Followers

Advert

Tuesday 30 March 2010

Kepenatan Tahap 3

Kepenatan Tahap 3??..aku cipta sendrik stage nih coz da bape ari ni emo semacham. Pompuan ini yg selalu bermain ngn emosinya. Pagi ahad bangun tido da sedih tah napa rindu sangat ngn anak bujang yg jauh nun..baca msg2 abang adib lagi la buat mama rasa nak terebang pulang. Terebang pulang?? oh no..no..packing masih lom siap..
Packing?..owh..no..no..nak ke Swiss minggu depan pun masih lom siap. Banyaknya check list yg perlu dibuat.
..kat tempat kereja mula la melayan pasaan. Miriam lak tambah kawasan ari isnin lepas. Mula la makchik menangis dalam ati. I buat cpt2 bukan sbb terer..tp sbb nk cpt berehat.
Finally..keletihan I dah tahap 3. dah parah..but, dilarang stress. Fight2..ingat ..jika masalah itu besar, maka kita harus lebih besarrrr dari masalah itu.
Weather uk ni pun..napalah sampai dah nak balik I masih x dapat adapt. Now dah spring, but heater kat umah ni masih kene onn, kalo tak..abislah. Mmg manjang dalam pantang le gamaknya, berstoking 24jam. sian kaki I, dia pun nak bnapas jugak..
I tahu, Allah nak perkenankan doaku, tiap kali lepas solat mmg tak penah lupa mohon ketabahan dan kesabaran. Justeru Allah bagi bersamanya ujian. Barulah tahu apa makna kesabaran dan ketabahan yg Allah nk beri. Dia takkan bagi segedebuk dlm ati kita. Ya Allah, hanya Engkau yang maha mengetahui apa yg terbaik untukku..

Monday 29 March 2010

Sabtu Yang Sibuk

Kelas kat masjid

Sebelum berangkat ke Birmingham Airport


Bunga dari chenta hati dihujung minggu ni bukan ros ya..


..beli sayur, sepound satu bekas, fresh mushroom, tengok putih2 gebu,
geram and beli..mushroom soup ler gamaknyer..



Lepas appointm Awin


Rutinnya Sabtu mengajar di Sek Malaysia Birmingham, but Sabtu kali ni makin bertambah darjah kesibukan bila Zawwin perlu memenuhi appointment buat cermin mata baru kat Specsaver. Sambil tu pegi pasar cari sayur, singgah Primack dan Next soping baju anak dara kenit nih. Selesai suma singgah pula ke rumah kak Sal menziarahi abang Badri yang akan balik Mesia. Abis dah satu ari.. malam, keletihan..hadeee


Melawat Stonehenge, Salisbury

.. release tenseeen kununnya..hahaha

pose dalam gerimis


depan batu yg mitosnya 'jembalang' bawak dari Wales


berenti kat Birdlip, tgk view dari puncak bukit.



Ahad semalam tanpa dirancang we all pegi melawat salah satu keajaiban dunia iaitu Stonehenge. Tempat ni kira2 2jam 20minit dari umah. We all pegi lepas zohor dan balik sampai umah maghrib. Sampai sini..ujan la pulak, but gerimis. Kalo kat mesia tade hal takat gimis..but kat sini, cam mencelur nyawa punya la sejuk. Sib bek gloove mmg ada dlm handbag. Tah la..ni spring ke winter..I pun xtau laa..hadee..patutnya spring da mula, tp sejuknya masih mcm winter. I da x sabar nk humban jaket2 ni sbnonya.
Ni citer tentang Stonehenge :
Stonehenge merupakan suatu bangunan yang dibangun pada zaman Perunggu, dan Neolitikum. Ia terletak berdekatan dengan Amesbury di Wiltshire, UK, 13 kilometer (8 batu) barat laut Salisbury. Stonehenge mencakup bangunan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan, yang dikenal sebagai megalitikum. Terdapat pertikaian mengenai usia sebenarnya lingkaran batu itu, tetapi kebanyakan pakar arkeologi mengatakan bahawa sebahagian besar bangunan Stonehenge dibuat antara 2500 SM sampai 2000 SM. Bundaran tambak tanah dan parit membentuk fasa pembanguan monumen Stonehenge yang lebih awal yang berasal dari waktu sekitar 3100 SM. Pada awal abad ke-20, kebanyakan dari batu-batu itu tidak lagi tegak berdiri.
Leh rujuk kat sini utk this artikel.



Saturday 27 March 2010

Resepi Sambal Nasi Lemak

Memenuhi permintaan Leley maka buh resepi kat sini. Actually bukan Leley je mintak resepi sambal ni, ramai kawan lain mintak jugak, ( bukan riak nk bgtau I masak sedap tau, cumanya resepi sambal ni kene ngn citarasa ramai orang kot)..hehe. Sebelum2 ni rajin juga hntr personal emel, but terpikir, buh kat sini, senang..sesapa pun bule rujuk.
Ni resepi sendiri setelah rajin mencuba dedulu masa anak dara, maka dapatlah satu skill..pandai buat sambal tumis nasi lemak..cewwwah..hah Awin! bljr masak dari kecik taww..senang sok mama kalo malas2..

Bahan2 :
Semangkuk cili kering, gunting, buang bijik dan rebus hingga lembut, blend. tujuan rebus, ada setengah orang tak tahan perut ngn cili, so utk elakkan perut meragam. ni nasihat mak dedulu.

1 labu bawang besar merah
2 labu bawang kuning holand
6 ulas bawang putih, that mean, nisbah bawang putih kalo guna bawang merah kecik2 tu biar ekstra ya..
belacan dlm anggaran satu inci
2 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
5 sudu makan gula
garam secukup rasa
1/2 cawan air asam jawa

Cara2 :
Cili kering, blend
bawang merah, bawang putih, belacan- blend sekali

1. Tumiskan bahan tumis guna minyak yg cukup, kalo minyak sikit sangat nanti cili tak tertumis ngn bagus. xtau la nk bgtau minyak nih bagaimana, agak2 sndrik pandai tak?
2. Da naik bau, masukkan cili blend, tumis lagi, kemudian masukkan gula. Part ni kene tumis btl2 sampai warna kilat dan chanteek.
3. Masukkan sos tiram, kiub ayam, gaul, masukkan air asam jawa.
4. Lastly, masukkan bawang besar holand yg wane kuning tuh, potong bulat atau baji, yg ni ikut suka and garam, adjust manis, masam and masinnya ya.
5. Ni basic sambal tumis, kalo nak buat sambal tumis ikan bilis, just gorengkan ikan bilis dan masukkan, udang and sotong pun. senang je kan..

p/s : masa menumis mmg guna minyak lebih sikit kan, then, bila da masak sambal nih, minyak yg ada kat atas I buang. supaya tak bminyak sgt nasi lemak nnt.

Friday 26 March 2010

Resepi Lemak Cili Api Rebung ngn Udang



Jupa rebung kat Home Bargain dalam tin. Jadik ar..buat pengubat rindu lemak rebung mak masak kat kampung. Yang ni resepi mak ajo sejak kecik2 dulu..

Bahan2:

Rebung semangkuk, basuh besih2..that mean siram ngn bilas ngn air ulang2 kali, toskan. kalo tak baunya kuat sgt. Mama x suka baunya tu.

Udang saiz besar 10 ekor

2 cawan santan pekat, cair2 xmo ar pls..

1 kiub ayam

Bahan tumis:

1 biji bawang besar merah

3 ulas bwang putih

1/2 inci halia

15 biji cili padi

tumbuk bahan tumis ni suma.

Cara:

Goreng bahan tumis sampai naik baunya. Masukkan udang, balik2 sat, masukkan rebung. Biar jap sampai rebung masak. Buh santan pekat, garam dan kiub ayam sikit. Sat jer kan memasak nih..yg lecehnya mengemas..tulun2 anak2 mama..cpt lap dapur..

Resepi Nasi Goreng Cina


Nasi Goreng Simple tapi orait utk anak2 mama


Bahan2:

Nasi secukupnya
4ulas bawang putih diketuk
inci halia ketuk gak bagi pechah
1 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
sikit garam
1/2 sudu kecik lada sulah
as perencah, mama guna dada ayam and udang
Cara2:
Goreng bahan tumis ( bawang putih and halia ketuk tu), buh ayam, udang, kiub ayam, dan sos tiram. Masukkan garam sikit, gaulkan nasi, angkat..
bawang goreng, daun bawang mayang halus sbg hiasan
Sbnrnya peti ais xdak sayur dah..nak g pasar atau tesco malas sbb sejuk. So apa yg ada ya aiman, awin n abah..hihi

Resepi Sotong Goreng Tepung




Seperti biasa, buat kat mesia abis luruh tepung xmo melekat kat sotong..dah sampai Birm baru menjadi resepi sotong goreng tepung nih. Thks to Ila Rizal ajo kita buat resepi nih. Tepek kat blog nih senang sok2 anak2 nak rujuk bila nak masakkan mama nanti. ok!
Bahan2:
5 ekor sotong saiz besar, basuh besih2, potong bulat, lap ngn kichen towel.
2 biji putih telur, pukul hingga kembang. maksudnya kalo diterbalikkan x jatuh. guna mixer jeekk..
4sudu besar tepung goreng adabi/kfc, I tambah ngn 2 sudu mkn tepung gandum untuk kurangkan masin. Sbb rasanya masin sgt ar tepung ready made tuh.
minyak sechukopnya utk goreng, kasi sutun mandi minyak tenggelam.
Cara2 :
celup sotong dlm putih telur, buhkan atas tepung, goreng. kekuningan..angkat. tradaada..
senang jek..
cicah ngn sos pedas2, makan panas2..

Wednesday 24 March 2010

..Rindu Ini Milik Kita..

'Ma, abang adib kalo fb susah betul nak hai kita sekarang
bizi sangat ke dia
abang adib camana sekarang ma
sumanya ok ke dia kat sana
study dia ok ker ma'

..diantara ayat2 aiman semasa kami bsembang nak tidokan Zikri

'abang bizi kut
napa aiman tak msg je ke dia
rasanya takat yang dia bagitau aritu sumanya ok
aiman rindu abang ker?
sok2 kalo lik mesia, further study, bjauhan, saling bhubunglah walau sibuk
sakit kan kalo rindu
jangan sibuk selalu dijadikan alasan'

Tau ker abang yg dirindu itu, dirinya diingati dan dikasihi, malah sentiasa dirindui. Biarlah rindu ini milik kita. Doa mama abang gembira dan ceria bersama kawan2, pandai2 bawa diri, sementara kita berjauhan.

Monday 22 March 2010

tERSEKSANYA jIWA rAGAku...

eNTRI NI tIDAK LaIN DAn tIDAk BuKAN tujuannya adalah untuk mentertawakan diriku sendiri. MENTERTAWAKAN?..hahaha..MEmAdanKan kut? lebih sesuai..sebab REALITInya jiwa ragaku ini amat terseksa.

..Padan sebenarnya ngn muka I sendirik

..rasa cam dah terer sangat..

hakikatnya,

CENGENG, MENGADA2,

HAA..ITU PERKATAAN YG SESUAI RASANYA NGN AKU

tapi bukan kemahuan diriku, ia anugerah semulajadi..huwaaa..aku nangis dalam ati

sampai naik pening2 palaku ini.

Pagi tadi pertama kali memandu g keje tanpa abang coz dia ada conference kat Cambridge.

Selama ni jadi 'mem' duduk kat sebelah. Selalu dah abang ingatkan, supaya ingat jalan, kut nanti terpaksa drive takdalah stress sgt. Rasanya dah dengar chakap abang itu..but today..

Huwaaaa..

Rasa pjalanan nk g jauh sangat, dahla g jalan lain balik g jalan lain sbb nak elakkan 'jam', maklum, Birmingham bandaraya kedua besar slps London. xda abang kat sebelah, mak aii..xda confiden lgsung.

cerita dah mula dari mlm td agi. Sebelum tido da hntr msg minta dibangunkan sok pagi. Bimbang tak terjaga maklumlah tido I kan ngn sibaby Ziki nih. Bimbang alarm bunyik tapi di 'dek' kan aje. So tido2 ayam telah blaku sepanjang malam td.

Aiman chenta atiku sound suda..mama leh ke g keje sorang2 sok. ish, leh ar..apa lak tade bulehnya..jwpn tulus xda unsur riak pun kat anak bujang nih. Bangun pagi, Alhamdulillah Aiman turut bangun siapkan teh utk I buh dalam flask. Sebab dia da mmg tau mama sorang dia nih ek je lebih sedang kuderat 50% jer ada.

Sunyinya abang xda. Laa, bukan ker ari2 mmg cenggini pong. But bila xda bhari2. tpaksa memandu sendiri, azab beno rasanya. Rupanya I lom chukop brutal lagi. takat cenggini dah sakit pala ngenangkan sok agi..huwaaa

Sunday 21 March 2010

Anak owh Anak..




Mama nak btukar kaler menjadi ijauuu..unguuu..meraaah..
Aiman..Awin..Zikri x masuk book sbb kecik sgt agi
kadang penyejuk mata
kadang sengaja buat mama sakit jiwa
menduuugaaaa..

Aiman, tolong masukkan pakaian dalam dryer
Awin, tolong lipat pakaian
mama nak gosokkan baju abah nak g presentation
pastu nak masak
nak kemas dapur
sediakan beg abah

tapi apa yg dibuat oleh insan2 kesayangan mama nih?
melengah2 tah hapa2..
awin..ngadap bakul pakaian berejam2
aiman..ada ati nak bgulung2 dalam duvet?

"mama..jom la kita g taman bawak ziki"
ada ati buat request lagi?
..hadooo...

yg benonya deme yg beria nak main
tau la today ada matahari

..sengaja kamooo semua ya..huwaaaa
dan mama seperti biasa bersabar lagi..

nak tukar kaler dah mama nih..
anak owh anak..
mentang2 mama cikgu cuti


Saturday 20 March 2010

Belajar Budaya Kereje

Ni tgh dgr taklimat si Romeo. siap luruskan urat si mek Poland nih


UK oh UK, hari2 terakhir di bumi permaisuri ini memberiku ilmu kemahiran hidup. Apa yg nak kukongsikan today tentang OT minggu lepas. Punyalah penat sampai da seminggu baru larat nk catat. Betapalah kan..
Ianya tentang supervisor btugas, namanya Romeo. Adodo..ptama kali I dgr ini nama, sudah kubayangkan jika teman2 sekepalaku turut sama keje..cam k.Pah, Amalina, Su, kak Dila, Eiza..tentunya u all pun gelak tgk orgnya, jauh panggang dr nama. Ahak2..ampun2, bukan maksud nk rendahkan mamat gelap nih tp tu ar, nama kemain lagik..ROMEO.
Mamat ni bagi taklimat mak aaaii..x sanggup ku mdgrnya. Sib bek I penye supervisor si Miriam suku pun x mcm dia. Kalo I keje ngn Romeo ni mau mati berdiri hagaknya. Cerewet gaban, dia kata cita2 dia nak jd area manager. Still ada target walau asalnya dia cuma cleaner biasa. Tu yg I tgk dia xberenti lgsung. Sebagai manusia biasa, terselit kagum di ati ini melihat cara dia bekerja.
Dia supervisor yg I tgk mjaga kebajikan pekerja bawahannya. Napa I ckp camtu? Mula keje kul 10 pagi. Dia bgtau, pagi ni kita xkan bizi sbb kolej buat hari tbuka mula jam 12thari. So dia kata spent tenaga, pagi ni buat2 bizi jgn bagi nmpk kita xbuat apa2. Keje yg btl2 mula kul 7 mlm, but I yg mmg x biasa buat lmbt2 keje ni, kul 8 mlm da penat sgt2 sbb dari pagi asik 'mcari keje' supaya tak bosan. so apa lagi, kul 8 mlm I da mula buat muka sbb kpenatan yg xdapat dikawal. Romeo bg taklimat bwk we all kat bilik rehat. Yg lawak tu, masa dia bg taklimat, dia suh we all carik position yg selesa, sbb dia tahu kami da keletihan. So apa lagi, ada yg baring, ada yg kaki naik atas meja, ada yg kaki buh kusyen. hohoho..
I tringat masa meting kat sekolah dulu2....kalo I, muka da mcm cekodok, kene paksa lagi meting lps balik sek. Dah penat kat kelas sehari suntuk, tinga ni pun dah x bape nk dgr apa yg dimetingkan. Romeo da asik gelak tgk muka I nih, pedulik hapa, I mmg muka xmalu, kalo dah kata xlarat mmg I xleh nak kontrol dah.
Sambung agi kereja, dia beria ke hulu hilir mbantu tolong mana yg boleh minimumkan keja org lain. Lastly, 10 staff ni mmg dah penat sgt2, I tpaksa bukak molot..Romeo..i'm really tired, I x kisah kalo u xmo bayar gaji lg sejam, i nak balik. Dia ngn sabonya belikan coklat ngn air, suh i and d gang yg muka dah mcm xda rezeki g berehat kat bilik rehat, dia besihkan cafe sowang2. kah2...
Kalo kat mesia..ada tak boss yg sanggup jaga kbajikan kita cenggitu ya? dia tau we all da penat, tp x dibagi balik awal, suh rehat, dia habiskan keje. Tu yg I kagum walau dia cewet sgt2.
Cuma yg ilang siiikit penat I aritu bila manager estet pesan kat Romeo, suh bgtau, I paling xcelent sepanjang ari tu. Ehem! abg pun jeles suda..ahak2. tu ar.. bkn harapkan pujian, but mmg x biasa wat keje lambat2 nih.
I tgk budaya deme kereja nih mmg tabik, cam semangat 24jam, dtg nyanyi2. But ada gak yg kaki ngular, cuma malas citer sbb utk motivasikan diri kene amik yg positif aje. semangat2..semangat..

Monday 15 March 2010

Ahad Yang HapPeningss..






Ahad yang HapPening..macam2 ada.
Firstly,
Greater Thks to my beloved abang, adib, aiman dan awin atas bunga ros dan kad yang sangat cantik. Bang adib, thks dengan msg yg dihantar sebaik ma bangun pagi. UK sambut mothers day today. Ma sangat2 hargai. abah dan anak2 dah 'masak' rasanya yg mama akan rasa cam syurga bila dapat ros. Tima kasih dari hati mama.
Kerja 10 jam..really tired. xda kata2 yg leh gambarkan camana punya letih. But, syukur sgt2, balik umah..dapur bersih, meja bersih, sinki bersih. Zikri pun tak heran ngn mama sbb dah already kekenyangan. kakak ngn abg eman jaga bagusss penye..
sekali lagi..tima kasih aiman and awin coz mengerti dengan keletihan mama.
Nak masuk tido, thks sekali lagi kat aiman.
yg urut kaki ma sampai ma tertido.
Syukur pada Allah memiliki kalian penyejuk mata..

Saturday 13 March 2010

Hari Bakal Tercipta Sejarah

Today
bakal tercipta sejarah dalam idup
wat keje OT 10pagi-10malam
ngn pala yg masih tak bape nak baik nih
bawak bekal actifast jugak
kut2 tumbang di tgh jalan nnt
bukan beria mengejar dunia
tp dah terpaksa
survive kat tmpt org
ngn pound yg smakin jatuh
..namun..
tu suma alasan semata2 kah?
aku ingin mcabar diri sendiri
mengutip pengalaman hidup
mampukah aku
bertahan spt org lain..
tunggu..nanti kul 10 malam ada jwpn!!

Scooter Untuk Mak







Really hepi akhirnya tercapai impian belikan mak scooter ni. Tak sabar lik mesia nk bagi mak. nnt mak leh g masjid, g kedai, g jupa kenkawan dgnnya. Kak Jan, kak wok and suma..any komen?

Thursday 11 March 2010

Setahun 5 bulan



Semalam, setahun lima bulan dah budak kenit nih. Kemahiran2 dan perkembangan yg telah dicapai oleh Zikri :
Perkembangan bahasa : sebut mama, abah, aba utk Bang eman dan tatak utk kakak awin. selain itu..wan tu tee mrujuk kpd one two three, cool,
Pkembanagan kognitif : Faham arahan 'close d door', 'sleep'..but dia buat aksi sleep jer, kekonon mata pejam tapi x tido pun..cepet mama jekkk..tarik tgn mama utk amik sesuatu atau turuti kemahuannya.
Perkembangan manipulatif motor halus : Zikri dah pandai masukkan tutup pen dgn betul.
Perkembangan fizikal motor kasar : Pandai main slight pijak anak tangga dgn betul ngn sekali tunjukkan, after that, dia dengan bergayanya mbuat terjunan kepala dahulu..bahaya btl, kene tgk, xleh lepaa..huwaa..kreatif ikut sapa ler nihhh. Selain tu, dia dah pandai sepak buah limau yg jatuh konon buat bola. mmg part nih tah dari mana ler dia dpt kmahiran ini.
Perkembangan seni : Zikri pandai menari. Pantang dgr muzik mesti bergerak kepala terhangguk2.
Perkembangan lain yg xda dlm kitab perkembangan kanak2..zikri da pandai tunjuk menu kat kedai makan. Cam dlm gambo tu.. ahak2..

Tuesday 9 March 2010

Duhai Hati..



Membaca Surah Al-Baqarah ayat 216, yang bermaksud;
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Sesungguhnya ayat ini menjadi betul2 mjadi penenang kepada hati yang selalu rapuh ini, bahawa ada perkara yang kita tidak menyukainya tetapi kemudiannya ia sangat berfaedah kemudiannya, ada perkara yang sangat kita harapkan, tetapi ia sebaliknya. Fahamilah duhai hati, Allah Yang Maha Mengasihani tidak akan sesekali menganiaya hambaNya, malah, diriku yg lemah ini, yg selalu menganiaya diriku sendiri. Ya Allah, Kau ampunilah dosa2ku.

Justeru itu duhai hatiku, berhenti bersedih, be positif, kutanam semangat baru sebelum melelapkan mata mlm ini, Allah sentiasa bersamaku dan Dia Maha Adil. Kutunggu saat itu, kita akan bersama semula sebagai satu keluarga, menebus rindu yang jitu padamu yang jauh dari mata, namun sentiasa ada dan dekat di hatiku. Doa mama bersamamu selalu.

Sunday 7 March 2010

Seronoknya Sunny kat Birmingham

















Suhu tday minimum -7 celcius. But oleh kerana xcited tgk matahari memancarkan sinar gemilangnya, maka kata sepakat dicapai ngn abg..is kuar ronda2 ukur city center
Seharian kuar ke carboot, city center dan di akhiri ngn mkn kat KFC Halal kat Soho Road. Mak aaaai..penatnya..Hasil soping today :
basikal zikri kat carboot
spek itam zikri kat primack
baju mama 3 helai kat pallaset..sebutannya is pelesit yaa..hadodo..cam xda nama lain nk bg nama soping kompleks deme nih. hehe
armani jean abang kat carboot
gelongsor utk zikri kat carboot
baju zikri dan suma sepupu sepapat sebaya zikri kat primack
jersy chelsea cik ous sport world

..dan malam ni nmpknya tiada agenda lain selain berehat2 meluruskan urat. plan bagus suda..actually sebelum pegi siap dah masak, bimbang balik kepenatan dan kelaparan. but nmpknya KFC Halal Soho Road lebih menarik perhatian. mlm ni kalo anak2 lapar lagi, self service pls..mama nk rehat. Zikri really xcited ngn basikal baru dan spek itam. tu mama beli coz konon2 panas time g Swiss nanti. hihi. jgn patahkan sebab nk pegi bulan dpn.
Selain itu, syukur visa Zikri selamat diterima semalam tanpa sebarang masalah. Syukur krn Allah permudahkan. Sebelum lena mlm ni, tarik naaaffaaas...sok keje..huhu..

Saturday 6 March 2010

Resepi Tepung Pelita




Resepi ni dari my fwen kat Birm ni si Hanny, but telah diubahsuai adjust kat bhgn santan tu I buh 2 sudu mkn, jika resepi asal 4 sudu makan diratakan. I guna tepung beras pakistan nih dia cair sgt. second time pcubaan guna 2 sudu makan yg membumbung baru ok. rasanya tepung beras mesia kene ikut resepi asal tu. By d way hepi buat kuih nih sbb upanya senang je..dulu2 ni diantara yg selalu kutunjuk di bazar ramadhan. hihi

Bahagian bawah:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air + 7 helai daun pandan dimesin
sikit garam
sikit air kapur

Bahagian atas
2 sudu makan tepung beras
4 cawan santan
sikit garam

Cara-cara
1.Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2.Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat
3.Masukkan dlm bekas kecik2, tabur 2 sudu kecil gula pasir, sejukkan. Sementara tunggu sejuk, kita...
masukkan tepung yg 4 sudu tadi,garam dlm 4 cawan santan pekat. Kacau sehingga sebati masak sehingga santan pekat. Bila adunan bahagian bawah dah sejuk, curahkan pula santan yg telah dimasak tadi. Sejukkan.

Monday 1 March 2010

Resepi Kuih Serimuka Yang Mabeles


Tradada, akhirnya setelah berapa kali mencuba resepi2 serimuka, jumpa juga yang kena dengan citarasa dari segi darjah kemanisan (I mean tak manis sgt), lemak, lembut kat bahagian pandan tu. Actually dulu masa duduk kat Bayan Baru, Penang, jiran sebelah kak khadijah jual kuih ni dan masa tu hingin pun idak I bljr buat sbb kak khadijah ada..hehe..
Kene buh resepi kat sini senang utk rujukan di masa akan datang. ( ada hrpn ker aku buat agi sok2 lik mesia nih?)

Bahan2 :
bahagian bawah
2cwn pulut, basuh & rendam semalaman
santan pekat, sukatannya, buh dlm loyang itu pulut, then santan biar sama banyak ngn pulut/ sama aras.
tu ar..susah org masak main agak2 nih. sifirnya x sama ngn org..huhu..sori ya puan2.
garam sikit, bukan utk masin tetapi just utk terbitkan lemak.

kukus sehingga masak menggunakan api yg sederhana besar, dalam anggaran 30minit jer dah ok. sbb pulut dah rendam semalaman.
dah masak, tekankan dlm loyang biar mampat.

Bahagian atas
2 1/2 cawan santan pekat, tambahkan ngn 7 helai daun pandan, blend, tapis
setengah cawan gula
setengah cawan tepung gandum
2 biji telur saiz medium
1 sudu besar tepung jagung
garam sikit jekk

satukan suma bahan, I guna blender jer..pastu buh atas pulut yg dah ditekan2 dlm loyang tu. petua xmo bg pulut melekat kat loyang boleh oles ngn margerin nipis2 kat loyang masa mampatkan. atau campurkan sesudu teh minyak masak semasa mengukus kat santan pulut tu. Buh aluminium foil semasa mengukus atas loyang supaya air kukusan tak jatuh atas tepung bahagian atas tu.

-kukus selama sejam ngn api sederhana besar.

I guna daun pandan 7 helai jek, kalo u all ada byk buh ar lebih2 sebb bagi bau and kalernya menarik, sbb sini daun pandan bahan mewah woo..beli kat kedai 30 helai (I siap kira..hihi) 2.80pound, kalo tukar duit mesia mau 17 hinggit. Time ni tringat kat depan umah kat mesia sampai bagi2 kat jiran sebab tumbuh rimbun.

Tunggu sejuk baru potong guna pisau plastik supaya potongan chantik. Sukatan di atas utk satu loyang sederhana besar. Banyak jugak tu..leh sedekah kat masjid atau bwk g majlis ilmu. hehe..

Resepi Kuah/Sos Rojak Buah


Resepi kuah rojak buah yg simple, I rasa sos ni sama jer ngn yg kat Mesia. Xsangka betul, dah sampai Birmingham baru la sampai seruanku belajar buat. Dulu2 sebat yg Amalina buat jekkk..TQ dear coz ko rajin layan aku. Ini bahan2 yg grenti ada kat bumi permaisuri nih dan rasanya kalo kat mesia dah tentu belacan tu buleh diganti dgn petis.

Bahan-bahan :
1 cawan cili sos
1 cawan sos tomato
1 cawan kicap manis/masin..apa2 pun buleh
10 biji cili padi ditumbuk, nk lg pedas tambah je
1 cawan gula pasir
2 cawan gula merah
1 sudu makan belacan bakar yang sudah kutumbuk bagi jd serbuk
3 sudu mkn bijan digoreng tanpa minyak, nk buh byk bule jugak, ikut cita rasa
Kacang tanah goreng tanpa minyak & ditumbuk kasar, lagi banyak lagi best

1. Masak kesemua bahan atas api sambil dikacau hingga mendidih.
2. tutup api, masukkan bijan dan kacang tanah, angkat
3. Hidangkan bersama buah-buahan & sayuran yg disukai spt mangga muda, epal, stoberi, hapa2 ajelah buah yg ada kat pasaraya PAK tu.

anggaran sukatan nih utk makan2 ajak kawan 3 famili pun bulehh..