Na, catatan ini buatmu. I harap u sudi luangkan masa singgah today. Now kat mesia kul 5.35pagi, u baru nk bangun tido rasanya. Dalam pada emo I sendri tak ketahuan, namun perasaan setiakawan ini begitu kuat. I harap sangat kesedihanmu cepat berlalu.
Na, ujian hidup memang begini. Setiap kita akan diuji mengikut tahap dan kemampuan. Ingat Na, Allah swt tidak akan sesekali menganiaya dirimu, sebaliknya Dia memberi kita yang terbaik. I faham, sukar untuk menerimanya, tetapi I harap u bertenang, banyakkan istighfar, cuba berlapang dada, jangan benarkan kesedihan itu datang, kita terima ia sebagai ujian. Seribu kali I nyatakan kepadamu, I cukup memahami, empati, dan mendoakan agar dirimu boleh menerimanya sebagai ujian.
Ambil pengajaran Na selepas ini.
Berhati2 dalam pergaulan, cari kawan yg layak digelar sahabat. Bukan semua orang mampu jd sahabat kita sebenarnya.
Sayangi dirimu dalam menjalankan amanah. Memang kita menunaikan tjawab, but at the same time hak kita sebagai ibu, isteri dan anak kepada kedua ibu bapa jangan sampai kita ketepikan. Maksudnya, berpada2lah. Supaya u tak kecewa di hari kemudian. Bila u sakit, xda siapa yg akan peduli, tetapi, bila u sihat, seribu keje orang serah kat u. I x mahu u teraniaya. Manusia hari ini sukar utk kita telah. X baik bersangka buruk tetapi nasihat I berhati2lah.
Doaku, dirimu dan keluarga Allah pelihara selalu. I sentiasa mendoakan u bahagia, sihat dan ceria. Macam selalu u pujuk bila I sedih, so kali ni I harap u dengar pula.
Na, set time..mula jam 9.00 pagi arini, pas sarapan, u harus berjaya berhenti bersedih. oke? kalo tak bjaya..u naikkan lagi sikit..kul 10. apa..u nk ajak I soping?..alamak! tunggu I balik ya. cheers dear..
No comments:
Post a Comment