Followers

Advert

Friday 28 October 2011

Andai kutahu..

Never break 4 things in life:
TRUST, PROMISE, RELATIONSHIP & HEART..
because they break without noise but with a lot of pain.

Saat ini hati I terluka. Menyesal? tidak.. Positif thinking. Allah sedang menurunkan rahmatnya buat insan kerdil ini. Setelah menjaga banyak perkara akhirnya hati ini juga yang terluka I pasrah. Sesungguhnya sangat tak sangka, tp kene terima. Sedang pantai berubah, apatah lagi hati manusia. I yg ada hari ini bukan I yg dulu. Dulu senang2 la org keliling nak pijak lenyek. Hari ini I berbeza. Kalo dulu berendam airmata, tp skrg airmata ini takkan kubuang utk insan yg suka menyakiti.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita berbakti yg mudah2an mampu menjadi amalan. Mempunyai hubungan yang baik dengan insan keliling bukankah juga bakti. Tetapi mengapa manusia memilih untuk menyakiti. Takpalah, pilihan di hati masing2. I takkan buang masa lagi untuk persahabatan yang menyakitkan ini.
Sebenarnya dah banyak signal diberi tetapi I yang tak pernah peduli. Manusia hari ini hidup dilingkungi nafsu hingga daki dunia penjadi pengukur. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit mula hatinya sakit. Hilang persahabatan angkara orang lain yg terlebih itu. Lupa agaknya tentang qada' dan qadar.
Kalau lupa meh sini I ingatkan, rezeki dan segala ketentuan yg ada pada kita telah Allah swt tentukan sejak dari azali lagi. Jika kita beriman kepada rukun iman yang keenam ini maka tidak akan ada sekelumit pun perasaan dengki dihati. Takdalah perasaan tengok orang lain senang hati mula gundah tak keruan. Tengok orang lain diberi perhatian ati mula menyampah, tengok baju orang lain mahal sikit pun sakit, tengok orang lain naik pangkat meluat, tengok orang lain ketawa gembira hati dia yang disayat2. Ini realiti kehidupan hari ini. I tak tahu mengapa ramai antara kita tak sedar bahawa jiwa mereka sakit akibat tak tahu bersyukur. Jauh dari al Quran agaknya kita hingga ditimpa penyakit hati yang begitu?
I menilai, memerhati dan menganalisis persahabatan kita tanpa disedari. Kesian. Hanya sepatah perkataan itu yang mampu kuungkapkan kerana hakikatnya dirimu tak pernah menghargai persahabatan yang kuhulurkan. So lebih baik angkat kaki dari terus disakiti. Semoga kawan2 yg lebih memahamimu akan lebih membahagiakanmu.

"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan dari kalangan mereka. harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka. [imam syafie]"
Sepotong ayat dari Imam Syafie ini menjadi salah satu prinsip diri mengapa I beria2 menjaga segalanya ini..Ya Allah lindungi aku dari mereka yang zalim, dari mereka yang tidak ikhlas apabila bersahabat, dari mereka yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain..amin ya robbal 'alamin.



Sangat rindu kat Emma..sahabat yg memahami suka duka ati ini suatu ketika dulu. Betul sangat apa yg pernah Emma katakan dulu dan hari ini I sedang diduga.. Semoga waktu akan menemukan kita kembali.

2 comments:

  1. IM juga rindu kat-kat best fren IM di setiap sekolah yang IM pernah belajar!

    ReplyDelete
  2. IM, saya sedang bersedih sebenarnya saat menulis entri ini walau sebenarnya psembahan sy nmpk seperti 'xda apa2'..huhuhu

    ReplyDelete