Followers

Advert

Wednesday, 22 December 2010

Awiin, u dilarang sama sekali pakai camni..

Xleh pakai baju x tutup punggung, tudung x tutup dada.
Ada byk lagi pilihan yg menutupi aurat yg Awin leh pakai..plss..

yg ni pakai dlm umah jer..


.. ni ler pesen terkini yg langsung I x sangka melanda masyarakat Mesia


Tadi temankan Ina kuar g pekan Semenyih carik baju sekolah G'ah. Tergerak nak catat kat sini sebagai peringatan kat anak dara kesayangan mama. Sekarang mama masih ada, sok2 kalo ma dah xda, sampai bila2 u dilarang pakai camni bila kuar umah..

Tadi naik pitam mama tengok adik manis salesgirl pakai baju kat kedai yg pemiliknya bukan Islam. Dah cam xda pedoman..gambar yg ma tepek ni kategori yg mama larang..bukan arahan mama tetapi ia larangan Allah swt. So kakak kene faham. Kasihanilah mama dan abah yg menjagamu sejak dari dalam kandungan..so patuhilah etika pakaian dalam Islam yg langsung tidak menyusahkan. Kakak faham tak tentang aurat? Apa yg dimaksudkan aurat wanita? Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [ An-Nur (24):31].

Bukan susah pun kakak..tengok kat cermin sebelum kuar, jangan sesekali berpakaian tidak menutup aurat bila kuar umah..Pakai baju longgar2, labuh tutup punggung, tudung tutupi seluruh dada, suar jangan ketat, jangan menarik perhatian lelaki dengan over2 warna dan make up tebal2.
Jaga akhlak xmo gelak mengilai kalah puntianak..jaga pandangan mata dan pelihara budi bahasa. Mama dan abah sangat menyayangimu..

Tuesday, 21 December 2010

Azam Tahun Baru kah ini..

Bulan ni dah Muharam 1432 Hijrah..maknanya tahun ni kalo panjang umur I dah masuk 4 series cam keta BMW..dah masuk era 40an. Takoooot, umur dah makin bertambah, amalan rasanya masih banyak yg lom sempurna. Acelly ni baru balik dari Tesco Semenyih. Terjumpa kak Marina classmate kat OUM aritu. Dia tgh wat master kat UKM, sem 2 dah katanya. Tetiba I rasa cam diseru2 untuk sambung belajar..

Soklannya..
mampu ker I ni nanti.
Kiki dah 2 tahun 7 bulan kalo I mendaftar Jun tahun depan. Leh ker g kelas petang ngn malam..sian pulak kat budak Kiki..

Soklan lain..
Aiman ngn Adib nye perbelanjaan kat unibesiti tu suma mama tanggung. Kalo mama belajo lagi, alamatnya mama dah kene bajet giler ar bab belanja..sian pulakkk kat mama xdapat menjaga 'mentenen' cam selalu..tp ini bule diatasi, cara yg bagus utk tidak membazir. Simpan duit utk yuran pengajian.

Soklan lain laagi..
Larat ker I nih nak wat essaimen cam dulu2..haihhh..

Soklan lain laaagiii..
..ada ker peluang I nak poya2 cam skrg nih..

Soklan seterusnya..
..dah2..xyah banyak tanya, muktamad, pahni isi borang utk apply master. xmo banyak tanya..sebab..KALO NAK SRIBU DAYA.

..ni bukan nak g kuliah ya..tp nak kuar g makan2 jap..

Berangan2 : Mama berjaya habiskan wat master, Adib ngn Aiman abis wat diploma. macam sweet jerk.

Haihhh..lom apa2 dah berangan, mohon pun belummmm. Adib ngn Aiman kene fight ngn mama dlm PNGK. Pun macam sweet jugak..

So, azam tahun baru I nih, nk gagahkan diri mencari ilmu menambahkan pengetahuan. Harap2 menjadi kenyataan..amiin..

Sunday, 12 December 2010

Sakit ini ujian...


Semalam tido tak brapa nak lena. Makan tak berapa nak selera, teringat-ingat pertemuan kita. Haihhh apa nak jadi nih..Persahabatan di SKTJ mberi impak yg sgt besar buatku, di situ I kenal ragam dan belajar banyak perkara. Yg ada kat gambar tu adalah di antara kakak2 yg banyak mengajarku dunia pendidikan melalui pengalaman mereka. I ngn Ina kira yg paling muda dlm grup nih. Now masing2 terpisah ke sekolah lain2. Punyalah susah kami nak jumpa semula selepas 6 tahun berjauhan.
Cakap pasal tido, dalam pada gelak riang ria sebenarnya I simpan le sikit citer x bape bes yg bukan sapa2 tau kecuali Su ngn Ina. Tp sbb dah tulis kat sini nih maka pasni abis ar satu dunia tau. Acelly sekarang ni mengidap sakit pala yg tiada taranya yg hanya bertahan ngn actifast dan anti migrain. But xdalah serius I anggap coz sehari amik sekali bukannya sehari 3x. Cumanya compare ngn sebelum ni ia cukup buat I takut sebenarnya kot2 ada masalah kesihatan yg serius. Jumpa doktor already tp cam biasa doktor bilang migrain coz tido I mmg xda kualiti. Tido ni mmglah anugerah rehat kurniaan Allah. I dapat rasa Allah tarik sikit nikmat ni. I betul2 xtau mengapa tak dapat tido lena dan berkualiti. Mcm2 cara dah dibuat cam mandi air suam sblum tido, amik susu suam, ngaji dulu, solat dulu. Bila tido, after 2jam I tjaga, lepas 2 jam lagi tjaga lagi. Bangun pagi pala pening dah satu hal, sakit kat bahagian atas kepala buat rasa cam ada jin cokoh kat situ. So kalo leh tahan I btahan, kalo nak g jejalan memana ker I amik le ubat siap2.
Gangguan emosi atau perkara lain yg mungkin berlaku rasanya xda langsung. Sebab xda apa yg nak dirisau atau perlu dibimbangkan sangat. Berat badan mmg naik dah pun kebelakangan ni. Simptom apa sbnrnya yg I lalui nih. Yg ni baru le I jadi risau sikit. Sangat sedar Allah sedang menguji saat ini supaya I tidak leka sangat. Sedaya upaya I cuba mengawal perlakuan agar selari dengan tuntutan Allah terutama dalam soal ibadah. Bimbang ini adalah peringatan dari Allah dan bimbang jika xda peluang lagi. Setiap malam sebelum tido selalu kupanjatkan doa moga Allah beri lagi ruang utk I bangun solat esok.
Ada tak kengkawan lain pernah mengalami masalah susah tido ni ya.
huhuhu..
..sedang bersabar..

Thursday, 25 November 2010

Kesian..Kasihaann..Simpati..

thks cik shuu.. kata kiki..

Simpati, berasa kasihan..kesian..pada diriku atau pada siapa? Semalam emosi seperti gunung Merapi, tapi mujur berkat kesabaran dapat dikawal. Berusaha bersungguh2 mencampakkannya ke longkang kerana dalam hidup kita ni baaanyak sangat perkara lain yang kita perlu lakukan.
Setiap kejadian yg Allah takdirkan tiada satu pun bersifat sia2. Malah suatu tindakan paling bodoh pun tetap terkandung hikmah bagi kita manusia lain yang berfikir agar tidak melakukan sesuatu secara melulu.
Terima kasih Su kerana menjadi sahabat setiaku. Terima kasih Ina kerana selalu menyokongku. Meminjamkan tangan saat kuperlu. Syukurku pada Allah kerana menemukanku dengan Ira, Azizah, Suhartini, Diana, Salhaliza, Adi, Aizzi, Hairul, Ustaz, Amani, Suhaida..serta sebahagian warga SKTR kerana kalian menghadiahkan persahabatan yang tulus tanpa sebarang prejudis, senyuman yang sering kuterima tergambar ketulusan sekeping hati.
Aku letih kadang melayan sikap manusia yg tah hapa2..menuntut sebuah kesempurnaan tanpa dapat menerima kelemahan seadanya. Yang namanya bersahabat itu baik buruk dapat diterima. Jika terdapat keaibannya kita tutup. Kelemahannya mungkin melukakan tetapi itu yg harus ditelan dan disimpan agar persahabatan dapat dikekalkan. Tapi selagi namanya manusia..buat baik pun dikata, buat jahat lagilah seronok mengata, duduk diam2 dikata juga. So moralnya spt yg berjaya dilakukan semalam..campakkan aje ke longkang. Teruskan berbuat baik kerana yang baik juga akan datang kepada kita kerana Allah Maha Mengetahui. Sekeping hati yang ada ini harus kita jaga kesuciannya, jangan biarkan titik hitam makin banyak hingga menutupi putihnya hati. Didik jiwa supaya bersabar dengan menjaga lidah agar tidak ada hati yg semakin terluka kerana kita.
Memandang hari depan dengan positif. Kejadian semalam pemangkin pada sebuah perjuangan. I xkan kalah pada cabaran. Senyumlah seindah suria, mudah2an ia memberi manfaat kepada seluruh alam, menenangkan jiwa yang melihat, menghadiahkan tulusnya persahabatan, menjalin ukhuwah mudah2an berkekalan. Bertemu dan berpisah kita keranaNya. "Selagi kau belum mengenali siapa aku, jangan pandai2 nak buat mcm2 spekulasi dari mulutmu". ni amaran terakhir, pasni noktah. so really kesian kat aku kan..kita kene kesian kat diri sendrik..
huhuhuhuwaaaaaa...

Friday, 15 October 2010

Bunyinya seperti Membebel..

Dulu, sebelum ada pengalaman duduk merantau, banyak perkara yg berlaku di negara kita I anggap yg terbaik. Tetapi betullah orang kata..banyak berjalan luas pemandangan. Dalam sistem pendidikan kita yg terlalu rigid, dah lama I kecewa. Bila anak2 bsekolah di UK, laagilah I terasa. Dulu, bila kawan2 kat Birm citer pengalaman anak2 yg bsekolah kat sana xmau g sekolah bila balik, cikgu kat Mesia suka marah. Takmo g sekolah sebab kawan2 suka ejek, I anggap itu hanya kerenah. Maklumlah sebab I cikgu, dlm ati da sedia maklum dgn beban tugas guru yg tak terpikul. Tetapi bila balik, kene kat batang idung sendirik, tengok kawan2 yg tahap marahnya sampai macam cikgu lain x reti nak marah murid buat banyak kali I terkedu. Awin pun sama, kene buli sampai tahap I yg banyak menangis sebelum tido, berpikir cemana nk solve, tp nmpknya jln penyelesaian yg terbaik adalah menelan kepahitan dengan bersabar. Ini realiti kehidupan, Awin kene tau bezakan mana yg baik dan buruk. Itu yg selalu I ingatkan dan minta dia banyak bersabar dengan tidak melayan kawan yg suka cari pasal.
Pagi tadi on d way nak g sekolah ati ni rasa cam nak malatop. Pjalanan nk ke Sg Long mesti mula seawal 6.15 pagi, selepas time tu biasanya alamat melalak lerrr..Jem kat pekan Semenyih yg bermula dari Bandar Rinching lagi akan buat sesiapa sahaja leh stress jika kuar lambat. Bayangkan, ia berlaku sejak tahun 2000 lagi, n 2010, dah 10 taun tempuh jem. Kuar awal gelap2 bukan mudah bagi I, taska Kiki selalu x buka lagi time nk hantar sebab sebelum Kiki dihantar ke situ mereka beroperasi kul 6.30 pagi, but bila ada Kiki I minta premis tu mula kul 6.10 sebab I kene start racing around 6.15. So sebagai alternatif now minta Aiman tlg hantar adiknya kul 6.40 ke taska sebelum g sekolah. I xsanggup ari2 sampai lambat ke sekolah.
Apa yg buat I mbebel..ada 3 buah lori panjang bawa muatan konkrit merangkak2 kat jalan di saat I nk g sekolah. Mak aaai..bila pandang cemin belakang..berderet cam jem kul 7.00 pagi walhal time tu kategori awal. Nk memotong mmg tade harapan sebab mmg xleh motong pun.. Persoalannya, napa gunakan jalan ni waktu org tgh sibuk. Ni bukan highway. Mana polis traffic ker..JPJ ker..Polis traffic satu hal, ada ker patut buat sekatan jalan raya kul 7.10 pagi kat lebuh raya Lekas. Time orang nak g keje..
Nak aje I bgtau, kat UK x ada road block. Polis traffic xkan tahan orang selagi kesalahan tak depan mata. Sebab deme ada sistem. Kalo ikut belakang keta deme chek kat sistem bahawa insuran keta tu nama lelaki, sedang yg drive tu pompuan, barulah deme berminat nk tahan. Kita xkan nmpk polis menyabung nyawa berdiri tgh panas, kat tgh jalan. Naak aje I suh deme balik opis, g buat sistem yg kemas. Kamera sepanjang jalan buat pemandu tak berani nk speed pun termasuk I masa kat sana dulu. Kene saman gerenti cuak coz sayang duit satu hal, denda merit lbh nyakitkan. Kat sini..sian polis susah2 tahan orang, tulis saman jela2, haram x dipedulikkan. I rasa daripada duk tgh jalan elok g ronda kat kwsn2 perumahan, sbb siang2 pun penjenayah pecah umah. Malam2 satu hal, nk tido xleh sebab ketakutan. Ari2 baca surat kabo nyawa manusia cam muraaah sgt2. Polis hanya leh tangkap bila dah mati..cam kes arwah Sosilawati, dah ramai yg dikuburkan kat Ladang Gadong baru terbongkar berderet yg dah jadi mangsa.
Membebel kat sini jer la yg I mampu..sbb I tau bukan ada sapa pun nk dgr luahan atiku..uwaaa

Sunday, 10 October 2010

Resepi Asam Rebus Batang Keladi


Semalam..I tolong kak Zana sediakan makan tengahari untuk cikgu2 yg x balik. Bagus kan kak Zana ni sbb prihatin dgn kebajikan chekgu2. Kat sini I terpaksa tepek resepi ni coz acelly I sendrik cuma mintak kat mak selalunya bila nk makan asam rebus batang keladi. ngeh3..maka ini resepi mak utk tatapan dan rujukan bila next time I nak masak. Semalam demi kawan2 I masak jugak, tp kira orait kot. hihi


- satu rumpun batang keladi yg I rasa dalam 10 pelepah (eh betul ke penjodoh bilangan utk tiap batang keladi tu? )disiang, xyah rendam kat air bimbang gatal. Didihkan air, buh garam, basuh dan cpt2 masukkan dlm air mgelegak. Biar lembut n toskan.
- secekak daun kesum
- 4 batang bunga kantan

5 labu bawang besar, sebab semalam tu setengah piyuk besar. so adjust sndrik plsss
6 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
segenggam bilis
seinci belacan
-blend together

*satukan bahan yg diblender, jerangkan air secukupnya, buh asam keping secukup rasa masamnya. Biarkan mdidih, masukkan batang keladi.
last sekali, masukkan daun kesum n bunga kantan. Adjust garam n masamnya.

idea dari kawan2 belah utara, deme suggest masukkan isi ikan kembung dalam 2 ekor utk lbh umph. Leh I cuba nxt time okeeh..


Hari Kanak-Kanak & Jamuan Raya SKTR

.. ni jawatan hakiki I dalam tajuk di atas..bahagian pentas dan psiapan tempat.
Bpeluh..mujur bos..cikgu Adin baik ati..huhuhu..

tolong2 mana yg patut sesama ringankan keje

Beruntung I bkawan ngn adik2 yg manis2 nih..Diana n Liza sebab auranya sampai kat I..wakakaka..

Posing jap bsama mc Ira yg manis betul kan senyum dia..
(fotogenik betul kawan I neh..sweet..)dan sohabat2..Amir dan Aizzi
Upanya penat dan sakit tangan keje2 mengacau rendang sekawah nih..
I buat jap aje, kederat I tadeee..uwaaa

tolong buat teks ucapan utk GB..

kat dapur prasekolah

Semalam sambutan hari kanak2 dan jamuan raya bsama parents peringkat sekolah. Semua dijayakan dengan gotong royong antara guru, parents dan murid2. Dari kupas bawang hingga menghidang. Memang penat tetapi I seronok kerana mengimbau kenangan manis kat Birmingham. Sesekali seronok gotong royong camni, tapi rasanya xleh buat selalu kerana..bila lepas majlis..pinggang I nak patah dua. Hahaha..sebab jarang2 buat keje tak berenti cenggini agaknya kan. Apapun, mmg majlis ni mcapai objektifnya I rasa kerana jalinan silaturrahim kita semakin erat. I yg masih blur kat sekolah ni mula menyayangi Ira, Diana, Liza, Faiza yg x dapat join coz ada kelas, Amani, Suhaida, Sumilah (sekadar mneyebut beberapa nama..echeche dan yg lain2 yg mula rasa selesa bila bsama mereka). Sebelum ni I x ingat nama cikgu Adin yg mana satu tp pasni I kenal sbb dia boss pentas dan psiapan tempat yg baik ati. ngeh2.. Dari majlis ni juga I sedar bahawa I dah xpandai anyam ketupat setelah tah bape kali pcubaan. 3 taun x anyam leh ilang skill. Tpaksa bljr semula nampaknya. Semoga silaturrahim kita kekal hingga ke syurga. Bertemu dan bpisah kita kerana Allah.