Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." (H.R al-Hakim)
Namun hakikatnya dunia hari ini, mencari sahabat sejati ibarat 'mencari jarum di tepi pantai'.. sangat susah kannn.
Justeru itu, buatmu 'sahabatku', aku akan sentiasa menghargaimu kerana kau hadir saat aku berhujan airmata. Aku menyedari hanya dirimu yg benar2 melakukan segala perkara di atas. Mudah2an Allah memelihara persahabatan kita, walau diuji dengan cabaran sepahit hempedu, doaku, aku mampu menjadi sahabat sejati buat dirimu. Terima kasih buatmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cantiknya layout Yah ni..emmm, barulah canggih. Bagus2 cikgu masak2 dah beralih kpd blogger tegar!!! Nanti header nipun Yah gantikan dgn pic2 Yah yg cantik2 kat Landen tu ya..
ReplyDeleteactually layan boring kadang sbb kat sini bkn cam kat mesia yg leh g SPA ker, g Jimmy ker..huhu. Header tah napa sy suka pink kaler nih cam suweet ngn ijau. (Pasaan sy la..hehe)
ReplyDelete