Followers

Advert

Sunday, 28 February 2010

Hari Bosan Sedunia

"yang ni..senyum yg mencairkan rasa.."


Sangat letih today,
tak bermaya, tiada mood.
Cuaca mempengaruhi kot, mendung, gloomy, sejuk.
emosi tak stabil, namanya hari bosan sedunia,
melanda kediaman 241 Frederick Road.
Abang bizi, actually sangat bizi writing.
Ahad pula..maklum, sok mula kija,
maka menambah bebanan perasaan.
kerja mempacking masih dalam angan2,
banyaknya perkara yang harus kufikirkan dan lakukan.
namun malangnya today..hari bosan sedunia. uwaaaa


mujurnya..
anak2 penyeri suasana
zawwin, zikri, aiman dan..
suara adib dan nenek yang jauh di sana pengubat jiwa.


napa ni..napa sumanya tak kena..
dah tau dah..hebatnya dugaan hari bosan sedunia.



Saturday, 27 February 2010

Apa yg tak kena..?

Serabut pala nih bila baca surat kabar kat mesia. Bunuh bayi, pukul isteri, dan sat ni tadi pukul budak umur 3 tahun sampai mati.
Walau kak Dila ngn k.Pah ckp I suka pikir, tp tulah dia nye I. sebab pikir itu pelita hati, penyuluh jalan dan tindakan. Berfikir dgn betul pun boleh mendapat pahala. Mengajar kita bersabar dan berpedoman. Sebab tu dalam al Quran apa2 peringatan dari Allah semuanya disebut, untuk orang2 yg berfikir.
Apa agaknya yg tak kena dgn mentaliti kebanyakan manusia hari ini. Mengapa nafsu lebih menguasai diri berbanding iman. Hidup bukan untuk menongkat dunia, tetapi jambatan ke hari kemudian. So, kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah kepada ajaran Islam. Kembalilah menjaga makanan, kembalilah menjaga solat, kembalilah membaca dan menghayati ajaran dan kandungan al Quran. Jangan menganiaya, jangan kejenya nk ngenakan orang. Jangan amik kesempatan atas kebaikan orang, selamat kat dunia, belum tentu kat akhirat. Mulanya dari keluarga, bina keluarga yg sejahtera dari hasil usaha mencari rezeki yang berkat, mudah2an selamat dan sejahtera hidup kita. Biar generasi yg kita ada boleh berfikir belaka, boleh bezakan mana yang baik dan mana yg buruk.
Ya Allah..pelihara aku, anak2ku, keluargaku, sahabat2ku, muslimin muslimat keseluruhannya. amin..
Luahan hati aku, lepas baca surat kabo pepagi..

Thursday, 25 February 2010

Salam Maulidur Rasul

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w.
Sama-sama kita banyakkan berselawat,
mudah2an di akhirat kelak mendapat syafaat baginda.
Salam maulidurrasul buat semua sahabat2 blogger.
Jadikan akhlak rasulullah sebagai cermin,
dalam apa juga yang dilalui dalam kehidupan.
Mudah2an kita diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.
amiin..

Tuesday, 23 February 2010

Handphone Minum Teh


Betapa dugaanku hari ini. Abang yg baik hati siapkan teh dan buh dlm flask bekal g noreh. I yg memang kesejukan terasa jugak masa bw beg..napa cam basah jer beg nih. Terasa warm len macham. Sampai kolej, bukak beg. Maaaakkk..uwaaa..henpon LG Viewty hadiah ulangtahun perkahwinan 2 tahun lepas tengah minum teh. Astaghfirullah, bkali2 istigfar dlm ati, sebab sedih, terkejut. Dear, puas tau I pujuk ati sendrik nih. uwaa..xmo marah sebab tau u tak sengaja. Bila bgtau, dia pun tkejut. muka mmglah sedih jugak.

Pastu dear bagi tepon Aiman, nokia express. xmo2..bkn reti guna pun. Lebih rela guna henpon lama Aiman masa hadiah UPSR dulu. Walau cap helmet xpa, lbh senang. Bila Aiman lik sekolah, bagusnyer anak bujang mujuk.."kita cari henpon len ya ma". Aiman offer macham2 henpon. xmo2, nk LG Viewty jugak. Aiman sabar, carikkan mana yg agaknya I akan bkenan. Tu model lama ma, ada lagi yg baru. pun jwpnnya..xmo2, Ok2, aiman tpaksa jugak la layan kehendak mama carik kat website kot2 ada model LG yg ma akan suka.

Finally..xpalah Aiman, kita sambung carik esok. Ni baru lg, tu pasal ma susah nk terima, esok2 maybe ok. Dan mlm ni I susah nk tido. Terasa betul kehilangannya. Sayang sgt ngn hp tu sbb hadiah ulangtahun. memanglah tak mahal sgt tapi sentimental value. Dear pulak bizi ngn kija, so I malas ganggu. Anggap aje ni dugaan kecilku. Salah satu sebab napa sayang ngn hp nih ialah gambar2nye yang cantik bila amik setaraf ngn kamera digital lain. namun malangnya henponku minum teh..huhu..

p/s : ni gambar kenang2an dari LG Viewty ku.

Resepi Ayam Percik

Resepi ni sumbangan Kak Na. Thks kak. Na bg resepi percik ringkas dan senang.
Bahan2 :
1 ekor ayam belah la berapa suka (biasanya 4)
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang merah
*2 batang serai
*2 inci halia
*cili kering .... ikut nak tahap pedasnya
*sedikit jintan putih
*sedikit ketumbar
1 1/2 cawan santan
3 sudu penuh tepung beras
garam dan gula secukupnya

Cara2 nya:
Blend suma bahan * kedian perapkan ayam dengannya selama 1/2 jam .
Campurkan santan ngan tepung beras dan masukkan kedalam piuk ngan ayam yg dah diperap tambah garam, gula
Masaklah hingga separuh or hampir masak, then buh kuah pekat.
Kuarkan ayam letak atas dulang dan bakar.... bleh di lumurkan lagi ngan kuah yg lebih-lebih tu.



Sunday, 21 February 2010

Teringinnyer...


Aku dah teringin..teringinlah sangat2 nak buka tingkap umah nih. Kadang aku rasa lemas yg amat2. Bila dikira2 rasanya sejak bulan Sept 2009, tu ler last aku buka tingkap umah. Ni baru lepas tgk website weather forecast Birmingham.. Esok dijangka snow akan turun. Malam tadi turun around 2inci. Mujur sunny today, so snow melting. Jika sok pun tebal juga snow..maka menjadi markonah lah aku.. kesejukan.

Actually bila snowy, I cuma ada baju sepasang jek yg betul2 leh tahan sejuk. Yg lain ok, tp cuma satu ni aje yg leh menampung tanpa perlu pakai 4@5 lapis. maksudnya, 2lapis I dah leh kuar umah. Yang lainnya..huhu..masih lom chukup..still kene blapis2. So I dah jemu sgt2 tgk jaket yg satu nih. Dahla wane dia xlawa, cumanya 100% wool. Maka inilah satu2nya unipom kalo suhu hingga -7celcius. Jaket lain ada, tp I malas nk rupa robocop bila kuar umah.

Camana ler I kdg tak lemas. Dahla umah ni xda penyedut asap kat dapur. Bila memasak..mau satu umah bau ayam goreng. Dahla umah sekangkang kera..pi mai..pi mai tang tu..nak sewa umah len? mana le ada duit. nak balik mesia nihh..byk nk guna cap queen bumi permaisuri nih. cumanya malas pikir. sabar dan sabar. walau hakikatnya..tringin sgt dah bukak tingkap umah. aku nak nangis sat..luahan emosi..huwaaaa...(nangis dlm ati jer laaa..)

Saturday, 20 February 2010

Solat Jamak

Masih tentang catatan harian di bumi permaisuri. Solat jamak merupakan perkara yang dibuat ketika masuk summer. Ketika puncak summer, magrib masuk kul 9 mlm lbh kurang, dan isyak kul 10.30 -11 malam. Maka solat jamak terpaksa dilakukan bagi memudahkan aku dan anak2 untuk bangun solat subuh yang masuk waktu jam 2 atau 3 pagi itu. Bayangkan pengalaman pertama melalui summer. senoneng jugak pala nih.. selalu sakit kepala kerana tido beberapa jam dan bangun semula. kalo aiman and adib pula, siap2 semayang subuh barulah deme tido.

Soalan: Bagimana cara mengerjakan solat jamak, dan apakah keadaan-keadaan yang membolehkannya?

Jawapan:Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu diterangkan maksud jamak. Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak.
Qasar pula bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan jamak lebih luas daripada keizinan qasar. Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh mengqasarkannya. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asar dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asar. Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asr, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak.

Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “Rasulullah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”. Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya: “Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya”.

Dalam riwayat yang lain daripada Muslim juga disebut: “Baginda jamakkan solat tidak disebabkan katakutan atau hujan”.

Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya. Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang tidak ada pilihan lagi. Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumah, tanpa qasar. Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menunaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika benar-benar menyukarkan dan dia tidak mempunyai pilihan maka ketika itu diizinkan.

Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antaranya Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

Peringatan buatku dan anak2ku, tiada alasan, solat adalah tiang agama dan Islam bukan memberatkan. Hidup kita ada tujuan yg abadi, iaitu alam akhirat. Dunia hanya sementara untuk kita..