Followers

Advert

Sunday 18 July 2010

Resepi Kek Coklat Kukus

Satu2nya kek yg pandai I buat..sebab dikukus agaknya..kalo buat kek laain..ada jek masalahnya cam merekah kat atas laa..xnaik laa..menunjukkan I ni mmg tak bape ada bakat kat kek. he3..

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin cair

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)

3. Angkat dan sejukkan.

4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.

5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.

6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.

7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.

8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

3 comments:

  1. kalau ada gambar kek coklat lagi semangat nak mencuba...hehe. =))

    ReplyDelete
  2. Teman kurang gemar makan kek coklat ni..
    tapi tk tolak sekiranya diberi..
    Anak3 teman ..memang hantu makan kek coklat ni..
    p/s- kek coklat yg dah siap tu tak de ke chekgu? Semawa yg dah siap tu kan senang..haa

    ReplyDelete
  3. hahaha
    time raya baru den buat


    cuba ekau bagi pandangan sikit jik bro berada ditempat orang2 nih

    P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba - Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!

    ReplyDelete