Followers

Advert

Friday 21 January 2011

Tajuk lain..bukan tentang sekolah..


Ya Allah yang Maha Mengasihani..mengapa rasa sesunyi ini.. napa rasa dunia yg berseri tetiba jadi tak indah lagi. Baru dua jam my chenta ati kuar dari umah menghala ke airport, sebaik jer abang pegi ati mula serba x kena. Ya Allah, Kau selamatkanlah dia tiba ke destinasi, mudahkanlah urusannya, mudah2an selamat dia kembali.
Sakit ker aku ni. x tertahan rasanya seperti nak melaung yg seksa berjauhan ni perit. Dugaan untukku rasanya bila selalu diuji ngn berjauhan. Tadi ada my fwen ckp, dia paling suka bila hubby nya out station, leh bjalan2 nak g walau ke mana. Napa situasi ni cam langit ngn bumi compare ngn I.
I ni, menunggu abang lik kija pun kadang rasa lama sangat. Siap pesan kalo buleh balik biar cepat. Dah ada depan mata lak kadang tu ada je yg x kena, mula ler meragam tah hapa2. Sabarnya kami hadapi situasi ni. Tahun ni 20 tahun dah idup bersama as 'housemate', as sahabat sejati, Alhamdulillah. Kdg tau dan sgt paham dia pening ngn hangin I, dan I sgt paham apa yg bgelodak dlm ati dia, tolak ansur dan memaafkan yg meredakan pasaan antara kita.
Alhamdulillah Adib balik. kurang sikit kesedihan mama. Tringat Aiman, apa agaknya yg dibuatnya kat kolej tu. Awin ngn Kiki, taunya asik nak bercekau x padan yg sorang baru 2 tahun, yg sorang dah 13 tahun x reti2 nak mengalah. hadoooo
Haihhhhh..xleh layan pasaan cenggini weeeh..
Kena fight, drpd sedih2 g ngaji lagi bagus. Allah lebih baik kita ingati kerana kasih sayang Allah kpd kita melebihi dan mengatasi kasih sayang sesama manusia. Kasih yg ada di hati kita pun sebenarnya Dia yg letakkan. Ya Allah Kau ampunilah daku yg lalai ini..

Thursday 20 January 2011

Terkial-kialnya akuuu..

Lamanya x jenguk blog, walau hati x penah lupa pd blog kesayangan nih. Kebelakangan ni sejak buka sekolah xda masa..atau sebenarnya I yg masih tidak memaksimumkan penggunaan masa..
Tahun ni duk sekolah baru depan umah, gembira sebab dekat tp ati syahdu gilak coz terpaksa mengajar B. Arab yg langsung I x reti. Namun sebagai insan yg mengikut arahan maka terpaksalah kusahut sebuah cabaran. Tiap kali sebelum masuk kelas maka I akan mengadap Tn Hj Rosli, sifu b. Arab utk belajar menyebut dan memahami apa yg ingin disampaikan dlm kelas. Kepuasan mengajar dan menyampaikan ilmu? x brapa ku dapat kerana mengajar sesuatu yg langsung I x tahu.
Namun begitu I xmahu anak2 murid menjadi mangsa keadaan, biarlah I sorang yg menanggung kesusahan ini. Apa yg mampu ditarbiahkan itulah yg cuba disampaikan dengan sebaik mungkin. Selebihnya I mohon Allah ampunkan dosa2ku kerana tidak mampu menyampaikan lebih daripada apa yg sepatutnya.
Perkara lain, as teacher class..hahaha..terkial2nya aku. Padan muka..tahun lepas sebaik sampai dari Birm ajo Muzik sebulan..selepas tu baru dpt duduk dlm opsyen, malangnya budak2 sedang sit UPSR, then tumpu pada aktiviti slps exam. Kiranya cam honeymoon. Tahun ni?..semuanya bermula..jawapannya :
TERKIAL2NYA..
..pada orang lain apalah sangat tugas2 ni sbb dah rutinnya guru. Tp pada I yg telah bercuti panjang..hohoho..padan muka..terhegeh2 nak nyiapkan rutin tugas guru kelas, jadual kedatangan, kemas kini maklumat murid, jadual bertugas, jadual kelas. As ketua panitia Kajian Tempatan..pun padan muka jugakkkk coz I x penah pegang KP lain selain opsyen. Baru ianya I chekgu bizi..ngeh3
apapun doa I tiap saat ialah moga Allah kurniakan kesihatan yg baik kepadaku dan kepada semua sahabat2 walau dimana kalian berada kerana tanpa kesihatan yg baik maka tugasan yg diharapkan mampu menjadi amalan yg diterima oleh Allah mungkin xdpt dilaksanakan dgn baik.
Senyumlah seindah suria mudah2an senyuman kita mampu mengeratkan ukhuwah sesama kita..
Berkasih sayanglah kita mudah2an hidup ini seindah suria..