Followers

Advert

Friday, 11 November 2011

Kuingin Kau Tahu..



Kenangan darimu...






Well I wonder could it be
When I was dreaming ’bout you baby
You were dreaming of me
Call me crazy, call me blind
To still be suffering is stupid after all of this time

Did I lose my love to someone better
And does she love you like I do
I do, you know I really really do

So much I need to say
Been lonely since the day
The day you went away
So sad but true
For me there’s only you
Been crying since the day
The day you went away

I remember date and time
September twenty second
Sunday twenty five after nine
In the doorway with your case
No longer shouting at each other
There were tears on our faces

And we were letting go of something special
Something we’ll never have again
I know, I guess I really really know

The day you went away
The day you went away

Why do we never know what we’ve got ’til it’s gone
How could I carry on
The day you went away
Cause I’ve been missing you so much I have to say
Been crying since the day
The day you went away

Tuesday, 8 November 2011

Lirik Beribu Sesalan

Tengah 'mabuk' ngan lagu nihhh.. Lirik yg sangat bermakna buatku, (sob..sob..)

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu




Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku…

Rendang Negeri Sembilan @ Minang

Resepi sempena raya Aidiladha. Masakkan utk mak sendrik n ibu mertuaku. Abang I chakap sedappp, dan kakak @ biras I pung chakap sedap. I cam besa..merendah diri..segala pujian hanya untuk Allah krn mengurniakan kesihatan yg baik dpt menyediakan masakan utk dua2 mak yg terchenta...hik3..



Sori, this resepi versi champak2 coz I prasan dah terer memasak..(ya ampunnn)..




Bahan2 :
3 ekor ayam tua, potong ikut sukaa ( ayam dah penchenn ), if guna ayam muda pun ok, that mean kene adjust sendrik supaya jgn tlerai isi ngn tulang semasa memasak. ( Potong besar sikit atau angkat ayam, then ketepikan, biarkan santan mereneh n pekat/kering, kedian masukkan semula ayam2 tu supaya x hancur ).
6 labu bawang besar, blend
3 inci lengkuas hiris n blend
3 inci halia hiris n blend
2 labu bawang putih - blend
10 btg serai hiris n blend
1 tin susu cili padi, mmg pedas giler..blend
Santan pekat ( I guna 3 kotak santan cap ayam yg lbh kurang 200gm tu)
4 asam keping
gula n garam.
I guna kiub ayam sebagai perasa.
6 helai daun kunyit, hiris nipis.
Kunyit hidup dlm 2inci, blend

Cara2 :
Gaul ayam ngn bahan2 yg siap blend, buh dlm kuali n keringkan. Pastu buh santan reneh sampai ayam empuk, masukkan asam keping, adjust gula n garam. Sebelum angkat masukkan daun kunyit yg dihiris halus.
Tradadadada..
senang aje kannnn..

Resepi Somtam @ Kerabu Betik



Dah lama tak hapdet tentang resepi, menunjukkan dah jarang masak..he3. Today tepek resepi Somtam, ni dulu belajar kat Birmingham, balik Mesia barulah ptama kali buat.

Bahan :
Sebijik betik tua, maksudnya dah matang tapi lum lembik, masih keras. Kupas n parut kasar seperti dalam gambar.
6 biji limau nipis, amik jusnya, bijik jgn sesekali terambil kelak akan terasa pahit.
10 biji cili padi
8 sudu makan gula, kalo ada 'nise' dari Kelantan lagi sedap.
sedikit garam.
kacang tanah, goreng tanpa minyak, tumbuk pecah2.
4 batang kacang panjang, patah2 pendek n lenyek2 cikit bagi pecah2 jer.
Cara2 :
Satukan suma bahan, gaul, adjust garam n gula. Kat Birm dulu xda betik we all belasah carot n kobis yg diparut. Masa tu sedaaaap jugak macham 'somtam'..he2

Wednesday, 2 November 2011

Dunia Cikgu Biasa..cerita tentang mesyuarat..



...tempat berkongsi duka selain cerita2 gembira. Letih 3 ari mesyuarat baru terasa bila sampai umah. Bertambah letih pasaanku ini bila ada sahabat yang mempertikaikan selalu menghadiri mesyuarat. Susah nak fahamkan semua orang. Rumah terbakar nampak asap, ati terbakar sapalah tahu kan..simpan dan padamkan sorang2lah nampaknya.
Saya TAK pernah bagi nama sendiri supaya dijemput menghadiri mesyuarat. Saya hanyalah orang yang menurut perintah..xda kuasa, mentimun. Apa hak saya sebagai kakitangan paling bawah ini menolak arahan? dan susah untuk saya menerangkan kepada mereka yang diluar sana diantara tugas yang dilaksanakan semasa mesyuarat ini. Saya dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan menyebarkan kepada guru2 tntg KSSR. Selain itu saya dijemput sebagai salah seorang panel kurikulum, diantara tugas saya adalah membina modul2 rintis set pengajaran untuk membantu guru2 di sekolah rintis melaksanakan tugas mengajar mereka. Selain itu memikirkan masalah2 yang berlaku di sekolah, mencadangkan idea2 bagi mengatasi masalah2 yg berlaku dalam pnp. Mengapa saya? kerana saya adalah seorang guru..hanya guru yang mengetahui, memahami tugas guru. Apa yang saya buat ini demi kecintaan pada tanggungjawab yang diamanahkan. Sumbangan kecil saya untuk semua murid di seluruh Malaysia..



Tetapi saya tak faham, bila ada yang marah2 bila saya g mesyuarat..sob3..sebab rasanya bila di sekolah saya telah sedaya upaya ngn kudrat yg ada berbakti ngn penuh keikhlasan. Bagilah tugas apa saya tidak menolak, walau dimana saya berada sedaya upaya saya cuba memberi yang terbaik. Malah saya tak keberatan masuk kelas sorang2 tanpa guru2 jQAF bila mereka byk keje contohnya dgn segala laporan yg menuntut masa. Saya tidak berkira..tetapi mengapa jadi begini ye..

Friday, 28 October 2011

Andai kutahu..

Never break 4 things in life:
TRUST, PROMISE, RELATIONSHIP & HEART..
because they break without noise but with a lot of pain.

Saat ini hati I terluka. Menyesal? tidak.. Positif thinking. Allah sedang menurunkan rahmatnya buat insan kerdil ini. Setelah menjaga banyak perkara akhirnya hati ini juga yang terluka I pasrah. Sesungguhnya sangat tak sangka, tp kene terima. Sedang pantai berubah, apatah lagi hati manusia. I yg ada hari ini bukan I yg dulu. Dulu senang2 la org keliling nak pijak lenyek. Hari ini I berbeza. Kalo dulu berendam airmata, tp skrg airmata ini takkan kubuang utk insan yg suka menyakiti.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita berbakti yg mudah2an mampu menjadi amalan. Mempunyai hubungan yang baik dengan insan keliling bukankah juga bakti. Tetapi mengapa manusia memilih untuk menyakiti. Takpalah, pilihan di hati masing2. I takkan buang masa lagi untuk persahabatan yang menyakitkan ini.
Sebenarnya dah banyak signal diberi tetapi I yang tak pernah peduli. Manusia hari ini hidup dilingkungi nafsu hingga daki dunia penjadi pengukur. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit mula hatinya sakit. Hilang persahabatan angkara orang lain yg terlebih itu. Lupa agaknya tentang qada' dan qadar.
Kalau lupa meh sini I ingatkan, rezeki dan segala ketentuan yg ada pada kita telah Allah swt tentukan sejak dari azali lagi. Jika kita beriman kepada rukun iman yang keenam ini maka tidak akan ada sekelumit pun perasaan dengki dihati. Takdalah perasaan tengok orang lain senang hati mula gundah tak keruan. Tengok orang lain diberi perhatian ati mula menyampah, tengok baju orang lain mahal sikit pun sakit, tengok orang lain naik pangkat meluat, tengok orang lain ketawa gembira hati dia yang disayat2. Ini realiti kehidupan hari ini. I tak tahu mengapa ramai antara kita tak sedar bahawa jiwa mereka sakit akibat tak tahu bersyukur. Jauh dari al Quran agaknya kita hingga ditimpa penyakit hati yang begitu?
I menilai, memerhati dan menganalisis persahabatan kita tanpa disedari. Kesian. Hanya sepatah perkataan itu yang mampu kuungkapkan kerana hakikatnya dirimu tak pernah menghargai persahabatan yang kuhulurkan. So lebih baik angkat kaki dari terus disakiti. Semoga kawan2 yg lebih memahamimu akan lebih membahagiakanmu.

"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan dari kalangan mereka. harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka. [imam syafie]"
Sepotong ayat dari Imam Syafie ini menjadi salah satu prinsip diri mengapa I beria2 menjaga segalanya ini..Ya Allah lindungi aku dari mereka yang zalim, dari mereka yang tidak ikhlas apabila bersahabat, dari mereka yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain..amin ya robbal 'alamin.



Sangat rindu kat Emma..sahabat yg memahami suka duka ati ini suatu ketika dulu. Betul sangat apa yg pernah Emma katakan dulu dan hari ini I sedang diduga.. Semoga waktu akan menemukan kita kembali.

Thursday, 27 October 2011

Kuala Trengganu



















24 Okt 2011 melakar kenangan di bumi Darul Iman. Alhamdulillah takdir Allah dan kesihatan mengizinkan, maka terlakarlah kenangan bersama dua org my siste Hajar n kak Habshah serta sorang my bes fwen Eiza. Seawal 6 pagi dah tercongok kat LCCT, penyelah ramai umat dah mcm Puduraya jer lapangan terebang ini pepagi. Alhamdulillah landing ngn selamat around 7.50 pagi. Acara pertama ialah mencari nasi dagang terbaik di Pantai Batu Burok milik Kak Jah. Gerai no brapa I x ingat tetapi dis gerai mmg femes lahhh.. Penuh ngn pelanggan seantero pelusuk opis..I agak la sbb ramai yg pakai nametag masa mkn around 9 tuh..len kali korang kalo nak kuar jgn pakai nametag, mcm org monteng kija bmbg persepsi negatif kat kakitgn kajaan. (larik tajuk suda..)





















Satu set nasi dagang ni RM3 jer. Kakak I yg tamak tu memula dapat dia chakap..sikit nyerrr.. tp bila dah makan ayatnya lain pulak..ok la kan 3hingget..he3. Pas sarapan seterusnya buka gate Pasar Payang. Kat sini sampai dekat2 asar. Nampak sgt mmg kaki soping muka adik-bradik ni kannn..Kali ni memborong sutera crepe kerana senang gosok. Maklum wanita bizi yg xda bibik, seme keje umah wat sendrik..














































































Yang ni lebih murah dari rega KL..tengok jerrr..


Agenda seterusnya ialah menuju ke Kg Tok Beng..charik kepok lekor yg tersohor kat dinung! wat buah tangan utk adik2 lain yg x dapat sama2 g. Pahtu..ke ICT kat belakang epot. Maka berakhirlah lawatan ilmiah seharian di KT. (ilmiah lahh sangat..). Mendarat di LCCT around 10.10. Penatnya hanya Allah yg Maha Tahu tetapi seronok. Insyaallah sedang merancang trip bersama my siste nak ke Ho Chi Minh lak pasni. Senang g ngn adik bradik nih sbb we all x byk krenah, gitu2 n go..xdalah alasan suami x izin..anak xda sapa nak jaga..coz motto nak bjalan ni senang aje..nak seribu daya, xnak seribu dalih. Kumpul duit sikit2 tiap bulan sebab ni cara org2 yg tak bape nak kaya..he3..Mudah2an Allah swt kurniakan kesihatan yg baik. amin.


Cerita disebalik tabir napa Tganu mjadi pilihan adalah kerana batiknyer, nasik dagangnyer, keropok lekornyer, Ikan Celup Tepungnyer, dan kedai emasnyer..kuang3..lebih banyak pilihan dan cantik2.


okkee..sekian tima kasihhh