mengimbau zaman kanak2 mak jahitkan baju sama sekayu..hehe..
Eid Mubarak buat semua sahabat muslim blogger yang kukasihi. Doa paling tulus mudah2an Allah perkenankan..moga sahabat semua diberi kesihatan dan kebahagiaan dalam meniti kehidupan. Raya ria yang sayu bagi aku, tapi tidak rasanya bagi anak2 kerana mereka nmpknya hepi aje. Kali ke 3 berhari raya tanpa my chenta ati yg jauhh kat Birmingham ituu..Harapnya ini raya terakhir kami berjauhan, harap2 raya haji nanti kami dapat meraikannya bersama. Mula tu rasa cam ok je, sebab ni soal ati. Padaku yg penting ati kami dekat, jarak cuma pemisah, but bila dengar takbir di ari terakhir ramadhan tu, empangan telah pechah, banjir semahu2nya..tingat abang yg jauh, tingat arwah bapak dan bapa mertuaku yg telah tiada. Rindu yg sangat sakit sampai rasa cam x cukup oksigen. Sesungguhnya hanya yg melalui sahaja tahu sakitnya rindu itu..echeceee..
Cumanya..kata2 abang Adib membuatkan I rasa harus mengenepikan kesedihan. 'Walau raya kali ni abah jauh, tp syukur sebab mama ada'..so I kene fight utk membahagiakan anak2 raya nih. Maka seperti biasa kami menziarahi dua2 nenek, ziarah suma sepupu, siblings, moga ukhuwah dan silaturrahim kekal indah.
Then..cam biasa, masak2 kat kampung.. cumanya cuaca panas. Sakit pala melanda rasa tak sanggup kuar umah, tp sebab raya..maka kugagahi juga. he3..
Raya bagiku kali ini amat sederhana. Tp ia bukan suatu kelainan pun sebab memang sejak dulu I ni sederhana orangnya (sungguh..he3). Aidilfitri more pada kesyukuran berjaya menjalani ibadah puasa, mudah2an Allah menerima puasaku dan semua muslimin muslimat sebagai ibadah. Ia juga waktu yg sesuai menziarahi kwn2 arwah bapa, bekas2 cikgu, sanak saudara dan sahabat2. Ia waktu utk aku mengenalkan kpd anak2 siapa kawan2 mama abahnya. Supaya bila kami tiada nanti, anak2 mampu menghubungkan ukhuwah seperti apa yg kami buat sekarang, menziarahi kawan2 arwah bapa tanda kasih sayang yg berpanjangan. Seronok mendengar crita kawan2 arwah bapak kerana bersamanya buat aku rasa arwah bapa sebenarnya sentiasa di hati. Yang paling penting, ia peluang untuk kami buang yg keruh, ambil yg jernih..bermaaf2an mengukuhkan kasih sayang. Memupuk cinta di hati anak2 bahawa kalian adalah permata hati mama dan abah, yg mesti hidup dalam rukun dan damai saling memaafkan walau apa yg terjadi sesama adik bradik dan saudara mara.
Yang paling sweeet raya ni ialah..melihat kelinchahan Zikri beraya..selain makan cookies..dia keje makan anak orang..asik menggegeeet. Mak aaiii..ikut sapa ni abaaah..mak abang chakap sebijik abah masa kechik2 yg kejenya geget budak ngaji kat umah atuk. uwaaaa
Sungguh cantik berpakaian sedondon walau berlainan warna.. :)
ReplyDeletememang..cantik2 semuanya...terutama ehem2....
ReplyDeletethks kak cik and abang
ReplyDelete