Hari ini adalah hari pertama Su sahabat yang kukasihi menjalani kimoterapi. Pembacaan dan maklumat tentang rawatan kanser payudara ini penting bagiku kerana dua insan yg kukasihi, mak abang dan Su sedang berjuang melawan kanser ini. Semoga Su dan mak sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan oleh Allah swt. Malam tadi, selepas membaca msg Su yg memberitahu dia sedang bersiap untuk kimo, mataku sukar dilelapkan. tido2 ayam..betapa tiap saat aku tidak jemu mendoakanmu.Tahan sikit lagi ya Su..mudah2an awak sihat sejahtera selepas ini, dan kita akan bersama semula menjalani hari2 yang bahagia. amin.
Mengenai kemoterapi dan terapi radiasi bagi kanser payudara di Malaysia
Oleh: Dr Mohd Ibrahim Abdul Wahid, Pakar Onkologi Klinikal /Ahli Radioterapi
Apa itu Radioterapi?
Radioterapi adalah sejenis rawatan bagi tumor atau kanser menggunakan X-ray berkuasa tinggi untuk membunuh sel tersebut. Rawatan tersebut ditujukan khususnya kepada sel kanser. Tisu normal tidak terganggu atau sedikit sahaja kerana tisu ini dilindungi semasa rawatan. Radioterapi dijalankan setiap hari (kecuali hujung minggu) dalam sesuatu siri yang tetap iaitu antara 5 hingga 35 rawatan dalam tempoh 1 hingga 7 minggu. Kesan sampingan umum termasuk kelesuan dan kesan sampingan terperinci bergantung pada lokasi rawatan tersebut.
Apa itu Kemoterapi?
Kemoterapi adalah satu rawatan menggunakan ubat anti kanser yang biasanya di beri melalui suntikan (kadang kala melalui mulut). Ubat ini dapat menembusi sel kanser dan mengganggu pembahagian sel atau penumbuhannya. Rawatan ini membawa kesan kepada seluruh sistem. Kesan sampingan termasuk berasa mual, muntah, rambut gugur, kurang penghasilan sum-sum tulang. Kesan-kesan ini sementara dan boleh pulih. Kemoterapi ini dijalankan setiap minggu, setiap 2 minggu atau setiap 3 minggu bagi masa 4 hingga 6 bulan.
Adakah kemoterapi membunuh sel baik termasuk sel buruk dan akhirnya membawa kesan kepada pesakit?
Ini satu tanggapan salah. Semua ubat ada kesan sampingan yang direkod dengan baik dan dapat dikawal dengan ubat lain. Walau bagaimanapun ketakutan untuk menjalani kemoterapi serta enggan menerima rawatan ini boleh membawa padah kepada pesakit yang mempunyai ciri risiko tinggi. Kemajuan perubatan sering mewujudkan ubat baru yang lebih mujarab dan mempunyai kesan sampingan yang semakin kurang.
Apakah ciri risiko tinggi kanser payudara?
Beberapa ciri dalam sampel biopsi termasuk tumor yang saiznya melebihi 1.5 cm, sel kanser yang menyerang sel limfa atau vaskular, tumor gred tinggi, banyak nodus aksilari positif (ketiak) serta status estrogen negatif dianggap ciri risiko tinggi.
Mengapakah pesakit dengan kanser payu darah tahap awal memerlukan kemoterapi?
Keperluan memberi kemoterapi bergantung pada faktor risiko tinggi yang telah diperkatakan. Di Amerika Syarikat, penggunaan kemoterapi pada tahap awal kanser memang telah membaiki kadar sembuh pesakit serta mengurangkan risiko kanser tersebut timbul semula. Keputusan yang lebih baik dilihat dengan ubat terbaru dalam rejim rawatan terbaru. Setiap tahun kami melihat kesan yang semakin positif dalam terapi kanser payudara.
Terdapat pelbagai jenis kemoterapi. Bagaimana saya tahu yang mana terbaik?
Tugas pakar onkologi adalah untuk menasihati pesakit mengenai ubat yang paling sesuai berdasarkan ciri serta tahap kanser pada waktu itu. Ubat ini agak piawai, berdokumentasi lengkap dan biasanya digunakan di pusat-pusat serata dunia. Doktor akan hanya menggunakan rejim rawatan ubat yang telah terbukti. Pakar onkologi mesti tahu akan rawatan dan ubat terbaru yang wujud bagi pesakit demi memastikan si pesakit dapat dinasihati dengan baik.
Jika pakar onkologi berkata saya ada faktor risiko tinggi dan memerlukan kemoterapi -apa terjadi jika saya menolak cadangannya?
Kemungkinan kanser itu timbul semula meningkat. Sekiranya ini berlaku, rawatan mungkin terlambat. Terapi awal adalah untuk meningkatkan kadar sembuh dan kurangkan kemungkinan kanser timbul kembali.
Sumber :http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/Rawatan/RadTxRAH.htm

No comments:
Post a Comment