Followers

Advert

Tuesday, 1 February 2011

Napa unipom sekolah mesti kaler puuutih? haihhh

I cuma leh membebel kat sini..coz kalo I jupa perdana menteri tentu dia suh I buat research, wat poposal, kumpul data, bla3..bla3..so ni cuma luahan insan marhaen bak kata Amalina kawan baik I luahan rasa 'tangan ajaib' yg menyayangi anak demi kesejahteraan mereka tapi yang anak2 ni selaluuuuu xmo dengo kata bila mama menegur kesilapan deme. Mula rasa dah beso dah xleh ditegur2. Mula budak2 ni buat muka cam muka xda rezeki. haihhshhh..bagus kan entri emo pagi ni..hadede
I lepas cuci baju sekolah Awin, baju putih n tudung putih. Sebab Awin tido x mangun agi n mama sporting coz mood bagus pagi ni. Walau zaman canggih manggih ni I tetap ajo Awin bahawa baju sekolah kene belajar sental sendrik sbb nak ajo dia ilmu kemahiran hidup. Ilmu basuh baju tak diajo kat sekolah. Nak ajo Awin dan anak2 lain bertanggungjawab terhadap amanah yg diberi. Tapi namanya pun Awin, dia ingat mama xtau yg dia churik2 champak kat washing machine. Sebagai mama yg sporting kekadang I xpa, kekadang siap ar Awin, I kutip balik baju2 sekolah dia, suh dia rendam buh Vanish (iklan sikit..jenama Vanish), buh sabun, suh sental, bilas, buh nila kasi berseri putihnya.
Yg buat I marah ni bukan apa..baju putih as unifom sekolah x ekonomi. Kat UK ( sooori ar sebab bukan x patriotik tp sebab dah tgk cemana negara orang), deme cuma tetapkan warna, iaitu wane kelabu utk jumper, tshirt kat dalam pakai ar wane putih, suar itam, kasut itam. Material x ditetapkan. So parent x terbeban ngn unifom. Wane putih ni ngn suhu Mesia khatulistiwa ujan paneh sepanjang taun maka habuk n peluuuh, peeehhhh. So mmg ler ari2 kene tukar baju. Kalo tak alamat mau muntah cikgu2 bila masuk kelas tp I as teacher selalu wat2 tak bape bau, atau leh jugak I sebut cam dah 'imune' ngn segala bau..ada sorang anak murid I tu suuuka sangattt buka kasuuut dalam kelas..hadodododo
Bila putiiih..selalu basuh, selalu rendam, selalu sabuuun, selalu sentaaal, selalu tuuuukaar baju baru..kasuuut baru sebab rabak kene sental, kene kapur yg kasut putih tu.
so soklannya : adakah ekonomi?
xleh ker tukar kaler biru ker..
kaler pink ker..
Tu yg Awin pandai nak nipu Ma g champak dlm washing machine dia kata penat nak sental. Jawapan xklusif mama..kalo xmo sental jangan lasak2 kat sekolah, jgn sibuk lap meja ngn lengan baju..tp ma paham, dia dah try kontrol tp dah keadaan kat mesia mmg gini kan nak wat gena..
ni agak2 kalo nak wat research tajuk baju sekolah agak2 ada tak lecturer yg sudi nak jadi supervisor? sapa sudi nak jd supervisor I hangkat tangannn..
uwaaaa

Apa agaknya hikmah yang menanti...Hijrahku utk kesekian kali

..di SK Sijangkang with my cousin kak Zaharah
Zaman guna disket beso..

Hati ini hanya Allah yg Maha Tahu. Apa hikmahnya hanya Dia Pengatur yang Maha Bijaksana. Dugaan ini kuterima, namun proses adaptasi ini perit sungguh kurasakan. Hijrah itu pengorbanan..hijrah itu perjuangan. Hijrah menjanjikan kebaikan kerana sirah junjungan telah membuktikan. Dan kali ini ku berhijrah lagi. Tak tahu cemana nak hurai pasaan ni bila En Mus call masa ngah nak bpoya2 ngn Ina nak makan nasi arab kat sek 5. Serta merta selera tertutup.. Acelly I tahu masa yg dijanjikan telah sampai, but nak lalui utk kesekian kalinya sangat perit. Terpaksa nak memulakan sesuatu setelah keserasian wujud di SKKR..hanya airmata yg mengiringi dalam hati, namun di bibir senyuman ini adalah pasti.

1. SMK Jugra

2. SK Sijangkang

3. SMK Teluk Kumbar

4. SK Sri Langat

5. SK Labohan Dagang

6. SK Jenjarom

7. SK Convent Greenlane

8. SK Permatang Pasir

9. SK Convent Kajang

10. SK Taman Jasmin

11. SK Bandar Rinching

12. SK Taman Rakan

13. SK Kg Rinching daaaannn finallyyyyy

14. SK Semenyih


I rasa bait2 senikata lagu ini adalah suara hatiku yg disampaikan oleh Maher Zain..sob3..
Insyaallah
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Friday, 21 January 2011

Tajuk lain..bukan tentang sekolah..


Ya Allah yang Maha Mengasihani..mengapa rasa sesunyi ini.. napa rasa dunia yg berseri tetiba jadi tak indah lagi. Baru dua jam my chenta ati kuar dari umah menghala ke airport, sebaik jer abang pegi ati mula serba x kena. Ya Allah, Kau selamatkanlah dia tiba ke destinasi, mudahkanlah urusannya, mudah2an selamat dia kembali.
Sakit ker aku ni. x tertahan rasanya seperti nak melaung yg seksa berjauhan ni perit. Dugaan untukku rasanya bila selalu diuji ngn berjauhan. Tadi ada my fwen ckp, dia paling suka bila hubby nya out station, leh bjalan2 nak g walau ke mana. Napa situasi ni cam langit ngn bumi compare ngn I.
I ni, menunggu abang lik kija pun kadang rasa lama sangat. Siap pesan kalo buleh balik biar cepat. Dah ada depan mata lak kadang tu ada je yg x kena, mula ler meragam tah hapa2. Sabarnya kami hadapi situasi ni. Tahun ni 20 tahun dah idup bersama as 'housemate', as sahabat sejati, Alhamdulillah. Kdg tau dan sgt paham dia pening ngn hangin I, dan I sgt paham apa yg bgelodak dlm ati dia, tolak ansur dan memaafkan yg meredakan pasaan antara kita.
Alhamdulillah Adib balik. kurang sikit kesedihan mama. Tringat Aiman, apa agaknya yg dibuatnya kat kolej tu. Awin ngn Kiki, taunya asik nak bercekau x padan yg sorang baru 2 tahun, yg sorang dah 13 tahun x reti2 nak mengalah. hadoooo
Haihhhhh..xleh layan pasaan cenggini weeeh..
Kena fight, drpd sedih2 g ngaji lagi bagus. Allah lebih baik kita ingati kerana kasih sayang Allah kpd kita melebihi dan mengatasi kasih sayang sesama manusia. Kasih yg ada di hati kita pun sebenarnya Dia yg letakkan. Ya Allah Kau ampunilah daku yg lalai ini..

Thursday, 20 January 2011

Terkial-kialnya akuuu..

Lamanya x jenguk blog, walau hati x penah lupa pd blog kesayangan nih. Kebelakangan ni sejak buka sekolah xda masa..atau sebenarnya I yg masih tidak memaksimumkan penggunaan masa..
Tahun ni duk sekolah baru depan umah, gembira sebab dekat tp ati syahdu gilak coz terpaksa mengajar B. Arab yg langsung I x reti. Namun sebagai insan yg mengikut arahan maka terpaksalah kusahut sebuah cabaran. Tiap kali sebelum masuk kelas maka I akan mengadap Tn Hj Rosli, sifu b. Arab utk belajar menyebut dan memahami apa yg ingin disampaikan dlm kelas. Kepuasan mengajar dan menyampaikan ilmu? x brapa ku dapat kerana mengajar sesuatu yg langsung I x tahu.
Namun begitu I xmahu anak2 murid menjadi mangsa keadaan, biarlah I sorang yg menanggung kesusahan ini. Apa yg mampu ditarbiahkan itulah yg cuba disampaikan dengan sebaik mungkin. Selebihnya I mohon Allah ampunkan dosa2ku kerana tidak mampu menyampaikan lebih daripada apa yg sepatutnya.
Perkara lain, as teacher class..hahaha..terkial2nya aku. Padan muka..tahun lepas sebaik sampai dari Birm ajo Muzik sebulan..selepas tu baru dpt duduk dlm opsyen, malangnya budak2 sedang sit UPSR, then tumpu pada aktiviti slps exam. Kiranya cam honeymoon. Tahun ni?..semuanya bermula..jawapannya :
TERKIAL2NYA..
..pada orang lain apalah sangat tugas2 ni sbb dah rutinnya guru. Tp pada I yg telah bercuti panjang..hohoho..padan muka..terhegeh2 nak nyiapkan rutin tugas guru kelas, jadual kedatangan, kemas kini maklumat murid, jadual bertugas, jadual kelas. As ketua panitia Kajian Tempatan..pun padan muka jugakkkk coz I x penah pegang KP lain selain opsyen. Baru ianya I chekgu bizi..ngeh3
apapun doa I tiap saat ialah moga Allah kurniakan kesihatan yg baik kepadaku dan kepada semua sahabat2 walau dimana kalian berada kerana tanpa kesihatan yg baik maka tugasan yg diharapkan mampu menjadi amalan yg diterima oleh Allah mungkin xdpt dilaksanakan dgn baik.
Senyumlah seindah suria mudah2an senyuman kita mampu mengeratkan ukhuwah sesama kita..
Berkasih sayanglah kita mudah2an hidup ini seindah suria..

Wednesday, 22 December 2010

Awiin, u dilarang sama sekali pakai camni..

Xleh pakai baju x tutup punggung, tudung x tutup dada.
Ada byk lagi pilihan yg menutupi aurat yg Awin leh pakai..plss..

yg ni pakai dlm umah jer..


.. ni ler pesen terkini yg langsung I x sangka melanda masyarakat Mesia


Tadi temankan Ina kuar g pekan Semenyih carik baju sekolah G'ah. Tergerak nak catat kat sini sebagai peringatan kat anak dara kesayangan mama. Sekarang mama masih ada, sok2 kalo ma dah xda, sampai bila2 u dilarang pakai camni bila kuar umah..

Tadi naik pitam mama tengok adik manis salesgirl pakai baju kat kedai yg pemiliknya bukan Islam. Dah cam xda pedoman..gambar yg ma tepek ni kategori yg mama larang..bukan arahan mama tetapi ia larangan Allah swt. So kakak kene faham. Kasihanilah mama dan abah yg menjagamu sejak dari dalam kandungan..so patuhilah etika pakaian dalam Islam yg langsung tidak menyusahkan. Kakak faham tak tentang aurat? Apa yg dimaksudkan aurat wanita? Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [ An-Nur (24):31].

Bukan susah pun kakak..tengok kat cermin sebelum kuar, jangan sesekali berpakaian tidak menutup aurat bila kuar umah..Pakai baju longgar2, labuh tutup punggung, tudung tutupi seluruh dada, suar jangan ketat, jangan menarik perhatian lelaki dengan over2 warna dan make up tebal2.
Jaga akhlak xmo gelak mengilai kalah puntianak..jaga pandangan mata dan pelihara budi bahasa. Mama dan abah sangat menyayangimu..

Tuesday, 21 December 2010

Azam Tahun Baru kah ini..

Bulan ni dah Muharam 1432 Hijrah..maknanya tahun ni kalo panjang umur I dah masuk 4 series cam keta BMW..dah masuk era 40an. Takoooot, umur dah makin bertambah, amalan rasanya masih banyak yg lom sempurna. Acelly ni baru balik dari Tesco Semenyih. Terjumpa kak Marina classmate kat OUM aritu. Dia tgh wat master kat UKM, sem 2 dah katanya. Tetiba I rasa cam diseru2 untuk sambung belajar..

Soklannya..
mampu ker I ni nanti.
Kiki dah 2 tahun 7 bulan kalo I mendaftar Jun tahun depan. Leh ker g kelas petang ngn malam..sian pulak kat budak Kiki..

Soklan lain..
Aiman ngn Adib nye perbelanjaan kat unibesiti tu suma mama tanggung. Kalo mama belajo lagi, alamatnya mama dah kene bajet giler ar bab belanja..sian pulakkk kat mama xdapat menjaga 'mentenen' cam selalu..tp ini bule diatasi, cara yg bagus utk tidak membazir. Simpan duit utk yuran pengajian.

Soklan lain laagi..
Larat ker I nih nak wat essaimen cam dulu2..haihhh..

Soklan lain laaagiii..
..ada ker peluang I nak poya2 cam skrg nih..

Soklan seterusnya..
..dah2..xyah banyak tanya, muktamad, pahni isi borang utk apply master. xmo banyak tanya..sebab..KALO NAK SRIBU DAYA.

..ni bukan nak g kuliah ya..tp nak kuar g makan2 jap..

Berangan2 : Mama berjaya habiskan wat master, Adib ngn Aiman abis wat diploma. macam sweet jerk.

Haihhh..lom apa2 dah berangan, mohon pun belummmm. Adib ngn Aiman kene fight ngn mama dlm PNGK. Pun macam sweet jugak..

So, azam tahun baru I nih, nk gagahkan diri mencari ilmu menambahkan pengetahuan. Harap2 menjadi kenyataan..amiin..

Sunday, 12 December 2010

Sakit ini ujian...


Semalam tido tak brapa nak lena. Makan tak berapa nak selera, teringat-ingat pertemuan kita. Haihhh apa nak jadi nih..Persahabatan di SKTJ mberi impak yg sgt besar buatku, di situ I kenal ragam dan belajar banyak perkara. Yg ada kat gambar tu adalah di antara kakak2 yg banyak mengajarku dunia pendidikan melalui pengalaman mereka. I ngn Ina kira yg paling muda dlm grup nih. Now masing2 terpisah ke sekolah lain2. Punyalah susah kami nak jumpa semula selepas 6 tahun berjauhan.
Cakap pasal tido, dalam pada gelak riang ria sebenarnya I simpan le sikit citer x bape bes yg bukan sapa2 tau kecuali Su ngn Ina. Tp sbb dah tulis kat sini nih maka pasni abis ar satu dunia tau. Acelly sekarang ni mengidap sakit pala yg tiada taranya yg hanya bertahan ngn actifast dan anti migrain. But xdalah serius I anggap coz sehari amik sekali bukannya sehari 3x. Cumanya compare ngn sebelum ni ia cukup buat I takut sebenarnya kot2 ada masalah kesihatan yg serius. Jumpa doktor already tp cam biasa doktor bilang migrain coz tido I mmg xda kualiti. Tido ni mmglah anugerah rehat kurniaan Allah. I dapat rasa Allah tarik sikit nikmat ni. I betul2 xtau mengapa tak dapat tido lena dan berkualiti. Mcm2 cara dah dibuat cam mandi air suam sblum tido, amik susu suam, ngaji dulu, solat dulu. Bila tido, after 2jam I tjaga, lepas 2 jam lagi tjaga lagi. Bangun pagi pala pening dah satu hal, sakit kat bahagian atas kepala buat rasa cam ada jin cokoh kat situ. So kalo leh tahan I btahan, kalo nak g jejalan memana ker I amik le ubat siap2.
Gangguan emosi atau perkara lain yg mungkin berlaku rasanya xda langsung. Sebab xda apa yg nak dirisau atau perlu dibimbangkan sangat. Berat badan mmg naik dah pun kebelakangan ni. Simptom apa sbnrnya yg I lalui nih. Yg ni baru le I jadi risau sikit. Sangat sedar Allah sedang menguji saat ini supaya I tidak leka sangat. Sedaya upaya I cuba mengawal perlakuan agar selari dengan tuntutan Allah terutama dalam soal ibadah. Bimbang ini adalah peringatan dari Allah dan bimbang jika xda peluang lagi. Setiap malam sebelum tido selalu kupanjatkan doa moga Allah beri lagi ruang utk I bangun solat esok.
Ada tak kengkawan lain pernah mengalami masalah susah tido ni ya.
huhuhu..
..sedang bersabar..