Followers

Advert

Friday 30 July 2010

Merai Su dan Famili


Su, mudah2an u selamat sampai di bumi barokah Mekah, dipermudahkan urusan, dapat beribadah dengan sempurna. Sayunya hati melepaskanmu di saat I baru nak suaikan diri dengan tanahair. Setiap hari keperitan bersama. Kadangkala, memandu ke sekolah airmataku laju. Namun, bkongsi perasaan bersamamu adalah ubat. Susah senang kita hadapi bersama. Kalau boleh, nk aje I pegi sama dengan u, tp apakan daya. Pujuk ati sendrik, 2minggu bukannya lama. Jauh cuma jarak, psahabatan ini tetap dekat walau di mana berada.
Apa pun, makan malam terakhir sebelum u berangkat jadi kenangan manis kita. I dah rupa 'bibik' je kan melayan Zikri. sib baik Haikal ada leh tolong kejar. hadodo..apapun I nak u tahu..
doaku bersamamu walau di mana u berada..dan jangan lupa sebut namaku dalam doamu sepanjang hari2mu berada di sana.

Sunday 25 July 2010

Kehidupanku Yang Berbeza..

Alhamdulillah, lafaz syukur sentiasa ada di hati ini. Semalam seharian my siblings Kak Wok, Fiza, and Non serta famili berada di umah mnolong mbuka kotak2 'hadiah' dari Birm. Kiranya ada lagi 20% yang belum dibuka selepas ini.
Hujan lebat membasahi bumi, tapi aircond kat umah masih lom dapat di off kan..I masih lom dpt tima suhu mesia. Bil elektrik 3 minggu dah sampai semalam, RM90..maak aai, tp apa kan daya.
Malam tadi sebelum melelapkan mata, banyak perkara yang kufikirkan..di antaranya tentang kehidupanku yang berbeza hari ini. Apa yang jauh sangat bezanya tuu..?
1. Dulu..bangun subuh jam 6 pagi, wat sarapan, kul 7.10 g sekolah. Sekarang..jam 6 pagi I dah kene dalam keta..memandu ke sekolah. Kalo idak..alamat melalak la I sangkut dalam jem.
2. Dulu..mengajar P.Islam, mmg opsyen I, sekarang..I ahlil muzik, studi sampai juling2 bijik mata nak tulis lesson note tp x jupa jalan.
3. Dulu..sekolah itu duniaku..balik umah steady jer kalo jam 3 ptg, itu biasa, kerana sekolah itu duniaku..sekarang, kul 1.20 I kene drive balik sbb Awin perlu dihantar kekelas tambahan di SKBR. Sian puteri I, balik2 terus sit UPSR. Mujur dia tabah dan kuat semangat. Itu yg I nmpk luarannya. Kadang2 I layan juga pasaan dia yg keciwa kerana perbezaan cara UK dan Mesia.
4. Dulu..I kuat melalak..sekarang..pasan juga, kureng sikit dah..sebab kesusahan demi kesusahan idup di UK mematangkan I..bukan suma yg kita pinta Allah perkenan. Dia sentiasa memberi kita yg terbaik. So rasanya lebih tenang dan lebih tabah mhadapi hari2 yang mendatang.
5. Dulu..I gila keje..rasanya itu yg paling sesuai kot ngn I sebab pikiran ni hanya..sekolah..sekolah..Sekarang..mood sekolah I lom bape ada..haha..asik lupa yg sekarang I adalah chekgu bizi..bukan lagi chekgu coti..uwaawawaaa
..Betapa..berbezanya kehidupanku hari ini..

Thursday 22 July 2010

Resepi Singgang Ayam




Masih memasak dalam kesibukan hari2 awal di tanah airku. But masak yg simple2 aje n campak2..singgang ayam.

Bahan2 :

1/2 ayam
2 sudu makan ketumbar, tumbuk, tday I guna serbuk ketumbar yg dah siap blend.
1 labu bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih- ketuk
2 inci lengkuas-hiris nipis
1 inci halia-hiris nipis
1 sudu kecik lada hitam, tumbuk kasar2
5 asam keping
sekeping nipis gula kabung
garam secukup rasa
Cara2 :
Satukan suma bahan dlm periuk, tutup, buh atas api biar ayam terperap ngn bahan dulu jap. Pastu, renehkan. Suaikan manis, masam dan masinnya.
Simple kan..lawannya sambal belacan ngn ulam2an..makan ngn nasi panas2..

Sunday 18 July 2010

Resepi Kek Coklat Kukus

Satu2nya kek yg pandai I buat..sebab dikukus agaknya..kalo buat kek laain..ada jek masalahnya cam merekah kat atas laa..xnaik laa..menunjukkan I ni mmg tak bape ada bakat kat kek. he3..

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin cair

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)

3. Angkat dan sejukkan.

4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.

5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.

6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.

7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.

8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Cara Pekerja Berkomunikasi??

Sambil2 nak masak kuah laksa Penang untuk acara memunggah turun kontena esok, I nak berkongsi pengalaman yg diperolehi semasa membeli barang di tesco Semenyih tadi. Apa yg interesting sangat yerk?..
Ada sorang mamat negro tanya kat sorang staf masa I milih blue hippo..dlm bahasa Inggeris, mamat tu tanya apa gunanya blue hippo ni. Pekerja tesco tu, muda agi, berbangsa India, dia jawab : I dunno..I dunno..
Beria pula mamat negro tu btanya ulangkali. Pekerja tesco tu still bg jwpn dunno. Sambil geleng2 pala. Geram juga melihat situasi tu maka I pun nyibuk tumpang sekaki menerangkan kepada customer tu apa gunanya mende tu. (I leh wat part time nih..ekeke).
Selepas tu..I pegi lak kat barangan reduce price. Belek2..xda pula tanda rega cardamon yg I plan nak beli. So I tanya pada staff yg tengah susun2 barang tu, bape hengget coz xda rega kat bungkusan atau dilabelkan kat mana2. Staff yg berbangsa India tu jawab, 'x tau lah, I cuma susun2 je barang2 nih'. Then I tgk dia elok je dok cegat kat situ. Apa yg I paham tu mmg kwsn tmpt dia keje. Apa le salahnya dia update ke bahagian yg buh price ke bgtau yg barang2 tu xda rega coz mende2 lain kat situ suma ada rega already. Xda rasa nak mbantu langsung..
Then..I pegi lak kat bahagian kacang2. Terliurnya tgk kacang goreng shantung. Yg saiz besar2 tu. Caaarik logo halal, xda punn..so tanya kat adik manis yg jaga kat situ. Dia jawab, 'kak jgn risau, ni dari Mesia, bukan dari luar. Kalo kat peket besar dia ada logo halal'.
So I minta nk tgk logo tu sebab kacang2 tu dah dipeketkan kechik2. Dia sedia membantu, malangnya mmg xda logo tu. Syarikat pembekal mmg dari bukan Islam.
X jadi nak beli kacang goreng tu akhirnya. Sambil berlalu..berpikir..amik mudahnya adik manis ni, dia fikir kalo dari mesia halal sumanya. Kita kene alert patutnya, jgn ingat selaaamat jek suma yg masuk perut.
Kesimpulan dari cherita pendek nih..banyak leh dapat pengajaran. Pekerja2 ni kene diberi kursus nampaknya bagaimana nk komunikasi ngn customer. Bagi maklumat tepat, keje smart, sedia membantu. Bukan tanya masalah negara pun..just tanya mende2 chiput cenggitu pun maklumat tade..camana tu??
Jangan pula ada yg komplen kata mentang2 I dari UK maka beri pendapat berikut. Tapi apa yg I bagi ni cuma pendapat peribadi yg I rasa ada betulnya. Masa Aiman 15 tahun sekolah kat Aston Manor Birm dulu, dia buat praktikal kat saloon. Belajar dari bahagian pengurusan cemana buat keje. Sistem pendidikan di luar mementingkan praktikal selain kecemerlangan akademik. So, umur 16, after GCSE deme dah leh kija.
Mende2 cenggini xyah kusus pun xpa benonya.
Sebab dlm bidang pdidikan kita penerapan nilai tu sumanya jelas. Contohnya bantu membantu, hormat menghormati, amanah dsb. Tetapi mengapa ya sebahagian kita amik mudah sangat?..Pendapat u all?

Wednesday 14 July 2010

Ayam Masak Merah Thai Style



cam biasa, walau bizi I cuba masak. ni menu mlm..jam 10 abang br makan coz tangan I dah jadi lapan..suma nk di buat..kemas beg, mbasuh, sana x siap..sini x siap..
by d way, utk rujukan, resepi ayam masak merah yg selalu kat gerai thailand :

Bahan2 :
3 keping dada ayam, potong nipis, goreng ngn garam sikit, ketepikan
4 ulas bawang putih, ketuk bagi pecah jek
3 sudu makan cili giling
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
1 labu bawang besar potong bulat
daun bawang
sikit kiub ayam sbg perasa
garam sikit

Cara2 :
1. Tumiskan bawang putih yg diketuk, naik bau, masukkan cili giling, goreng sebentar.
2. Masukkan ayam, balik2kan.
3. then, buh sos2 tu suma..satu persatu, gula n garam.
4. Last skali..buh bawang besar n daun bawang, balik2 sat, angkat.

Senang jer kaaan..

Monday 12 July 2010

Catatan Semput Hari Pertama Lapor Diri

Tradada..alhamdulillah dapat bersiaran walau hanya dari anjung KPJ Kajang menemankan Zikri yang dah dua malam duk kat wad akibat pneumonia. Sian anak bujang mama, sian juga kat mama kerana ujian2 kecik yang dilalui kebelakangan ini.
Pertama kali bersiaran nak share pengalaman di hari pertama di bumi malaya tanah airku yg terchenta ini. Sampai mesia jam 7.30 malam, nampak owang jual durian kat tepi jalan..apa laaagi..kita beli durian dulu yekkk. Malam tu, kepanasan, xdapat tido, rasanya sbb durian dan jetlag. Haambikkk...around 6 pagi lepas subuh baru dapat lelapkan mata yg time tu jam UK adalah sekitar 11 mlm. Bangun jam 11 pagi maka melompatlah tringat kene pegi lapor diri. Bsiap lbh kurang, singgah dulu beli peti ais. Lepas jumaat baru la tcongok muka I kat bahagian sumber manusia utk lapor diri. Berikut adalah catatan sumbang yg mberi kesan di hati di hari pertama lapor diri :
Puan A : napa x datang waktu pagi, byk mende nak kene buat nih
Maaf la Puan coz saya baru sampai magrib semalam, letih sangat.
Puan A : Bagi boarding pass ngn pasport.
Slps setengah jam menunggu, Puan A hulur surat suh pegi kat BPI kat cyberjaya.
Katne ya bangunan BPI ni, leh bagi sy landmark ker..sbb sy xtau apa2.
Puan A : kat cyberjaya lah.
Maka ngn sedey nya memandulah my chenta ati meraban2 mencari berpandukan alamat kat letter head. Dah fening mcari maka berenti btanya kat pakcik drebar teksi. Upanya driver teksi tu mamat Indon pun xtahu kat mana letaknya bangunan BPI. (masa ni mula tertanya2, camana drebar teksi pun leh orang luar nihhh). Pencharian diteruskan ke balai polis. Finally dua org pegawai polis mengiringi I ke tempat yg dituju. Sebaik sampai, tunjuk surat..
Encik A : Maaf Puan ya, bukan unit kami yang buat penempatan, sepatutnya Puan dirujuk ke bahagian sekolah. Mulai 1 Julai ni bukan unit kami yg buat penempatan.
I bengaaaang..jam da kul 5 ptg masa tu..uwaaaa
Hari Isnin I pegi pula ke Putrajaya, ke bahagian sekolah. Pegawai btugas minta I pergi semula ke Bahagian Sumber Manusia, batalkan surat pertama dan minta surat baru untuk bahagian sekolah uruskan penempatan. Maka buatlah I spt yg diminta menjadi BOLA ke sana sini.
Puan kat bahagian manusia bagitau I yg mereka TIDAK TAHU jika bahagian sekolah yg buat penempatan. Hadoo..Dapat sekolah di negeri Selangor, I call ppd sama ada I terus ke sekolah. Arahan pegawai bertugas, I kene g jabatan utk amik surat. Selasa, I g jabatan, bila I sampai ..kerani tu kata surat dah hantar ke alamat I..uwaaa..but dapat ar satu copy salinan surat utk dibawa ke sekolah yg diarahkan.
Finally airmata ni gugur juga odw balik tu..ntah napa sebak sungguh ngn cara deme wat kija. Duit minyak toksah kira..bpusing2 dlm cyberjaya tu dah mcm org gila. Masa, letih travel yg lom ilang. Camni owang layan kita. Bukan suh layan cam raja, tp janganlah tendang2 kita cam bola, halakan kita pada unit yg salah, suh kita amik surat tp surat dah anto..penat dan buang masa kita. sob3..
Petang itu..pegilah I ke sekolah yg diarahkan. Ngn harapan nk mohon cuti tanpa rekod sehari dua coz beg pun kita lom bukak sumanya. Tp gb kata xleh..maka bersabarlah kita lagi..
Kene kuar g sekolah kul 6 10 pagi coz pjalanan nk g sekolah mkn masa dekat sejam. Kul 7.10 I mesti dah ada kat sekolah krn sesi psekolahan mula jam 7.20 pagi. So nampaknya untuk minggu2 awal ni I kene tabah ngn sesungguh2 tabah...(but dlm ati I benonya dah banjir 7 tempayan. hehehe..)
Sekarang ni apa I nak bagi nama blog ni ya..coz now I dah tak jadi chekgu coti..ada cadangan??? no idea lagi takat nehhh...

Wednesday 7 July 2010

Kembali ke bumi terchentaaa..

Salam paling rindu dan sayang buat suma sahabat blogger..mohon maaf kerana lama xdapat bersiaran. Jetleg x ilang agi..baru 7 ari jejak kaki kat tanah air terchenta. Punyalah maaanyaaak yg perlu diuruskan..mau ilang 5kg rasanya seminggu nih..sesambil itu, 7 tempayan jugak rasanya air mata nih tumpah. Bukan sedih tinggalkan Birm but sedih ngn keje2 yg dah menanti. Apa pun semangat harus kuhimpun..
ada kesempatan nanti I akan update dan akan share macam2 pkara..moga ada kesempatan itu.
doa dan harapan moga semua sahabat2 yg sudi singgah sini dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan selalu. amin..