Followers

Advert

Sunday 28 February 2010

Hari Bosan Sedunia

"yang ni..senyum yg mencairkan rasa.."


Sangat letih today,
tak bermaya, tiada mood.
Cuaca mempengaruhi kot, mendung, gloomy, sejuk.
emosi tak stabil, namanya hari bosan sedunia,
melanda kediaman 241 Frederick Road.
Abang bizi, actually sangat bizi writing.
Ahad pula..maklum, sok mula kija,
maka menambah bebanan perasaan.
kerja mempacking masih dalam angan2,
banyaknya perkara yang harus kufikirkan dan lakukan.
namun malangnya today..hari bosan sedunia. uwaaaa


mujurnya..
anak2 penyeri suasana
zawwin, zikri, aiman dan..
suara adib dan nenek yang jauh di sana pengubat jiwa.


napa ni..napa sumanya tak kena..
dah tau dah..hebatnya dugaan hari bosan sedunia.



Saturday 27 February 2010

Apa yg tak kena..?

Serabut pala nih bila baca surat kabar kat mesia. Bunuh bayi, pukul isteri, dan sat ni tadi pukul budak umur 3 tahun sampai mati.
Walau kak Dila ngn k.Pah ckp I suka pikir, tp tulah dia nye I. sebab pikir itu pelita hati, penyuluh jalan dan tindakan. Berfikir dgn betul pun boleh mendapat pahala. Mengajar kita bersabar dan berpedoman. Sebab tu dalam al Quran apa2 peringatan dari Allah semuanya disebut, untuk orang2 yg berfikir.
Apa agaknya yg tak kena dgn mentaliti kebanyakan manusia hari ini. Mengapa nafsu lebih menguasai diri berbanding iman. Hidup bukan untuk menongkat dunia, tetapi jambatan ke hari kemudian. So, kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah kepada ajaran Islam. Kembalilah menjaga makanan, kembalilah menjaga solat, kembalilah membaca dan menghayati ajaran dan kandungan al Quran. Jangan menganiaya, jangan kejenya nk ngenakan orang. Jangan amik kesempatan atas kebaikan orang, selamat kat dunia, belum tentu kat akhirat. Mulanya dari keluarga, bina keluarga yg sejahtera dari hasil usaha mencari rezeki yang berkat, mudah2an selamat dan sejahtera hidup kita. Biar generasi yg kita ada boleh berfikir belaka, boleh bezakan mana yang baik dan mana yg buruk.
Ya Allah..pelihara aku, anak2ku, keluargaku, sahabat2ku, muslimin muslimat keseluruhannya. amin..
Luahan hati aku, lepas baca surat kabo pepagi..

Thursday 25 February 2010

Salam Maulidur Rasul

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w.
Sama-sama kita banyakkan berselawat,
mudah2an di akhirat kelak mendapat syafaat baginda.
Salam maulidurrasul buat semua sahabat2 blogger.
Jadikan akhlak rasulullah sebagai cermin,
dalam apa juga yang dilalui dalam kehidupan.
Mudah2an kita diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.
amiin..

Tuesday 23 February 2010

Handphone Minum Teh


Betapa dugaanku hari ini. Abang yg baik hati siapkan teh dan buh dlm flask bekal g noreh. I yg memang kesejukan terasa jugak masa bw beg..napa cam basah jer beg nih. Terasa warm len macham. Sampai kolej, bukak beg. Maaaakkk..uwaaa..henpon LG Viewty hadiah ulangtahun perkahwinan 2 tahun lepas tengah minum teh. Astaghfirullah, bkali2 istigfar dlm ati, sebab sedih, terkejut. Dear, puas tau I pujuk ati sendrik nih. uwaa..xmo marah sebab tau u tak sengaja. Bila bgtau, dia pun tkejut. muka mmglah sedih jugak.

Pastu dear bagi tepon Aiman, nokia express. xmo2..bkn reti guna pun. Lebih rela guna henpon lama Aiman masa hadiah UPSR dulu. Walau cap helmet xpa, lbh senang. Bila Aiman lik sekolah, bagusnyer anak bujang mujuk.."kita cari henpon len ya ma". Aiman offer macham2 henpon. xmo2, nk LG Viewty jugak. Aiman sabar, carikkan mana yg agaknya I akan bkenan. Tu model lama ma, ada lagi yg baru. pun jwpnnya..xmo2, Ok2, aiman tpaksa jugak la layan kehendak mama carik kat website kot2 ada model LG yg ma akan suka.

Finally..xpalah Aiman, kita sambung carik esok. Ni baru lg, tu pasal ma susah nk terima, esok2 maybe ok. Dan mlm ni I susah nk tido. Terasa betul kehilangannya. Sayang sgt ngn hp tu sbb hadiah ulangtahun. memanglah tak mahal sgt tapi sentimental value. Dear pulak bizi ngn kija, so I malas ganggu. Anggap aje ni dugaan kecilku. Salah satu sebab napa sayang ngn hp nih ialah gambar2nye yang cantik bila amik setaraf ngn kamera digital lain. namun malangnya henponku minum teh..huhu..

p/s : ni gambar kenang2an dari LG Viewty ku.

Resepi Ayam Percik

Resepi ni sumbangan Kak Na. Thks kak. Na bg resepi percik ringkas dan senang.
Bahan2 :
1 ekor ayam belah la berapa suka (biasanya 4)
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang merah
*2 batang serai
*2 inci halia
*cili kering .... ikut nak tahap pedasnya
*sedikit jintan putih
*sedikit ketumbar
1 1/2 cawan santan
3 sudu penuh tepung beras
garam dan gula secukupnya

Cara2 nya:
Blend suma bahan * kedian perapkan ayam dengannya selama 1/2 jam .
Campurkan santan ngan tepung beras dan masukkan kedalam piuk ngan ayam yg dah diperap tambah garam, gula
Masaklah hingga separuh or hampir masak, then buh kuah pekat.
Kuarkan ayam letak atas dulang dan bakar.... bleh di lumurkan lagi ngan kuah yg lebih-lebih tu.



Sunday 21 February 2010

Teringinnyer...


Aku dah teringin..teringinlah sangat2 nak buka tingkap umah nih. Kadang aku rasa lemas yg amat2. Bila dikira2 rasanya sejak bulan Sept 2009, tu ler last aku buka tingkap umah. Ni baru lepas tgk website weather forecast Birmingham.. Esok dijangka snow akan turun. Malam tadi turun around 2inci. Mujur sunny today, so snow melting. Jika sok pun tebal juga snow..maka menjadi markonah lah aku.. kesejukan.

Actually bila snowy, I cuma ada baju sepasang jek yg betul2 leh tahan sejuk. Yg lain ok, tp cuma satu ni aje yg leh menampung tanpa perlu pakai 4@5 lapis. maksudnya, 2lapis I dah leh kuar umah. Yang lainnya..huhu..masih lom chukup..still kene blapis2. So I dah jemu sgt2 tgk jaket yg satu nih. Dahla wane dia xlawa, cumanya 100% wool. Maka inilah satu2nya unipom kalo suhu hingga -7celcius. Jaket lain ada, tp I malas nk rupa robocop bila kuar umah.

Camana ler I kdg tak lemas. Dahla umah ni xda penyedut asap kat dapur. Bila memasak..mau satu umah bau ayam goreng. Dahla umah sekangkang kera..pi mai..pi mai tang tu..nak sewa umah len? mana le ada duit. nak balik mesia nihh..byk nk guna cap queen bumi permaisuri nih. cumanya malas pikir. sabar dan sabar. walau hakikatnya..tringin sgt dah bukak tingkap umah. aku nak nangis sat..luahan emosi..huwaaaa...(nangis dlm ati jer laaa..)

Saturday 20 February 2010

Solat Jamak

Masih tentang catatan harian di bumi permaisuri. Solat jamak merupakan perkara yang dibuat ketika masuk summer. Ketika puncak summer, magrib masuk kul 9 mlm lbh kurang, dan isyak kul 10.30 -11 malam. Maka solat jamak terpaksa dilakukan bagi memudahkan aku dan anak2 untuk bangun solat subuh yang masuk waktu jam 2 atau 3 pagi itu. Bayangkan pengalaman pertama melalui summer. senoneng jugak pala nih.. selalu sakit kepala kerana tido beberapa jam dan bangun semula. kalo aiman and adib pula, siap2 semayang subuh barulah deme tido.

Soalan: Bagimana cara mengerjakan solat jamak, dan apakah keadaan-keadaan yang membolehkannya?

Jawapan:Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu diterangkan maksud jamak. Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak.
Qasar pula bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan jamak lebih luas daripada keizinan qasar. Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh mengqasarkannya. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asar dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asar. Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asr, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak.

Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “Rasulullah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”. Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya: “Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya”.

Dalam riwayat yang lain daripada Muslim juga disebut: “Baginda jamakkan solat tidak disebabkan katakutan atau hujan”.

Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya. Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang tidak ada pilihan lagi. Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumah, tanpa qasar. Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menunaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika benar-benar menyukarkan dan dia tidak mempunyai pilihan maka ketika itu diizinkan.

Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antaranya Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

Peringatan buatku dan anak2ku, tiada alasan, solat adalah tiang agama dan Islam bukan memberatkan. Hidup kita ada tujuan yg abadi, iaitu alam akhirat. Dunia hanya sementara untuk kita..

Friday 19 February 2010

Suatu Anugerah, Alhamdulillah..


Alhamdulillah, sujud syukurku padaMu Ya Allah. Kau pinjamkan daku sebuah pengalaman pahit suatu ketika, dan hari ini Kau berikan kepadaku tanda kebesaran kasih sayang dan rahmatMu yang sangat besar maknanya buatku hambaMu yang sangat kerdil. Malu sungguh mengakui ia sebuah kejayaan kerana hakikatnya aku hampir berputus asa kerana kerenah pengurusan universiti yg sangat menyakitkan. "Nak berhenti, sakit kepala, tekanan, ilang kebahagiaan"..suma tu sahabat setiaku sejak meneruskan pengajian secara online.

Keputusan exam tiap semester makin merudum kerana cabaran weather, tutor yg kdg ada pd nama tetapi jarang berinteraksi, unit exam yang slalu lambat beri respon tntg permohonan tarikh exam, amik exam sehari dua paper, berturut2 3 hari, itu di antara asam garam cerita sebuah pengajian online. Berperang dgn cabaran suhu yg sejuk, susahnya aku nk suaikan diri kerana bekalan lemak yg tak berapa nak cukup nih. Setiap hari aku berperang dgn perasaan sendiri tidak mahu kalah dengan segalanya ini.

Finally, keputusan exam semester akhir ini menjadi suatu noktah kepada debaran dan penantian. Alhamdulillah, PNGK berjaya dibaiki dan walau aras suam2 kuku, aku berjaya juga melepasinya dengan 3.68. Walau pada org lain apalah sgt tetapi pada aku yg telah melepasi halangan seribu satu dugaan ia amat besar maknanya. Justeru, terima kasih sayang..ucapan penuh makna buat semua yang kukasihi, yg sabar bersama2 disisi.

..terima kasih abang,
..terima kasih su,
..terima kasih ina
..terima kasih abg adib, aiman dan awin
..greater thks utk yg 24jam menemani..zikri fahmi.
..terima kasih eiza
..terima kasih mak
..terima kasih zura, k.ros
..terima kasih meor kamarul hazri
..terima kasih semua sahabat yg hakikatnya tidak mampu utk kusebut satu persatu namamu kerana kalian sudi mendoakanku.

Kusedar..segalanya ini bukan suatu akhiran..sebaliknya ia adalah suatu permulaan. Moga aku mampu berbakti dengan lebih baik selepas ini.

Wednesday 17 February 2010

Solat Dalam Kenderaan

Berada di bumi permaisuri ini memberiku pengalaman bermakna. Malaysia tanah airku langsung tiada masalah menunaikan solat kerana kemudahan R&R yg tiptop. Di sini, solat dalam kenderaan adalah biasa. Kompas penunjuk arah kiblat adalah di antara peralatan yg wajib ada dlm handbag atau kereta. Wudhuk pulak jaga..bimbang sgt kalo terbatal kerana sejuk nak ulang2 ke bilik air. Yg penting pakaian mesti bersih dan menutup aurat tiap kali kuar rumah.
Dalam islam terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan di dalam solat kepada para musafir yang keluar dengan tujuan yang baik. Ia merupakan satu keringanan yang diberikan oleh Allah sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam.

AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
Tujuan bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah.
Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat.
Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri, sunat membawa teman.
Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan.
Membaca doa ketika hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan .
Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat.

SOLAT DALAM KENDERAAN
Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.

Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tapa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sunat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.

PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN

Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan.
Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram.
Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa.
Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
Kita tidak perlu mengubah tempat duudk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah.

APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?
Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.

Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.

Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

p/s : Pengalaman dengan Emirates ada peluang solat dalam kapal terbang kerana ada tempat/ruang solat. But jika dengan penerbangan lain, solat di tempat duduk sahaja. Semoga Allah melindungi dan memeliharaku, suamiku, anak2ku, ibubapaku, adik beradikku, sahabat2ku, muslimin muslimat keseluruhannya.
Doaku..

Tuesday 16 February 2010

Cerita Panas

Cerita panas..Aku senyum sendrik lepas baca msg dari sohabat terchenta. Sori ar darling I share kat entri ni today. Ko jgn marah..kang I jual!. Really lucu and tq coz mewarnai hari2ku. Bunyik msg tu cmni:
" mlm ni aku rasa nak takik je dot2dot,
siang td I suh psg ekon sbb panas sgt kat sini,
tp dibelinya kipas beso mcm kat kedai mamak tu.
aku nak beli pakai duit sendrik tp xdibagi.."

Cuaca panas sedang melanda tanah airku. I tengok weather forecast suhu mencecah 39 darjah celcius. Memanglah panas.

Anak bujang si Adib pun mengadu kepanasan kat kampung. Siap mention nak balik London semula.

Sabo ya duhai insan2 kesayanganku. Aku pula di sini kesejukan dan meneliti weather forecast Birmingham bahawa snow shower akan turun awal pagi malam ni. Betapa berbezanya keadaan kita. aku kesejukan sampai tulang, manakala cerita panas di bumi kelahiran..

Patriotik ke aku nih?..

Salam dari bumi permaisuri Britain.
Entri tday masih tentang pengalaman hari2 chuti seorang chekgu di suatu masa dahulu.hihi. Break time menikmati sechawan nescafe dan roti bakar di kolej tempat I noreh nih, kupandang sepi segala peralatan dan kemudahan yang ada.
Komputer di setiap kelas. Penuh kelas ngn komp di setiap meja.
dlm setiap kelas ada 2buah printer
mesen photostat kat koridor
mikrowave ujung corner
peti ais kecik ngn sudut minum
..
dan ntah napa, perasaanku ini mudah sgt 'terasa'. 'Deme' dah korek negara kita semahunya suatu waktu dahulu. Dan hari ini mereka bermewah2 atas segalanya. Sinisnya perasaanku pada sebuah negara ini ntah napa. kerana jati diri yg tebal ker? patriotik sgt ke aku nih?..
Teringat kepayahanku di suatu waktu dahulu. Nak beli ink printer kat bilik guru pun chekgu2 kene beli sendrik. Sekolah xda duit kata gb.
Coffee corner pun jd masalah bila ada sebahagian guru 'tak restu' BKG guna duit utk beli gula kopi atas alasan deme tak minum kat situ.
Nak kelas menarik, chantik..guru kelas kuar modal sendrik utk tampung perbelanjaan.
Agak2nya, dah berubah atau belum ya suma situasi ni skrg? napa dlm pada tak sabar nk pulang berbakti aku bimbang pada perkara2 begitu? mungkin kerana aku sudah jemu ngn pkara remeh temeh itu yg nmpknya tiada penghujung.
Pesanan buat diriku..jika tong sampah ini besar, aku harus lebih besar dari tong sampah itu. jika vakum ini berat, aku harus lebih kuat dari vakum itu, jika masalah ini besar..maka aku harus lebih besar dari masalah itu.
hahahaha..aku da pandai reka kata2 smgt sendrik nampaknya. aku teringin sgt..walau berbadan kecik, tp aku mahu berjiwa besar. aminn

Monday 15 February 2010

Sahabat sejati

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." (H.R al-Hakim)

Namun hakikatnya dunia hari ini, mencari sahabat sejati ibarat 'mencari jarum di tepi pantai'.. sangat susah kannn.
Justeru itu, buatmu 'sahabatku', aku akan sentiasa menghargaimu kerana kau hadir saat aku berhujan airmata. Aku menyedari hanya dirimu yg benar2 melakukan segala perkara di atas. Mudah2an Allah memelihara persahabatan kita, walau diuji dengan cabaran sepahit hempedu, doaku, aku mampu menjadi sahabat sejati buat dirimu. Terima kasih buatmu.

Faktor Yang Menyebabkan Hasad Dengki

Mendidik hati, nampak mudah, tetapi bukan semua orang mampu melakukannya. Mudah2an Allah sentiasa memeliharaku.
Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut :
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendek kata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan.

2) Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

3) Takabbur
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan kepongahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

4) Ujub
Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa ta’jub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-

“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

7) Busuk Hati
Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.
Mudah2an kita dipelihara Allah selalu.Kredit wal tq utk http://nuruddin83.wordpress.com/,

Thursday 11 February 2010

Mampukah Aku?..
























































Minggu ni 'nazir' melawat kolej. I keje cam biasa. Perasaan ni dah lama ada sejak jejakkan kaki kat kolej ni. Cuma arini mood bagus nak share. Komitmen guru2/tenaga pengajarnya yg I lihat dari mata kasar. Setiap hari kelas mula kul 9.00 pagi, but, deme dtg seawal jam 7. Pasang LCD, sedia bahan, edar bahan siap2 atas meja. Kagumnya I. Insaf sikit ar..dulu, kalo sekolah mula 7.30, I sampai around 7.10pagi. Tapi, kalo sekolah mula 7.30, mana I berani nak dtg 2jam sbelum tu. Gelap woo..takot ada antu. hahaha.. Nilah pemandangan kat kolej tmpt I keje..Tu vakum yg ada terselit dlm gambo is my 'pisau toreh'..hehe. Microwave pun ada tuk panaskan mknn utk bebudak. ciss.. Yg meja bulat ada kusi empat tu tempat I rehat berbalas2 msg ngn Ina ngn Su sambil sarapan sorang2. xbes lgsung. kalo kat skbr da tentu huru hara ngn sora kengkawan. huhu..










Sunday 7 February 2010

Resepi Pasta Spiral With Tuna


Bahan:

500gm pasta spiral, but apa2 pasta pun xpa, rebus, buh minyak zaitun atau butter sesudu kecik.
baca arahan merebus pada kotak/bungkusan.
3 labu bawang besar potong dadu
4 ulas bawang putih cincang
2 tin tuna in brine
300 gm mayonis
1/2 bijik capsicum hijau - potong dadu
1/2 bijik capsicum kuning - potong dadu

1/2 bijik merah..saja bagi menarik..kaler2
6 bijik cendawan butang, cincang
2 bijik tomato potong dadu
sikit garam

Cara masak :

Goreng bawang besar dan bawang putih dgn olive oil, kalo xda, guna je minyak masak biasa. Kemudian, masukkan tuna, segala sayuran cam cendawan, tomato, capsicum, dan akhir sekali mayonis, garam. Masukkan spiral pasta, gaul dan hidangkan panas2.


Resepi Sup Cendawan/Mushroom Soup



Resepi sup cendawan ni sama spt yg pizza hut punya. Dapat resepi nih dari Ustazah Norlida, guru jQAF skbr masa kami sesama bawa bekal kat sekolah. Masa tu dgr je resepi dia bagi, dah sampai Birmingham barulah sampai seru mencubanya. Memang tak sia2 minta resepi nih.


Bahan2 :

6-7 bijik cendawan- cincang

4bijik kentang, rebus dan blend hingga halus

1 tin evaporated milk/susu cair

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

1 labu bawang besar yg kuning (bawang holand), jika guna bawang besar yg merah, jgn buh byk sbb xmo baunya kuat. blend.

sedikit garam

1 kiub ayam

isi ayam, cincang halus, keringkan dlm piyuk, maksudnya, letak dlm periuk, biar msk ngn kacau utk keringkan airnya. ni optional, kalo xda pun xpa.

cara masak :

Satukan suma bahan dlm periuk, masak dgn kacau perlahan2, api sederhana aje. jgn besar2 api sbb jika mendidih..abis arrr..jenuh nak besihkan dapur.

senang je kann..


Kasut..koleksi kasut












Seperti yg dijanji, kasut Clarks yg Amalina pesan. Na, cuci mata dulu. Tgk sepasang je yg kaler krim tu. yg lain I penyer..sbb saiz u xda. Penat I carik. Dapat tu ar sepasang. dinasihatkan kuruskan kaki supaya ala2 cinderella, baru ar tak pening I carik nanti. Jangan maraaa ar..kang aku jual sepound! berebut orang nak beli. Kepada kwn2 lain kalo nak ode bgtau siap2.

Monday 1 February 2010

Ayam Masak Merah


Todays special..resepi ayam masak merah yg tersenarai dlm list 'gerenti sedap'. Idea suh masak merah ni sumbangan Ustaz Hassan, kawan kat Tawau. Dia suggest masa I tengah fening mbelek website myresepi, after mcuba, mmg tak rugi. Rasa ayam masak merah ni berbeza ngn yg selalu kumasak. Namanya pun cikgu cuti..so hari2 masak ler..

Bahan Bahan

1. Ayam - goreng ngn garam dan kunyit sikit. Kene goreng dulu, kalo tak resepi nih akan btukar mjadi ala rendang, bkn rasa masak merah.
2. Lada Kering dlm anggaran 30bijik - rebus dulu dan blend. tujuannya jika ada yg xtahan pedas, bmbg sakit perut la plak.
3. 3inci halia
4. 4inci Lengkuas - maksudnya, lengkuas lebih dari halia
5. 8 bijik Bawang Merah - masakan nih lbh byk bwg merah lbh sedap
6. 4 ulas Bawang putih -
7. Santan kelapa - Ambil pati saja
8. Kulit kayu manis - setengah inci saja utk ambil bau.
9. Serai 4 batang - Blender 3 btg dan ketuk 1 batang
10. garam
11. Asam keping @ jawa secukup rasa, jgn byk, kang masam
12. Gula segenggam. - maksudnya rasa masakan nih manis sbb nk balance kan dgn pedas cili kering

Cara cara masak

1. Campur semua bahan blend dan goreng hingga naik minyak. kmdn, masukkan gula, tumis lg sekejap.
2. Masukkan ayam goreng kacau sampai sebati.
3. Masukkan pati santan, asam jawa atau asam keping dan gaul hingga kering atau naik minyak. rasa garam gulanya. tradada..
4. additional..biasa ler..keje I kan mengalter resepi orang..I potongkan bawang besar dan gaulkan sebelum angkat.

Pd Ust Hassan, tq, sbb I budak cerdik, bagi resepi ngn ayat2 canggih pun I leh buat..