Aku cuma manusia biasa..kelemahan ada di mana2. Rasa ingin menangis, ingin meluahkan segala2nya, tp sedar dan sangat insaf, takkan ada yg memahami kecuali aku yg merasakannya. Sesungguhnya Allah Maha Pengatur yang Maha Bijaksana. Dia beri segalanya yg terbaik. Justeru itu, sedaya upaya aku cuba melalui hari2 yg mdatang dengan sebaik mungkin. Mengukir senyuman pada setiap mata yang memandang agar keperitan sebuah perasaan mampu disimpan rapi.
Diam itu emas, mengharapkan kasih Allah akan bersamaku. Mudah2an Dia memberiku kekuatan dan ketabahan agar aku dapat menyesuaikan semula hari2 di bumi kelahiran ini. Rupanya melalui saat ini begitu perit. Kadang datang pasaan sayu, merindui masa lalu!
Hari ini, terlalu sukar menghadapi kerenah manusia dikeliling.
Macam2 ragam.
Bukan aku tak paham bahasa lirikan mata dan senyum sinis,
Bukan berprasangka tetapi jelas segala2nya.
Tertanya2 selalu..
Dah makin nipis budi bahasa rupanya.
Dah makin tebal dengki khianatnya.
"Akulah paling hebat dalam segalanya"..itu gaya biasa..
..terkejar2 mengurus masa..
..jemputan perlu dipenuhi, mak kat kampung wajib diziarahi, anak pula minta dilawati kerana ada kelas ganti xdapat balik. Rasa setiap minit sangat berharga.
..di jalanraya..aku boleh kena darah tinggi krn stress dengan cara pengguna jalanraya. Cilok mencilok tah dari mana, tau2 dah menyelit kat depan, brek kcemasan itu biasa. Lampu merah deme redah.
..harga barang..toksah cherita..hulur aje cap agong tu jgn byk kira kelak lebih pening jawabnya.
..sian kat Awin yg tpaksa catch up suma mata pelajaran. so tusyen kene hantar ari2.
..cuaca..dah sebulan, tp masih kepanasan.
Every night..sebelum lelap mata..hatiku tertanya2..bila aku nak mula rasa biasa suma nih. Teringat UK tanpa stress kecuali weather sejuk yg tiada tara..teringat sistem pendidikannya, sedang aku kat sini terpaksa kembali pada sistem yg aku sendri merana berada didalamnya. Siapakah yang mengerti..kecuali hanya aku yg merasakannya. Peningggg laa..uwaaaa
Ayat lazim 'sistem pendidikan jauh lebih baik dari sistem pendidikan di negara-negara lain'. Hmmmm.....
ReplyDeleteSabarlah cikgu..
ReplyDeletePuting beliong tu akan berlalu..
mau tak mau kena hadapi..
jgn dok melayan sangat sikap remeh temeh rakan sejawatan dan yg sewaktu dgnnya...
Lihatlah..kalu begini keadaan..
kemana anakmurid yg mahu dididik...
tidak heran lah bermacam masalah yg timbul dari anak2 didik sekarang..
Isikan minda cikgu dgn hal2 pengajaran dan permasalahan utk kebaikan anak murid...
lali dgn keadaan ..menjadikan masa berlalu begitu cepat..
Senyum selalu..cikgu..
bawa2 bersabar cikgu yer
ReplyDeleteP/S : Entry 18SG : Ayam Nih Tak Masak Lagilah! Aku Gigit Tersembur Darah Ayam Nih!
kak ciks : byk perkara yg kadang cuma mampu ditelan dan tak mampu diluahkan.
ReplyDeleteLan : Saya cuma manusia biasa, tersentuh juga ati kadang tu. Kita adalah contoh terbaik. tp berapa kerat yg sedar. dunia kan dah nak kiamat..
ReplyDeletehans : hamboi2..ni anak murid baik nih..
ReplyDelete