Followers

Advert

Thursday, 25 November 2010

Kesian..Kasihaann..Simpati..

thks cik shuu.. kata kiki..

Simpati, berasa kasihan..kesian..pada diriku atau pada siapa? Semalam emosi seperti gunung Merapi, tapi mujur berkat kesabaran dapat dikawal. Berusaha bersungguh2 mencampakkannya ke longkang kerana dalam hidup kita ni baaanyak sangat perkara lain yang kita perlu lakukan.
Setiap kejadian yg Allah takdirkan tiada satu pun bersifat sia2. Malah suatu tindakan paling bodoh pun tetap terkandung hikmah bagi kita manusia lain yang berfikir agar tidak melakukan sesuatu secara melulu.
Terima kasih Su kerana menjadi sahabat setiaku. Terima kasih Ina kerana selalu menyokongku. Meminjamkan tangan saat kuperlu. Syukurku pada Allah kerana menemukanku dengan Ira, Azizah, Suhartini, Diana, Salhaliza, Adi, Aizzi, Hairul, Ustaz, Amani, Suhaida..serta sebahagian warga SKTR kerana kalian menghadiahkan persahabatan yang tulus tanpa sebarang prejudis, senyuman yang sering kuterima tergambar ketulusan sekeping hati.
Aku letih kadang melayan sikap manusia yg tah hapa2..menuntut sebuah kesempurnaan tanpa dapat menerima kelemahan seadanya. Yang namanya bersahabat itu baik buruk dapat diterima. Jika terdapat keaibannya kita tutup. Kelemahannya mungkin melukakan tetapi itu yg harus ditelan dan disimpan agar persahabatan dapat dikekalkan. Tapi selagi namanya manusia..buat baik pun dikata, buat jahat lagilah seronok mengata, duduk diam2 dikata juga. So moralnya spt yg berjaya dilakukan semalam..campakkan aje ke longkang. Teruskan berbuat baik kerana yang baik juga akan datang kepada kita kerana Allah Maha Mengetahui. Sekeping hati yang ada ini harus kita jaga kesuciannya, jangan biarkan titik hitam makin banyak hingga menutupi putihnya hati. Didik jiwa supaya bersabar dengan menjaga lidah agar tidak ada hati yg semakin terluka kerana kita.
Memandang hari depan dengan positif. Kejadian semalam pemangkin pada sebuah perjuangan. I xkan kalah pada cabaran. Senyumlah seindah suria, mudah2an ia memberi manfaat kepada seluruh alam, menenangkan jiwa yang melihat, menghadiahkan tulusnya persahabatan, menjalin ukhuwah mudah2an berkekalan. Bertemu dan berpisah kita keranaNya. "Selagi kau belum mengenali siapa aku, jangan pandai2 nak buat mcm2 spekulasi dari mulutmu". ni amaran terakhir, pasni noktah. so really kesian kat aku kan..kita kene kesian kat diri sendrik..
huhuhuhuwaaaaaa...

Friday, 15 October 2010

Bunyinya seperti Membebel..

Dulu, sebelum ada pengalaman duduk merantau, banyak perkara yg berlaku di negara kita I anggap yg terbaik. Tetapi betullah orang kata..banyak berjalan luas pemandangan. Dalam sistem pendidikan kita yg terlalu rigid, dah lama I kecewa. Bila anak2 bsekolah di UK, laagilah I terasa. Dulu, bila kawan2 kat Birm citer pengalaman anak2 yg bsekolah kat sana xmau g sekolah bila balik, cikgu kat Mesia suka marah. Takmo g sekolah sebab kawan2 suka ejek, I anggap itu hanya kerenah. Maklumlah sebab I cikgu, dlm ati da sedia maklum dgn beban tugas guru yg tak terpikul. Tetapi bila balik, kene kat batang idung sendirik, tengok kawan2 yg tahap marahnya sampai macam cikgu lain x reti nak marah murid buat banyak kali I terkedu. Awin pun sama, kene buli sampai tahap I yg banyak menangis sebelum tido, berpikir cemana nk solve, tp nmpknya jln penyelesaian yg terbaik adalah menelan kepahitan dengan bersabar. Ini realiti kehidupan, Awin kene tau bezakan mana yg baik dan buruk. Itu yg selalu I ingatkan dan minta dia banyak bersabar dengan tidak melayan kawan yg suka cari pasal.
Pagi tadi on d way nak g sekolah ati ni rasa cam nak malatop. Pjalanan nk ke Sg Long mesti mula seawal 6.15 pagi, selepas time tu biasanya alamat melalak lerrr..Jem kat pekan Semenyih yg bermula dari Bandar Rinching lagi akan buat sesiapa sahaja leh stress jika kuar lambat. Bayangkan, ia berlaku sejak tahun 2000 lagi, n 2010, dah 10 taun tempuh jem. Kuar awal gelap2 bukan mudah bagi I, taska Kiki selalu x buka lagi time nk hantar sebab sebelum Kiki dihantar ke situ mereka beroperasi kul 6.30 pagi, but bila ada Kiki I minta premis tu mula kul 6.10 sebab I kene start racing around 6.15. So sebagai alternatif now minta Aiman tlg hantar adiknya kul 6.40 ke taska sebelum g sekolah. I xsanggup ari2 sampai lambat ke sekolah.
Apa yg buat I mbebel..ada 3 buah lori panjang bawa muatan konkrit merangkak2 kat jalan di saat I nk g sekolah. Mak aaai..bila pandang cemin belakang..berderet cam jem kul 7.00 pagi walhal time tu kategori awal. Nk memotong mmg tade harapan sebab mmg xleh motong pun.. Persoalannya, napa gunakan jalan ni waktu org tgh sibuk. Ni bukan highway. Mana polis traffic ker..JPJ ker..Polis traffic satu hal, ada ker patut buat sekatan jalan raya kul 7.10 pagi kat lebuh raya Lekas. Time orang nak g keje..
Nak aje I bgtau, kat UK x ada road block. Polis traffic xkan tahan orang selagi kesalahan tak depan mata. Sebab deme ada sistem. Kalo ikut belakang keta deme chek kat sistem bahawa insuran keta tu nama lelaki, sedang yg drive tu pompuan, barulah deme berminat nk tahan. Kita xkan nmpk polis menyabung nyawa berdiri tgh panas, kat tgh jalan. Naak aje I suh deme balik opis, g buat sistem yg kemas. Kamera sepanjang jalan buat pemandu tak berani nk speed pun termasuk I masa kat sana dulu. Kene saman gerenti cuak coz sayang duit satu hal, denda merit lbh nyakitkan. Kat sini..sian polis susah2 tahan orang, tulis saman jela2, haram x dipedulikkan. I rasa daripada duk tgh jalan elok g ronda kat kwsn2 perumahan, sbb siang2 pun penjenayah pecah umah. Malam2 satu hal, nk tido xleh sebab ketakutan. Ari2 baca surat kabo nyawa manusia cam muraaah sgt2. Polis hanya leh tangkap bila dah mati..cam kes arwah Sosilawati, dah ramai yg dikuburkan kat Ladang Gadong baru terbongkar berderet yg dah jadi mangsa.
Membebel kat sini jer la yg I mampu..sbb I tau bukan ada sapa pun nk dgr luahan atiku..uwaaa

Sunday, 10 October 2010

Resepi Asam Rebus Batang Keladi


Semalam..I tolong kak Zana sediakan makan tengahari untuk cikgu2 yg x balik. Bagus kan kak Zana ni sbb prihatin dgn kebajikan chekgu2. Kat sini I terpaksa tepek resepi ni coz acelly I sendrik cuma mintak kat mak selalunya bila nk makan asam rebus batang keladi. ngeh3..maka ini resepi mak utk tatapan dan rujukan bila next time I nak masak. Semalam demi kawan2 I masak jugak, tp kira orait kot. hihi


- satu rumpun batang keladi yg I rasa dalam 10 pelepah (eh betul ke penjodoh bilangan utk tiap batang keladi tu? )disiang, xyah rendam kat air bimbang gatal. Didihkan air, buh garam, basuh dan cpt2 masukkan dlm air mgelegak. Biar lembut n toskan.
- secekak daun kesum
- 4 batang bunga kantan

5 labu bawang besar, sebab semalam tu setengah piyuk besar. so adjust sndrik plsss
6 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
segenggam bilis
seinci belacan
-blend together

*satukan bahan yg diblender, jerangkan air secukupnya, buh asam keping secukup rasa masamnya. Biarkan mdidih, masukkan batang keladi.
last sekali, masukkan daun kesum n bunga kantan. Adjust garam n masamnya.

idea dari kawan2 belah utara, deme suggest masukkan isi ikan kembung dalam 2 ekor utk lbh umph. Leh I cuba nxt time okeeh..


Hari Kanak-Kanak & Jamuan Raya SKTR

.. ni jawatan hakiki I dalam tajuk di atas..bahagian pentas dan psiapan tempat.
Bpeluh..mujur bos..cikgu Adin baik ati..huhuhu..

tolong2 mana yg patut sesama ringankan keje

Beruntung I bkawan ngn adik2 yg manis2 nih..Diana n Liza sebab auranya sampai kat I..wakakaka..

Posing jap bsama mc Ira yg manis betul kan senyum dia..
(fotogenik betul kawan I neh..sweet..)dan sohabat2..Amir dan Aizzi
Upanya penat dan sakit tangan keje2 mengacau rendang sekawah nih..
I buat jap aje, kederat I tadeee..uwaaa

tolong buat teks ucapan utk GB..

kat dapur prasekolah

Semalam sambutan hari kanak2 dan jamuan raya bsama parents peringkat sekolah. Semua dijayakan dengan gotong royong antara guru, parents dan murid2. Dari kupas bawang hingga menghidang. Memang penat tetapi I seronok kerana mengimbau kenangan manis kat Birmingham. Sesekali seronok gotong royong camni, tapi rasanya xleh buat selalu kerana..bila lepas majlis..pinggang I nak patah dua. Hahaha..sebab jarang2 buat keje tak berenti cenggini agaknya kan. Apapun, mmg majlis ni mcapai objektifnya I rasa kerana jalinan silaturrahim kita semakin erat. I yg masih blur kat sekolah ni mula menyayangi Ira, Diana, Liza, Faiza yg x dapat join coz ada kelas, Amani, Suhaida, Sumilah (sekadar mneyebut beberapa nama..echeche dan yg lain2 yg mula rasa selesa bila bsama mereka). Sebelum ni I x ingat nama cikgu Adin yg mana satu tp pasni I kenal sbb dia boss pentas dan psiapan tempat yg baik ati. ngeh2.. Dari majlis ni juga I sedar bahawa I dah xpandai anyam ketupat setelah tah bape kali pcubaan. 3 taun x anyam leh ilang skill. Tpaksa bljr semula nampaknya. Semoga silaturrahim kita kekal hingga ke syurga. Bertemu dan bpisah kita kerana Allah.

Saturday, 9 October 2010

Hepi Betday Kiki..





Adohaaii..berhabuk dah blog mama..lamanya x update. Macam2 perkara mama lalui semenjak abah berangkat ke UK. Susahnya keje2 yg sepatutnya diselesaikan bersama terpaksa dihadapi sendirian.
Sok betday Kiki, dah 2 tahun anak mama. Alhamdulillah..Teringat dua tahun lalu masa ni mama kat umah tolong Yusnita prepare open house, then tgh nak wat kari ada signal nk bsalin..Pengalaman melahirkan Kiki kat Birmingham Hospital sangat manis untuk dikenang. Kiki lahir dengan kata2 semangat dorongan dari midwife dan abang. Menjaga Kiki bukan susah. Dia anak yg tenang dan ceria, sihat dan manja kerana abang Adib, abang Aiman dan kakak sentiasa melimpahkan kasih sayang dan pandai melayan adik. Mama bersyukur sgt2 kerana anak2 mama pandai membantu menjaga Kiki. Cuma dugaan buat Mama sejak balik ke tanah air.
Kiki dah dua kali dapat pnuemonia. Dua kali dalam tempoh 2 bulan. G taska sehari demam lagi. Now dah 3 kali demam. Ati mama selalu risau mengenangkan status kesihatan Kiki sejak balik. But kata2 semangat dari doktor last week buat mama sedikit lega. Kiki sedang develop antibodi ngn psekitaran yg baru. So dalam tempoh 6 bulan maybe Kiki akan demam 10 kali. Maak aai..betapa dugaan mama..
Apa pun mama yakin mampu hadapi dengan sokongan anak2 yg lain. Allah akan bersama disisi org2 yg sabar. Walau kadang2 menangis, tp ia bukan keluhan, cuma rintihan kepada Yang Maha Mengasihani. Ya Allah Kau anugerahilah anak2ku kesihatan dan kesejahteraan, moga mereka menjadi anak2 penyejuk mata dan hati, menjadi hambaMu yg patuh dan mampu berbakti kepada seluruh alam. amin ya robbal 'alamin.

Wednesday, 22 September 2010

Penat pikirannn..

Kiki, makanlah sikit..penat kupujuk tp x laku. Ni ari ketiga Kiki demam. Aiman pun demam. Dah dua malam tido I ngn Aiman x lena, Awin pula sit UPSR. Tday Aiman semakin sihat, dah leh g sekolah. Orang yg x paham agaknya boleh jer bagi andaian..masih boleh mengupdate blog. Acelly buaian Kiki kat sebelah, sambil gerakkan buai bila dia terjaga. Melayan pasaan dan bosan maka rajinkan tangan. Ati ni risau kerana tidonya asik terkejut. Tak boleh ditinggal langsung kelak tdengar le tangisannya. Demamnya cuma bkurang sikit, badan tetap panas. Batuk2, muntah. Jangan takutkan mama dengan pneumonia aritu. Kalo masuk wad cemana mama nak urus kakak awin yg tgh exam. Ni pun rasanya ramai kenkawan kat sekolah dah panas ati coz lambat anto Awin. Bukan mereka tau kesusahan ini. Pandangan mata yg bulat masa I anto Awin ari ptama UPSR, telinga ni mmg dgr sendrik mulut mengata sorang lagi yg masih lum sampai. Muka ni mmg cuba menten senyum depan orang tp hati ni remuk Allah Yang Maha Tahu. Memandang sinis masalah orang lain..itulah kejenya. Lupa agaknya kita kan, kali ni kita diberi kelapangan, esok lusa kita x tahu apa agaknya akan blaku bahagian kita. Letih pikiran!
Tp syukur juga, kalo x jadi perkara begini maybe I masih buta. Ya Allah, Kau berikanlah aku ketabahan walau terpaksa melaluinya sendirian..amiin..

Monday, 13 September 2010

Raya..Ria dalam Sayu..

..sengaja pakai baju sama corak ngn suma adik bradik, cuma lain kaler,
mengimbau zaman kanak2 mak jahitkan baju sama sekayu..hehe..

Eid Mubarak buat semua sahabat muslim blogger yang kukasihi. Doa paling tulus mudah2an Allah perkenankan..moga sahabat semua diberi kesihatan dan kebahagiaan dalam meniti kehidupan. Raya ria yang sayu bagi aku, tapi tidak rasanya bagi anak2 kerana mereka nmpknya hepi aje. Kali ke 3 berhari raya tanpa my chenta ati yg jauhh kat Birmingham ituu..Harapnya ini raya terakhir kami berjauhan, harap2 raya haji nanti kami dapat meraikannya bersama. Mula tu rasa cam ok je, sebab ni soal ati. Padaku yg penting ati kami dekat, jarak cuma pemisah, but bila dengar takbir di ari terakhir ramadhan tu, empangan telah pechah, banjir semahu2nya..tingat abang yg jauh, tingat arwah bapak dan bapa mertuaku yg telah tiada. Rindu yg sangat sakit sampai rasa cam x cukup oksigen. Sesungguhnya hanya yg melalui sahaja tahu sakitnya rindu itu..echeceee..
Cumanya..kata2 abang Adib membuatkan I rasa harus mengenepikan kesedihan. 'Walau raya kali ni abah jauh, tp syukur sebab mama ada'..so I kene fight utk membahagiakan anak2 raya nih. Maka seperti biasa kami menziarahi dua2 nenek, ziarah suma sepupu, siblings, moga ukhuwah dan silaturrahim kekal indah.
Then..cam biasa, masak2 kat kampung.. cumanya cuaca panas. Sakit pala melanda rasa tak sanggup kuar umah, tp sebab raya..maka kugagahi juga. he3..
Raya bagiku kali ini amat sederhana. Tp ia bukan suatu kelainan pun sebab memang sejak dulu I ni sederhana orangnya (sungguh..he3). Aidilfitri more pada kesyukuran berjaya menjalani ibadah puasa, mudah2an Allah menerima puasaku dan semua muslimin muslimat sebagai ibadah. Ia juga waktu yg sesuai menziarahi kwn2 arwah bapa, bekas2 cikgu, sanak saudara dan sahabat2. Ia waktu utk aku mengenalkan kpd anak2 siapa kawan2 mama abahnya. Supaya bila kami tiada nanti, anak2 mampu menghubungkan ukhuwah seperti apa yg kami buat sekarang, menziarahi kawan2 arwah bapa tanda kasih sayang yg berpanjangan. Seronok mendengar crita kawan2 arwah bapak kerana bersamanya buat aku rasa arwah bapa sebenarnya sentiasa di hati. Yang paling penting, ia peluang untuk kami buang yg keruh, ambil yg jernih..bermaaf2an mengukuhkan kasih sayang. Memupuk cinta di hati anak2 bahawa kalian adalah permata hati mama dan abah, yg mesti hidup dalam rukun dan damai saling memaafkan walau apa yg terjadi sesama adik bradik dan saudara mara.
Yang paling sweeet raya ni ialah..melihat kelinchahan Zikri beraya..selain makan cookies..dia keje makan anak orang..asik menggegeeet. Mak aaiii..ikut sapa ni abaaah..mak abang chakap sebijik abah masa kechik2 yg kejenya geget budak ngaji kat umah atuk. uwaaaa