Followers

Advert

Saturday 29 May 2010

Melawat Pekan William Shakespeare kat Straford Upon Avon

ni yg makchik xleh nk tahan..tengok munga2 yg chantek2..




piknik time..
ibu2 yg memasak dari pagi..cewwah..
..dah lapooo..
..tengok owang duduk dalam canal..hi3..intai ikut tingkap, sekodeng2..

..nak enter frame gak..
restoran kat canal, tinggal pun kat canal..pemandangan yg kat blkg awin tu

my chenta ati kat depan umah Shakespeare dilahirkan

mahal nk masuk sini..
beli fridge magnetic jerr..sbb yg dijual muka mamat william itu. xda maknanyeeerr

abah and aiman yg hampir sama tinggi dah..
Pekan Strafford Upon Avon yg klasik
chantekk..terasa damai..

Today sengaja buat2 free berjalan piknik ke pekan tempat William Shakespeare dilahirkan walau kija2 mempacking baru 50%. Kene kuar sebab dah nak lik Mesia. So mana2 tempat yg lom dijejaki harus dilawati. Sapa Shakespeare nih?..yg makchik tau dia penulis, pemuisi, karya agungnya yg terkenal apa lagi..romeo n juliet. bukan rasa mamat ni besh sgt yg beria nk g sini, but just seronok2 tgk pekan Inggeris yg damai, bangunan tradisi yg elok terjaga. Orangnya duk dalam sampan panjang kat canal bila summer2 gini. Walau summer tapi sejuk coz today ujan. Mendung kelabu. Kalo winter depa2 ni balik duk umah memasing atas tanah, sebab sejuk kan. Time summer depa suka duk ateh air nih.
Selain aktiviti bjalan2 ini, turut memeriahkan majelis ialah..piknik..bersama sahabat2..iaitu Dina/Zes, Ira/Madi, Kam/Aziman, Ila/Rizal. Masak2..makan2, ni mmg agenda biasa ujung minggu. Hanya sahabat2 ini pengganti keluarga bila duduk merantau ni. Menu today is nasi briyani, nasi putih, ayam masak merah, kari kambing, acar timun, chiken wing grill, popadum, keropok, anggur sebagai pcuci mulut, teh tarik, dan jus buah. Suma ni kami potluck. I masak ayam masak merah dan acar. Meriah dan seronok..suma ini akan menjadi kenangan terindahku di suatu masa nanti. Kalian tentu akan kuingati..

Tuesday 25 May 2010

Sekolah Malaysia Birmingham




Catatan kenangan buat anak2 SMB yang akan kutinggalkan. Sepatutnya ada 9 orang. Akmal x datang today. So xda gambar kenang2an ngn dia. Ni aktiviti ujung minggu I kat sini, mengajar P.Islam kepada anak2 melayu yang tinggal di sini. Sukatan pelajaran ikut KPM. Semuanya sama seperti di Mesia, cuma sedikit perbezaannya iaitu :
1. Jumlah murid yg sikit, so dapatlah tumpuan diberikan sepenuhnya.

2. Lokasi kelas, kami jalankannya di masjid bagi sesi ini kerana bangunan yg dijadikan kelas sebelum ni sedang diubahsuai.

Keistimewaan SMB padaku ialah kesungguhan anak2 menghadirinya. Walau kelas yg dijalankan tidak selesa seperti kelas2 mereka di Mesia, but kesungguhan 9 orang ini selalu buat naluri dan semangat membantu mereka menyala2. Sejak datang Birm ini aktiviti ujung mingguku. So perkembangan anak2 yg dari awal bersamaku dapat dilihat. X akan kulupa Noni, anak kak Ina abg Wahab, ptama kali mengajar dia, suara langsung tak keluar, sangat pemalu, lebih2 lagi Noni x lancar berbahasa melayu. Tapi hari ini, Noni dah boleh membaca walau merangkak2. Dah dengar suaranya..sangat manis untuk jd memori bila kutinggalkan bumi permaisuri ni.

Sebenarnya terlau banyak pengalaman bersama mereka, but harapanku, 3 keping gambar ini mampu menceritakan segalanya.

p/s : chekgu pun semmmpoooi aje kaaan..x spt kat mesia. ekeke..

Saturday 22 May 2010

Aktiviti Sabtu Yang Cerah


..ni sesi merajuk dan mujuk..hadodo..ikut sapa ler neh kuat betul majukkk..


omputih kepanasan..ahahaha..

.. ni satu agi pemandangan

sunny kat Birm

Butcher halal kat pasar City Center
satu kotak..50pence jekk..

Suhu kat Brum around 24celcius. Menggelupur umputih pakat bukak baju masa g pasar tadi. hadede..xtau mana nak pandang, sana sini orang tak berbaju. Hari ini selepas siap masakkan kuah laksa Dina, I pegi carboot sales, nk carik jaket cun sebelum balik yg x dapat2 agi. Balik carboot, sambung ke kelas coz tday giliran I mengajar. After kelas, sampai aje kat umah..hadede..letihnya. Alhamdulillah, anak murid 8 orang arini suma baik2 mendengar kata. Refleksi..objektif tercapai 100% bila di akhir pnp, suma leh baca dengan betul yg mana masa sebelum mula anak2 baca tergagap2.

Selepas rehat ngn tido, I tingat, sok ada tempahan coleslaw..kobis xda stok, kene g pasar neh. Tengok jam dah kul 4.30. Maka ngn kilatnya bsiap, g pasar sat. Panasnya today, alhamdulillah, seronok. Balik pasar, bawa Zikri makan kat Alum Rock Kebab House, try capati ngn masala kambing ar apa laaagi. Sebab..cadangnya balik nih leh sambung mempacking. Larat ker nih siapkan sebelum 12hb Jun. Makin dipacking makin banyak barang kujumpa. Padan muka..masa nyoping tak hengat2..huwawawa..

Thursday 20 May 2010

Melawat Swiss Alps Jungfrau Switzerland










Umpama mimpi dalam mimpi berada di Swiss Alps Jungfrau Switzerland nih. Harap2 gambar2 di sini mampu menceritakan keindahannya. Jangan ada yg tertanya2 pula bila Zikri pakai vest jer. Actually suhu masa memula sampai mmg sejuk, but, after sejam, panas mula terasa. Snow mula melting. Baju Zikri basah. Kalo tak buka maka dia akan lebih kesejukan. But, my baby ni memang btl2 hepi masa kat sini.

Resepi Ayam Ungkep


Ni resepi jawa yg popular. Dedulu..tau maakaaan jer..da sampai sini baru ianya terhegeh2 tanya mak cemana nk memasaknya.

Bahan2 :
1 ekor ayam potong ikut suka
Bahan tumis :
3 inci halia
3 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh fennel
1 sudu teh cumin
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah holand
2 sudu teh lada hitam

*blend together

3 keping asam gelugor @ leh guna 1/2 cwn air asam jawa
3 batang serai
gula and garam secukup rasa
kiub ayam-optional

Cara :
1. Goreng bahan tumis hingga naik bau. then, masukkan serai yg diketuk.
2. Masukkan ayam, gaul2kan, buh asam keping, gula dan garam, tutup periuk. Balik2kan hingga masak. Adjust masam, masin and manis.

p/s : Ni masakan sangat popular semasa bersalin Zikri..kaya ngn lada hitam n halia, buang angin.

Resepi " Fried Pangasus"


Matchkan ngn bean sprout is Pangasus Fried. Ni ikan apa tah kalo kat mesia..kat kedai Pakistan banyak nih kat UK. Pun senang and simple mimple..
Bahan2:
6 keping Pangasus fillet, basuh, toskan, then lap ngn kichen towel.
2 bijik telur, pukul guna mixer jek
3 sudu besar tepung goreng kfc tuu..

Cara2 :
Celup fillet pada telur, then kat tepung, goreng guna minyak yg banyak
tp..kalo sayang minyak..guna putih telur sahaja supaya minyak x cpt kotor.

Resepi "Bean Sprout with Green Bean"



Today masak simple mimple champak2..sebab lapar suda. Abang pula balik awal kerana perutnya sudah berbunyik. Maka inilah hasilnya.. yang chakap melayunya goreng taugeh+buncis jekkk..hi3..

Ops, sebelum tu, share pengalaman sikit masa kat dapur tadi. Minta Awin kuarkan taugeh, orait..betul, kenal taugeh anak mama nih. But bila suh kuarkan kachang buncis dari peti ais, konfiden jek dia jawab xda, walhal semalam baru beli. Pastu dia selongkar laci yg ada kachang tanah, walnut, almond. I tanya..napa carik kat laci? dia jawab..mesti mama salah letak, kachang2 kan buh kat sini. Maaak aii..upanya dia ingat bila kachang tu spisis dried, cam kacang2 almond, walnut..hadodo..tak kenal buncis upanya kamooo yaa. Mama pun bgtau, next time ingat ya..yg ni namanya buncis, jgn tau maaakaaan aje. Sambil kuarkan dari peti ais mama bgtau. Maka sengeh2 le Awin menerima pelajaran mengenal jenis sayuran. he3..

Bahan2 :
300 gm taugeh, buang ekor biar cun masa buh dlm pinggan
300 gm kachang buncis, potong dua jek

Bahan tumis :
3 ulas bawang putih, ketuk
3 bijik cili padi, ketuk
2 inci halia, potong halus

Perasa:
2 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu kecik sesame oil
garam secukupnya

Cara2:
1. Guna sedikit jer minyak, goreng bahan tumis hingga naik bau .
2. Masukkan bahan perasa di atas tuh..
3. Masukkan kacang buncis, balik2kan sat, tutup api, last sekali masukkan taugeh. tradada..siap..
sat jekkk..

p/s : goreng sayur, jgn guna minyak yg dah guna ya Puan2..kolestrol tinggi, guna minyak baru and sikittt jek sbb da ada sesame oil..


Suara hatiku yang dipanggil 'cikgu'..

16 Mei sambutan hari guru di tanah airku. Masih meriah dengan sambutan itu rasanya di sana. Ada sekolah yg kadang lewat meraikannya kerana menumpukan pada peperiksaan atau program kecemerlangan lain.
Padaku, (ia pendapat peribadi, sila jgn komen, ha2) hari ini bukan untuk meraikanku yang dipanggil 'cikgu', tetapi ia lebih kepada perasaanku mengingati jasa dan pengorbanan guru2ku, terutama mak, bapa, kakak2 dan mereka yg lebih tua, yg selalu berkongsi pengalaman dalam mendidik. Mak guru yg hebat, memberiku ilmu dari segala sudut, hingga aku mampu menilai sebuah kehidupan. Dulu, tiap kali berkongsi perasaan, mesti mak akan sebut, inilah ilmu kemahiran hidup, yg xkan dapat kuperolehi di sekolah. Now, bila waktu berlalu, semakin tua, mengertilah aku tentang kehidupan yg selalu mak sebut dulu.
Zaman sekolah menengah, cita2 asalku ingin melibatkan diri dalam bidang komunikasi, masa tu perasan rasanya ada bakat mengacara. ngeh2..bang adib, aiman, awin..jgn gelakkan mama!! but, bila permohonan ke Uitm tak berjaya, beralih kepada pilihan kedua..cikgu yg berijazah. Alhamdulillah cita2 tercapai, but kenangan hari pertama di kelas semasa mengikuti kursus perguruan, segar dalam ingatan. Lecturer BM (En Maarof) tanya, siapa yg btl2 nak jd cikgu, masa tu suma angkat tangan..I pandang ngn terbit kagum. Dalam hati masa tu..bagusnya derang nih, betul2 nak jadi chekgu. I pula sebab leka tengok suma angkat tangan, kene tanya la sebab napa x angkat tangan, masuk sebab terpaksa ker? Maka jwpn jujur kupersembahkan "..memang kalo buleh nk jd chekgu, tp sy bimbang sgt x mampu jd chekgu yg baik. Pada sy, tanggungjawab ni berat sgt. Sy masih terpikir2, mampu ke sy nanti ni. But sebab En dah tanya, maka kagum saya tgk kesungguhan kawan2 lain". Camtulah lbh kureng jawapan kuberikan. Maka En Maarof pun sambung ngn nasihat2 intro dunia chekgu, jgn jd chekgu jual avon. tu yg paling aku ingat sekali. ha3..
Sebenarnya jika nk dihitung pengalaman bersama anak murid cuma ada 14 tahun, 3 tahun setengah guru sandaran, keje pertama lepas STPM smtara lom dapat maktab. Mengajar btl2 lps kuar maktab 11 tahun. Coti xngajo dah nk masuk 3 tahun. But oleh kerana mengikut abang bertukar pindah2, I ada pengalaman tukar ke 7 buah sekolah, tambah ngn guru sandaran, 10 buah sekolah. So extra kat I adalah pengalaman bekerja dengan macham2 GB dan merasa jupa macham2 jenis kawan seperguruan.
Apa yg pernah dibimbangkan semasa menjejakkan kaki kali ptama di maktab sering berada di fikiran. Pada I, untuk menjadi guru yg baik, bermula dengan diri sendiri yg sepatutnya menjadi contoh terbaik. Terutamanya soal hati. Apa maknanya mengajar tajuk adab dan akhlak jika bla2...bla menyampaikan pada anak murid, tetapi bila rujuk pada diri sendiri, kaya dengan sifat mazmumah. Senario dunia pendidikan hari ini sedikit tercemar dengan sifat2 buruk kita sendiri. Ini realiti but ntah bape kerat yg sedar. Suka dengki bila tgk kawan lebih banyak idea. Mula mengata bila tgk kwn sering disebut nama oleh GB. Yang paling menyakitkan bila kawan mengenakan kawan. Tah apa le dapatnya.. g mana2 sekolah pun ada jer terjupa. air yg tenang jgn sangka xda boya..
So sebenarnya pada I, hari guru selain mengingati dan mengenang jasa guru yg sudah semestinya kita kenang hari2, ia adalah hari untuk muhasabah diri lebih sikit. Maksudnya, berazamlah untuk meningkatkan kualiti, ikhlas dalam kerja, hubungan sesama kawan dan dgn ibu bapa, fikir tentang keberkatan ilmu yg kita sampaikan. Susah sebenarnya tugas ini, namun sangat mulia di sisi Allah. Mudah2an Allah memeliharaku dan sahabat2ku semua yg dipanggil 'chekgu'. Kepada chekgu2 tahun satu..pesanan akak..g sekolah pakai baju chantek2..sbb berdasarkan pengalaman..anak murid tahun 1 suka kalo chekgunya chantek..ha3..Petua penaja, jika nk subjek yg kita ajar murid suka, muridnya mesti suka kat kita juga..ada betul kaaa?..tepuk dada tanya pendapat memasing lah..
Sebenarnya, terbit pasaan cuak, bimbang nk masuk sekolah semula. I ada sebulan jer lg nih coti..hadede..

Monday 17 May 2010

Apa yg Best UK nih?

Aduhai, kene bijak mengendali emosi kalo xmo sakit pala. Lately ni rasa tangan cam nk cekau macham2 perkara, pahtu tak terjangkau2. Sebenarnya kebelakangan ini perasaan sedih nk tinggalkan Birm macham dah ada. Aritu, masa winter, makchik rasa dah x sabar2 nk tinggalkan bumi permaisuri neh, but now bila spring, tgk bunga2 mula bkembang, suhu mula naik walau tak menentu, terbit pasaan ni.
Majlis ilmu kat umah Syikin malam minggu lepas menguatkan lagi perasaan ini. Dengar talk dari Dr Nor, tazkirah kak Diny, jalinan silaturrahim dgn kwn2 Birm, riuh suara anak2 masa majlis blangsung, berebut waktu nk mkn ngn anak yg dah tido, sumanya ini really sweet akan kukenang. Sebab, sumanya ini xkan ada di Mesia. Orang kat tempat I sumanya bizi belaka. Ngn jiran nk jupa seminggu sekali pun susah, balik keje suma tutup pintu masuk umah. Program ujung minggu suma xda kat umah. Harap2 majlis ilmu kat Kesuma Lakes masih ada. Dah berazam, sok balik nk join semula. Sebab I sedar, diri kita ni sesekali kene dapat input, kita bukan hebat, tazkirah tu penting. talk tu penting kita dengar. Ia menginsafkan kita betapa kadang kala kita lupa dan terlepas pandang banyak pkara penting dalam khidupan sehari2, terutama hubungan dengan Allah.
Tanpa kawan2 kat majlis ilmu semalam sedari, setiap wajah yg I pandang, dalam hati ini mendoakan kesejahteraan kalian, berdoa moga kalian beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat, dilindungi Allah dari sifat2 mazmumah dalam diri, disuburkan jiwa dengan kelembutan hati, jujur, tulus dalam kehidupan, terutamanya dalam persahabatan.
Apa agaknya yg I akan rindu kat UK nih..
rasa2nya..:
1. Baca Yasin dan ma'thurat ramai2.
2. Masakan kawan2 yg bes2 kat MI.
3. Pemandangan yg cantik terutama masa snow, spring dan autumn
4. Share masakan ngn jiran terdekat, cam Ema, Zatil dan Dina
5. Choklat2 kat Aldi
6. Smoke mackeral Asda dan Tesco
7. CARBOOT SALES..ni paling enjoy..ngeh2..

Setakat nih itu kot yg bes utk kukenang. pnambahan akan datang kedian. hi3..Kalo aritu I xleh tgk kwn2 packing nk balik, jiwa sayu, kali ni I pulak sayu bila Dina dan Zes tolong I packing, sedarlah I bahawa saat perpisahan kita semakin hampir. sob2..

Sunday 16 May 2010

Masam-masam Manis Ahadku

..GB tu maksudnya 'lori' Guru Beso taww..ekekeke
..Rakaman kenangan 'lori' I rosak..

Pepagi, teringat Ema dan Zatil yg akan balik dari Great Yarmouth. So masakkan lamb soup ngn harapan tidak terkejar2 atau x sempat masakkan sahabatku itu yg tentunya letih tahap gaban bercuti ke caravan. Pastu..apa lagii..mana bes ahad tanpa carboot sale kat UK nih. I rasa tanpa xtvt ni UK xda seri..perchayalaa..hi3. Today kami g Cannock, beli carseat Zikri utk bawa balik mesia ngn harga 10pound jer. Selain tu, kasut Clarks utk Kiki dan cucu kat mesia si Khalish, sorang sepound jek. Pasaan I da murah la sbb cunn. Kat carboot lak, baru pasan, hp cap kambing gurun nih xda bateri. Dalam ati..cam dah mula wat hal jek hp ni sejak sembuh kembung minum teh aritu.

On d way balik, 2 kali 'lori' I mati enjin. Uish, apasal lak ni. Yg pertama, start semula ok, kali kedua, langsung xleh start. Makanya, parking kat tepi motorway, amik skitel, call RAC utk tengok atau tarik ke umah. Yg nk share kat sini ialah tentang cara maintenance motorway UK wat kija. Around 10 minit menunggu, sampai le keta peronda highway maintenance ni, tanya apa yg blaku, memuji we all yg 'melepak' kat luar penghadang jalan, sbb kiranya we all dah mengambil langkah bijak ngn buh skital keselamatan dan tutup lorong kecemasan. tgk kaki laa..xkan ler itu pun we all xtau..ngeh2..

RAC lak, call bgtau lewat sikit sbb ada hal lain odw ke tmpt I mnunggu tu. xpa..sabar. Sampai je mamat RAC ni, muka senyummmm jek, hiya..sapanya ke we all yg muka pun x kurang jugak manisnya. Maklumlah menunggu kat panas, yg akhirnya I tpaksa pinjam jaket abang coz x tahan kesejukan dalam terik mentari. camana tuu..panas tp sejuk??..inilah UK..sejuk manjang.

Mamat nih tarik keta sorang2 jek, suma guna remote controller jek. 10 minit, siap lah keje2 mengangkut. Sampai kat umah, after setengah jam, datang ler pula RAC nye mekanik, check apa yg blaku, then suh abg bwk g bengkel dan bgtau part mana yg bmasalah.

Walaupun sedikit tganggu ngn masalah keta today but I x stress sbb sekuntum senyuman dan keramahan mamat tu. Datang lambat bgtau, buat keje pun cepat. Alhamdulillah Allah permudahkan. Moral dari citer di atas..senyum2lah selalu, kerana ia sedekah yg buleh menghilangkan stress org lain.

Sampai umah tu, charge hp, nk call Ema suh singgah umah bila balik. But hp I mmg da xda nyawa. Tukar sim kad ke hp lama yg cap helmet lak, uwaaa..upanya no hp Ema dan Zatil I simpan kat dlm hp, bukan kat sim. Msg lak ke Zatil kat fb sbb Zatil guna bekbery..finally, Zatil bagitau, dia balik sok. Kah2kah..padan muka den..camana leh salah tarikh nihhhh..xpa2, frozenkan aje. he3..

Selepas beres semua, makchik keletihannn, x larat nk menyambung keje2 mempacking nampaknya. Tidooo..hopefully malam nanti Allah bagi kesihatan yg baik meneruskan keje2 mempackingku. amin.


Thursday 13 May 2010

Tak Hilang Cinta di Dunia..

Kudedikasikan hati, perasaan, cinta, kasih dan sayang buatmu. Namun terima kasih, kerana meletakkannya di pinggiran. Lantas kukenali cinta yang hakiki milikNya yang abadi. Hanya Dia yang layak dicintai sepenuh hati. Dia yang meletakkan cinta di hati kita, maka berdoalah, moga Dia merestuinya hingga ke liang lahad.




Ku hanya penyair cinta
menulis kerinduan
ku selalu menyeru namamu
tanpa jemu dan ragu

Ku menulis puisi cinta
dari sepi malam yang gelita
hingga gemuruh siang
agar cinta ini mekar selamanya

Tak hilang cinta di dunia
walau beribu tahun

Oh Tuhan tolonglah aku
abadikan cinta ini
Walaupun terluka
jiwaku merana
kan ku pasrah untuk bercinta lagi
ku terus bercinta dan dicinta untuk selamanya

Cinta yang hadir menilai kesucian hati
saling mengerti akan berkekalan
selamanya..

p/s : sori, entri syok sndri memalam nih..tgh poses pujuk ati le..

Wednesday 12 May 2010

Sahabatku, Ia Ujian Hidup..

Na, catatan ini buatmu. I harap u sudi luangkan masa singgah today. Now kat mesia kul 5.35pagi, u baru nk bangun tido rasanya. Dalam pada emo I sendri tak ketahuan, namun perasaan setiakawan ini begitu kuat. I harap sangat kesedihanmu cepat berlalu.
Na, ujian hidup memang begini. Setiap kita akan diuji mengikut tahap dan kemampuan. Ingat Na, Allah swt tidak akan sesekali menganiaya dirimu, sebaliknya Dia memberi kita yang terbaik. I faham, sukar untuk menerimanya, tetapi I harap u bertenang, banyakkan istighfar, cuba berlapang dada, jangan benarkan kesedihan itu datang, kita terima ia sebagai ujian. Seribu kali I nyatakan kepadamu, I cukup memahami, empati, dan mendoakan agar dirimu boleh menerimanya sebagai ujian.
Ambil pengajaran Na selepas ini.
Berhati2 dalam pergaulan, cari kawan yg layak digelar sahabat. Bukan semua orang mampu jd sahabat kita sebenarnya.
Sayangi dirimu dalam menjalankan amanah. Memang kita menunaikan tjawab, but at the same time hak kita sebagai ibu, isteri dan anak kepada kedua ibu bapa jangan sampai kita ketepikan. Maksudnya, berpada2lah. Supaya u tak kecewa di hari kemudian. Bila u sakit, xda siapa yg akan peduli, tetapi, bila u sihat, seribu keje orang serah kat u. I x mahu u teraniaya. Manusia hari ini sukar utk kita telah. X baik bersangka buruk tetapi nasihat I berhati2lah.
Doaku, dirimu dan keluarga Allah pelihara selalu. I sentiasa mendoakan u bahagia, sihat dan ceria. Macam selalu u pujuk bila I sedih, so kali ni I harap u dengar pula.
Na, set time..mula jam 9.00 pagi arini, pas sarapan, u harus berjaya berhenti bersedih. oke? kalo tak bjaya..u naikkan lagi sikit..kul 10. apa..u nk ajak I soping?..alamak! tunggu I balik ya. cheers dear..

Dulu2, arwah Atuk selalu pesan..

Anak2 mama yang dikasihi, dulu2, arwah atuk selalu pesan, bila maghrib, mesti berada dalam rumah, dalam bangunan, jangan merayau kat luar. Setan berkeliaran. Sebab ia adalah pertukaran antara siang dengan malam. Dengar statement 'setan berkeliaran', mama yg memang penakut memang patuh dan taat. Jarang mama dan mama2 lain engkari. Nak g toilet pun kalo maghrib tu leh je diusahakan tangguh kerana bilik air dulu2 kat luar. Sebelum masuk waktu, dah prepare ngn telekung nk solat bjamaah. Atuk jarang suruh, dia cakap sekali sekala aje mengajak, lepas tu mama dan adik beradik lain faham. Next2 nya kami yg tunggu Atuk bersiap utk jadi imam. Kalo ada yg tgh x leh semayang, jangan ler ada yg berani2 nk masak ker, nk goreng2 ikan ker..alamat akan buat Atuk naik angin. Lebih baik duduk diam2 baca2 surat kabo ker, lipat2 kain ker, itu xpa. Arwah atuk nak waktu maghrib yg singkat itu dimanfaatkan dengan solat bjamaah, pastu mengaji. Kemudian, dengar nasihat serba sedikit, makan malam, solat isyak, pastu belajar.
TV? jangan harappp..kalo ada tv yg dipasang waktu maghrib, itu mengundang marah. Radio? pun senasib..hormat waktu. Atuk kata..
Rupanya pendidikan arwah atuk sangat berkesan. Mama rasanya bukan anak yg gila hiburan. Takat suka sikit2 sbb mama manusia biasa. Kesan tv, radio pada zaman tu arwah atuk dah cukup risau. Sebab itu mama mahu anak2 mama faham, bukan mama larang berhibur, tetapi berpada2lah. Mama setuju sangat dengan cara atuk, maghrib waktu yg singkat, solat, mengaji, dah abis waktu. Ia waktu yg berkualiti untuk famili yg sibuk macam kita. So, x payahlah waktu maghrib nk buka tv, nk buka komputer. Apatah lagi habiskan duit saku tiap minggu nk pegi bayar tiket wayang. Xda faedah lgsung. Tak rugi pun jadi orang yg x tahu apa filem terkini, tetapi sangat rugi jika tak khatam membaca al quran, x buat solat bjamaah.
Hidup kita tujuannya adalah alam akhirat. Dunia memang kita cari, tetapi harus bersandarkan al quran dan sunnah, agar apa yg kita lakukan dapat diterima Allah sebagai ibadah. Take care semua yg kukasihi..

Tuesday 11 May 2010

Kenangan di Luxembourg










Entri today nk share pengalaman tour europe aritu. “Europe’s most beautiful balcony", ni gelaran kat tempat ini. Gambar2 yg I amik ni sebenarnya masih lum dapat menceritakan keindahannya. Mau sakit leher asik mendongak dan meninjau ke bawah melihat keindahan panorama. Jauhnya tmpt ni 10 minit jer dari hotel Etap tempat kami menginap. Dedulu, I xpenah heran pun ngn negara cinonet nih bila tgk map. But, bila jejakkan kaki kat sini, waaa..chantiknya tmpt deme. Warisan ini mereka jaga betul2. Memang kita patut sgt belajar camana nk jaga sejarah peninggalan nenek moyang. Kota ini dibina pada tahun 1600. Kagum betul bila melihat teknologi yg telah ada pada waktu ini. Camana agaknya jambatan tinggi2 ni dibuat.