Followers

Advert

Monday 22 August 2011

Resepi Sambal Goreng Jawa




Resepi sambal goreng jawa yang sedap, pagi tadi tanya Lili Suriani sahabat sekerja. Then tanya mak yg mmg sedap resepi sambal goreng dia..so upanya sama jer bahan2nya. Kene tepek sini resepi ni kat sini supaya senang lain kali nak buat dah xyah tanya2 owang..he



Bahan tumis untuk anggaran 6 orang makan:



8 Ulas bawang merah, hiris nipis, kalo guna bawang besar sebijik setengah dah cukup.


4 Ulas bawang putih, hiris


20 biji cili padi, hiris juga, nak lbh pedas tambah jer.


minyak utk menumis secukupnya.


tempe - potong nipis THEN goreng


tauhu kering, goreng


suhun - goreng


udang - sebagai perencah


kacang buncis atau kacang panjang - potong ikut suka, yg pasti mak pesan kalo masak suh potong chumel2 okkee..



lain2 sayuran yg rasa nak buhhh leh buh cam carrot ker, I buh terung yg digoreng tlebih dahulu.



sos tiram sikit, kicap sikit


adjust garam


tradadada..siap. bukan susah pun kija masakkkk..yg susah lap dapur, lap pinggan simpan kat cabinet..he3




Friday 5 August 2011

Tempat kerejaku yang 'HEBAT'

Pagi ni mood nak menulis ada le sikit. Sekadar meluah perasaan suatu kebimbangan. Berada di SKS hati ni selalu rasa terseksa. Banyak faktornya.. namun sedaya upaya cuba bersabar dan menerima apa yang ditakdirkan dengan cuba berlapang dada. Kadang rasa xpa..kdg rasa sangat menderita. Rasa sangat 'respek' kat cikgu2 senior yang dah laaaaama berada di situ. Kerana dari cerita kawan2 ini mereka telah lama mengalaminya dan hanya bersabar. Sabar sebaik2 cara. Setiap hari, setiap saat maka bersabar ini juga yang cuba dilakukan. Selalu beristighfar mudah2an Allah cekalkan hati mampu menghadapinya. Itu pintaku tiap saat.
Prasarana di sini sangat terhad. Hari pertama melapor diri laju jer ke tandas dan menangis.. Bilik guru sesak, satu meja bkongsi 4 orang utk sesi pagi dan petang. Locker utk letak barang adalah usaha individu, maknanya cikgu2 beli rak sendiri. Maka penuhlah bilik itu baik sikit dari stor. Habuk hitam melekat kat mana2. Alatan stor sukan pun ada di bilik ini. Kipas ada, tp hanya di barisan tengah, I yg duduk di tepi rak2 buku ini memang xleh duduk akibat kepanasan. Plug utk kegunaan cikgu pun terhad, beratus cikgu ini plug hanya beberapa bijik..
Tandas guru..pintu masuknya rompong dah bahagian bawah. Air dari tandas elok jer keluar hingga ke kaki lima bila cuci tandas. Bagus punya angkat kain dan menjinjit tiap kali lalu selepas 'cleaner' cuci. Bimbang najis ikut sekali kat kain..
Masuk ke kelas yang hujung2..hati selalu rabak. Bayangkan..dah Tahun 6 masih x tahu mengaji. Perangai tak buka al Quran sangat terserlah bila kurang adab, terpekik terlolong booooo kawan walau silap kawan tu sikit sgt pun. Bercakap tiap kali guru bercakap. Main dan main dan main.
Time khemah ibadah paling sedih bila tengok waktu solat bjamaah, pelakuan mereka mendahului imam, batuk saling sahut2an. Tazkirah imam, gelak mcm tengok maharaja lawak bila time part ustaz sampaikan guna teknik blawak sikit2 yg pasti tujuannya memecah kebosanan. Tak pernah lagi jupa spesis camni kat sekolah2 terdahulu..
Strategi kene ada, sejak awal persekolahan lagi. Ibu bapa..tolonglah ajar anak2 mengaji dan solat kat umah sbb rasanya kalo kedua2 itu dijaga tidaklah sesukar ini tugasku di sekolah.
Kadang I rasa tak cukup oksigennnnnn..