Followers

Advert

Monday, 1 March 2010

Resepi Kuih Serimuka Yang Mabeles


Tradada, akhirnya setelah berapa kali mencuba resepi2 serimuka, jumpa juga yang kena dengan citarasa dari segi darjah kemanisan (I mean tak manis sgt), lemak, lembut kat bahagian pandan tu. Actually dulu masa duduk kat Bayan Baru, Penang, jiran sebelah kak khadijah jual kuih ni dan masa tu hingin pun idak I bljr buat sbb kak khadijah ada..hehe..
Kene buh resepi kat sini senang utk rujukan di masa akan datang. ( ada hrpn ker aku buat agi sok2 lik mesia nih?)

Bahan2 :
bahagian bawah
2cwn pulut, basuh & rendam semalaman
santan pekat, sukatannya, buh dlm loyang itu pulut, then santan biar sama banyak ngn pulut/ sama aras.
tu ar..susah org masak main agak2 nih. sifirnya x sama ngn org..huhu..sori ya puan2.
garam sikit, bukan utk masin tetapi just utk terbitkan lemak.

kukus sehingga masak menggunakan api yg sederhana besar, dalam anggaran 30minit jer dah ok. sbb pulut dah rendam semalaman.
dah masak, tekankan dlm loyang biar mampat.

Bahagian atas
2 1/2 cawan santan pekat, tambahkan ngn 7 helai daun pandan, blend, tapis
setengah cawan gula
setengah cawan tepung gandum
2 biji telur saiz medium
1 sudu besar tepung jagung
garam sikit jekk

satukan suma bahan, I guna blender jer..pastu buh atas pulut yg dah ditekan2 dlm loyang tu. petua xmo bg pulut melekat kat loyang boleh oles ngn margerin nipis2 kat loyang masa mampatkan. atau campurkan sesudu teh minyak masak semasa mengukus kat santan pulut tu. Buh aluminium foil semasa mengukus atas loyang supaya air kukusan tak jatuh atas tepung bahagian atas tu.

-kukus selama sejam ngn api sederhana besar.

I guna daun pandan 7 helai jek, kalo u all ada byk buh ar lebih2 sebb bagi bau and kalernya menarik, sbb sini daun pandan bahan mewah woo..beli kat kedai 30 helai (I siap kira..hihi) 2.80pound, kalo tukar duit mesia mau 17 hinggit. Time ni tringat kat depan umah kat mesia sampai bagi2 kat jiran sebab tumbuh rimbun.

Tunggu sejuk baru potong guna pisau plastik supaya potongan chantik. Sukatan di atas utk satu loyang sederhana besar. Banyak jugak tu..leh sedekah kat masjid atau bwk g majlis ilmu. hehe..

2 comments:

  1. Tahniah...my dear. Ur resepi sama macam i. Buat serimuka nak kena selalu...lama-lama mesti tip top. nak kena adjust mana kurang, mana lebih....khairiah kat mesia u duduk mana ek?

    ReplyDelete
  2. Salam Nani, kat mesia sy duk kajang. Nani katne.

    ReplyDelete