Followers

Advert

Thursday 20 January 2011

Terkial-kialnya akuuu..

Lamanya x jenguk blog, walau hati x penah lupa pd blog kesayangan nih. Kebelakangan ni sejak buka sekolah xda masa..atau sebenarnya I yg masih tidak memaksimumkan penggunaan masa..
Tahun ni duk sekolah baru depan umah, gembira sebab dekat tp ati syahdu gilak coz terpaksa mengajar B. Arab yg langsung I x reti. Namun sebagai insan yg mengikut arahan maka terpaksalah kusahut sebuah cabaran. Tiap kali sebelum masuk kelas maka I akan mengadap Tn Hj Rosli, sifu b. Arab utk belajar menyebut dan memahami apa yg ingin disampaikan dlm kelas. Kepuasan mengajar dan menyampaikan ilmu? x brapa ku dapat kerana mengajar sesuatu yg langsung I x tahu.
Namun begitu I xmahu anak2 murid menjadi mangsa keadaan, biarlah I sorang yg menanggung kesusahan ini. Apa yg mampu ditarbiahkan itulah yg cuba disampaikan dengan sebaik mungkin. Selebihnya I mohon Allah ampunkan dosa2ku kerana tidak mampu menyampaikan lebih daripada apa yg sepatutnya.
Perkara lain, as teacher class..hahaha..terkial2nya aku. Padan muka..tahun lepas sebaik sampai dari Birm ajo Muzik sebulan..selepas tu baru dpt duduk dlm opsyen, malangnya budak2 sedang sit UPSR, then tumpu pada aktiviti slps exam. Kiranya cam honeymoon. Tahun ni?..semuanya bermula..jawapannya :
TERKIAL2NYA..
..pada orang lain apalah sangat tugas2 ni sbb dah rutinnya guru. Tp pada I yg telah bercuti panjang..hohoho..padan muka..terhegeh2 nak nyiapkan rutin tugas guru kelas, jadual kedatangan, kemas kini maklumat murid, jadual bertugas, jadual kelas. As ketua panitia Kajian Tempatan..pun padan muka jugakkkk coz I x penah pegang KP lain selain opsyen. Baru ianya I chekgu bizi..ngeh3
apapun doa I tiap saat ialah moga Allah kurniakan kesihatan yg baik kepadaku dan kepada semua sahabat2 walau dimana kalian berada kerana tanpa kesihatan yg baik maka tugasan yg diharapkan mampu menjadi amalan yg diterima oleh Allah mungkin xdpt dilaksanakan dgn baik.
Senyumlah seindah suria mudah2an senyuman kita mampu mengeratkan ukhuwah sesama kita..
Berkasih sayanglah kita mudah2an hidup ini seindah suria..

No comments:

Post a Comment