Followers

Advert

Friday 27 August 2010

Pertama kali ziarah Adib tanpa abah

Alhamdulillah..syukur padaMu ya Allah kerana memudahkan jalan..Perjalanan dari Kesuma Lakes ke UiTM Lendu sangat mencabar bagi mama yg terpaksa memandu sendirian tanpa abah utk pegi melawat anak sulung mama yg dah lbh kurang 3 minggu x dapat balik. Berdebornya sepanjang perjalanan Allah je yg tau. Bagi orang lain apalah sangat takat ke situ, tp bagi mama yg x penah drive sorang2 ke situ amatlah mencabar minda dan emosi. Ini kerana masa abah ada dulu mama bagus punya lelap kat sebelah..selalu temankan abah separuh jalan jek..
Acelly..mama plan nk tido hotel sbb takut nk drive balik memalam, tp sebab rupanya pekan Alor Gajah tu teramatlah ciputnya, hotel budget pun xda. Before that puas dah surf tenet carik tp hotel suma penuh coz ujung minggu. So plan asal nk gamble tu x jadik. Maka meredahlah mama kegelapan highway, masa kuar tol Simpang Ampat mama nk nangis dah..gelapnya. Upanya x macham UK yg highwaynya terang benderang sepanjang jalan..lampu jalan cuma ada kat bandar2 cam Seremban upanya. Tapi tu ar..dalam pada kechut2 tu mama racing jugak ngn hadlaju 120km. Takut kalo kene langgo kalo pelan kang org xleh nk agak sbb mana de owang bawak pelan kat hway. (alasan semata2!!)
Pahtu..cadang nk kuar kat Seremban telah digagalkan oleh Aiman coz dia kata abah selalu kuar kat Nilai. Sesat sikit tensen jugak sbb memalam. Aiman x keesaah..
Alhamdulillah..selamat suda pagi ni bsahur kat umah.
Yang penting mama dapat jupa anak bujang yg jerawatnya makin banyak, kalo ada kat umah mmg mama buat facial untuk Adib. Rasa nk picit2 jerawat yg diternak tu.
Tiga minggu x dapat balik, tambahan posa Adib nampak kurus jinjang.
Belek2 rambut anak bujang mama..lerrr..ada uban? susah sangat ker bang adib belajo nih sampai tumbuh uban? Lawan tokey ler pulak anak bujang mama nih. Sama2 ada uban lak ngn mama dan abah. hadodo..
Mama bukan larat pun sbnrnya nk masak dulu sebelum datang, tp rupanya, naluri ibu ini membatasi segalanya walau masak simple jer mama berjaya ke dapur masakkan bekal utk sahur dia.
Bimbang minggu depan mama x dapat amik abang coz hari keje, bimbang balik sekolah mama melepet seperti selalu, maka beg2 pakaian dan barang2 yg plan nk bwk balik dah siap2 mama angkut, so next week abang balik by bus aje.
Wohoho..x sabar nak tunggu Adib balik, coz anak mama sorang ni rajin sikit ngemas umah. Kotak2 dari Birm masih lom siap buka suma..sedang nk raya nih, umah masih cam gudang simpanan barang, ada lagi separuh bilik lom berbuka agi. So welcome bang Adib, he3..
Haih..lambatnya ari Jumaat depan..

Thursday 26 August 2010

Cerita telekung

Salam sahabat2 blogger,
lamanya x update blog. Selalu ada rasa byk mende nak share tp nmpaknya ia cuma draf dlm pala. Ada masa benonya juga kalo dipaksa2 tp x larat lebih menguasai nampaknya. Maklum ar..puasa. he3..balik ke tanah air nih aku btl2 mcm budak baru bljr puasa. Suhu kat mesia ni buat aku selalu cam nk pitam bila angka jam ke arah 12-1. Ini pun sbnrnya rahmat Allah bersamaku kerana selalu juga hujan turun. Balik sekolah, lepas amik awin tusyen maka melepet la semaunya. Buka puasa ngn penuh kesyukuran dengan makanan paling simple hasil beli, aku cuma masak nasi jek..itu pun bukan I yg masak..tapi Awin atau Aiman. Cuma time sahur jek I masak. I really respek ngn kwn2 lain yg ari2 mcm2 menu. Sebab I ni dapat bpuasa pun dah syukur sgt2. Awin lagi kuat rasanya..jgn kamooo curik2 minum kat tandas sekolah udah la ya Winn..
Hari Selasa result GCSE aiman kuar. Alhamdulillah, anak no 2 mama ini memberikan mama result yg wajar mama syukuri. So meraikan dia I x masak..kerana alasan x larat tu..maka bawak Aiman ngn Awin bbuka kat pizza hut Semenyih. Bukan kufur nikmat..tp dengan rega rm60..x berbaloi. Cheese sikit, nipis isi..bla2..yg benonya..Aku tingat Aziz Pizza kat Birmingham yg mewah segala rasa tuuu...uwaaa..baru ianya padan ngn muka aku..ngeh3.
Pas bbuka ngn kurma, maka ke musolla kat situ. Tapi rasa nk mnitis air mata tgk telekung yg disediakan yg lebih layak aku panggil kain lap. Kotor ngn sisa make up sekotor2nya. Astagfirullahal'azim.. Mujur pakaian sedia dipakai sesuai untuk solat maka tak perlu guna telekung kat situ. Awin jer la sbb x pakai stokin maka dia I suh bgilir.
Ni bukan pengalaman pertama jupa situasi cenggini. Memang hairan sgt2 ngn mentaliti pompuan yg jadikan kain telekung buat lap make up. Yang pengurusan Pizza pun satu hal..x reti2 nk pantau dan cuci?
Lepas bbuka, I pegi ke kaunter dan maklumkan pada adik manis yg kat situ minta tgkkan telekung2 tu. I tegur elok2. "adik, telekung kat surau tu kotor sgt2 dah, elok rasanya kalo dicuci.." camtu ar lbh kurengnya..he3.
Buat semua sahabat pompuan terutamanya, kalo yg lelaki mohon bantuan didiklah saudara2 pompuan kita, supaya alert dengan kebersihan. Bukan takat penampilan diri tetapi dari segala segi. Jiwa yg bersih xkan sanggup sbnrnya nk lap make up guna telekung awam..
Peringatan buat diriku dan dirimu anak pompuanku..Zawwin 'Awatif. Laa..smtara mnaip nih mama suh mandi, gosok gigi, bila mnoleh..upanya melopong dia tido kat bawah nih..Bertuahnya anakku ini...

Sunday 15 August 2010

Doa khatam al quran

Untuk rujukan sempena majlis khatam al quran yg akan diadakan. Sama2 kita hayati maksudnya..

Menghitung Hari

..Sunyinya hari2 tanpamu..




Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan

Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikkan lagi namamu

Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali

Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan

Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga

Today meluangkan masa wat facial. Odw balik, dalam keta kat sinar fm ke udara lagu ni. tah napa sebak seribu rasa suma ada. aduhai hati..tabahlah kamooo...

Wednesday 11 August 2010

Puasa hari pertama..

Alhamdulillah, hari pertama puasa berjaya ditempuhi, cuma sedikit mencabar kerana sakit pala yg akhirnya terpaksa berbuka dengan cafergot sedas..hadodo.
Alhamdulillah Su selamat sampai dari mengerjakan umrah thari tadi. Lega dapat jupa semula. Memang persahabatan ini sangat bermakna bagiku. "Susah senang kita lalui bersama". Itu ayat kita bila perlu saling memujuk. Ayat yg selalu menyuntik semangat di saat kita jatuh merudum bila datang ujian.
Alhamdulillah today dapat bersahur dan berbuka bersama anak2 yg kukasihi, Adib, Aiman dan Zawwin. Esok abang Adib balik semula ke kolej. Xpalah, dapat sehari pun jadiklah kan masa utk kita bsama.
Sebelum lelap mata malam ini, syukur padaMu Ya Allah kerana memberiku peluang menikmati bulan keampunan dan kerahmatan ini, meski sedikit sukar kerana berjauhan dengan insan yg kukasihi. Alhamdulillah..Alhamdulillah..seribu kali lafaz kesyukuranku.

Tuesday 10 August 2010

Selamat Berpuasa sayang..

Malam ini kami akan ke surau tanpamu suamiku. Selamat menjalani ibadah puasa di tempat orang. Ati ni kalo transparen tentu dapat dilihat..betapa ia seperti kaca yg terhempas ke batu. Terlalu sayu mengenangkanmu.
Puasa kali ni abah terpaksa sediakan sahur sendiri. Mama terlalu jauh. Tertelan ke mama makanan bila sahur nanti? Alhamdulillah abang Adib balik petang ni. Terubat sikit sedih mama bila anak2 mengerti. So sahur pagi sok mama seperti biasa akan masak sediakan apa yg patut utk anak2.
Abah tentu tau apa yg mama rasa. Dgr suara abah kat talian td mama luluh jiwa. Tapi sedaya upaya akan mama lalui dengan tabah ramadhan kali ni meski dirimu jauh. Anak2 sumber kekuatan. Tiap kali dengar lagu ni mama nangis dlm ati..
Mengemis Rindu

Di kedinginan malam sepi
Ku melerai rindu dalam hati
Agar terubat resah rindu
Yang menyentuh kalbu

Mungkin kau tiada menyedari
Apa yang ku simpan di hati
Mungkin kau telah memahami
Segala yang terjadi

Ingin kuturut jejak langkahmu
Walau ke mana saja kau pergi
Ingin aku menghambakan diri
Untuk engkau mengasihi

Sedalam mana lautan api
Pasti aku cuba mengharungi
Itulah ketulusan hatiku
Moga kau kan mengerti

Semakin aku mengingati
Semakin tebal rindu ini
Aku hanya mengemis rindu
Dari hati kecilmu


Wednesday 4 August 2010

Peningggs..

Aku cuma manusia biasa..kelemahan ada di mana2. Rasa ingin menangis, ingin meluahkan segala2nya, tp sedar dan sangat insaf, takkan ada yg memahami kecuali aku yg merasakannya. Sesungguhnya Allah Maha Pengatur yang Maha Bijaksana. Dia beri segalanya yg terbaik. Justeru itu, sedaya upaya aku cuba melalui hari2 yg mdatang dengan sebaik mungkin. Mengukir senyuman pada setiap mata yang memandang agar keperitan sebuah perasaan mampu disimpan rapi.
Diam itu emas, mengharapkan kasih Allah akan bersamaku. Mudah2an Dia memberiku kekuatan dan ketabahan agar aku dapat menyesuaikan semula hari2 di bumi kelahiran ini. Rupanya melalui saat ini begitu perit. Kadang datang pasaan sayu, merindui masa lalu!
Hari ini, terlalu sukar menghadapi kerenah manusia dikeliling.
Macam2 ragam.
Bukan aku tak paham bahasa lirikan mata dan senyum sinis,
Bukan berprasangka tetapi jelas segala2nya.
Tertanya2 selalu..
Dah makin nipis budi bahasa rupanya.
Dah makin tebal dengki khianatnya.
"Akulah paling hebat dalam segalanya"..itu gaya biasa..
..terkejar2 mengurus masa..
..jemputan perlu dipenuhi, mak kat kampung wajib diziarahi, anak pula minta dilawati kerana ada kelas ganti xdapat balik. Rasa setiap minit sangat berharga.
..di jalanraya..aku boleh kena darah tinggi krn stress dengan cara pengguna jalanraya. Cilok mencilok tah dari mana, tau2 dah menyelit kat depan, brek kcemasan itu biasa. Lampu merah deme redah.
..harga barang..toksah cherita..hulur aje cap agong tu jgn byk kira kelak lebih pening jawabnya.
..sian kat Awin yg tpaksa catch up suma mata pelajaran. so tusyen kene hantar ari2.
..cuaca..dah sebulan, tp masih kepanasan.
Every night..sebelum lelap mata..hatiku tertanya2..bila aku nak mula rasa biasa suma nih. Teringat UK tanpa stress kecuali weather sejuk yg tiada tara..teringat sistem pendidikannya, sedang aku kat sini terpaksa kembali pada sistem yg aku sendri merana berada didalamnya. Siapakah yang mengerti..kecuali hanya aku yg merasakannya. Peningggg laa..uwaaaa