Tetiba mama rasa rindu sangat pada bang Adib. Abang Adib mungkin x tahu, tido mama sering terjaga, kerana sangat merinduimu. Perpisahan ini sukar, melepaskanmu dalam usia yg terlalu muda, yg mmg mama tahu abang belum cukup bersedia, but mama pasrah. Mama tawakkal dan hanya menyerahkanmu pada Allah. Moga dirimu dan anak2 mama yg lain menjadi manusia yg sentiasa dalam peliharaan Allah. Kalaulah hati mama ini transparen, abang boleh lihat betapa ia penuh dengan seribu satu bebimbangan. Tapi mama x mampu nk luahkannya. Sebab tu mama selalu sebut, mama sentiasa mendoakanmu. Perkataan itu penuh dengan maksud.
Doa mama meliputi segalanya..
Mendoakan kesihatanmu sejahtera sentiasa
Mendoakanmu mampu menjaga ibadah dengan sempurna
Mendoakanmu tidak lupa membaca quran setiap hari
Mendoakanmu menjaga adab2 dan batas pergaulan antara mahram
Mendoakanmu menjaga makanan
Mendoakanmu mjaga lidah dan tingkahlaku
Mendoakanmu mampu menghadapi dugaan dan ujian Allah
Mendoakanmu agar istiqomah dalam ibadah
Mendoakanmu agar urusanmu Allah permudah
Mendoakanmu agar tidak leka dengan hiburan

Mendoakanmu agar berfikir dahulu dalam tindakan
Kerinduan dan kasih sayang mama kerana Allah, kerana sedar dirimu dan anak2 mama adalah amanahNya. Jika mama tegur bukan bermakna mama suka bising, tetapi ia adalah nasihat dari insan yg melahir dan membesarkan, yg dihatinya penuh dengan kasih sayang. Kita harus saling menjaga, kerana antara kita ada tanggungjawab. Mudah2an Allah pelihara dan kasihi kita di dunia hingga akhirat. Amin.
No comments:
Post a Comment