Followers

Advert

Friday, 29 January 2010

2 guru ‘bergusti’

BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit. Sumber berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dendam ustazah berkenaan sejak setahun lalu selepas anaknya yang diajar guru terbabit dipukul dengan pembaris kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun katanya, tindakan guru itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ustazah itu sehingga membawa kepada pergaduhan. “Guru muda itu dikatakan dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum dia ditampar, dipukul dan bergelut dengan ustazah itu. “Insiden itu berlaku beberapa minit dan dipercayai turut disaksikan pelajar yang sedang melakukan aktiviti luar sebelum beberapa guru lain berjaya mententeramkannya,” katanya di sini, semalam. Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di sekolah berkenaan

..Terkejutlah kononnya memula I baca tajuk berita latest kat MyMetro ni, lepas tu, pikir pelan2. Maklum..pikir kan pelita hati. Tertarik ngn berita nih kerana I kan nk jadi chekgu semula lagi 5 bulan.

Kat mana keberkatan ilmu bila chekgu sendiri tak mampu mengamalkan adab dan sahsiah yang sepatutnya. I paham, sbg manusia biasa, kita bukan maksum, tetapi apalah salahnya belajar memperbaiki diri. buka mata dan minda. haiyoo..pasni panas ar tinga nih baca komen kat surat kabar. wartawan dah mmg keje deme carik brita. terima ajelah.Cumanya komen I, kuatnya ustaza tu larik, leh kejo chekgu tu sampai padang..

No comments:

Post a Comment