Followers

Advert

Friday 11 November 2011

Kuingin Kau Tahu..



Kenangan darimu...






Well I wonder could it be
When I was dreaming ’bout you baby
You were dreaming of me
Call me crazy, call me blind
To still be suffering is stupid after all of this time

Did I lose my love to someone better
And does she love you like I do
I do, you know I really really do

So much I need to say
Been lonely since the day
The day you went away
So sad but true
For me there’s only you
Been crying since the day
The day you went away

I remember date and time
September twenty second
Sunday twenty five after nine
In the doorway with your case
No longer shouting at each other
There were tears on our faces

And we were letting go of something special
Something we’ll never have again
I know, I guess I really really know

The day you went away
The day you went away

Why do we never know what we’ve got ’til it’s gone
How could I carry on
The day you went away
Cause I’ve been missing you so much I have to say
Been crying since the day
The day you went away

Tuesday 8 November 2011

Lirik Beribu Sesalan

Tengah 'mabuk' ngan lagu nihhh.. Lirik yg sangat bermakna buatku, (sob..sob..)

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu




Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku…

Rendang Negeri Sembilan @ Minang

Resepi sempena raya Aidiladha. Masakkan utk mak sendrik n ibu mertuaku. Abang I chakap sedappp, dan kakak @ biras I pung chakap sedap. I cam besa..merendah diri..segala pujian hanya untuk Allah krn mengurniakan kesihatan yg baik dpt menyediakan masakan utk dua2 mak yg terchenta...hik3..



Sori, this resepi versi champak2 coz I prasan dah terer memasak..(ya ampunnn)..




Bahan2 :
3 ekor ayam tua, potong ikut sukaa ( ayam dah penchenn ), if guna ayam muda pun ok, that mean kene adjust sendrik supaya jgn tlerai isi ngn tulang semasa memasak. ( Potong besar sikit atau angkat ayam, then ketepikan, biarkan santan mereneh n pekat/kering, kedian masukkan semula ayam2 tu supaya x hancur ).
6 labu bawang besar, blend
3 inci lengkuas hiris n blend
3 inci halia hiris n blend
2 labu bawang putih - blend
10 btg serai hiris n blend
1 tin susu cili padi, mmg pedas giler..blend
Santan pekat ( I guna 3 kotak santan cap ayam yg lbh kurang 200gm tu)
4 asam keping
gula n garam.
I guna kiub ayam sebagai perasa.
6 helai daun kunyit, hiris nipis.
Kunyit hidup dlm 2inci, blend

Cara2 :
Gaul ayam ngn bahan2 yg siap blend, buh dlm kuali n keringkan. Pastu buh santan reneh sampai ayam empuk, masukkan asam keping, adjust gula n garam. Sebelum angkat masukkan daun kunyit yg dihiris halus.
Tradadadada..
senang aje kannnn..

Resepi Somtam @ Kerabu Betik



Dah lama tak hapdet tentang resepi, menunjukkan dah jarang masak..he3. Today tepek resepi Somtam, ni dulu belajar kat Birmingham, balik Mesia barulah ptama kali buat.

Bahan :
Sebijik betik tua, maksudnya dah matang tapi lum lembik, masih keras. Kupas n parut kasar seperti dalam gambar.
6 biji limau nipis, amik jusnya, bijik jgn sesekali terambil kelak akan terasa pahit.
10 biji cili padi
8 sudu makan gula, kalo ada 'nise' dari Kelantan lagi sedap.
sedikit garam.
kacang tanah, goreng tanpa minyak, tumbuk pecah2.
4 batang kacang panjang, patah2 pendek n lenyek2 cikit bagi pecah2 jer.
Cara2 :
Satukan suma bahan, gaul, adjust garam n gula. Kat Birm dulu xda betik we all belasah carot n kobis yg diparut. Masa tu sedaaaap jugak macham 'somtam'..he2

Wednesday 2 November 2011

Dunia Cikgu Biasa..cerita tentang mesyuarat..



...tempat berkongsi duka selain cerita2 gembira. Letih 3 ari mesyuarat baru terasa bila sampai umah. Bertambah letih pasaanku ini bila ada sahabat yang mempertikaikan selalu menghadiri mesyuarat. Susah nak fahamkan semua orang. Rumah terbakar nampak asap, ati terbakar sapalah tahu kan..simpan dan padamkan sorang2lah nampaknya.
Saya TAK pernah bagi nama sendiri supaya dijemput menghadiri mesyuarat. Saya hanyalah orang yang menurut perintah..xda kuasa, mentimun. Apa hak saya sebagai kakitangan paling bawah ini menolak arahan? dan susah untuk saya menerangkan kepada mereka yang diluar sana diantara tugas yang dilaksanakan semasa mesyuarat ini. Saya dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan menyebarkan kepada guru2 tntg KSSR. Selain itu saya dijemput sebagai salah seorang panel kurikulum, diantara tugas saya adalah membina modul2 rintis set pengajaran untuk membantu guru2 di sekolah rintis melaksanakan tugas mengajar mereka. Selain itu memikirkan masalah2 yang berlaku di sekolah, mencadangkan idea2 bagi mengatasi masalah2 yg berlaku dalam pnp. Mengapa saya? kerana saya adalah seorang guru..hanya guru yang mengetahui, memahami tugas guru. Apa yang saya buat ini demi kecintaan pada tanggungjawab yang diamanahkan. Sumbangan kecil saya untuk semua murid di seluruh Malaysia..



Tetapi saya tak faham, bila ada yang marah2 bila saya g mesyuarat..sob3..sebab rasanya bila di sekolah saya telah sedaya upaya ngn kudrat yg ada berbakti ngn penuh keikhlasan. Bagilah tugas apa saya tidak menolak, walau dimana saya berada sedaya upaya saya cuba memberi yang terbaik. Malah saya tak keberatan masuk kelas sorang2 tanpa guru2 jQAF bila mereka byk keje contohnya dgn segala laporan yg menuntut masa. Saya tidak berkira..tetapi mengapa jadi begini ye..

Friday 28 October 2011

Andai kutahu..

Never break 4 things in life:
TRUST, PROMISE, RELATIONSHIP & HEART..
because they break without noise but with a lot of pain.

Saat ini hati I terluka. Menyesal? tidak.. Positif thinking. Allah sedang menurunkan rahmatnya buat insan kerdil ini. Setelah menjaga banyak perkara akhirnya hati ini juga yang terluka I pasrah. Sesungguhnya sangat tak sangka, tp kene terima. Sedang pantai berubah, apatah lagi hati manusia. I yg ada hari ini bukan I yg dulu. Dulu senang2 la org keliling nak pijak lenyek. Hari ini I berbeza. Kalo dulu berendam airmata, tp skrg airmata ini takkan kubuang utk insan yg suka menyakiti.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita berbakti yg mudah2an mampu menjadi amalan. Mempunyai hubungan yang baik dengan insan keliling bukankah juga bakti. Tetapi mengapa manusia memilih untuk menyakiti. Takpalah, pilihan di hati masing2. I takkan buang masa lagi untuk persahabatan yang menyakitkan ini.
Sebenarnya dah banyak signal diberi tetapi I yang tak pernah peduli. Manusia hari ini hidup dilingkungi nafsu hingga daki dunia penjadi pengukur. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit mula hatinya sakit. Hilang persahabatan angkara orang lain yg terlebih itu. Lupa agaknya tentang qada' dan qadar.
Kalau lupa meh sini I ingatkan, rezeki dan segala ketentuan yg ada pada kita telah Allah swt tentukan sejak dari azali lagi. Jika kita beriman kepada rukun iman yang keenam ini maka tidak akan ada sekelumit pun perasaan dengki dihati. Takdalah perasaan tengok orang lain senang hati mula gundah tak keruan. Tengok orang lain diberi perhatian ati mula menyampah, tengok baju orang lain mahal sikit pun sakit, tengok orang lain naik pangkat meluat, tengok orang lain ketawa gembira hati dia yang disayat2. Ini realiti kehidupan hari ini. I tak tahu mengapa ramai antara kita tak sedar bahawa jiwa mereka sakit akibat tak tahu bersyukur. Jauh dari al Quran agaknya kita hingga ditimpa penyakit hati yang begitu?
I menilai, memerhati dan menganalisis persahabatan kita tanpa disedari. Kesian. Hanya sepatah perkataan itu yang mampu kuungkapkan kerana hakikatnya dirimu tak pernah menghargai persahabatan yang kuhulurkan. So lebih baik angkat kaki dari terus disakiti. Semoga kawan2 yg lebih memahamimu akan lebih membahagiakanmu.

"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan dari kalangan mereka. harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka. [imam syafie]"
Sepotong ayat dari Imam Syafie ini menjadi salah satu prinsip diri mengapa I beria2 menjaga segalanya ini..Ya Allah lindungi aku dari mereka yang zalim, dari mereka yang tidak ikhlas apabila bersahabat, dari mereka yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain..amin ya robbal 'alamin.



Sangat rindu kat Emma..sahabat yg memahami suka duka ati ini suatu ketika dulu. Betul sangat apa yg pernah Emma katakan dulu dan hari ini I sedang diduga.. Semoga waktu akan menemukan kita kembali.

Thursday 27 October 2011

Kuala Trengganu



















24 Okt 2011 melakar kenangan di bumi Darul Iman. Alhamdulillah takdir Allah dan kesihatan mengizinkan, maka terlakarlah kenangan bersama dua org my siste Hajar n kak Habshah serta sorang my bes fwen Eiza. Seawal 6 pagi dah tercongok kat LCCT, penyelah ramai umat dah mcm Puduraya jer lapangan terebang ini pepagi. Alhamdulillah landing ngn selamat around 7.50 pagi. Acara pertama ialah mencari nasi dagang terbaik di Pantai Batu Burok milik Kak Jah. Gerai no brapa I x ingat tetapi dis gerai mmg femes lahhh.. Penuh ngn pelanggan seantero pelusuk opis..I agak la sbb ramai yg pakai nametag masa mkn around 9 tuh..len kali korang kalo nak kuar jgn pakai nametag, mcm org monteng kija bmbg persepsi negatif kat kakitgn kajaan. (larik tajuk suda..)





















Satu set nasi dagang ni RM3 jer. Kakak I yg tamak tu memula dapat dia chakap..sikit nyerrr.. tp bila dah makan ayatnya lain pulak..ok la kan 3hingget..he3. Pas sarapan seterusnya buka gate Pasar Payang. Kat sini sampai dekat2 asar. Nampak sgt mmg kaki soping muka adik-bradik ni kannn..Kali ni memborong sutera crepe kerana senang gosok. Maklum wanita bizi yg xda bibik, seme keje umah wat sendrik..














































































Yang ni lebih murah dari rega KL..tengok jerrr..


Agenda seterusnya ialah menuju ke Kg Tok Beng..charik kepok lekor yg tersohor kat dinung! wat buah tangan utk adik2 lain yg x dapat sama2 g. Pahtu..ke ICT kat belakang epot. Maka berakhirlah lawatan ilmiah seharian di KT. (ilmiah lahh sangat..). Mendarat di LCCT around 10.10. Penatnya hanya Allah yg Maha Tahu tetapi seronok. Insyaallah sedang merancang trip bersama my siste nak ke Ho Chi Minh lak pasni. Senang g ngn adik bradik nih sbb we all x byk krenah, gitu2 n go..xdalah alasan suami x izin..anak xda sapa nak jaga..coz motto nak bjalan ni senang aje..nak seribu daya, xnak seribu dalih. Kumpul duit sikit2 tiap bulan sebab ni cara org2 yg tak bape nak kaya..he3..Mudah2an Allah swt kurniakan kesihatan yg baik. amin.


Cerita disebalik tabir napa Tganu mjadi pilihan adalah kerana batiknyer, nasik dagangnyer, keropok lekornyer, Ikan Celup Tepungnyer, dan kedai emasnyer..kuang3..lebih banyak pilihan dan cantik2.


okkee..sekian tima kasihhh

Sunday 23 October 2011

Ngemas2 blog yg telah lama kutinggalkan..

Lamanya tak hapdet blog. Lama sgt2. Sibuk dengan mesyuarat, program sekolah, diduga dengan chickenpox akhirnya I melepetttt..angkat tangan surrender. Pengalaman kene chickenpox diusia 40 betul2 menguji. Zikir dan lafaz istigfar tak lekang dari bibir. Mudah2an Allah swt ampunkan dosa2ku. Keletihan, tak bertenaga langsung, ilang selera makan, demam kesejukan, muka bengkak, tekan sikit kuar nanah mcm dapat jerawat batu. Sangatlah seriau apabila mengadap chermin. Tak brani mkn kicap atau cuka bimbang parut xmo ilang. Betapalah wanita iniiii..echecheee
Finally syukur perlahan-lahan kesihatan semakin baik arini. Cuma bab letih2 ni yg lom ilang betul2. Terpaksa jadik doktor sendrik, telan vit c, amik iron, B complex, beria nak cepat sihat coz sok pagi I nak terebang g Tganu utk jalan2. Setelah sangat penat ngn kija..dan kija..dan kija
Maka esok adalah ari soping batik di dunia, makang kepok lekor, ikang chelop tepung, menchari nasik dagang dang sebagainyerrrr
Mudah2an Allah beri kesihatan yg baik, panjangkanlah umurku..amin

Chicken Pox dan segala yang berkaitan dengannya..

Maklumat berguna utk dikongsi pengalaman 'ngeri' dapat chikenpox dalam umur 40 tahun.

Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan

Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid). I cepat2 amik antiviral sebaik cacar kuar, Alhamdulillah cacar cepat kering.

Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

Rawatan di rumah

Sapu losyen calamine.
Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
Panadol untuk demam
Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Sumber :http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php

Monday 22 August 2011

Resepi Sambal Goreng Jawa




Resepi sambal goreng jawa yang sedap, pagi tadi tanya Lili Suriani sahabat sekerja. Then tanya mak yg mmg sedap resepi sambal goreng dia..so upanya sama jer bahan2nya. Kene tepek sini resepi ni kat sini supaya senang lain kali nak buat dah xyah tanya2 owang..he



Bahan tumis untuk anggaran 6 orang makan:



8 Ulas bawang merah, hiris nipis, kalo guna bawang besar sebijik setengah dah cukup.


4 Ulas bawang putih, hiris


20 biji cili padi, hiris juga, nak lbh pedas tambah jer.


minyak utk menumis secukupnya.


tempe - potong nipis THEN goreng


tauhu kering, goreng


suhun - goreng


udang - sebagai perencah


kacang buncis atau kacang panjang - potong ikut suka, yg pasti mak pesan kalo masak suh potong chumel2 okkee..



lain2 sayuran yg rasa nak buhhh leh buh cam carrot ker, I buh terung yg digoreng tlebih dahulu.



sos tiram sikit, kicap sikit


adjust garam


tradadada..siap. bukan susah pun kija masakkkk..yg susah lap dapur, lap pinggan simpan kat cabinet..he3




Friday 5 August 2011

Tempat kerejaku yang 'HEBAT'

Pagi ni mood nak menulis ada le sikit. Sekadar meluah perasaan suatu kebimbangan. Berada di SKS hati ni selalu rasa terseksa. Banyak faktornya.. namun sedaya upaya cuba bersabar dan menerima apa yang ditakdirkan dengan cuba berlapang dada. Kadang rasa xpa..kdg rasa sangat menderita. Rasa sangat 'respek' kat cikgu2 senior yang dah laaaaama berada di situ. Kerana dari cerita kawan2 ini mereka telah lama mengalaminya dan hanya bersabar. Sabar sebaik2 cara. Setiap hari, setiap saat maka bersabar ini juga yang cuba dilakukan. Selalu beristighfar mudah2an Allah cekalkan hati mampu menghadapinya. Itu pintaku tiap saat.
Prasarana di sini sangat terhad. Hari pertama melapor diri laju jer ke tandas dan menangis.. Bilik guru sesak, satu meja bkongsi 4 orang utk sesi pagi dan petang. Locker utk letak barang adalah usaha individu, maknanya cikgu2 beli rak sendiri. Maka penuhlah bilik itu baik sikit dari stor. Habuk hitam melekat kat mana2. Alatan stor sukan pun ada di bilik ini. Kipas ada, tp hanya di barisan tengah, I yg duduk di tepi rak2 buku ini memang xleh duduk akibat kepanasan. Plug utk kegunaan cikgu pun terhad, beratus cikgu ini plug hanya beberapa bijik..
Tandas guru..pintu masuknya rompong dah bahagian bawah. Air dari tandas elok jer keluar hingga ke kaki lima bila cuci tandas. Bagus punya angkat kain dan menjinjit tiap kali lalu selepas 'cleaner' cuci. Bimbang najis ikut sekali kat kain..
Masuk ke kelas yang hujung2..hati selalu rabak. Bayangkan..dah Tahun 6 masih x tahu mengaji. Perangai tak buka al Quran sangat terserlah bila kurang adab, terpekik terlolong booooo kawan walau silap kawan tu sikit sgt pun. Bercakap tiap kali guru bercakap. Main dan main dan main.
Time khemah ibadah paling sedih bila tengok waktu solat bjamaah, pelakuan mereka mendahului imam, batuk saling sahut2an. Tazkirah imam, gelak mcm tengok maharaja lawak bila time part ustaz sampaikan guna teknik blawak sikit2 yg pasti tujuannya memecah kebosanan. Tak pernah lagi jupa spesis camni kat sekolah2 terdahulu..
Strategi kene ada, sejak awal persekolahan lagi. Ibu bapa..tolonglah ajar anak2 mengaji dan solat kat umah sbb rasanya kalo kedua2 itu dijaga tidaklah sesukar ini tugasku di sekolah.
Kadang I rasa tak cukup oksigennnnnn..

Sunday 31 July 2011

Motivasi Seorang Pendosa yang Memasuki Ramadhan



Siapakah pendosa?..Kamu, saya dan mereka. Kita semua adalah pendosa. Ya. Sungguh, banyak kesilapan telah kita lakukan, hasil kelalaian kita selama ini. Sudah diingatkan berkali-kali tetapi tetap alpa dan leka. Akhirnya terpalitlah pada diri ini dosa-dosa, yang kalau kita lakarkan lukisan bentuk hati di atas kertas dan menitik satu titik hitam bagi setiap dosa, nescaya mungkin gelaplah lakaran bentuk hati itu lantaran banyaknya dosa-dosa kita.

Namun, pendosa seperti kita ini, Allah SWT berikan lagi Ramadhan kepadanya.

Apakah perasaan?

Jujurnya, saya rasa terharu apabila seorang pendosa seperti saya, diberikan oleh Allah SWT peluang untuk memasuki Ramadhan yang teramat-amat mulia ini.

Ya. Terharu. Seakan-akan Allah SWT bersuara:

“Nah, ini peluang untuk kamu membersihkan diri.”

Seakan-akan, ini adalah bukti tanda Allah masih ‘mahu’ pendosa ini memasuki syurgaNya.


Ramadhan yang mahal buat pendosa.

Hanya orang yang mati sahaja akan mengetahui nikmat hidup. Dan hanya orang yang mati sebelum Ramadhan sahaja yang akan mengetahui betapa mahalnya sebuah Ramadhan untuk dirinya.

Ramadhan adalah medan di mana Allah lambakkan segala ganjaran. Tetapi lebih dari ganjaran-ganjaran tersebut adalah, Ramadhan ini Allah lambakkan juga dengan peluang-peluang keampunan yang terbuka luas.

Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya…” Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.

Abu Hurairah telah berkata bahawa Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

Mengapa peluang keampunan itu mahal?

Kerana keampunan itu memadamkan dosa-dosa.

Apakah yang lebih bermakna untuk seorang pendosa, selain dipadamkan dosa-dosanya?

Allah masih memandang kita. Apakah yang lebih besar?

Dan perasaan bahawa Allah SWT masih memandang kita, masih memberikan peluang kepada kita, nyatanya di situ ada tanda yang jelas bahawa ALLAH MASIH SAYANG KITA, justeru hati pendosa mana yang tidak kembang dengan perkara ini?

Seakan-akan orang yang lapar tidak makan berhari-hari, yang kemudiannya diberikan makanan. Begitulah pendosa-pendosa yang gelisah dengan dosa-dosanya dan kemudian diberikan ruang keampunan. Pasti ‘Sang Pemberi’ punya rasa belas.

Tidakkah kita rasa bertuah, di’belas kasihan’kan Allah SWT?

Allah SWT! Siapakah Allah? Tuhan Sekalian Alam. Yang Di tanganNya langit dan bumi. Yang Menguasai Segala-gala. Yang Maha Perkasa. Allah itulah yang sedang memandang kita para pendosa dan memberikan belas kasihanNya kepada kita dengan memberikan peluang Ramadhan kali ini buat kita.

Kita! Siapakah kita? Kita yang penuh dengan lumpur-lumpur dosa. Kita yang bila diberikan peringatan lupa. Kita yang bila ditegur tak ambil peduli. Kita yang terus-terusan mengulang dosa yang sama. Kita yang lambat bergerak menghargai peluang keampunanNya selama ini.

Apakah yang lebih besar dari perasaan “Allah Masih Memandang Aku. Allah Masih Sayang Aku.” Ini?

Nyata orang-orang yang melihat akan tersedar, lantas mengambil peluang Ramadhan ini.

Allah masih sayangkan kita.

Kita. Pendosa.

Penutup: Motivasi buat pendosa yang masih hidup. Ramadhan ini, berubahlah.

Tanda bersyukur bukanlah hanya dengan menyebut alhamdulillah.

Orang yang bersyukur dengan pemberian kedua-dua ibu bapanya, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik. Ibu bapa beri duit untuk dia belajar, dia belajar bersungguh-sungguh.

Maka orang yang bersyukur dengan pemberian Allah SWT, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik juga. Allah SWT memberikan kita Ramadhan untuk menjadi lebih baik, maka kita mengambil segala peluang yang wujud di dalam Ramadhan dengan bersungguh-sungguh.

Kalau Allah benci dengan kita, Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum Ramadhan.

Tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini.

Tetapi sekarang, Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya.

Maka marilah kita, para pendosa yang masih hidup ini, bersyukur, dengan mengambil peluang Ramadhan ini, menjadikan Ramadhan kali ini medan perubahan kita.

Ayuh!


Sumber : Langitilahi.com


Friday 29 July 2011

Ashraf Hafiz Aziz meninggal dunia

Innalillahiwainnailaihirooji'un..Speechlesssss ngn tajuk berita pagi ini. Bukan kerana tidak menerima takdir Ilahi dah sampai masanya untuk insan kerdil ini pergi mengadap yg Maha Pencipta, tetapi sedih kerana kematiannya akibat kemurungan selain serangan jantung. Kisah pemergian beliau leh dibaca kat sini.

Sedarkah masyarakat kita tentang akibat kata-kata. Apalah salahnya insan ini kita bantu, bimbing ke jalan yang diredhai jika langkahnya tersilap. Tetapi masyarakat kita suka menghina, mencaci, menjatuhkan hukuman sehingga kedua ibu dan bapanya turut tertekan. Siapakah kita untuk menjatuhkan hukuman? hebat benarkah kita hingga tiada jalan penyelesaian. Jika kita x mampu membimbing, mengapa kita harus menjadi sebahagian mereka yg membinasakan dengan melontarkan pelbagai nista? Betapa kita lupa bahawa al quran dan assunnah sebagai rujukan. Sesiapa yg silap Allah yang Maha Pengampun membukakan pintu taubatnya, tetapi mengapa kita yg lemah ini lebih dahulu menghukum?

Wallahu'a'lam..hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik bagi hambaNya sama ada baik atau buruk suatu kejadian. Al fatihah dan takziah buat keluarga arwah..

Saturday 2 July 2011

Rakaman Kenangan Aktiviti SKS

Semangat 'Kuning' sukan SKS..diwajibkan pakai baju free, sbb nak match ngn umah kuning maka ini ler jadinya..cemin mata bulu mata Rozita Che Wan tuuuuu.

Model umah Kasturi, kak Ros n Zu Mujur Kiah tulun amikkan gambo nih, ada ler sekeping kenang2an ari sukan. I jurufoto maka kija amik gambo owang lennn..

..aerobik time..ngn harapan leh kuwusss..he3

Senyum tipuuuu..ha3, masa sukantara, pencatat acara lompat tinggi..bila nak abis nih wehhh, dah cair kepanasan di bawah canopy ..

'Chekgu Bizi' dalam pogem Ladap ari Sabtu..peace.. masa ni I rasa cam nak pengsan dah punyalah letih. Ni tengah mengarang pantun mjawab teka-teki.




Friday 1 July 2011

MARILAH BERLARI SELURUH MALAYSIA..

Pagi ni Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia di seluruh antero negeri dijalankan serentak. My mind already letih maka hanya menurut perintah..Esok pula sukan DUN Semenyih. Sek I tuan rumah. Maka tidak bercutilah guru2 yg terlibat mereka bertugas 7hari seminggu.


Dah banyak minggu I teringin nak update blog ni tetapi hanya tinggal angan2. Nak menghayati blog sahabat2 lain apatah lagi. Terlalu banyak yg berada di minda tetapi tak mampu nak dinyatakan ngn ayat2 yg mampu melahirkan rasa.. echecheee..poyoo..


Wat ever, I chuma maknusia biasa. Saat ini hati sedang dirundung pilu.

Ce dengar lagu ni, bukan ada makna apa pun bagi jiwa yg sahdu nih tetapi sekadar melayan poyo..he3..tawa tetap tawa di mata owang..senyum itu wajib..










Di mana di mana, di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu untuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa batin ini..


Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah

Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami

Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa batin ini


Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu

Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu


Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku
Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Saturday 4 June 2011

Resepi Masak Lemak Jering



Mencabar sungguh resepi hari ini..ekekeke..dari aspek penyediaan. Dah umur 40 baru pertama kali makan masak lemak jering. Kene buh resepi kat sini senang nak refer next time coz masak jaaarang..jaranggg..



2 kg jering, buang kulit, belah 2 dan rebus hingga kulit arinya tertanggal (dalam 30 minit..mencabarkan, belah kulit jering yg keras tu pun dah saspen bimbang pisau kene tangan)he3..pahtu tumbuk sekeping2 bagi pechah!..menchabar beb..then ketepikan.

Bahan tumis:

3 labu bawang besar merah

6 ulas bawang putih

segenggam bilis

10 biji cili padi

3 batang serai, ketuk

1 inci kunyit hidup


1 liter santan pekat

air secukupnya utk jadikan kuah

Cara2 :

Tumis bahan tumis hingga naik baunya. Masukkan jering, santan + air, masak hingga jering lembut ngn api sederhana.

Dah lembut, buh garam n kiub ayam sikit, adjust rasanya.


Senang je..tapi ..malassss masak..apa nak jadiiii..he3


Saturday 14 May 2011

Chatatanku yg dipanggil 'Chekgu'

Today I berazam nak tulis segala pengalaman sejak kali pertama dipanggil 'Chekgu' sempena hari guru esok. Abaikan sahaja tentang ejaan di blog ku ini coz ini bukan paparan ilmiah. Hanya chatatan suka-duka seorang guru yang asalnya bukan menjadi chita2 utama sebaik selepas sekolah. Dulu I perasan pandai berchakap n nak amik course 'mas-com' kat ITM (skrg disebut UiTM). Bila permohonan tak berjaya maka bermulalah cherita suka-duka seorang yg dipanggil chekgu..ngeh3..

Masih kuingat hari pertama di kuliah 08 MPI. En. Maarof pensyarah B. Melayu bertanya, siapa yg betul2 minat nak jadi chekgu sila angkat tangan. I menoleh tgk kawan2 sekuliah..maaak aaii..suma komited nak jadi chekgu kechuali I sorang. Maka soklan En Maarof tujukan ke I mengapa x minat. Jawapan sgt klise dari I ialah : 4 tahun sebagai guru sandaran sebelum masuk maktab buat I takut tak mampu jadi guru yg baik, sebab tu I x mahu memberi janji apa2 pada En Maarof, but setiap hari I berazam utk berbakti.

Senyum En Maarof ngn jwpn I, angguk2, then mengingatkan we all tugas dan t/jwb seorang guru masakini..mcm langit ngn bumi ngn zaman dia dulu. Dia pesan, tolong jangan jadi cikgu yg cuma tau bawak katalog Avon bila g sekolah. Dan hari ni kuakui kebenaran segala kata2 dari En. Maarof itu. Tanggungjawab guru hari ini sangat mencabar!

Umumnya keje ni dianggap senang. Masuk kelas..bla2..balik.

But realitinya..hanya yg dipanggil chekgu sahaja yg tahu. Chekgu sejati..bukan chekgu yg prinsipnya dia chuma makan gaji buat keje ala kadar.

ala..mood nulis ilang la tetiba. Ngantuk lak tengah2 ari nih..sambung sok leh?? sok ar yaaa..

Monday 9 May 2011

Disaat Aku Mencintaimu-Dadali Band

Sapa tah penyanyi ni I tak tahu, tapi first time dgr suka lak. Maklom, dlm ati ada taman..ngeh3..



Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Sunday 1 May 2011

Choti 1 Mei 2011

..ziarah anak buah yg baru lahir kat kg..

Bermaknanya dapat choti camni..dah laaaaama sangat I xdpt choti cenggini. Tiap minggu mesti ada je aktiviti sekolah yg menyebabkan banyak urusan peribadi cam ziarah mak kat kampung, ziarah anak2 kat uitm, nak g ziarah kwn2 nye jemputan kenduri, aktiviti surau dsb terpaksa tidak dapat dilakukan. Masih terasa perit hati ni bila gara2 tak hadir makan malam anjuran badan kebajikan SKS buat I diminta 'surat tunjuk sebab' yg diiringi kata2 bahawa markah prestasi akan terjejas gara2 tidak hadir. Sedangkan alasan tidak hadir kerana :

1. Memikirkan keutamaan pada tarikh yg sama ialah menghadiri majlis bekas pelajar yg telah 3 bulan awal I dan kawan2 plan nak adakan demi menubuhkan sebuah badan kebajikan yg diharapkan mampu menjadi wadah kepada bekas pelajar SAMT Sg Manggis melakukan kerja2 amal membantu pihak sekolah. I bertugas sbg mc, xsampai hati nk tambahkan beban keje kwn2 yg x bape kerat jer yg ada..

2. Majlis makan malam tu pun penting namun malam tu juga I x dapat menolak bila mak minta balik kampung untuk bacaan Yaasin, sejak pulang ke tanah air kami belum ada peluang berkumpul. Tak sampai hati menolak permintaan mak yg beria2 memandangkan masa tu choti sekolah.

3. Pemberitahuan utk hadir pada majlis makan malam tu I hanya tahu seminggu sebelum majlis, sedangkan jadual I dah disusun bagusss penyee memandangkan ia jatuh pada choti sekolah.

Padahnya bila tidak hadir..dapatlah arahan menghulurkan 'surat chenta' buat majikan 'tersayang'. Tu belom lagi dengar sindiran 'nasik tambah' insan keliling yg buat I senyum sendrik.

Moral dari cherita di atas buat I malas charik pasal. I owang baru kat SKS. Ibarat mak chakap selalu..pandai2 bawak diri kat mana berada. I bukan kaki monteng, I bukan kaki bagi alasan, tetapi kematangan sekian lama di dunia ini buat I kenal mana satu keutamaan. Adakah I dianggap tidak chemerlang kerana tidak menghadiri satu majlis makan malam sedangkan selama ini tidak 'xcuse' jika diberi seribu tugasan?

Nasihat buat diri sendrik, hanya Allah Maha Penilai yang paling layak.



Tu yg buat choti hari pekerja ini begitu bermakna..


...ngeeeee....peaceee..

Friday 29 April 2011

Usah ditanya mengapa..

Hari2 yang sangat memenatkan sebenarnya. Finally mood jadi terbalik..hari bosan sedunia telah melanda. Mengapa ? usah ditanya mengapa tetapi terima sahaja apa adanya kerana aku hanya wanita biasa..(sah2 ngah emo..)
Apa yg I fikirkan kebelakangan ni?


1. "Sebaik2 manusia itu adalah yg memberi manfaat kpd org lain".
2) "Ada 70 ranting iman, ranting yg terakhir adalah tidak menyusahkan & tidak menyakiti org lain"....a part of tazkirah by Ust Fauzi Mustafa.

Lately bosan nak melayan kerenah macam2 org kat keliling yang akhirnya..


I rasa diam adalah lebih baik.

Wednesday 20 April 2011

Terimalah kasihku Cikgu Eyta..



Salam sayang buat sahabat2 blogger. Mohon maaf kerana lama tak menghapdet blog chekgu bizi neh. Macham biasa alasannya..sedikit bizi. Namun begitu agak terharu bila seorang sahabat sama2 chekgu sudi hadiahkan award ni utk I. Sebagai tanda penghargaan ini lah kawan yang baik hati tu..




Acelli nak buat sangat blog yg lawa lagi bermanfaat cam cikgu Eyta tetapi takat nih lom ada peluang. Teringin nak buat macham cikgu Eyta hargai sahabat2 blogger nye yg len tetapi masa yg ada chukop2 utk mengajar, buat lesson note, sembahyang, ngaji, makan,(masak jarang2..ahaks..), g meshuarat, tanda buku, isi segala tok nenek borang, jaga Zikri, mengadap fb, ziarah sahabat2 blogger sikit2 mana yg dan jek. Then bila nak tido selalu terbayang2 mencharik2 formula yg boleh guna kat anak2 murid Linus tegar. Tak putus2 I berdoa wahai anak2 muridku, mama u olls nih x jemu2 ingin membantu namun tringin sangat melihat hasilnya. Selepas ujian saringan April ni, ada anak murid I yg cuma kenal alif, ba dan ta. Itu pun bila tunjukkan kad huruf alif, punya lah lambat nk nyebut. cham tu ar rutin seorang chekgu bizi..echeche..


By d way, thks again cikgu Eyta yang baik hati..cheerss


Minggu depan I tade kat umah. Meting agi kat PD memurnikan bahan KSSR P.Islam Tahun 2. Tentu I akan merindui sahabat2 blogger suma..sob3...




Saturday 9 April 2011

Buatmu yang kuharap akan mengerti..

Melayan ati yg gundah dalam tekanan yg ditempuhi.

Buatmu yang kuharap akan mengerti..




Detik berlalu

Langkahku kian terhenti

Saat terasing ini


Mencari-cari

rindu pun semakin menyepi

Lalu terdamparlah aku...


Ke mana hilang bayangan kasihmu

Penantian yang bergelora

Kuhitung hari-hari bersama mu

Masih banyak yang ketinggalan


Senyum tawamu menjadi diari mimpiku

Sejak pemergianmu..

Detik berlalu


Namun ku masih di sini

Jarak waktu yang sepi..

Sangat Bizzziii Okkeee






Salam rindu buat semua sahabat2 blogger..Rindunya ngn kamoooo semua tetapi sob3..kebelakangan ni mmg sangat2 bizi. Akhirnya badan ni dah len macham, letih semahu2nya. Dah bape minggu, tiap minggu ada jer pogem, mesyuarat PIBG, camping, mesyuarat ngn KPM, sekolah ganti, endingnya..cam nak domam jer. Dah bape minggu ni pala srabut..haihhh.. ni kenang2an ari2 yg telah kulalui..yg sgt meletihkan. tapi cam biasa muka menten senyum..supaya ceria kat mata owang lain, echecheee


Friday 25 March 2011

Resepi Sambal Nasi Lemak

Sambal Nasi Lemak utk sarapan pagi ni..

1 labu bawang besar merah
2 labu bawang kuning holand
6 ulas bawang putih, that mean, nisbah bawang putih kalo guna bawang merah kecik2 tu biar ekstra ya..
belacan dlm anggaran satu inci
2 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
5 sudu makan gula
garam secukup rasa
1/2 cawan air asam jawa

Cara2 :
Cili kering, blend
bawang merah, bawang putih, belacan- blend sekali

1. Tumiskan bahan tumis guna minyak yg cukup, kalo minyak sikit sangat nanti cili tak tertumis ngn bagus. xtau la nk bgtau minyak nih bagaimana, agak2 sndrik pandai tak?
2. Da naik bau, masukkan cili blend, tumis lagi, kemudian masukkan gula. Part ni kene tumis btl2 sampai warna kilat dan chanteek.
3. Masukkan sos tiram, kiub ayam, gaul, masukkan air asam jawa.
4. Lastly, masukkan bawang besar holand yg wane kuning tuh, potong bulat atau baji, yg ni ikut suka and garam, adjust manis, masam and masinnya ya.
5. Ni basic sambal tumis, kalo nak buat sambal tumis ikan bilis, just gorengkan ikan bilis dan masukkan, udang and sotong pun. senang je kan..

p/s : masa menumis mmg guna minyak lebih sikit kan, then, bila da masak sambal nih, minyak yg ada kat atas I buang. supaya tak bminyak sgt nasi lemak nnt.

Wednesday 16 March 2011

Sedang berfikir untuk membuat keputusan yg terbaikkk..

'Mumet endaskuu'..
..kuar dari lingkaran yg menyakitkan ini ngn dengar lagu nih jap..
sapa tah yg nyanyi ni x kenallah pulak.
but bukan suh dengar khusyuk2 taww, sekadar layan boring bagi ada jiwa remaja sikiit..
ngeee..
peacee..


Tuesday 15 March 2011

Resepi Sambal Tahun


Sambal Tahun versi mama dis nite

Malam ni merajinkan diri masak sambal yg dipanggil Sambal Tahun. Aceli walau I owang jawa tapi malangnya dah sampai Birmingham baru le belajar cemana nak masak sambal ni. Kredit to Dina Imam Supaat..(sob3..sangat rindu kamooo duhai Dina)..dulu masa kami berjiran kat Birm, ada satu ari tu Dina anto sambal nih then I belajo cemana nak memasaknya. Cam yg disebut tadi, walau 'wong jowo' I x pandai masak sambal ni sebab mak x ajo..sebab mak owang melayu. But tekak I yg universal telah mengajak I bljo memasaknya..ekeke
Bahan2 :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20biji cili padi, nak extra pedas tambah je
segenggam bilis
-semua bahan ni tumbuk
1 inci lengkuas - hiris
1 inci halia - hiris
Santan pekat - satu mangkuk
Cara2:
Ni versi champak2 okkee...
1. Tumis suma bahan di atas guna minyak sechukopnye.
2. Setelah garing, masukkan santan, buh garam n gula sikiiit jer bagi pedas tu xmo berdesing sgt.
Kemudian,
masukkan apa2 jer yg suka nak buh, cam sotong ker, udang ker, ayam ker, daging ker, tauhu kering ker..
Balik2kan sampai masak, angkat.
Sebab tu namanya sambal tahun. Kalo kurang isinya just tambah, rajin2 panaskan dan rajin2 tambahkan isi2nya. Itu cherita owang jawa yg I tau gitu..asal usul nama sambal tahun.

Tuesday 8 March 2011

Aduhai..cemana ni..




Petang ni hari kedua I mengayuh beskal..gara2 berat badan makin bertambah. Cuba bandingkan I dulu ngn I sekarang..Gambar yg atas tu masa memula cuti tanpa gaji..yg bawah tu I kontrol gelak sebab ada owang ngata I gemukkk..ahakkks..
hadeee
cemana niiii..
cemana nak kuwusss nihhh..
diet sudah, kontrol makan..opss..tipu..tipu..sebenarnya I x kontrol sangat, makan jer pape nak makan sebab dah laaama I tringin nak explore suma makanan mesia yg dah lama x makan. dan kini hakibatnya..sedang kurasakan..
tulun..
tulun..

Friday 4 March 2011

Tu laaaa..sapa suruhhh tak jaga mulut..

Halamak..sapa yg tidak menjaga molot tuhhh..kan orang tua2 dah pesan, suh jaga molot kalo xmo badan binasa. Tapi mama nih lupa, sebab tujuannya sangat murni. tapi rupa2nya apa yg kuar dari molot mama itu hanya bersifat 'syok sendrikkk'. So mama dah terima padahnya. Maka len kali anak2 ma kene hati2, jangan sampai jadi mende yg sama tau. Pikir n stadi betul2 sebelum wat pape. Apakah yg terjadi kerana molot nihhh..?
Semalam masa perhimpunan budak2 nasyid yg nak g bertanding minggu ni buat persembahan. Sebaik bebudak tu nyanyi I nganga. Bukan sebab terpesona tp terkejut coz vokal out..sumbang ke laut. Pemuzik ookkkee, lagu dah sedap. Walaupun I bukan terer cam Syafinaz Selamat tapi takdalah bongok sangat bab2 nyanyi ni sebab dulu zaman kat maktab dah biasa kene bambu ngn ustaz masa latihan nasyid cenggini. Maklomlah mama dulu artis sekolah jugak..ngeh3..sebab minor muzik kat maktab. Seperkara lagi sebab rasa ia tanggungjawab bersama.
Dipendekkan crita, selepas persembahan, I tegur lah budak2 tu supaya perbaiki vokal.Penghayatan lagu kene ada sebab budak2 tu nyanyi ada yg mata pandang ke langit, ada yg mata melilau tah hapa yg difokuskannya. Esok I hakim nasyid zon lain. Nanti xmolah sibuk motong markah kumpulan sekolah orang, tp sek sendrik pun orang seronok motong markah kita. Sebab kesian kat ustazah2 deme yg melatih. Sebab I paham bukanlah senang melatih nasyid ni jika kita sendrik tiada kepakaran. I x sedap ati bila dengar gb pun tegur macham2 selepas tengok persembahan tu.
Tetapi rupa2nya..
Ustazah yg melatih sudah marah dengan teguran itu. Siap diberinya peringatan..'hah, taun depan bagi dia latih!!'
Laaa..camtu erk..
napa dia x suh je GB yg latih!
I bila dengar ayat penyata sebegitu cpt2 sedar.
Patut le guru2 lain x berani tegur.
Upanya I yg baru 10 ari kat sekolah tu lom kenal ada orang yg xleh kene tegur.
Baru ianya padan muka I..sapa suh x jaga molottt..kan dah dapat sebijik.
TETAPI sesungguhnya..I siiikit pun x heran. hehehe..
labu..labu..kang ko terejun ngn labu2..
Peaceee..

Tuesday 1 March 2011

Jatuh Chenta bila pertama kali..

I jatuh chenta sama laguuu ini bila pertama kali mendengarnya..ce u all dengar melodi dan liriknya yg simple dan mudah untuk Kiki ingat..juga sangat bererti utk dihayati..ce u all dengar yaa

Sunday 27 February 2011

Hadooodoo, betapalah kan..

Hadooodoo, betapalah kan..apa yg nak I chakapkan nih supaya bagi emosi nih terkawal..Astaghfirullahal'azim.. Macham2 perkara berlaku today yang sememangnya menguji kesabaran. Cuma nak kongsi satu kisah untuk diteladani..aceli xdalah penting mana tetapi tetap perlu kita perbaiki.
Today g kenduri kahwin kawan abang. Macham biasa, tetamu saaangat ramai meraikan majlis. Sebaik sampai mmg meja penuh tetapi Alhamdulillah ada ruang utk abg, Kiki dan Awin. Sementara Awin dan abang amik makanan I bizi melayan Kiki yg x reti duduk diam. Tetiba ada tetamu lain tanpa bersalam atau bertanya atau senyum atau sapa..elok jer duduk kat kusi abang dan Awin. I cam biasa ler..cuba senyum2 ngn harapan ada respon dan bulehla nak bagitau yg kerusi tu ada orangnya. Tapi mem beso yg duduk tu x balas respon..macam x nampaaak jer kat kusi tu ada handbag I. Atau mungkin dia x pasan I duk chokoh kat situ. Pahtu mem beso elok jer panggil hubby, anak2 dia duk situ sekali. Bila tgk mem beso buat I macham x wujud maka I pun amik handbag dan alihkan kat kusi sebelah ngn harapan dia faham yg krusi tu ada owangnya. (sib bek akhirnya dia faham!). So selepas abg dan Awin sampai maka x cukuplah kusi utk kami duduk bersama dan I beralah charik meja lain. Soklannya I x kisah mem beso nak duk situ tapi alangkah manisnya jika dia sudi hulurkan senyuman dan bermanis mulut btanya agar ukhuwah silaturrahim dpt dijalinkan.
Cuaca yg panas ngn tetamu yg ramai dihangatkan lagi ngn PA sistem yg bunyiknya cam nak runtuh, terlalu kuat. Lebih sedih kami dihidangkan ngn sora penyanyi 'karo okke' yg sangat bikin ati panas sama panas ngn chuacha. I yg sedia hangat bertambah pening bila dgr suara sumbang yg lgsung x leh menyanyi. Apalah salahnya mereka diam dan biarkan kami makan ngn aman. Sungguh..kalo sahabat blogger dengar cemana bunyik nyanyian tu pun grenti u all akan sekepala dan sejiwa ngn I..
Sian tuan umah. Dia x bersalah pun..
pastu sebelum balik dapat bunga telur. Kiki sangat xcited dan minta dikupaskan telur. Sekali tepanjat I bila tengok telo tu diselimuti ijau2 taik ayammmm..uwaaaa...
napa cengginiii..
sian kat tuan umah kan..sepatutnya perkara2 cenggini x berlaku. napa telur x dibasuh sebelom direbus..
nampak macham sangat remeh tetapi sepatutnya kenangan manis terchipta masa kenduri..I pulak dapat 'kenangan taik ayam'. he3..
tu pasalla I sebut hadoooo..
Buat peringatan kat diri sendrik dan suma sahabat, kita rajin2 sikit ya kat umah kenduri. Jangan bagi malu kat tuan umah ngn sikap kita yg x alert ngn situasi..okkkeee

Saturday 19 February 2011

Napa suka yg susah2..sedang yg mudah ada? tak fahammmlahhh..

Sebenarnya apa yg I nak buat ni senang jer..tetapi akibat sikap boss yg lebih berminat kepada perkara yang susah-susah..akhirnya telah menyusahkan. Apa yg sebenarnya yg buat I membebel nih?
Esok xda kat sekolah seminggu. Mesyuarat lagi di KPM. So perlu tinggalkan kerja buat anak2 murid, xmolah seminggu ni deme x belajar langsung. then nak mudahkan cikgu relief yg masuk nanti sebab murid2 already ada aktiviti.
Yg buat I geram ialah, akibat bos suh copy rancangan tahunan dikecikkan, sebesar tapak tangan, dimasukkan dalam poket yg lawa2, buh dalam lesson note maka ini semua telah menyusahkan. Napa I sebut menyusahkan..?
Rancangan tahunan yg dikecikkan sebesar tapak tgn, cemana I nak bacha? tak nampak dah bijik mata nih sebab dah tua. Nak buat lembaran keje, nak refer tajuk pelajaran, nak wat lesson note, brapa kali nak tgk tulisan semut pun lebih besar daripada tulisan yg ada kat dokumen beso tapak tangan tu. Nak selesaikan masalah nih..Maka terpaksalah I print lain, yg saiz A4, untuk rujukan sendiri pula. Yg buh kat poket tu makanya hanya utk boss tengok. Marah laah I..ini namanya sangat membazir. Xda sapa nak bagi free photostat kechikkan dokumen tu. Yg print lain beso saiz A4 tu pun guna ink juga. Bukan print guna air. Napa kita suka pada perkara2 membazir nihh?..x pahamlah I..menchi3..
Harap2 pada segala boss yg kat luar sana, berfikirlah sechara praktikal. Jangan menyusahkan sebaliknya memudahkan kerana rasulullah telah menunjukkan teladan sebegitu. Cuba bacha kitab2 sirah nabawiyah bagaimana sikap baginda sebagai pengurus. I feninggg beetul kehendak2 yg x praktikal nih.

Thursday 17 February 2011

..Sakit Kepala..

"..tinggal kenangan, musim munga kat Birmingham.
Masa amik choti nih jarang pulak dapat sakit pala..."


Sakit pala pun nak citer kat blog ker..
Suka ati mama ar coz ini blog mama..haihhh.
Napa sakit pala?..
Aceli dah 2 ari menyumbang idea ciput di Bahagian Pembangunan Kurikulum. Buat instrumen pemantauan KSSR P.Islam dan B.Arab. Petang tadi dah buat pembentangan hasil kereja. Malangnya akibat pala dah jem hagaknya mikirkan soklan2 utk dptkan data yg selaras ngn objektif pemantauan, so bila semak part grup satu lagi, pala ni mula berdenyut2. Tepu!!

Tambahan pula odw balik menempuh jem kat Semenyih. Istighfar berulang2 kali. Cuaca pula panas sangat2..menambah power denyut pala nih. Mudah2an sakit ini mampu menghapus dosa keluh kesahku. Sempat berangan ..kenangan kat bumi permaisuri dulu..musim panas masih charik jaket! kat Mesia ni punya panas sekarang len macham rasanya, ekon kene pasang sama cam kat Birm pasang heater every time. Sediakan aje chap agong utk bayar bil tiap bulan.
Berbalik pada keje2 kat BPK. Sebenarnya seronok mencabar diri sendiri kekadang nih..chuma yg x seronoknya bila tergolek cham nihhh.
Akhirnya sbb nak prepare utk esok, mlm ni I telan ubat anti migrain. Xmo esok x sihat sbb masih byk keje yg lom selesai. Harap2nya bangun pagi esok I sihat dan dapat meneruskan bakti. mudah2an..

Monday 14 February 2011

Selamat Meraikan Maulidur Rasul


Petang ni pening pala..panas pala dan mata teringat dosa yang terlukis kerana aku hambaNya yg sentiasa diselubungi lemah dan hina. Membaca tentang kewafatan rasulullah di sini buat airmataku tumpah. Terasa sangat kerdil dan betapa semasa dihambat waktu terlalu banyak kelemahan berlaku.

Sedarkah kita, betapa terlalu banyak nikmat yg Allah kurniakan, tetapi tanda kesyukuran ini terlalu sedikit..begitu bimbang baginda nak meninggalkan kita kerana kecintaan baginda kepada umatnya namun sebagai hamba yg mengakui umat nabi Muhammad, apakah yg kita lakukan tanda kecintaan itu? terasa kerdil dan sangat tidak layak..

Semoga apa yg mama catatkan di sini mampu menjadi peringatan buat mama sendiri, anak2 yg kukasihi betapa singkatnya peluang yang kita ada.

Perbanyakkan selawat dan salam buat junjungan besar kita.

Perbanyakkan membaca al Quran berbanding bahan bacaan yg lain,

yang paling penting, tingkatkan amalan kebaikan dan istiqomah.

Mama dan anak2, serta semua sahabat blogger..sama2 kita perbaiki diri ya.

Selamat Meraikan Hari Kelahiran Kekasih Allah.

Friday 11 February 2011

Power of Smile

Senyum sedekah yg paling mudah, seperti sabda Rasulullah senyum dalam ajaran Islam bernilai ibadah. Seulas senyuman yang diberikan kepada seseorang setara dengan nilai pahala bersedekah. Malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan oleh baginda Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah. “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, berbudi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.” Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai.

Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.
Sebenarnya ini luahan hati, harapan menggunung buat boss kat sekolah yg susaaah sangat nak chakap elok2 kat we all anak buah..manjang sergah2, manjang kasar2, kalo mood dia bagus maka akan tertawalah dia, jika sebaliknya..abislah, bertempiaran kami malas nak jumpa..
I yang baru 5 ari sekolah ni rasa terseksa beno sbb apa yg dipamerkan ini langsung tak sesuai ngn 'jiwa remaja' dennn..ngeh3..dalam gelak ada senduuu.
Terfikirkah dia impak perlakuannya kepada anak buah ini. Sedarkah dia bahawa dirinya adalah contoh teladan.
Dapat migrain I gara2 disergah semasa ke pejabat. I guna istilah sergah coz suaranya kasar, mungkin niatnya bertanya tapi nadanya sangat tidak sopan.."ni apa senyum2 ni..?" sergah dia sebaik I masuk ke pejabat nak jumpa kak Umi.
I yg terkasima dengan teguran boss rasa nak melauuuung baliiiik umaaah..uwaaa..
Rasa nyesal pun ada pamer senyum kat insan yg tak tahu nak menghargai fungsi senyuman. Chissss...
wachaaaa..

Thursday 10 February 2011

Ari Terang Ari Mendung..arini ari ujannn..

Dedulu kechik2 masa sekolah kita ada satu sabjek yg I paling suka. Sabjek 'Berita', guna buku garis tiga yg merah biru tu..pahtu kena tulis berita yg lebih kurang camni "Hari ini hari Rabu, cuaca hari ini mendung. Petang semalam saya pergi ke pasar malam."..hehe..camtu ar lebih kurangnya. Pahtu kita kene lukis gambar pasar malam tu, ngn kunun2nya gambo I ngah beli air kelapa..
Suweet memory itu sabjekkk laaa..

today dah xda sabjek tu, dah lupus bersama waktu.

dan sabjek 'Berita' I today ialah..

Arini ari ujan..ujan dalam ati I..

Adib, Aiman and Awin..mehla pujuk ati mama ngn senyuman gelak tawa u all..coz

mama sedang berduka lara..

..apa yg I merapuuu nihh..sah2 stress ngn poses nyesuaikan diri kat tempat baru..

..fight..fight..harap2 cepatlah masa berlalu dan poses adaptasi ini dapat dilalui ngn baik.

..Sangat rindu meronda 'Harrods' dahuluuu...

..kini, dah xda arapan ronda2 camni setelah memegang semula jawatan hakiki

kechuali berpenchen..

'peaceee'

..ngeh3..

Wednesday 9 February 2011

Dimana kan kucharik gantiii..

Malam ini napa tah tetiba sangat rinduuu pada kak Marina, kwn di SKKR yg baru 3 ari kutinggalkan. Nak bagi msg tepon lak abis kedit magerib tadi. Nak call dia tapi sangat bimbang I xmampu menahan kesedihan. Mana leh sedih2..kene la tahan2 sikit. Mendoakan moga2 kaki kak Ina yg sakit cepat sembuh. Tingat pimpin kak Ina turun tangga..tingat suuuka nyibuuuuk kat prasekolah dia..tingat kak Ina yg tulus tegur kalo nampak apa2 yg x kene..
pejam...pejaaammm..pejam mata nih, pejam kuat2 tahan airmata dari gugur. Psahabatan ini kekal walau jarak sejengkal tapi nak jupa susaaah..nilah kondishheeen I skrg. Balik sekolah I dah tergolekkk..letihhh



Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma

Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama




Thursday 3 February 2011

Tudung..Ya Allah Lindungi dan Peliharalah hambaMu ini..

Tetiba hati dibuai sayu balik dari kampung. Sepanjang perjalanan menyaksikan beberapa penunggang motorsikal yg cumalah kanak2 kecik yg I tengok dalam lingkungan sekolah tahun 4 atau 5..tapi dah berani menunggang motorsikal. Berselisih dengan kereta peronda polis tapi malangnya I tengok xda pulak polis tu tahan bagi nasihat atau amaran, berlalu terus seolah2 x nampak apa2. Terdetik dalam hati, patutlah sesiapa pun boleh tunggang motorsikal kat kampung ni merempit petang2 depan umah mak tanpa rasa bersalah ngn bunyi enjin motor cam ekzos nak pecah, sebab xda penguatkuasaan undang2. Polis2 ni lebih berminat nak menyaman kat highway jer daripada proses mendidik memberi teguran atau amaran pada perkara yg nampak depan mata.
Ya Allah lindungi anak2ku, anak2 muridku..
Then, odw balik juga singgah ke Hentian Kajang beli tiket untuk Aiman balik ke Penang. Melihat pemandangan nona2 zaman sekarang berpakaian. Sebenarnya dah lama perkara ni terbuku dalam hati, malas sebenarnya nak catat kat sini, tapi sebab peringatan kat Awin, satu2nya anak dara kesayangan mama, maka mama gagahkan..sebab nanti kalo mama dah x ada, catatan ni merupakan peringatan2 mama kiranya Awin lalai.
Mama pening tengok orang sekarang pakai tudung. Dahla fesyen tudung ada mcm2..itu menunjukkan pkembangan yg bagus sebab orang yg lom terbuka hati tentu akhirnya akan tertarik memakainya dengan pilihan yg macam2 ni. Tetapi nampaknya lelama I rasa lemas sebab tudung dikenekan dengan segala yg ketat2. Bukan takat seluar baju atau kain yang ketat hingga yang dekat leher pun dipinkan kasi ketat2 hingga nampak bentuk leher. .. apa sebenarnya yg ingin kita tutupi.
Bukankah sehelai kain yang kita pakai itu sepatutnya menutupi dada. Kita jangan jadi wanita yg suka menunjuk2 apa yg kita miliki yg sepatutnya dipelihara. Macam makanan yg ditutupi tudung saji, lalat2 dilarang hinggap! Satu lagi, nak buat apa2 mesti dengan ilmu. Ma x mau ikut2an tanpa hala tujuan.
camtu juga tudung Awin dan tudung mama, harap mampu menghalang 'mata2 lalat' daripada hinggap.
Ya Allah, Lindungi kami hambaMu yg lemah ini..agar tidak mudah tergoda dengan ajakan syaitan yg direjam..amin

Tuesday 1 February 2011

Napa unipom sekolah mesti kaler puuutih? haihhh

I cuma leh membebel kat sini..coz kalo I jupa perdana menteri tentu dia suh I buat research, wat poposal, kumpul data, bla3..bla3..so ni cuma luahan insan marhaen bak kata Amalina kawan baik I luahan rasa 'tangan ajaib' yg menyayangi anak demi kesejahteraan mereka tapi yang anak2 ni selaluuuuu xmo dengo kata bila mama menegur kesilapan deme. Mula rasa dah beso dah xleh ditegur2. Mula budak2 ni buat muka cam muka xda rezeki. haihhshhh..bagus kan entri emo pagi ni..hadede
I lepas cuci baju sekolah Awin, baju putih n tudung putih. Sebab Awin tido x mangun agi n mama sporting coz mood bagus pagi ni. Walau zaman canggih manggih ni I tetap ajo Awin bahawa baju sekolah kene belajar sental sendrik sbb nak ajo dia ilmu kemahiran hidup. Ilmu basuh baju tak diajo kat sekolah. Nak ajo Awin dan anak2 lain bertanggungjawab terhadap amanah yg diberi. Tapi namanya pun Awin, dia ingat mama xtau yg dia churik2 champak kat washing machine. Sebagai mama yg sporting kekadang I xpa, kekadang siap ar Awin, I kutip balik baju2 sekolah dia, suh dia rendam buh Vanish (iklan sikit..jenama Vanish), buh sabun, suh sental, bilas, buh nila kasi berseri putihnya.
Yg buat I marah ni bukan apa..baju putih as unifom sekolah x ekonomi. Kat UK ( sooori ar sebab bukan x patriotik tp sebab dah tgk cemana negara orang), deme cuma tetapkan warna, iaitu wane kelabu utk jumper, tshirt kat dalam pakai ar wane putih, suar itam, kasut itam. Material x ditetapkan. So parent x terbeban ngn unifom. Wane putih ni ngn suhu Mesia khatulistiwa ujan paneh sepanjang taun maka habuk n peluuuh, peeehhhh. So mmg ler ari2 kene tukar baju. Kalo tak alamat mau muntah cikgu2 bila masuk kelas tp I as teacher selalu wat2 tak bape bau, atau leh jugak I sebut cam dah 'imune' ngn segala bau..ada sorang anak murid I tu suuuka sangattt buka kasuuut dalam kelas..hadodododo
Bila putiiih..selalu basuh, selalu rendam, selalu sabuuun, selalu sentaaal, selalu tuuuukaar baju baru..kasuuut baru sebab rabak kene sental, kene kapur yg kasut putih tu.
so soklannya : adakah ekonomi?
xleh ker tukar kaler biru ker..
kaler pink ker..
Tu yg Awin pandai nak nipu Ma g champak dlm washing machine dia kata penat nak sental. Jawapan xklusif mama..kalo xmo sental jangan lasak2 kat sekolah, jgn sibuk lap meja ngn lengan baju..tp ma paham, dia dah try kontrol tp dah keadaan kat mesia mmg gini kan nak wat gena..
ni agak2 kalo nak wat research tajuk baju sekolah agak2 ada tak lecturer yg sudi nak jadi supervisor? sapa sudi nak jd supervisor I hangkat tangannn..
uwaaaa

Apa agaknya hikmah yang menanti...Hijrahku utk kesekian kali

..di SK Sijangkang with my cousin kak Zaharah
Zaman guna disket beso..

Hati ini hanya Allah yg Maha Tahu. Apa hikmahnya hanya Dia Pengatur yang Maha Bijaksana. Dugaan ini kuterima, namun proses adaptasi ini perit sungguh kurasakan. Hijrah itu pengorbanan..hijrah itu perjuangan. Hijrah menjanjikan kebaikan kerana sirah junjungan telah membuktikan. Dan kali ini ku berhijrah lagi. Tak tahu cemana nak hurai pasaan ni bila En Mus call masa ngah nak bpoya2 ngn Ina nak makan nasi arab kat sek 5. Serta merta selera tertutup.. Acelly I tahu masa yg dijanjikan telah sampai, but nak lalui utk kesekian kalinya sangat perit. Terpaksa nak memulakan sesuatu setelah keserasian wujud di SKKR..hanya airmata yg mengiringi dalam hati, namun di bibir senyuman ini adalah pasti.

1. SMK Jugra

2. SK Sijangkang

3. SMK Teluk Kumbar

4. SK Sri Langat

5. SK Labohan Dagang

6. SK Jenjarom

7. SK Convent Greenlane

8. SK Permatang Pasir

9. SK Convent Kajang

10. SK Taman Jasmin

11. SK Bandar Rinching

12. SK Taman Rakan

13. SK Kg Rinching daaaannn finallyyyyy

14. SK Semenyih


I rasa bait2 senikata lagu ini adalah suara hatiku yg disampaikan oleh Maher Zain..sob3..
Insyaallah
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Friday 21 January 2011

Tajuk lain..bukan tentang sekolah..


Ya Allah yang Maha Mengasihani..mengapa rasa sesunyi ini.. napa rasa dunia yg berseri tetiba jadi tak indah lagi. Baru dua jam my chenta ati kuar dari umah menghala ke airport, sebaik jer abang pegi ati mula serba x kena. Ya Allah, Kau selamatkanlah dia tiba ke destinasi, mudahkanlah urusannya, mudah2an selamat dia kembali.
Sakit ker aku ni. x tertahan rasanya seperti nak melaung yg seksa berjauhan ni perit. Dugaan untukku rasanya bila selalu diuji ngn berjauhan. Tadi ada my fwen ckp, dia paling suka bila hubby nya out station, leh bjalan2 nak g walau ke mana. Napa situasi ni cam langit ngn bumi compare ngn I.
I ni, menunggu abang lik kija pun kadang rasa lama sangat. Siap pesan kalo buleh balik biar cepat. Dah ada depan mata lak kadang tu ada je yg x kena, mula ler meragam tah hapa2. Sabarnya kami hadapi situasi ni. Tahun ni 20 tahun dah idup bersama as 'housemate', as sahabat sejati, Alhamdulillah. Kdg tau dan sgt paham dia pening ngn hangin I, dan I sgt paham apa yg bgelodak dlm ati dia, tolak ansur dan memaafkan yg meredakan pasaan antara kita.
Alhamdulillah Adib balik. kurang sikit kesedihan mama. Tringat Aiman, apa agaknya yg dibuatnya kat kolej tu. Awin ngn Kiki, taunya asik nak bercekau x padan yg sorang baru 2 tahun, yg sorang dah 13 tahun x reti2 nak mengalah. hadoooo
Haihhhhh..xleh layan pasaan cenggini weeeh..
Kena fight, drpd sedih2 g ngaji lagi bagus. Allah lebih baik kita ingati kerana kasih sayang Allah kpd kita melebihi dan mengatasi kasih sayang sesama manusia. Kasih yg ada di hati kita pun sebenarnya Dia yg letakkan. Ya Allah Kau ampunilah daku yg lalai ini..

Thursday 20 January 2011

Terkial-kialnya akuuu..

Lamanya x jenguk blog, walau hati x penah lupa pd blog kesayangan nih. Kebelakangan ni sejak buka sekolah xda masa..atau sebenarnya I yg masih tidak memaksimumkan penggunaan masa..
Tahun ni duk sekolah baru depan umah, gembira sebab dekat tp ati syahdu gilak coz terpaksa mengajar B. Arab yg langsung I x reti. Namun sebagai insan yg mengikut arahan maka terpaksalah kusahut sebuah cabaran. Tiap kali sebelum masuk kelas maka I akan mengadap Tn Hj Rosli, sifu b. Arab utk belajar menyebut dan memahami apa yg ingin disampaikan dlm kelas. Kepuasan mengajar dan menyampaikan ilmu? x brapa ku dapat kerana mengajar sesuatu yg langsung I x tahu.
Namun begitu I xmahu anak2 murid menjadi mangsa keadaan, biarlah I sorang yg menanggung kesusahan ini. Apa yg mampu ditarbiahkan itulah yg cuba disampaikan dengan sebaik mungkin. Selebihnya I mohon Allah ampunkan dosa2ku kerana tidak mampu menyampaikan lebih daripada apa yg sepatutnya.
Perkara lain, as teacher class..hahaha..terkial2nya aku. Padan muka..tahun lepas sebaik sampai dari Birm ajo Muzik sebulan..selepas tu baru dpt duduk dlm opsyen, malangnya budak2 sedang sit UPSR, then tumpu pada aktiviti slps exam. Kiranya cam honeymoon. Tahun ni?..semuanya bermula..jawapannya :
TERKIAL2NYA..
..pada orang lain apalah sangat tugas2 ni sbb dah rutinnya guru. Tp pada I yg telah bercuti panjang..hohoho..padan muka..terhegeh2 nak nyiapkan rutin tugas guru kelas, jadual kedatangan, kemas kini maklumat murid, jadual bertugas, jadual kelas. As ketua panitia Kajian Tempatan..pun padan muka jugakkkk coz I x penah pegang KP lain selain opsyen. Baru ianya I chekgu bizi..ngeh3
apapun doa I tiap saat ialah moga Allah kurniakan kesihatan yg baik kepadaku dan kepada semua sahabat2 walau dimana kalian berada kerana tanpa kesihatan yg baik maka tugasan yg diharapkan mampu menjadi amalan yg diterima oleh Allah mungkin xdpt dilaksanakan dgn baik.
Senyumlah seindah suria mudah2an senyuman kita mampu mengeratkan ukhuwah sesama kita..
Berkasih sayanglah kita mudah2an hidup ini seindah suria..