Followers

Advert

Tuesday, 6 April 2010

Catatan Utk Su

Su, perkara yang paling aku tak suka,..tak dapat tido dan merinduimu. Tengok jam..tentu awak baru nak bangun semayang subuh, 6 pagi waktu mesia. Aku nehh..terkebil2 tengok jam, waktu UK 11 malam. Tadi siang kita dah bersembang 40minit, tp sbnrnya sikit pun rinduku tak berkurang. Dua tiga hari ni aku rindu betul. Kesibukan buat persiapan nak pergi bercuti menyebabkan aku tiada kesempatan nak call. But syukur today ada ruang.
Sebenarnya Su, tadi tgk gambar2 u kat facebook. Hati I sayu tengok wajahmu yang sedikit cengkung. U nampak kurus, I betul2 rindukan U yg dulu..yg tembam, yg manis. Keperitanmu menanggung ujian ini adalah kepahitan jua untukku. Namun, ketabahan dan kesabaranmu adalah hadiah yg paling berharga buat persahabatan dan persaudaraan kita.
Su, I nak u tahu, ketabahan jiwamu menjadi nadi ketabahanku.
Kita serupa tetapi nasib berbeza. Yakinlah pada kebesaran rahmat,kasih dan sayang Allah, kita akan bersama semula seperti hari2 ceria suatu ketika dahulu. Insyaallah. Kita akan sama2 membesarkan, melihat kedewasaan anak2 kita dan ragam mereka. Persahabatan kita rupanya suatu anugerah Allah yang tiada nilainya. Doaku bersamamu selalu sahabatku..

Meredunya Sora Nehh..



Layan pasaan tingat zaman muda2..

Monday, 5 April 2010

..Aiman Taak Kisaaah..


..Aiman tak kisaah..sapa lah penye idea cipta klise nih, ..coz Aiman mama exactly tak kesaaah. Memanglah sapa nama Aiman nehh..memang betul dia tak kisah kot.

Sedang mengemas laci buat keje2 deep cleaning, jupa sijil Aiman masa dia Year 9 kat Aston Manor. Dalam sijil tu dicatat, 3times late. Haaa..sijil sekolah sini, bape kali lambat pun catat dalam sijil. Maka mama tanya..

"eman tak rasa apa2 ker ngn sijil ada catat 3kali datang lambat nih?"

"hehe..kita rasa cam xpuas ati jugakla.."

"sebab apa?"..( soalan neh dengan harapan aiman akan menyebut kesalahan dan menyedari kesilapannya..)

"patutnya lambat tu kita nak cukupkan 5 kali ker..10 kali ker.."

..ya ampuuun anak mama..

..desyum..dusyum..mama rasa nak tumbuk2 je muka sengih2 kamooo itu!!

napa le aiman nih betul2 tak kisaaahhh..tensennyeeer!

Sunday, 4 April 2010

No Wonder..

kerja2 mempacking yg dibantu oleh si kenit..lastly, dia yg masuk kotak

.. mama packing sekali kang..baru tau!!

ni sesi interview kakak ngn abah..haha..ada2 jer zikri..


pas tukar nappy..tq kakak


posing sat lepas tukar nappy. sebut cheese..sampai lentok2..hadodo..


No wonder..napa letih sangat nehh..upanya seharian nih I telah berjaya melaksanakan tugasan suri umah tahap 3. Ni stage kegemaran, kalo da separuh pengsan baru reti diam. Mangun pagi, semayang subuh, buat teh, bakar garlic bread buh cheese penuh2, masak bubur ayam Zikri yang masih tak sihat kerana sakit perut, sian Zikri muntah2 dah 3 ari tp menteeen lincah. Pastu g carboot, carik booster Zikri tp xda hasil. Balik carboot lipat kain, then, mbasuh pakaian yg xleh masuk mesin, basuh pinggan, lap dapur. Solat zohor, kuar cari garlic, onion, ginger yg da kehabisan stok. Pecaya tak..sekali beli onion 10kg. maaak..kalo kat mesia I dah leh buat ladang daun bawang rasanya..tumbuh akibat tidak dimasak. ekeke

Balik kedai, buat prepareration utk g Swiss, just satu menu iaitu sambal tumis. Frozenkan, solat asar, then masak utk makan malam, mee goreng, but, mama just buat paste utk mee, pastu mintak tulun abang gorengkan mee coz I da nak pengsan. Sementara tu, sambung mempacking barang2. After solat magrib, sementara nak tunggu isyak, mama rasa nak pengsan sangat nehh..no wonder mama nak gugur syahid..keletihan tahap 3.. hari2 terakhir di bumi permaisuri Britain.

Saturday, 3 April 2010

Diam Itu Lebih Baik

Dari Abu Hurairah Radiallahu anhu bahawa Rasulullah saw bersabda (yang bererti) : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka ia hendaklah memuliakan tetamunya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Entri kali ini hanya ingin fokus kepada isi penting pertama dalam hadis di atas. Sebab hadis ini menekankan kepada 3 tuntutan sebagai muslim, iatu memelihara kata2, memuliakan jiran dan memuliakan tetamunya. Diam di sini bermaksud emas jika apa yg kita nyatakan akan melukakan hati dan perasaan orang lain,tidak mendatangkan faedah maka kita perlu diam. Fikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata kerana kata2 ibarat ubat, jika sedikit ia menyembuhkan, tetapi jika terlebih nescaya membunuh.

Memanglah dalam kehidupan seharian kita memerlukan komunikasi sama ada secara verbal atau non verbal. Namun, sejauh mana manusia hari ini berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata2. Nabi bersabda barang siapa yg beriman dengan hari kemudian hendaklah ia berkata perkara yang baik yang membawa kepada mengingati Allah dan rasulnya. Namun, jika kata2 yg keluar dari lisan kita lebih membawa keburukan maka diam adalah sebaik2nya.
Sebenarnya hadis di atas adalah motivasi kepada diriku hari ini. Memujuk hati yang KECIWAA..(uwaa)... Aku tidak bersalah..huwaaa
Kadang-kala langsung tidak kita duga apa yg kita lakukan begitu mudah menjadi topik perbualan kepada orang lain. Rasanya dah jaga tingkah laku, perbuatan, molot.. agar tidak melukakan. Tetapi bila keluar dari molot ayat penyata yg sangat memeranjatkan buat aku jadi berfikir.
"Pukul bape abis wat pojek tuuut..semalam?" tanya A kpd B, kami ada buat pojek bersama kwn2 utk suka2 membesokan badan.
"owh, kul 10"..jwb B
"dapat bape banyak?" A tanya agi pd B.
"lbh kurang 100 kot" jwb B
"sy buat sorang2 leh dpt lebih dari tu" kata A.
Maka B pun terkedu..apa maksudnya ya. Tak buleh ker ya kami kumpul2, wat pojek ada hasil sesama kami.
Diam itu lebih baik dari melukakan hati orang.
Diam itu emas jika kita elak dari bcakap pkara yg tidak ketahuan.
..atau, takat mende remeh orang lain, xyah sibuk2 ar nak amik tau, pastu kuarkan ayat penyata yg buat org yg mdgr tertanya2.
owh..ragam manusia, elok sahaja kubakul sampahkan daripada buat serabut kepala. Memang manusia ada banyak ragamnya.

Thursday, 1 April 2010

Allah Peneman Paling Setia Dalam Apa Jua Keadaan

Anak2 mama dan untuk diri mama sendiri, jadikan Allah dan Rasulnya sebagai motivasi diri dan matlamat hidup. Kadang mama terfikir, bersedia dan cukupkah bekalan kita nanti. Dunia jangan beria dilayan, memang tak pernah cukup dan puas. Apa2 juga, ingatlah bahawa Allah matlamat kita. Kadang langkah kaki kita tersandung, kesilapan dan dosa telah tercipta, kembalilah kepada Dia Yang Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun. Baca dan teliti, fahami dan fikir setiap maksud firman Allah dan sabda baginda saw ni, yg sememangnya mjadi penawar hati setiap kali tekanan melanda.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar Rum: 21)

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar: 53)

Allah SWT juga berfirman : Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56). Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman: Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasulullah SAW: "Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya".

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al Baqarah: 286)

Surah 4 - An-Nisa (MADINA) : 32 Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

Jaga hati kita elok2, jangan ada walau sedikit pun niat untuk menganiaya atau mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.

Zikri Fahmi..Apa Dah Jadi..??

..hahaha..leh gelak lagi tu..

airmata bercucuran, shiannya anak mama..

..dah tak ensem..leh sebut cheeesee bila hala kamera..

Apa dah jadi dengan tomei chenta hatiku ini. Mama duduk dalam bilik sementara nak tunggu masuk waktu maghrib. Aiman tetiba lari masuk bilik dan amik kamera. Muskil sungguh..terdengar pula suara Zikri menangis tak lama kemudian.

"Ma..tengokk..apa dah jadi ngn Zikri.." Aiman tunjukkan gambar kat kamera, dan Awwin naik sambil dukung Zikri yg senyum2. Ya Allah..pipi lebam cam budak kene dera..

"Dia menari2, pastu tertumus kat piano, nak buat cam breakdance.." Aiman bagitau.

Mama cuma mampu geleng pala, sapu ointment kat lebam tu.
Zikri owh Zikri, napa le ligaaat sangat nakkk..