Followers

Advert

Friday, 19 February 2010

Suatu Anugerah, Alhamdulillah..


Alhamdulillah, sujud syukurku padaMu Ya Allah. Kau pinjamkan daku sebuah pengalaman pahit suatu ketika, dan hari ini Kau berikan kepadaku tanda kebesaran kasih sayang dan rahmatMu yang sangat besar maknanya buatku hambaMu yang sangat kerdil. Malu sungguh mengakui ia sebuah kejayaan kerana hakikatnya aku hampir berputus asa kerana kerenah pengurusan universiti yg sangat menyakitkan. "Nak berhenti, sakit kepala, tekanan, ilang kebahagiaan"..suma tu sahabat setiaku sejak meneruskan pengajian secara online.

Keputusan exam tiap semester makin merudum kerana cabaran weather, tutor yg kdg ada pd nama tetapi jarang berinteraksi, unit exam yang slalu lambat beri respon tntg permohonan tarikh exam, amik exam sehari dua paper, berturut2 3 hari, itu di antara asam garam cerita sebuah pengajian online. Berperang dgn cabaran suhu yg sejuk, susahnya aku nk suaikan diri kerana bekalan lemak yg tak berapa nak cukup nih. Setiap hari aku berperang dgn perasaan sendiri tidak mahu kalah dengan segalanya ini.

Finally, keputusan exam semester akhir ini menjadi suatu noktah kepada debaran dan penantian. Alhamdulillah, PNGK berjaya dibaiki dan walau aras suam2 kuku, aku berjaya juga melepasinya dengan 3.68. Walau pada org lain apalah sgt tetapi pada aku yg telah melepasi halangan seribu satu dugaan ia amat besar maknanya. Justeru, terima kasih sayang..ucapan penuh makna buat semua yang kukasihi, yg sabar bersama2 disisi.

..terima kasih abang,
..terima kasih su,
..terima kasih ina
..terima kasih abg adib, aiman dan awin
..greater thks utk yg 24jam menemani..zikri fahmi.
..terima kasih eiza
..terima kasih mak
..terima kasih zura, k.ros
..terima kasih meor kamarul hazri
..terima kasih semua sahabat yg hakikatnya tidak mampu utk kusebut satu persatu namamu kerana kalian sudi mendoakanku.

Kusedar..segalanya ini bukan suatu akhiran..sebaliknya ia adalah suatu permulaan. Moga aku mampu berbakti dengan lebih baik selepas ini.

3 comments:

  1. Tahniah3...setelah 1001 dugaan dan cabaran yang Yah hadapi, akhirnya kejayaan berganda yang kau perolehi. 1. Ijazah yang diimpikan. 2. Zikri penghibur di hati. Moga Yah bertambah kuat dan bersemangat bila balik ke Malaysia nanti... (Pintu SKBR sentiasa terbuka untukmu..) entah sudi entah tidaklah tu, huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kak. trima kasih. berkat doa kenkwn jugak rasanya. walau pintu skbr tbukak tp kalo xda ruang utkku camana?..so kene lah pegi kat mana2 tmpt yg tercampak kang. hehe. dapat kat ampang..mati la denn..(ops! molot celupar nih)

    ReplyDelete
  3. cayiok..cayiok...cayiok k.yah..... :-)

    ReplyDelete