Followers

Advert

Wednesday, 6 January 2010

Ujian Hidup




Seharian ni badan tak berapa sihat. Rasanya sebab keletihan semalam main snow dari pagi, berhenti solat dan sambung main lagi sampai maghrib. Teruja tengok snow yang lebat berguguran buat aku rasa nak main puas2. Rasanya ini kali terakhir winter sebelum Jun pulang ke tanah air.


Inilah aku..melepaskan kesedihan pada perkara lain. Hakikatnya hatiku terlalu sedih, namun salji yg berguguran kuharap dapat meredakan perasaan. Malam tadi mataku sukar untuk dilelapkan. Dan akhirnya hari ini seharian aku tak sedap badan.


Simpati pada mak yang terpaksa berkorban lagi. Bukan kerana aku tetapi kerana sesuatu perkara yang berlaku yg rasanya lebih elok kupendamkan sahaja. Dalam meniti usia sepertinya, sudah tidak sepatutnya mak menghadapi beban itu. Tetapi apakan daya, tanganku ini terlalu jauh untuk membantunya. Hanya doa yang mampu kupohon padaMu Ya Allah, Kau berilah makku itu ketabahan dan kesabaran dalam meniti hari-hari, lantaran aku terlalu jauh untuk membantu mengurangkan bebanan perasaannya. Puas aku berfikir, mana perginya simpati insan yang melukakan perasaan mak, mana perginya rasa ihsan, adakah hidup ini hanya untuk dirinya sendiri dan bukan untuk membahagiakan orang lain? lebih2 lagi rasa tanggungjawab mengasihani seorang insan yang telah melahirkan?


Jawapan pada semua ini ialah..ini adalah ujian hidupku. Tarik nafas..hembus..istighfar..


Ya Allah..Kau ampunilah dosa2ku dan dosa kedua ibu bapaku. Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil dahulu..amin..

No comments:

Post a Comment