Followers

Advert

Sunday 31 July 2011

Motivasi Seorang Pendosa yang Memasuki Ramadhan



Siapakah pendosa?..Kamu, saya dan mereka. Kita semua adalah pendosa. Ya. Sungguh, banyak kesilapan telah kita lakukan, hasil kelalaian kita selama ini. Sudah diingatkan berkali-kali tetapi tetap alpa dan leka. Akhirnya terpalitlah pada diri ini dosa-dosa, yang kalau kita lakarkan lukisan bentuk hati di atas kertas dan menitik satu titik hitam bagi setiap dosa, nescaya mungkin gelaplah lakaran bentuk hati itu lantaran banyaknya dosa-dosa kita.

Namun, pendosa seperti kita ini, Allah SWT berikan lagi Ramadhan kepadanya.

Apakah perasaan?

Jujurnya, saya rasa terharu apabila seorang pendosa seperti saya, diberikan oleh Allah SWT peluang untuk memasuki Ramadhan yang teramat-amat mulia ini.

Ya. Terharu. Seakan-akan Allah SWT bersuara:

“Nah, ini peluang untuk kamu membersihkan diri.”

Seakan-akan, ini adalah bukti tanda Allah masih ‘mahu’ pendosa ini memasuki syurgaNya.


Ramadhan yang mahal buat pendosa.

Hanya orang yang mati sahaja akan mengetahui nikmat hidup. Dan hanya orang yang mati sebelum Ramadhan sahaja yang akan mengetahui betapa mahalnya sebuah Ramadhan untuk dirinya.

Ramadhan adalah medan di mana Allah lambakkan segala ganjaran. Tetapi lebih dari ganjaran-ganjaran tersebut adalah, Ramadhan ini Allah lambakkan juga dengan peluang-peluang keampunan yang terbuka luas.

Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya…” Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.

Abu Hurairah telah berkata bahawa Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

Mengapa peluang keampunan itu mahal?

Kerana keampunan itu memadamkan dosa-dosa.

Apakah yang lebih bermakna untuk seorang pendosa, selain dipadamkan dosa-dosanya?

Allah masih memandang kita. Apakah yang lebih besar?

Dan perasaan bahawa Allah SWT masih memandang kita, masih memberikan peluang kepada kita, nyatanya di situ ada tanda yang jelas bahawa ALLAH MASIH SAYANG KITA, justeru hati pendosa mana yang tidak kembang dengan perkara ini?

Seakan-akan orang yang lapar tidak makan berhari-hari, yang kemudiannya diberikan makanan. Begitulah pendosa-pendosa yang gelisah dengan dosa-dosanya dan kemudian diberikan ruang keampunan. Pasti ‘Sang Pemberi’ punya rasa belas.

Tidakkah kita rasa bertuah, di’belas kasihan’kan Allah SWT?

Allah SWT! Siapakah Allah? Tuhan Sekalian Alam. Yang Di tanganNya langit dan bumi. Yang Menguasai Segala-gala. Yang Maha Perkasa. Allah itulah yang sedang memandang kita para pendosa dan memberikan belas kasihanNya kepada kita dengan memberikan peluang Ramadhan kali ini buat kita.

Kita! Siapakah kita? Kita yang penuh dengan lumpur-lumpur dosa. Kita yang bila diberikan peringatan lupa. Kita yang bila ditegur tak ambil peduli. Kita yang terus-terusan mengulang dosa yang sama. Kita yang lambat bergerak menghargai peluang keampunanNya selama ini.

Apakah yang lebih besar dari perasaan “Allah Masih Memandang Aku. Allah Masih Sayang Aku.” Ini?

Nyata orang-orang yang melihat akan tersedar, lantas mengambil peluang Ramadhan ini.

Allah masih sayangkan kita.

Kita. Pendosa.

Penutup: Motivasi buat pendosa yang masih hidup. Ramadhan ini, berubahlah.

Tanda bersyukur bukanlah hanya dengan menyebut alhamdulillah.

Orang yang bersyukur dengan pemberian kedua-dua ibu bapanya, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik. Ibu bapa beri duit untuk dia belajar, dia belajar bersungguh-sungguh.

Maka orang yang bersyukur dengan pemberian Allah SWT, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik juga. Allah SWT memberikan kita Ramadhan untuk menjadi lebih baik, maka kita mengambil segala peluang yang wujud di dalam Ramadhan dengan bersungguh-sungguh.

Kalau Allah benci dengan kita, Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum Ramadhan.

Tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini.

Tetapi sekarang, Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya.

Maka marilah kita, para pendosa yang masih hidup ini, bersyukur, dengan mengambil peluang Ramadhan ini, menjadikan Ramadhan kali ini medan perubahan kita.

Ayuh!


Sumber : Langitilahi.com


Friday 29 July 2011

Ashraf Hafiz Aziz meninggal dunia

Innalillahiwainnailaihirooji'un..Speechlesssss ngn tajuk berita pagi ini. Bukan kerana tidak menerima takdir Ilahi dah sampai masanya untuk insan kerdil ini pergi mengadap yg Maha Pencipta, tetapi sedih kerana kematiannya akibat kemurungan selain serangan jantung. Kisah pemergian beliau leh dibaca kat sini.

Sedarkah masyarakat kita tentang akibat kata-kata. Apalah salahnya insan ini kita bantu, bimbing ke jalan yang diredhai jika langkahnya tersilap. Tetapi masyarakat kita suka menghina, mencaci, menjatuhkan hukuman sehingga kedua ibu dan bapanya turut tertekan. Siapakah kita untuk menjatuhkan hukuman? hebat benarkah kita hingga tiada jalan penyelesaian. Jika kita x mampu membimbing, mengapa kita harus menjadi sebahagian mereka yg membinasakan dengan melontarkan pelbagai nista? Betapa kita lupa bahawa al quran dan assunnah sebagai rujukan. Sesiapa yg silap Allah yang Maha Pengampun membukakan pintu taubatnya, tetapi mengapa kita yg lemah ini lebih dahulu menghukum?

Wallahu'a'lam..hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik bagi hambaNya sama ada baik atau buruk suatu kejadian. Al fatihah dan takziah buat keluarga arwah..

Saturday 2 July 2011

Rakaman Kenangan Aktiviti SKS

Semangat 'Kuning' sukan SKS..diwajibkan pakai baju free, sbb nak match ngn umah kuning maka ini ler jadinya..cemin mata bulu mata Rozita Che Wan tuuuuu.

Model umah Kasturi, kak Ros n Zu Mujur Kiah tulun amikkan gambo nih, ada ler sekeping kenang2an ari sukan. I jurufoto maka kija amik gambo owang lennn..

..aerobik time..ngn harapan leh kuwusss..he3

Senyum tipuuuu..ha3, masa sukantara, pencatat acara lompat tinggi..bila nak abis nih wehhh, dah cair kepanasan di bawah canopy ..

'Chekgu Bizi' dalam pogem Ladap ari Sabtu..peace.. masa ni I rasa cam nak pengsan dah punyalah letih. Ni tengah mengarang pantun mjawab teka-teki.




Friday 1 July 2011

MARILAH BERLARI SELURUH MALAYSIA..

Pagi ni Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia di seluruh antero negeri dijalankan serentak. My mind already letih maka hanya menurut perintah..Esok pula sukan DUN Semenyih. Sek I tuan rumah. Maka tidak bercutilah guru2 yg terlibat mereka bertugas 7hari seminggu.


Dah banyak minggu I teringin nak update blog ni tetapi hanya tinggal angan2. Nak menghayati blog sahabat2 lain apatah lagi. Terlalu banyak yg berada di minda tetapi tak mampu nak dinyatakan ngn ayat2 yg mampu melahirkan rasa.. echecheee..poyoo..


Wat ever, I chuma maknusia biasa. Saat ini hati sedang dirundung pilu.

Ce dengar lagu ni, bukan ada makna apa pun bagi jiwa yg sahdu nih tetapi sekadar melayan poyo..he3..tawa tetap tawa di mata owang..senyum itu wajib..










Di mana di mana, di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu untuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa batin ini..


Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah

Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami

Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa batin ini


Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu

Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu


Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku
Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku