Followers

Advert

Saturday, 20 February 2010

Solat Jamak

Masih tentang catatan harian di bumi permaisuri. Solat jamak merupakan perkara yang dibuat ketika masuk summer. Ketika puncak summer, magrib masuk kul 9 mlm lbh kurang, dan isyak kul 10.30 -11 malam. Maka solat jamak terpaksa dilakukan bagi memudahkan aku dan anak2 untuk bangun solat subuh yang masuk waktu jam 2 atau 3 pagi itu. Bayangkan pengalaman pertama melalui summer. senoneng jugak pala nih.. selalu sakit kepala kerana tido beberapa jam dan bangun semula. kalo aiman and adib pula, siap2 semayang subuh barulah deme tido.

Soalan: Bagimana cara mengerjakan solat jamak, dan apakah keadaan-keadaan yang membolehkannya?

Jawapan:Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu diterangkan maksud jamak. Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak.
Qasar pula bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan jamak lebih luas daripada keizinan qasar. Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh mengqasarkannya. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asar dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asar. Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asr, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak.

Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “Rasulullah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”. Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya: “Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya”.

Dalam riwayat yang lain daripada Muslim juga disebut: “Baginda jamakkan solat tidak disebabkan katakutan atau hujan”.

Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya. Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang tidak ada pilihan lagi. Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumah, tanpa qasar. Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menunaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika benar-benar menyukarkan dan dia tidak mempunyai pilihan maka ketika itu diizinkan.

Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antaranya Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

Peringatan buatku dan anak2ku, tiada alasan, solat adalah tiang agama dan Islam bukan memberatkan. Hidup kita ada tujuan yg abadi, iaitu alam akhirat. Dunia hanya sementara untuk kita..

No comments:

Post a Comment