Followers

Advert

Wednesday, 12 May 2010

Dulu2, arwah Atuk selalu pesan..

Anak2 mama yang dikasihi, dulu2, arwah atuk selalu pesan, bila maghrib, mesti berada dalam rumah, dalam bangunan, jangan merayau kat luar. Setan berkeliaran. Sebab ia adalah pertukaran antara siang dengan malam. Dengar statement 'setan berkeliaran', mama yg memang penakut memang patuh dan taat. Jarang mama dan mama2 lain engkari. Nak g toilet pun kalo maghrib tu leh je diusahakan tangguh kerana bilik air dulu2 kat luar. Sebelum masuk waktu, dah prepare ngn telekung nk solat bjamaah. Atuk jarang suruh, dia cakap sekali sekala aje mengajak, lepas tu mama dan adik beradik lain faham. Next2 nya kami yg tunggu Atuk bersiap utk jadi imam. Kalo ada yg tgh x leh semayang, jangan ler ada yg berani2 nk masak ker, nk goreng2 ikan ker..alamat akan buat Atuk naik angin. Lebih baik duduk diam2 baca2 surat kabo ker, lipat2 kain ker, itu xpa. Arwah atuk nak waktu maghrib yg singkat itu dimanfaatkan dengan solat bjamaah, pastu mengaji. Kemudian, dengar nasihat serba sedikit, makan malam, solat isyak, pastu belajar.
TV? jangan harappp..kalo ada tv yg dipasang waktu maghrib, itu mengundang marah. Radio? pun senasib..hormat waktu. Atuk kata..
Rupanya pendidikan arwah atuk sangat berkesan. Mama rasanya bukan anak yg gila hiburan. Takat suka sikit2 sbb mama manusia biasa. Kesan tv, radio pada zaman tu arwah atuk dah cukup risau. Sebab itu mama mahu anak2 mama faham, bukan mama larang berhibur, tetapi berpada2lah. Mama setuju sangat dengan cara atuk, maghrib waktu yg singkat, solat, mengaji, dah abis waktu. Ia waktu yg berkualiti untuk famili yg sibuk macam kita. So, x payahlah waktu maghrib nk buka tv, nk buka komputer. Apatah lagi habiskan duit saku tiap minggu nk pegi bayar tiket wayang. Xda faedah lgsung. Tak rugi pun jadi orang yg x tahu apa filem terkini, tetapi sangat rugi jika tak khatam membaca al quran, x buat solat bjamaah.
Hidup kita tujuannya adalah alam akhirat. Dunia memang kita cari, tetapi harus bersandarkan al quran dan sunnah, agar apa yg kita lakukan dapat diterima Allah sebagai ibadah. Take care semua yg kukasihi..

No comments:

Post a Comment