Followers

Advert

Sunday 1 May 2011

Choti 1 Mei 2011

..ziarah anak buah yg baru lahir kat kg..

Bermaknanya dapat choti camni..dah laaaaama sangat I xdpt choti cenggini. Tiap minggu mesti ada je aktiviti sekolah yg menyebabkan banyak urusan peribadi cam ziarah mak kat kampung, ziarah anak2 kat uitm, nak g ziarah kwn2 nye jemputan kenduri, aktiviti surau dsb terpaksa tidak dapat dilakukan. Masih terasa perit hati ni bila gara2 tak hadir makan malam anjuran badan kebajikan SKS buat I diminta 'surat tunjuk sebab' yg diiringi kata2 bahawa markah prestasi akan terjejas gara2 tidak hadir. Sedangkan alasan tidak hadir kerana :

1. Memikirkan keutamaan pada tarikh yg sama ialah menghadiri majlis bekas pelajar yg telah 3 bulan awal I dan kawan2 plan nak adakan demi menubuhkan sebuah badan kebajikan yg diharapkan mampu menjadi wadah kepada bekas pelajar SAMT Sg Manggis melakukan kerja2 amal membantu pihak sekolah. I bertugas sbg mc, xsampai hati nk tambahkan beban keje kwn2 yg x bape kerat jer yg ada..

2. Majlis makan malam tu pun penting namun malam tu juga I x dapat menolak bila mak minta balik kampung untuk bacaan Yaasin, sejak pulang ke tanah air kami belum ada peluang berkumpul. Tak sampai hati menolak permintaan mak yg beria2 memandangkan masa tu choti sekolah.

3. Pemberitahuan utk hadir pada majlis makan malam tu I hanya tahu seminggu sebelum majlis, sedangkan jadual I dah disusun bagusss penyee memandangkan ia jatuh pada choti sekolah.

Padahnya bila tidak hadir..dapatlah arahan menghulurkan 'surat chenta' buat majikan 'tersayang'. Tu belom lagi dengar sindiran 'nasik tambah' insan keliling yg buat I senyum sendrik.

Moral dari cherita di atas buat I malas charik pasal. I owang baru kat SKS. Ibarat mak chakap selalu..pandai2 bawak diri kat mana berada. I bukan kaki monteng, I bukan kaki bagi alasan, tetapi kematangan sekian lama di dunia ini buat I kenal mana satu keutamaan. Adakah I dianggap tidak chemerlang kerana tidak menghadiri satu majlis makan malam sedangkan selama ini tidak 'xcuse' jika diberi seribu tugasan?

Nasihat buat diri sendrik, hanya Allah Maha Penilai yang paling layak.



Tu yg buat choti hari pekerja ini begitu bermakna..


...ngeeeee....peaceee..

5 comments:

  1. sabo je kak...warga sks 2 byk ragamnye..nnt da lama kat situ tau le...hu3..

    ReplyDelete
  2. dunia ni memang serba salah..

    ReplyDelete
  3. betul3 Za..kak makin matang rasanya skrg ngn sepak trajang dunia pendidikan ilmu kehidupan..

    ReplyDelete
  4. IM, yg penting kita tahu keutamaan dan kebenaran. Cemana kenduri IM? harap2 bjalan lancar ya.

    ReplyDelete
  5. Suasana kerja serupa di mana2 yer. Tak kira sekolah atau pejabat, mesti ada yang mulut lebih. Sabar dan diam kadang2 perlu buat sementara waktu.

    ReplyDelete