abis meeting today tentu dia lega sgt2 dan mesti lapar. Itu biasa, aku dulu..bila abis exam, kebuluran! dah tentu kenangan paling manis ngn Su makan McD kat tmpt rehat tepi highway bila balik exam. Tp kat Birmingham ni, suma kena homemade, sbb da x lalu asik nak mkn 'pakistani made'..nan, chicken tikka, lamb tikka, kebab, fish n chip.

Selak myresepi..napa xda yg bkenan. Masalahnya jd puan rumah..pening hari2 pk menu. Tuan rumah xyah tanya la..buang karen jer kalo tanya pun. "apa2 pun xpa ma, dah tau ma msk grenti sedap"..pujian yg x mcabar lgsung..Tanya Awin yg xsekolah coz snow tebal..adik kuarkan apa lauk dr freezer, the answer is prawn. Akhirnya, mee udang. But resepi ni kene buh kat sini sbb senang nk rujuk, kerana idea asal dari myresepi. Ada mcm2 verse resepi mee udang. So setelah dibelek2 maka.. ni ler mmg kejenya , pandai2 meng'alter' resepi orang. haha

Bahan2:

makaroni rebus menggantikan mee kuning
telur rebus
bawang goreng
daun bawang
tauge

Kuah :

15 tangkai cili kering, rebus n blend
3labu bwg merah
6ulas bwg putih
1inci halia
satu sudu bsr udang kering
3sudu bsr rempah kari
3biji kentang rebus, blend
2sudu bsr tepung jagung
gula n garam secukup rasa
chicken kiub.
air-ikut byk kuah yg nak.
800gm udang, dlm anggaran 200gm blend,
tumis suma bhn menumis sampai naik bau n agak garing, masukkan udang yg dah blend, buh air. biarkan msk. buh udang, kentang yg dah blend, kacau, bancuh tepung jagung ngn air sejuk, masukkan n kacau, gula n garam. beres...

siapkan mee and aksesori, buh kuah.

kat sini..suma2 pun senang bab masak, lik mesia sok..jgn2 ada org hntr udang kat kedai depan Kesuma and order..mee udang ya bang..upah masak kalo dulu 3hinggit jer..hihihi








Wednesday 13 January 2010

Hati seorang ibu..


Risau panggilan tidak berjawab. Dahlah semalam dikhabarkan kepadaku dia demam dengan suhu yg agak tinggi. Adib, kalolah mama ada upaya, mmg terbang sekarang juga. Berkali-kali cuba call. Apa agaknya keputusan ujian darah dia hari ni. Ya Allah, Kau limpahilah anak2ku dengan kesihatan yang baik, bukakanlah hati mereka untuk menerima segala kebaikan, kau tutupkanlah hati mereka dari sebarang kejahatan syaitan. Ya Allah, Kau peliharalah anak2ku walau di mana mereka berada. amin..doaku tiap saat buatmu anak2ku. Betapa naluri mama ini sangat merinduimu.

Minggu Pertama di Birmingham City Campus


Today nk share pengalaman keje kat BCC nih. Ari ptama lapor diri, Miriam suh wat kija 4jam, bkn 2 jam spt yg di'ofer'nya. Pikir2..ah..cuba je lah.. Maka bermulalah episod 'menoreh'ku. Mujur sahabat2 sepenorehan sumanya menyeronokkan, maka sedikit sebanyak terubatlah kedukaanku yg terpaksa meredah putihnya pagi. Putihnya pagi..that's mean snow yg dah masuk dua minggu menutupi bumi Birmingham ini.

Sahabat2 sepenorehan..haha..tu ayat 'cover line' je. Yg betulnya adalah..mujur abang sama2 menoreh, maka dialah sahabat setia yg membantu. Tolong hntr vakum, tolong buangkan sampah, tolong belikan hot coklat, tolong dan tolong. tima kasih dear.

Balik umah..mak ai, pinggang nih rasa nk patah dua. Maka terbaringlah aku menikmati kesakitan itu. Rehat dan rehat..mujur Zikri yg choomel memahami, tak meragam dan sama2 kuak lentang ngn mama. Masa ni la teringat kat Eiza..ni agaknya mslh 'pinggang ramping'. ngeh2..apa lagi la nak kutelan nk bagi sihat dan kuat. Betapalah kan, pengalaman di bumi permaisuri Britain ini. Semua ini harus kulalui demi anak2, yuran universiti adib, insyaallah lepas ni aiman pulak nyusul, mama nk jalan g Swiss, German, Holand, dan yang penting sekali mama dan abang nak g haji..so..noreh pun noreh laa..Ya Allah, Kau permudahkanlah hari2ku di sini. amin ya robbal 'alamin.











Sunday 10 January 2010

SEKOLAH HAK MASYARAKAT, MASYARAKAT HAK SEKOLAH

..Cam tajuk assignm je catatanku today kan..Sebenarnya bukan apa, baca entri k.Dila today tentang bayaran utiliti sekolah yg terpaksa dilakukan buat aku terfikir tentangnya. Pengalaman mengajar di SK Convent Greenlane P.Pinang. Walau cuma setahun berada di sekolah tu, tetapi pengalaman di situ sangat bermakna. Justeru ingin kukongsikan bersama betapa..sekolah adalah hak masyarakat..masyarakat adalah hak sekolah.
Negara kita adalah negara membangun, bukan negara maju seperti UK ni yg segala datuk nenek prasarana sekolah suma dibagi spt pen dan pensel pun disediakan. Negara maju deme dah korek negara kita tinggal saki baki sama spt lombong2 tinggal yg deme tinggalkan. Sejak kat UK ni mmg aku patriotik sikit, darah satria selalu mengalir, tu pasal kdg bijik mata aku ni xleh tgk sgt senyum omputih. meluat, kaya dgn sifat hiporkrit.
Justeru..membangunlah kita dengan cabaran yg perlu dihadapi dari pelbagai sudut. Yg paling penting sekali adalah dari aspek pendidikan. Maka sekolah yang dibangunkan adalah untuk membangunkan masyarakat. Justeru, masyarakatlah yg harus menggerakkan sekolah dengan mencari wang dan dana bagi sekolah menjalankan aktiviti untuk membangun modal insan.
Mengajar di sekolah convent, maksudnya bangunan sekolah tu hak gereja, kerajaan cuma letakkan cikgu2 untuk menjalankan tugas mengajar. Memula tu aku tak bape paham. Tetapi bila dilantik sebagai setiausaha PIBG, barulah faham kenapa di antara ahli lembaga pengarahnya ada seorang paderi. Bukan hal agama yg ingin dikongsi, tetapi subjeknya adalah tentang membangunkan sekolah.
Masa tu Pengerusi PIBGnya Dr Bhurpinder Singh, pakar patologi hospital P.Pinang yg mmg sah2 bizi tahap gaban, timbalan pengerusinya aku dah lupa sapa namanya, tp sorang pengurus perkapalan. Tugas sebagai setiausaha PIBG mmg mencabar kerana masa ni aku baru posting. Mmg rasa selalu melalak laa..hehe..
Namun..pelan2 kayuh..belajar..aku melihat dan belajar bagaimana masyarakat membangunkan sebuah sekolah ini.
Projek yg dibuat pada waktu itu adalah membina sebuah makmal komputer beserta komputer dan peralatannya sekali serta segala bil2 utiliti. Pengerusi dan timbalannya sentiasa bekerjasama mencari dana dan ligat mencari. Aku ni, walau setiausaha PIBG, tp mereka cuma bg laporan apa yg dah mereka lakukan. Naib setiausaha yg merupakan sorang surirumah byk membantu. Alasannya mudah sgt2, aku mmg setiausaha, tp tugas hakiki adalah mengajar dan menguruskan di sekolah, tugas mencari dana dan pkara2 berkaitan biar mrk yg buat. See...tugas draf surat selalunya aku yg buat, yg naip timbalan pengerusi yg ada secretary sendri kat syarikat dia, keje aku cuma bgtau GB bila nk buat meeting. Hinggalah bjaya makmal tu ditubuhkan.
so, walau jd s/u PIBG, tp idak le meroyan sgt waktu tu, cuma yg buat aku melalak selalu time tu ialah bila mesyuarat, kene pay attention btl2 bmbg salah catat sbb mesy dlm BI..huwaa..hehe.
Ia berbeza dgn senario di sekolah2 lain yg penah kujejaki. maklum..dari guru zaman guru sandaran, sbnrnya aku dah mengajar di 10 buah sekolah, sbb tu aku ada pengalaman keje dgn 10 GB, beratus kwn2. Di sekolah lain, GB yg selalunya mengajak PIBG meeting. Jarang pulak PIBG ngn Sekolah sekapal. ada pulak yg siap gado2..
Pengalaman Sambutan Hari Guru di convent ni juga menarik. PIBG yg meraikan cikgu. Deme yg buat sambutan. Di sekolah lain..aku jugak yg raikan kwn2 krn duduk atas badan kebajikan, sbb kalo tak..sian, xda sapa nk raikan kwn2 guru aku ni..mana tah PIBG..hehe..walau hakikatnya bukan mintak diraikan, tp lbh rasa dihargai masa di convent dulu.
Mentaliti masyarakat berbeza. Sekolah juga perlu mainkan peranan. Hubungan sekolah dgn masyarakat perlu erat. Terangkan masalah yang sekolah hadapi bahawa guru2 hanya menjalankan tugas. Masyarakat perlu bekerjasama membangunkan sekolah. Mentaliti suka free tanpa menyumbang amat dikesalkan. Mana de yg free skrg..nak masuk toilet pun kene bayar 50sen kan...so..fikir2kanlah..

Saturday 9 January 2010

SMOKE MACKAREL BERCILI





Resepi ni dari Dina, yg sekepala sama2 giler 'pedas'. Ni menu bila x selera makan. Kepedasan yg melampau ni biasanya buat yg asalnya tak selera menambah nasik.. hihi..

3 slice smoke mackarel. (sok kalo balik mesia ada tak ya smoke menyemoke nih? ke I kene salai sndri nmpknya..huhu..)

cili kering secukup darjah kepedasan yg diingini, rebus, kmdn blend.

4 ulas bwg putih, 1 labu bwg besar, tumbuk.

1 keping asam keping, garam & gula secukup rasa.

Caranya :

Goreng/tumis bwg merah & bwg putih, dah naik bau, masukkan cili, and asam keping, goreng lagi sampai garing. Buh garam & gula secukup rasa.

then, masukkan smoke mackarel, balik2kan, sampai kuar minyak. angkat..tradada..da siap..mkn ngn nasik panas2..

Senang je kan..but I sengaja buh ini resepi dlm blog ni utk simpanan dan rujukan coz dah tau..balik mesia sok grenti I malas masak semula. So ni semua utk mengembalikan zaman kegemilangan cuti tanpa gaji yg harapnya I kekal cemerlang di dapur walau bizi ngn keje2 sekolah. Leh caya ker suma ayat2 I nih..huhu..

Friday 8 January 2010

SELAMAT TINGGAL KEDUKAAN SEMALAM

Tajuk di atas merupakan kalimat penting yang harus kuingati sampai bila2. Empat hari aku menunggu, hari ini kutemui jawapan pada sebuah pertanyaan. Syukur kepadaMu Ya Allah menunjukkanku jalan.

Sesungguhnya semua ini mendekatkan aku pada sifat iradahMu. KehendakMu mengatasi kehendak insan kerdil seperti aku.

Bagai tersedar dari mimpi, terbawa-bawa emosi hingga menenggelamkan sebuah kebahagiaan. Hari ini aku bangkit dari mimpi itu.

"Terima kasih buatmu sahabat. Mengingatkan aku agar berhati-hati meletak kepercayaan. Bimbang kekecewaan akan meninggalkan kesan.

Terima kasih buatmu sahabat. Mengingatkan aku bahawa manusia boleh berubah. Bimbang aku akan menderita berterusan."

Mulai hari ini, aku tidak akan meletak kepercayaan pada sesiapa pun. Cinta, kasih sayang, harapanku kini hanya padaMu. Baru kini kukenal erti cinta sejati. Betapa Kau Maha Mengasihani, yang tidak sesekali akan menganiaya diriku, kecuali aku..yang menganiaya diri sendiri.

Setiap minit berlalu, lapangnya dadaku memuji namaMu ya Allah, betapa besarnya kasih sayangMu kepadaku. Kau pinjamkan aku kasih sayang seorang suami yang sangat mengerti, Kau pinjamkan aku anak-anak yang menyayangi, kau pinjamkan aku kasih sahabat yang akhirnya Kau ambil kembali..namun, aku redha kerana, segalanya ini adalah aturan terbaik untukku. Mudah2an semua ini akan semakin mendekatkan aku kepadaMu Ya Allah. Limpahi daku dengan keampunanMu, lantaran aku hambaMu yang sangat lemah. Amin, Ya Robbala'lamin.


Wednesday 6 January 2010

CHICKEN LASAGNA WITH WHITE SOS


Lasagna ni merupakan salah satu favorite I kat sini. Resepinya mudah dan senang menyediakannya. Dulu2, I selalu oder je kat Pizza Hut, but now I da pandai buat sendiri..
Utk Anggaran 7 orang
a) 6 keping lasagna, rebus sebentar, mozarella cheese secukupnya, lg byk lg sedap..
b) Chicken sos :
Bahan2 :
2 keping dada ayam, beli yg mince siap2 senang
3 labu bawang besar potong dadu
4 biji bawang putih diketuk
4 sudu besar sos cili
4 sudu sos tomato
1 botol pasta sos/lasagna sos dlm anggaran 400gm
mushroom, potong kecik
black pepper secukup rasa
tomato 3 bijik, potong dadu
celery sebatang, potong kecik
carot diparut
garam n gula secukup rasa
mix herb
Cara-cara :
1. Tumis bwg besar, bwg putih, da naik bau, masukkan chicken mince. Kacau hingga mince chicken masak.
2. Masukkan sos2 tu suma. kacau lg
3. Masukkan sayuran spt mushroom, carot, celery
4. Masukkan blackpepper, garam n gula and mix herb..siap satu sos dah...
c. White Sos
50gm butter
50gm tepung gandum
250 ml fresh milk
bawang besar cincang
satu sudu kecik mix herb
garam sikit
kacau suma bahan dlm periuk dgn api yg kecik, sampai pekat, ketepikan.
Sediakan bekas utk bakar, sapu ngn butter. buh chicken sos, ratakan..kemudian white sos, ratakan..kmdn mozarela cheese, kmdn susun lasagna, buat sampai bape tingkat yg suka. lastly..bakar dlm 20-30minit dgn suhu 180darjah. da siap..sejukkan sikit supaya senang potong.

Ujian Hidup




Seharian ni badan tak berapa sihat. Rasanya sebab keletihan semalam main snow dari pagi, berhenti solat dan sambung main lagi sampai maghrib. Teruja tengok snow yang lebat berguguran buat aku rasa nak main puas2. Rasanya ini kali terakhir winter sebelum Jun pulang ke tanah air.


Inilah aku..melepaskan kesedihan pada perkara lain. Hakikatnya hatiku terlalu sedih, namun salji yg berguguran kuharap dapat meredakan perasaan. Malam tadi mataku sukar untuk dilelapkan. Dan akhirnya hari ini seharian aku tak sedap badan.


Simpati pada mak yang terpaksa berkorban lagi. Bukan kerana aku tetapi kerana sesuatu perkara yang berlaku yg rasanya lebih elok kupendamkan sahaja. Dalam meniti usia sepertinya, sudah tidak sepatutnya mak menghadapi beban itu. Tetapi apakan daya, tanganku ini terlalu jauh untuk membantunya. Hanya doa yang mampu kupohon padaMu Ya Allah, Kau berilah makku itu ketabahan dan kesabaran dalam meniti hari-hari, lantaran aku terlalu jauh untuk membantu mengurangkan bebanan perasaannya. Puas aku berfikir, mana perginya simpati insan yang melukakan perasaan mak, mana perginya rasa ihsan, adakah hidup ini hanya untuk dirinya sendiri dan bukan untuk membahagiakan orang lain? lebih2 lagi rasa tanggungjawab mengasihani seorang insan yang telah melahirkan?


Jawapan pada semua ini ialah..ini adalah ujian hidupku. Tarik nafas..hembus..istighfar..


Ya Allah..Kau ampunilah dosa2ku dan dosa kedua ibu bapaku. Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil dahulu..amin..