Followers

Advert

Showing posts with label Catatan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Perasaan. Show all posts

Monday, 26 April 2010

Entri Emo..

Tetiba mama rasa rindu sangat pada bang Adib. Abang Adib mungkin x tahu, tido mama sering terjaga, kerana sangat merinduimu. Perpisahan ini sukar, melepaskanmu dalam usia yg terlalu muda, yg mmg mama tahu abang belum cukup bersedia, but mama pasrah. Mama tawakkal dan hanya menyerahkanmu pada Allah. Moga dirimu dan anak2 mama yg lain menjadi manusia yg sentiasa dalam peliharaan Allah. Kalaulah hati mama ini transparen, abang boleh lihat betapa ia penuh dengan seribu satu bebimbangan. Tapi mama x mampu nk luahkannya. Sebab tu mama selalu sebut, mama sentiasa mendoakanmu. Perkataan itu penuh dengan maksud.
Doa mama meliputi segalanya..
Mendoakan kesihatanmu sejahtera sentiasa
Mendoakanmu mampu menjaga ibadah dengan sempurna
Mendoakanmu tidak lupa membaca quran setiap hari
Mendoakanmu menjaga adab2 dan batas pergaulan antara mahram
Mendoakanmu menjaga makanan
Mendoakanmu mjaga lidah dan tingkahlaku
Mendoakanmu mampu menghadapi dugaan dan ujian Allah
Mendoakanmu agar istiqomah dalam ibadah
Mendoakanmu agar urusanmu Allah permudah
Mendoakanmu agar tidak leka dengan hiburan
Mendoakanmu agar berfikir dahulu dalam tindakan
Kerinduan dan kasih sayang mama kerana Allah, kerana sedar dirimu dan anak2 mama adalah amanahNya. Jika mama tegur bukan bermakna mama suka bising, tetapi ia adalah nasihat dari insan yg melahir dan membesarkan, yg dihatinya penuh dengan kasih sayang. Kita harus saling menjaga, kerana antara kita ada tanggungjawab. Mudah2an Allah pelihara dan kasihi kita di dunia hingga akhirat. Amin.

Tuesday, 6 April 2010

Catatan Utk Su

Su, perkara yang paling aku tak suka,..tak dapat tido dan merinduimu. Tengok jam..tentu awak baru nak bangun semayang subuh, 6 pagi waktu mesia. Aku nehh..terkebil2 tengok jam, waktu UK 11 malam. Tadi siang kita dah bersembang 40minit, tp sbnrnya sikit pun rinduku tak berkurang. Dua tiga hari ni aku rindu betul. Kesibukan buat persiapan nak pergi bercuti menyebabkan aku tiada kesempatan nak call. But syukur today ada ruang.
Sebenarnya Su, tadi tgk gambar2 u kat facebook. Hati I sayu tengok wajahmu yang sedikit cengkung. U nampak kurus, I betul2 rindukan U yg dulu..yg tembam, yg manis. Keperitanmu menanggung ujian ini adalah kepahitan jua untukku. Namun, ketabahan dan kesabaranmu adalah hadiah yg paling berharga buat persahabatan dan persaudaraan kita.
Su, I nak u tahu, ketabahan jiwamu menjadi nadi ketabahanku.
Kita serupa tetapi nasib berbeza. Yakinlah pada kebesaran rahmat,kasih dan sayang Allah, kita akan bersama semula seperti hari2 ceria suatu ketika dahulu. Insyaallah. Kita akan sama2 membesarkan, melihat kedewasaan anak2 kita dan ragam mereka. Persahabatan kita rupanya suatu anugerah Allah yang tiada nilainya. Doaku bersamamu selalu sahabatku..

Tuesday, 30 March 2010

Kepenatan Tahap 3

Kepenatan Tahap 3??..aku cipta sendrik stage nih coz da bape ari ni emo semacham. Pompuan ini yg selalu bermain ngn emosinya. Pagi ahad bangun tido da sedih tah napa rindu sangat ngn anak bujang yg jauh nun..baca msg2 abang adib lagi la buat mama rasa nak terebang pulang. Terebang pulang?? oh no..no..packing masih lom siap..
Packing?..owh..no..no..nak ke Swiss minggu depan pun masih lom siap. Banyaknya check list yg perlu dibuat.
..kat tempat kereja mula la melayan pasaan. Miriam lak tambah kawasan ari isnin lepas. Mula la makchik menangis dalam ati. I buat cpt2 bukan sbb terer..tp sbb nk cpt berehat.
Finally..keletihan I dah tahap 3. dah parah..but, dilarang stress. Fight2..ingat ..jika masalah itu besar, maka kita harus lebih besarrrr dari masalah itu.
Weather uk ni pun..napalah sampai dah nak balik I masih x dapat adapt. Now dah spring, but heater kat umah ni masih kene onn, kalo tak..abislah. Mmg manjang dalam pantang le gamaknya, berstoking 24jam. sian kaki I, dia pun nak bnapas jugak..
I tahu, Allah nak perkenankan doaku, tiap kali lepas solat mmg tak penah lupa mohon ketabahan dan kesabaran. Justeru Allah bagi bersamanya ujian. Barulah tahu apa makna kesabaran dan ketabahan yg Allah nk beri. Dia takkan bagi segedebuk dlm ati kita. Ya Allah, hanya Engkau yang maha mengetahui apa yg terbaik untukku..