Followers

Advert

Tuesday 19 January 2010

Cikgu-cikgu...

Berada di bumi permaisuri ni, aku jadi pemikir..sian..pemikir syok sendri. Menoreh kat South Birmingham Campus, sebelum ni kat King Edward Kolej, buat aku selalu berfikir tentang tugas yang bakal kusandang bila balik mesia nanti. Cikgu-cikgu di sini dan cikgu seorang 'aku' spt langit ngn bumi.
Cikgu UK :

  • Guru matapelajaran duk dlm bilik darjah, murid yg beredar.
  • dalam kelas ada buku teks, komputer, printer, lcd, white board, pen, pensel warna and suma stationary free.
  • murid datang bwk fail and bekal.
  • kelas bersih, satu kelas sorang cleaner ( aku ler tuu..uwaa )
  • Belajar byk guna kaedah pembelajaran koperatif, kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu objektif b/sama rakan-rakan yg lain, sbb kaedah ini berupaya buat murid saling bergantung antara satu, b/sama secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Ganjaran akan diberi kpd individu & kumpulan dlm pelaksanaan kaedah ini. Individu dlm kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing. Tahap pembelajaran yg maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi untuk n mainkan peranan berbeza n bergilir-gilir. Yg ni mmg cikgu terangkan masa datang sekolah Awin time parent evening. (Parent evening ni cam pjumpaan ibu bapa ngn guru kelas utk tahu perkembangan dan pcapaian anak kita kat sekolah, sat2 ada parent evening kat sini). Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Sebab tu jarang tgk cikgu ckp sorang2 kat dpn n murid senyap dgr. Deme byk buat xtvt kump dan bentang. Awin masa darjah 4 dah buat pembentangan guna powerpoint.
  • Jumlah murid 25org, dgn sorg pembantu bagi guru kelas.
  • Balik umah anak xda keje umah, kalo ada pun jarang-jarang and kadang2.
  • Bahan pengajaran suma kebanyakannya dlm bentuk software, sbb aku belek suma yg ada dlm kelas deme..suma ada di situ, buat keje cpt2 dan aku leh belek suma modul hardcopy yg deme dah print
  • Kelas lapanggg je..xda lak bahan tampal2 kat dinding cam sekolah aku.

Cikgu 'aku' :

  • Kene beredar masuk kelas.
  • Bwk/buat BBM.
  • Buku teks budak kene bwk sampai kene bwk beg ada roda.
  • Murid 40-45 org, hadap sorang2 tanpa pbantu.
  • bahan bantu ngajo duk jauh, kalo xdan g amik sbb sblm tu da ada kelas lain maka masuk next kelas modal air liur je. sbb cikgu nk ajo 2 3 kelas lain dan lain mata pelajaran
  • byknye keje anak2..pagi sekolah, ptg sekolah, mlm tuisyen, keje umah lagi hingga ujung minggu.
  • besihkan kelas sblum ngajo. buat jadual kebersihan kalo kat tahun 1 tu alamat bongkok la cikgu nyapu sendrik.
  • dan bykkk lagi yg hanya guru yg tahu.

dan..spt yg dah kuagak..deme ni kalo suh ngajo kat tempatku..gerenti deme nangis guling2..cam aku ni, yg guling2 nangis dlm ati sbb kene keje tolak abuk besihkan kelas deme..uwaa.

Cumanya secara peribadi dari dulu I xsuka beratkan anak murid. (sbb mrk spt anak2ku juga). Kalo tak bawa buku teks, mmg tak kudenda..pegi je kelas sebelah and pinjam dr kwn sesapa yg bwk. Dan biasanya kalo nk guna je sehari sebelum tu pesan suh bwk buku teks, kalo tak xyah, buat berat anak murid je. Keje umah pun jarang bagi kecuali rasa perlu. agih masa & susun pnp btl2, insyaallah murid faham, xtvt siap dan murid dapat apa yg diajo. xyah hari2 keje umah sbb paham, mrk bukan robot. (aku kan mama juga selain cikgu). Cumanya aku selalu geram bila murid tak ngaji Quran kat umah. Yg ni mmg slalu buatku bengang..mana cukup ngaji kat sekolah seminggu sekali. Tensen!

'Yes love, tq luv'..ni ayat biasa bila kita done besihkan kelas deme.

p/s : arghhh..aku takut nk balik n g sekolah semulaa...

2 comments:

  1. Kita kerja teruk hasil? Sendri boleh tengok... mcm ne nak ubah sistem pendidikan kita ni ye..yelah mmg jauh cam langit dan bumi cikgu m'sia dgn cikgu kat sana..

    ReplyDelete
  2. tarantula, ish..tu nama dlm ic ke?seram lak takut kene gigit, bisa tu tarantula..hihi.
    nk ubah sistem pendidikan?tunggu sy jd menteri pelajaran ye.(mak ai, tinggi cita2 tu).cumanya mmg byk yg sy fikirkan, diantaranya budak2 vokasional kita g mana slps mrk diberi kemahiran. Sbb yg bina bangunan kat tmpt kita suma org luar. Kat sini org deme je yg buat keje2 tu. tu cthnye la..

    ReplyDelete