Followers

Advert

Sunday 25 July 2010

Kehidupanku Yang Berbeza..

Alhamdulillah, lafaz syukur sentiasa ada di hati ini. Semalam seharian my siblings Kak Wok, Fiza, and Non serta famili berada di umah mnolong mbuka kotak2 'hadiah' dari Birm. Kiranya ada lagi 20% yang belum dibuka selepas ini.
Hujan lebat membasahi bumi, tapi aircond kat umah masih lom dapat di off kan..I masih lom dpt tima suhu mesia. Bil elektrik 3 minggu dah sampai semalam, RM90..maak aai, tp apa kan daya.
Malam tadi sebelum melelapkan mata, banyak perkara yang kufikirkan..di antaranya tentang kehidupanku yang berbeza hari ini. Apa yang jauh sangat bezanya tuu..?
1. Dulu..bangun subuh jam 6 pagi, wat sarapan, kul 7.10 g sekolah. Sekarang..jam 6 pagi I dah kene dalam keta..memandu ke sekolah. Kalo idak..alamat melalak la I sangkut dalam jem.
2. Dulu..mengajar P.Islam, mmg opsyen I, sekarang..I ahlil muzik, studi sampai juling2 bijik mata nak tulis lesson note tp x jupa jalan.
3. Dulu..sekolah itu duniaku..balik umah steady jer kalo jam 3 ptg, itu biasa, kerana sekolah itu duniaku..sekarang, kul 1.20 I kene drive balik sbb Awin perlu dihantar kekelas tambahan di SKBR. Sian puteri I, balik2 terus sit UPSR. Mujur dia tabah dan kuat semangat. Itu yg I nmpk luarannya. Kadang2 I layan juga pasaan dia yg keciwa kerana perbezaan cara UK dan Mesia.
4. Dulu..I kuat melalak..sekarang..pasan juga, kureng sikit dah..sebab kesusahan demi kesusahan idup di UK mematangkan I..bukan suma yg kita pinta Allah perkenan. Dia sentiasa memberi kita yg terbaik. So rasanya lebih tenang dan lebih tabah mhadapi hari2 yang mendatang.
5. Dulu..I gila keje..rasanya itu yg paling sesuai kot ngn I sebab pikiran ni hanya..sekolah..sekolah..Sekarang..mood sekolah I lom bape ada..haha..asik lupa yg sekarang I adalah chekgu bizi..bukan lagi chekgu coti..uwaawawaaa
..Betapa..berbezanya kehidupanku hari ini..

2 comments:

  1. Salam Khai..

    perbezaan2 pengalaman menempuhi hidup akan membuatkan kita lebih matang dan tabah menghadapi segala kesukaran yang mungkin hanya secebis dari kesukaran orang lain. :)

    ReplyDelete