Followers

Advert

Wednesday 2 November 2011

Dunia Cikgu Biasa..cerita tentang mesyuarat..



...tempat berkongsi duka selain cerita2 gembira. Letih 3 ari mesyuarat baru terasa bila sampai umah. Bertambah letih pasaanku ini bila ada sahabat yang mempertikaikan selalu menghadiri mesyuarat. Susah nak fahamkan semua orang. Rumah terbakar nampak asap, ati terbakar sapalah tahu kan..simpan dan padamkan sorang2lah nampaknya.
Saya TAK pernah bagi nama sendiri supaya dijemput menghadiri mesyuarat. Saya hanyalah orang yang menurut perintah..xda kuasa, mentimun. Apa hak saya sebagai kakitangan paling bawah ini menolak arahan? dan susah untuk saya menerangkan kepada mereka yang diluar sana diantara tugas yang dilaksanakan semasa mesyuarat ini. Saya dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan menyebarkan kepada guru2 tntg KSSR. Selain itu saya dijemput sebagai salah seorang panel kurikulum, diantara tugas saya adalah membina modul2 rintis set pengajaran untuk membantu guru2 di sekolah rintis melaksanakan tugas mengajar mereka. Selain itu memikirkan masalah2 yang berlaku di sekolah, mencadangkan idea2 bagi mengatasi masalah2 yg berlaku dalam pnp. Mengapa saya? kerana saya adalah seorang guru..hanya guru yang mengetahui, memahami tugas guru. Apa yang saya buat ini demi kecintaan pada tanggungjawab yang diamanahkan. Sumbangan kecil saya untuk semua murid di seluruh Malaysia..



Tetapi saya tak faham, bila ada yang marah2 bila saya g mesyuarat..sob3..sebab rasanya bila di sekolah saya telah sedaya upaya ngn kudrat yg ada berbakti ngn penuh keikhlasan. Bagilah tugas apa saya tidak menolak, walau dimana saya berada sedaya upaya saya cuba memberi yang terbaik. Malah saya tak keberatan masuk kelas sorang2 tanpa guru2 jQAF bila mereka byk keje contohnya dgn segala laporan yg menuntut masa. Saya tidak berkira..tetapi mengapa jadi begini ye..

2 comments:

  1. depa marah sebab telunjuk mereka hanya kepada orang lain dan tidak pada diri sendiri!

    ReplyDelete
  2. kadang sy kecewa IM, sy hanya manusia biasa..

    ReplyDelete