Followers

Advert

Tuesday, 9 March 2010

Duhai Hati..



Membaca Surah Al-Baqarah ayat 216, yang bermaksud;
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Sesungguhnya ayat ini menjadi betul2 mjadi penenang kepada hati yang selalu rapuh ini, bahawa ada perkara yang kita tidak menyukainya tetapi kemudiannya ia sangat berfaedah kemudiannya, ada perkara yang sangat kita harapkan, tetapi ia sebaliknya. Fahamilah duhai hati, Allah Yang Maha Mengasihani tidak akan sesekali menganiaya hambaNya, malah, diriku yg lemah ini, yg selalu menganiaya diriku sendiri. Ya Allah, Kau ampunilah dosa2ku.

Justeru itu duhai hatiku, berhenti bersedih, be positif, kutanam semangat baru sebelum melelapkan mata mlm ini, Allah sentiasa bersamaku dan Dia Maha Adil. Kutunggu saat itu, kita akan bersama semula sebagai satu keluarga, menebus rindu yang jitu padamu yang jauh dari mata, namun sentiasa ada dan dekat di hatiku. Doa mama bersamamu selalu.

No comments:

Post a Comment