Followers

Advert

Friday, 8 January 2010

SELAMAT TINGGAL KEDUKAAN SEMALAM

Tajuk di atas merupakan kalimat penting yang harus kuingati sampai bila2. Empat hari aku menunggu, hari ini kutemui jawapan pada sebuah pertanyaan. Syukur kepadaMu Ya Allah menunjukkanku jalan.

Sesungguhnya semua ini mendekatkan aku pada sifat iradahMu. KehendakMu mengatasi kehendak insan kerdil seperti aku.

Bagai tersedar dari mimpi, terbawa-bawa emosi hingga menenggelamkan sebuah kebahagiaan. Hari ini aku bangkit dari mimpi itu.

"Terima kasih buatmu sahabat. Mengingatkan aku agar berhati-hati meletak kepercayaan. Bimbang kekecewaan akan meninggalkan kesan.

Terima kasih buatmu sahabat. Mengingatkan aku bahawa manusia boleh berubah. Bimbang aku akan menderita berterusan."

Mulai hari ini, aku tidak akan meletak kepercayaan pada sesiapa pun. Cinta, kasih sayang, harapanku kini hanya padaMu. Baru kini kukenal erti cinta sejati. Betapa Kau Maha Mengasihani, yang tidak sesekali akan menganiaya diriku, kecuali aku..yang menganiaya diri sendiri.

Setiap minit berlalu, lapangnya dadaku memuji namaMu ya Allah, betapa besarnya kasih sayangMu kepadaku. Kau pinjamkan aku kasih sayang seorang suami yang sangat mengerti, Kau pinjamkan aku anak-anak yang menyayangi, kau pinjamkan aku kasih sahabat yang akhirnya Kau ambil kembali..namun, aku redha kerana, segalanya ini adalah aturan terbaik untukku. Mudah2an semua ini akan semakin mendekatkan aku kepadaMu Ya Allah. Limpahi daku dengan keampunanMu, lantaran aku hambaMu yang sangat lemah. Amin, Ya Robbala'lamin.


3 comments:

  1. Yah.. apa kes ni? Suspen akak baca... kalau boleh kongsi, nnti cite dgn akak ye! Lama jugak kita tak bergosipkan..

    ReplyDelete
  2. suspen ke kak, za? mana de apa2, ia peringatan utk diri sndri yg selalu sgt 'dibuli'. sy xmo dah sedih2. sy harap kali ni yg terakhir. tu psl sy nk ucap selamat tinggal pada kedukaan semalam. betul kut yg amalina selalu ckp, sy ni baik sgt, tu psl org selalu pijak. pd sy bkn baik sgt, tp..'bodo sgt',so sy insaf dah, xmolah bodo sgt..spt yg selalu kita kongsikan.huhu..

    ReplyDelete