Followers

Advert

Sunday, 10 January 2010

SEKOLAH HAK MASYARAKAT, MASYARAKAT HAK SEKOLAH

..Cam tajuk assignm je catatanku today kan..Sebenarnya bukan apa, baca entri k.Dila today tentang bayaran utiliti sekolah yg terpaksa dilakukan buat aku terfikir tentangnya. Pengalaman mengajar di SK Convent Greenlane P.Pinang. Walau cuma setahun berada di sekolah tu, tetapi pengalaman di situ sangat bermakna. Justeru ingin kukongsikan bersama betapa..sekolah adalah hak masyarakat..masyarakat adalah hak sekolah.
Negara kita adalah negara membangun, bukan negara maju seperti UK ni yg segala datuk nenek prasarana sekolah suma dibagi spt pen dan pensel pun disediakan. Negara maju deme dah korek negara kita tinggal saki baki sama spt lombong2 tinggal yg deme tinggalkan. Sejak kat UK ni mmg aku patriotik sikit, darah satria selalu mengalir, tu pasal kdg bijik mata aku ni xleh tgk sgt senyum omputih. meluat, kaya dgn sifat hiporkrit.
Justeru..membangunlah kita dengan cabaran yg perlu dihadapi dari pelbagai sudut. Yg paling penting sekali adalah dari aspek pendidikan. Maka sekolah yang dibangunkan adalah untuk membangunkan masyarakat. Justeru, masyarakatlah yg harus menggerakkan sekolah dengan mencari wang dan dana bagi sekolah menjalankan aktiviti untuk membangun modal insan.
Mengajar di sekolah convent, maksudnya bangunan sekolah tu hak gereja, kerajaan cuma letakkan cikgu2 untuk menjalankan tugas mengajar. Memula tu aku tak bape paham. Tetapi bila dilantik sebagai setiausaha PIBG, barulah faham kenapa di antara ahli lembaga pengarahnya ada seorang paderi. Bukan hal agama yg ingin dikongsi, tetapi subjeknya adalah tentang membangunkan sekolah.
Masa tu Pengerusi PIBGnya Dr Bhurpinder Singh, pakar patologi hospital P.Pinang yg mmg sah2 bizi tahap gaban, timbalan pengerusinya aku dah lupa sapa namanya, tp sorang pengurus perkapalan. Tugas sebagai setiausaha PIBG mmg mencabar kerana masa ni aku baru posting. Mmg rasa selalu melalak laa..hehe..
Namun..pelan2 kayuh..belajar..aku melihat dan belajar bagaimana masyarakat membangunkan sebuah sekolah ini.
Projek yg dibuat pada waktu itu adalah membina sebuah makmal komputer beserta komputer dan peralatannya sekali serta segala bil2 utiliti. Pengerusi dan timbalannya sentiasa bekerjasama mencari dana dan ligat mencari. Aku ni, walau setiausaha PIBG, tp mereka cuma bg laporan apa yg dah mereka lakukan. Naib setiausaha yg merupakan sorang surirumah byk membantu. Alasannya mudah sgt2, aku mmg setiausaha, tp tugas hakiki adalah mengajar dan menguruskan di sekolah, tugas mencari dana dan pkara2 berkaitan biar mrk yg buat. See...tugas draf surat selalunya aku yg buat, yg naip timbalan pengerusi yg ada secretary sendri kat syarikat dia, keje aku cuma bgtau GB bila nk buat meeting. Hinggalah bjaya makmal tu ditubuhkan.
so, walau jd s/u PIBG, tp idak le meroyan sgt waktu tu, cuma yg buat aku melalak selalu time tu ialah bila mesyuarat, kene pay attention btl2 bmbg salah catat sbb mesy dlm BI..huwaa..hehe.
Ia berbeza dgn senario di sekolah2 lain yg penah kujejaki. maklum..dari guru zaman guru sandaran, sbnrnya aku dah mengajar di 10 buah sekolah, sbb tu aku ada pengalaman keje dgn 10 GB, beratus kwn2. Di sekolah lain, GB yg selalunya mengajak PIBG meeting. Jarang pulak PIBG ngn Sekolah sekapal. ada pulak yg siap gado2..
Pengalaman Sambutan Hari Guru di convent ni juga menarik. PIBG yg meraikan cikgu. Deme yg buat sambutan. Di sekolah lain..aku jugak yg raikan kwn2 krn duduk atas badan kebajikan, sbb kalo tak..sian, xda sapa nk raikan kwn2 guru aku ni..mana tah PIBG..hehe..walau hakikatnya bukan mintak diraikan, tp lbh rasa dihargai masa di convent dulu.
Mentaliti masyarakat berbeza. Sekolah juga perlu mainkan peranan. Hubungan sekolah dgn masyarakat perlu erat. Terangkan masalah yang sekolah hadapi bahawa guru2 hanya menjalankan tugas. Masyarakat perlu bekerjasama membangunkan sekolah. Mentaliti suka free tanpa menyumbang amat dikesalkan. Mana de yg free skrg..nak masuk toilet pun kene bayar 50sen kan...so..fikir2kanlah..

No comments:

Post a Comment