16 Mei sambutan hari guru di tanah airku. Masih meriah dengan sambutan itu rasanya di sana. Ada sekolah yg kadang lewat meraikannya kerana menumpukan pada peperiksaan atau program kecemerlangan lain.
Padaku, (ia pendapat peribadi, sila jgn komen, ha2) hari ini bukan untuk meraikanku yang dipanggil 'cikgu', tetapi ia lebih kepada perasaanku mengingati jasa dan pengorbanan guru2ku, terutama mak, bapa, kakak2 dan mereka yg lebih tua, yg selalu berkongsi pengalaman dalam mendidik. Mak guru yg hebat, memberiku ilmu dari segala sudut, hingga aku mampu menilai sebuah kehidupan. Dulu, tiap kali berkongsi perasaan, mesti mak akan sebut, inilah ilmu kemahiran hidup, yg xkan dapat kuperolehi di sekolah. Now, bila waktu berlalu, semakin tua, mengertilah aku tentang kehidupan yg selalu mak sebut dulu.
Zaman sekolah menengah, cita2 asalku ingin melibatkan diri dalam bidang komunikasi, masa tu perasan rasanya ada bakat mengacara. ngeh2..bang adib, aiman, awin..jgn gelakkan mama!! but, bila permohonan ke Uitm tak berjaya, beralih kepada pilihan kedua..cikgu yg berijazah. Alhamdulillah cita2 tercapai, but kenangan hari pertama di kelas semasa mengikuti kursus perguruan, segar dalam ingatan. Lecturer BM (En Maarof) tanya, siapa yg btl2 nak jd cikgu, masa tu suma angkat tangan..I pandang ngn terbit kagum. Dalam hati masa tu..bagusnya derang nih, betul2 nak jadi chekgu. I pula sebab leka tengok suma angkat tangan, kene tanya la sebab napa x angkat tangan, masuk sebab terpaksa ker? Maka jwpn jujur kupersembahkan "..memang kalo buleh nk jd chekgu, tp sy bimbang sgt x mampu jd chekgu yg baik. Pada sy, tanggungjawab ni berat sgt. Sy masih terpikir2, mampu ke sy nanti ni. But sebab En dah tanya, maka kagum saya tgk kesungguhan kawan2 lain". Camtulah lbh kureng jawapan kuberikan. Maka En Maarof pun sambung ngn nasihat2 intro dunia chekgu, jgn jd chekgu jual avon. tu yg paling aku ingat sekali. ha3..
Sebenarnya jika nk dihitung pengalaman bersama anak murid cuma ada 14 tahun, 3 tahun setengah guru sandaran, keje pertama lepas STPM smtara lom dapat maktab. Mengajar btl2 lps kuar maktab 11 tahun. Coti xngajo dah nk masuk 3 tahun. But oleh kerana mengikut abang bertukar pindah2, I ada pengalaman tukar ke 7 buah sekolah, tambah ngn guru sandaran, 10 buah sekolah. So extra kat I adalah pengalaman bekerja dengan macham2 GB dan merasa jupa macham2 jenis kawan seperguruan.
Apa yg pernah dibimbangkan semasa menjejakkan kaki kali ptama di maktab sering berada di fikiran. Pada I, untuk menjadi guru yg baik, bermula dengan diri sendiri yg sepatutnya menjadi contoh terbaik. Terutamanya soal hati. Apa maknanya mengajar tajuk adab dan akhlak jika bla2...bla menyampaikan pada anak murid, tetapi bila rujuk pada diri sendiri, kaya dengan sifat mazmumah. Senario dunia pendidikan hari ini sedikit tercemar dengan sifat2 buruk kita sendiri. Ini realiti but ntah bape kerat yg sedar. Suka dengki bila tgk kawan lebih banyak idea. Mula mengata bila tgk kwn sering disebut nama oleh GB. Yang paling menyakitkan bila kawan mengenakan kawan. Tah apa le dapatnya.. g mana2 sekolah pun ada jer terjupa. air yg tenang jgn sangka xda boya..
So sebenarnya pada I, hari guru selain mengingati dan mengenang jasa guru yg sudah semestinya kita kenang hari2, ia adalah hari untuk muhasabah diri lebih sikit. Maksudnya, berazamlah untuk meningkatkan kualiti, ikhlas dalam kerja, hubungan sesama kawan dan dgn ibu bapa, fikir tentang keberkatan ilmu yg kita sampaikan. Susah sebenarnya tugas ini, namun sangat mulia di sisi Allah. Mudah2an Allah memeliharaku dan sahabat2ku semua yg dipanggil 'chekgu'. Kepada chekgu2 tahun satu..pesanan akak..g sekolah pakai baju chantek2..sbb berdasarkan pengalaman..anak murid tahun 1 suka kalo chekgunya chantek..ha3..Petua penaja, jika nk subjek yg kita ajar murid suka, muridnya mesti suka kat kita juga..ada betul kaaa?..tepuk dada tanya pendapat memasing lah..
Sebenarnya, terbit pasaan cuak, bimbang nk masuk sekolah semula. I ada sebulan jer lg nih coti..hadede..
No comments:
Post a Comment