Followers

Advert

Saturday 30 January 2010

Kek Pandan



Resepi ni dari K.Dilla my fwen kat skbr. mmg senang utk yg 'champion' bab kek nih likes me..ahaks! maklumlah, sejarahnya dari dulu cuma pandai wat kek coklat jer. but ngn resepi dr k.Dilla ni I leh ar wat perisa oren, pandan. kiranya naik sikit ar skill buat kek. hihi..

Bahan-bahannya :
1 cawan gula pasir (dikisar)
1 cawan marjerin/planta
5 biji telur ayam - saiz medium
2 cawan setengah tepung naik sendiri (tepung kek)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pandan and sikit pwarna ijau pandan

Cara membuatnya:
1. Putar gula dgn marjerin sehingga kembang.. (asalnya marjerin warna kuning.. bila dah kembang ia bertukar menjadi keputih-putihan).
2. Masukkan telur satu persatu sambil diputar. Jangan masuk sekaligus ya.
3. Masukkan esen vanilla, putar lagi.
4. Ayak tepung naik sendiri. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana/ perlahan. (Bila dah masuk tepung, tak boleh diputar laju).
5. Putar sehingga sebati.
6. Masukkan perisa pandan
7. Akhir sekali masukkan susu pekat manis dgn sedikit air suam,(resepi asal) but, I xbancuh, just buh kat mikrovawe, kacau2 dan masukkan ke dalam adunan tadi. (Air suam tu kalau boleh sedikit sahaja).
8. Ambil acuan kek, oleskan sedikit marjerin serta taburkan sedikit tepung. Pastikan tepung menutupi lantai acuan tersebut. Tujuannya untuk mengelakkan kek melekat pada acuan itu.
9. Masukkan bancuhan ke dalam acuan kek. Masukkan ke dalam oven.
10. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu sebelum dimasukkan adunan kek kita tadi.
11. Biarkan 45 min atau lebih. Untuk memastikan kek dah masak, ambil lidi cucukkan di tengah-tengah kek. Jika adunan tidak melekat pada lidi tu.. maknanya kek dah masak.
12. Kadang2 I kukus kek ni, semasa kukus, tutup loyang dgn aluminium foil, supaya air tak jatuh atas kek. masa mengukus sejam, dengan api yg sederhana besar sahaja.

p/s: Kalau nak buat kek perisa coklat/oren pun boleh, ikut adunan ni juga cuma tukarkan je ngn parutan kulit oren/serbuk coklat/koko. Bahan yang lain suma sama.

5 comments:

  1. Cayalah Adikku...
    memang terang sungguh hatimu..mmg patutpun sambung belajar dgn kaedah PJJ. Buat kek pun PJJ dgn akak, kau berjaya hasilkan kek yg bagus..akak tak tahulah kalau Yah belajar secara talaqqi musyafahah dgn akak..tentu terus buka kedai kek balik Jun nanti ni.. (silap haribulan,akak pulak yg kena beli kek kat kedai kau)..hu hu hu

    ReplyDelete
  2. ahaks..komen kak buat sy sakit peruts!!hehe..

    ReplyDelete
  3. Yah, kitakan cikgu.. cikgu kena beri kata-kata perangsang kat anak murid kita. Biarpun sedikit, kalau ada peningkatan.. kita kena berikan ganjaran dan pujian. Jangan suka menghentam je..kalau kita kenapun, sampai mati kita benci kat cikgu tu. Jgn belajar mgaji je ada Talaqqi Musyafahahnya..hik3. (Klu sakit perut, makan je Kek Pandan tu..)

    ReplyDelete
  4. sedapnye kek pandan .. meh sekeping

    ReplyDelete
  5. Sal, buat jer, resepi senang sgt dr k.dilla. sbb kak yg aras pemulihan nih leh buat. hehe..Ikut je step by step kat resepi tu, jgn melawan, kang kek xnaik kalo melawan..hihi

    ReplyDelete